Tidur Lambat

Gambar ini diambil pukul 11.30 malam.  Yang si Umar dah sekolah pun belum tentu tidur sebelum pukul 12. Naik sekolah kebangsaan nanti kut aku adjustlah jadualnya.

Beh A Ba Ceh A Ca Peh A Pa

Sekarang boleh dikatakan tiap-tiap malam aku mengajar Umar membaca. Zaman sekarang belajar baca guna bunyi rupanya, so sia-sialah aku ajar anak aku nama huruf dan tak ajar bunyi dahulu. Lesson learned so Nawal nanti boleh aku ajar bunyi sekali.

Aku cuba ingatkan, aku dulu pandai baca masa tadika ke masa darjah satu ye? Sebab aku rasa aku belajar masa darjah satu. Entahlah. Korang belajar baca masa bila?

Menghukum Manusia Lain


Hari tu aku tulis pasal kebaikan di facebook. Walaubagaimana pun ada juga keburukan bila bab-bab manusia menjadi sangat extreme. Fitnah pun banyak. Pasal kes Ramly Burger, pasal kes Roti Gardenia dan macam-macamlah lagi fitnah. Malam tadi aku tau ada anugerah lagu dan aku selang-selang tengok dengan Australian Open final yang main dekat 6 jam.

Dan dari tengah malam tadi adalah orang start tulis-tulis dan aku tertarik bila ada satu group politik ni letak satu gambar dan suruh orang nilaikan sendiri. Dan ada seorang penilai tu tulis macam yang aku paste kat atas tu.

Soalan aku sekarang.. Confirm ke kau tu ahli syurga?

Tips Bagaimana Untuk Menonton Perlawanan Bolasepak Tanpa Gangguan

Sebagai rakyat kebanyakan biasanya kita hanya mampu melanggan satu perkhidmatan Astro sahaja. Kebanyakan game bolasepak di malam minggu adalah game-game yang seronok untuk ditonton tapi memandangkan kita tinggal bersama orang lain di dalam rumah dan dalam kes saya tinggal dengan isteri dan anak-anak, rasa bersalah tetap ada sebab mereka mestilah bosan terpaksa layan tengok sama. Untuk anak-anak tidak lama lagi mungkin UNIFI boleh membantu, dengan cartoon channel, itupun provided that ada satu lagi TV, tapi untuk isteri ada conflict sikit. Jadi mari saya ajar salah satu tips untuk tidak rasa bersalah.

Bagi kata-kata semangat kepada isteri untuk membuat kek baru dan selepas itu anda juga bersemangat membawa beliau ke kedai menjual bahan-bahan kek. Pastikan jugak bahan yang dibeli boleh digunakan beberapa kali sebab lepas ni takde lah kena beli lagi dan mungkin minggu depan boleh suggest buat kek lain pulak sebab bahan masih ada.
Pastikan semua ahli keluarga terlibat. Minat ini kena diasah secara beransur-ansur. Macam kes saya, minat anak lelaki saya sampai dia nak jadi chef bila besar nanti dan taknak jadi pilot. Kalau dia nak jadi pemain dram pun saya takdelah menghalang sebenarnya. Apapun sekarang semua ahli keluarga tengah bersemangat di dapur.
Jadi anda bolehlah pergi menonton bola seorang diri dan tanpa gangguan. Ye team saya kalah dengan team yang saya paling benci dan mungkin saya sedih sedikit tapi...
Hah inilah yang bagusnya. Walaupun kita bersedih hati tapi kita masih dapat menikmati Blueberry cheesecake dan sudah pastilah ianya dapat mengubati hati yang sedikit terluka.
Tips lagi satu, kalau team anda kalah jangan bukak Facebook sebab perangai anda yang suka "bakar" team lain masa team anda menang akan dibalas dengan kejam oleh rakan-rakan. So duduk jelah makan.
Dan semua orang akan puas hati sampai menjilat bibir, keluarga pun masih bahagia dan semua orang dapat membuat aktiviti yang berkaitan minat masing-masing tanpa gangguan.
Selamat mencuba ye lelaki-lelaki semua!

Berkongsi Minat

Oh sayangku...
Australian Open dah nak habis. Dan aku takde kawan-kawan yang aku boleh share nak bersembang. Aku tak nafikan sebagai lelaki dulu aku tertarik dengan tennis sebab player dia sexy dan lawa-lawa. Ada sekali tu, 3 tahun lepas kut, pecut dari office nak sampai rumah awal sebab nak tengok Ana Ivanovic. Tapi sekarang minat aku pada tennis adalah PURE. Aku suka game dia. Lelaki perempuan semua game aku suka tengok.

Dan bagusnya tahun ni wife dan anak-anak pun dah join sekali. So seronoklah bila wife yang bagitahu semifinal Nadal dengan Federer sebab aku missed game sebelum tu. Seronok ada geng nak tengok.

Cuma sekarang aku tak pasti yang wife aku purely nak tengok game ke dia sebenarnya nak tengok si Nadal yang perkasa tu.

Kes Salah Dengar

Senja semalam aku cakap kat Umar. "Nanti kalau dah ada PS3 ayah nak beli game yang ada senapang tu, piung piung," sambil buat gaya.

Tetiba Liza yang tengah bersedih dan tak puas hati dengan surat bonus tetiba sambung conversation kitaorang dekat Gtalk,  cakap buat gaya-gaya sebak. "Tapi saya nakla dapat 10K" 

Yang si Umar ni pulak cakap. "Wah banyaknya mama nak. 10 Game!"

K la bukan Game, bila masa pulak mama nak main game. Hehe. 

Ikhlas

Difacebook aku ramai orang letak article yang bermacam-macam dan ini termasuklah benda berkaitan agama. Benda yang paling memberi kesan so far pada aku ialah bila orang pesan masa baca antara dua sujud tu bacalah bebetul sebab maksud-maksudnya yang sangat mendalam. Ye aku jahil, maafkan aku.

Selain daripada itu aku ada baca bab ikhlas atau tidak beribadat ni. Ada satu argument tu pasal mamat ni cakap dia taknak buat sebab dia tak ikhlas nak buat. Oklah contohnya katakan aku taknak Sembahyang Jumaat sebab aku tak ikhlas nak pergi. Tapi article tu ingatkan yang ibadat yang aku taknak buat itu adalah ibadat wajib. Kena buat. Kalau sampai mati tak ikhlas macamana. Ini adalah satu benda yang interesting sebab banyak aku baca dan ada jugak orang disekeliling aku yang tak ikhlas lagi nak buat benda-benda wajib.

Conclusion aku, buat jelah mana tahu lambat laun jadi ikhlas. Kan?

Memilih Jalan Sendiri


Pada pendapat aku bila benda berkaitan basic agama Islam, system pendidikan negara ini regardless mak bapak ajar anak-anak dekat rumah atau tidak sudah mencukupi. Mencukupi as in tahu yang mana benar dan mana salah.

So bila kita nampak orang buat salah di negara Malaysia ini aku rasa bukanlah orang-orang tu tak tau benda tu salah tapi lebih kepada diaorang memilih untuk buat salah tersebut.

Tapi lagi baik kalau tau benda yang dibuat itu salah daripada buat benda salah tapi tak tau ianya salah.

So what?


So what, we get drunk 
So what, we smoke weed 
We’re just having fun 
We don’t care who sees 
So what, we go out
 That’s how it’s supposed to be
 Living young and wild and free


Ok abaikan benda-benda haram dari lirik ini tapi sepatutnya hidup kita sepatutnya memang perlu lebih relax. Relax especially bab tak payah pedulikan apa yang orang fikir pasal kita. Asalkan kita happy dan tak kacau orang, sudah. So what aku dengar lagu guna headphone masa buat kerja? So what aku nak masuk Masterchef? So what aku nak beli PS3 dan lagi satu LCD TV? So what aku marah-marah dalam blog? So what perut aku buncit? So what aku suka nasi kandar? So what cuti 4 hari bulan dua nanti aku nak nikah lagi satu dekat Thailand?? Ok itu lawak, sorry kalau tak kelakar. Tapi kalau betul pun SO WHAT??

Simple

Ikan Goreng + Sambal Tempoyak + gulai labu dah cukup sedap sampai habis nasik
Sebelum aku memberi impression salah kepada bakal-bakal isteri no 2,3 dan 4 baik aku declare yang aku takdelah makan ayam bakar sepanjang masa. Upload gambar masakan dekat blog memanglah makanan yang "mewah" tapi MOST of the time abang Pizli makan simple je. Janji cukup rasa sudah. Kalau tak cukup rasa jangan kahwin dengan abang Pizli, pergi berniaga dekat pasar Ramadhan.

Cakap pasal simple, kadang-kadang aku rasa nak je offer budak perempuan yang jual barang, mintak derma dekat petrol pump kerja dengan aku. Jaga anak-anak, bersihkan rumah. Aku jugak masih percaya siapa yang jadi maid aku duit gajinya walaupun serendah RM500 ringgit dapat disimpan terus. Tak berusik, sebab takde nak bayar apa-apa sebab semuanya akan ditanggung.

If only nak buat benda ni sesimple aku nak tulis blog ni atau sesimple lauk kitaorang malam tadi. If only...

Crack Recipe



Aku sebenarnya tengah cuba untuk crack recipe ayam goreng nasi kandar yang famous ni. Aku cakap kat kawan-kawan aku yang kalau aku berjaya aku nak bukak kedai makan.

Semalam aku try buat, boleh cakap dah 50% macam nak sama cuma rasanya pulak kurang dan baunya pun kurang sikit. Aku akan try lagi untuk crack. Rasa macam scientist pun ada bila aku cuba figure out bau dan rasa rempah² tu. Lepas ni aku nak letak banyak-banyak rempahnya.

Persoalannya sekarang betul ke aku akan bukak kedai makan kalau berjaya? Haha.

Aktiviti Masa Lapang Masa Dah Berusia Nanti


Semalam masa dekat  Central Market Curry House, Bangi kitaorang ternampak satu couple tua ni tengah baik punya layan kari kepala ikan dengan nasi kosong. Aku assumed pakcik dan makcik tu anak-anak dah takde kat rumah, belajar ke kerja ke so diaorang pergilah layan buat aktiviti-aktiviti macam tu untuk masa lapang.

Buat aku terfikir, memandangkan masa sekarang aku takde nampak peluang untuk pergi tempat yang aku minat, tempat yang aku teringin nak pergi, so mungkin bila aku dah berusia sikit nanti (bila dah boleh keluar KWSP haha) aku nak bawak Liza pergi tengok Australian Open sekali dan pergi Old Trafford sekali tengok Man Utd main.

Tapi aku lebih berharap dua benda ni aku dapat pergi masa aku muda bersama anak-anak aku yang dua orang tu. Hehe.

Aktiviti Isnin (Semuanya Untuk Umar)

Haishh dah nak habis dah cuti 4 hari, cepat je masa. Memang takde ke mana-mana pun kitaorang. Konon-kononnya nak berehatlah. Tengahari pergi Warta pekena nasi beriani mamak dan beli baju Melayu Umar. Sebab every Jumaat dia kena pakai baju Melayu kat tadika dan sekarang ni ada satu je.

Aku belikan buku tadi untuk nak ajar Umar belajar membaca, sekali adik dia yang conquer. Sampai tidur pun  dia peluk buku ini. So kena ada dua session, satu dengan abang satu dengan adik.
Umar adalah seorang picky eater. Macaroni and cheese adalah salah satu kegemaran dia, so aku carilah recipe sebab nak tengok dia makan banyak. Picky eater?? Macam perangai aku je tu.
Masa dia ternampak jigsaw puzzle ni boleh ke dia cakap kuat-kuat dengan muka excited dalam kedai tu:
"Ayah.. sukanya saya.. Saya jumpa jigsaw puzle Ultraman."
Aku tak suka jigsaw puzzle sebab buang masa dan mesti aku kena tolong siapkan, tapi tengok muka dia nak sangat aku beli je lah. Harap-harapnya anak-anak aku kalau nak benda biarlah benda murah macam ni je. 
Esok dah start kerja!

Baik Dan Beriman

Kadang-kadang manusia beranggapan yang diri dia adalah manusia yang baik dan juga manusia yang beriman. Tapi beranggapan yang diri sendiri baik dan beriman adalah sifat riak.

Applesauce Cake

Soalan. Agak-agaknya esok kalau pergi shoppong complex kedai bukak tak? Kami bosan. Hari ni nak keluar tak boleh sebab Nawal masih ada lagi HFMD. Harapnya esok dah sembuhlah. By now aku rasa orang semua dah taulah betapa bosannya hidup kami, walaupun anak sihat walafiat. Hari tu beli applesauce untuk BBQ Sauce tapi end up tak best sangat so Liza customised buat cake. Memang ada recipe rupanya. 

Tak membazirlah lebih hari tu. Nasib baik.
Mix butter, gula cocoa powder dan lain-lain.
Kesian budak-budak ni. Tak berjalan. Nantilah kita pergi melancong ye? Hidup diaorang ni nanti kalau diflashback masa kecik mesti penuh dengan mama masak kek, ayah bakar ayam haha.
Applesauce tu pun masuk sekali.
Tabur dengan kacang dan chocolate chips (juga lebihan dari hari itu)
Not bad, tapi of coursela cheese cake hari tu lagi sedap. Ni kira kek murahanlah ni.
Well at least adalah jugak akitiviti dari duduk termenung. Please doakan Nawal cepat sihat, nak keluar.

Pizli Peri-peri & Fried Chicken. (Ye sangatla tu)

Memandangkan Nawal kena HFMD so kitaorang tak bolehla nak pergi mana-mana. Aku dah lama teringin nak makan ayam Nandos so aku carilah recipe. Masalahnya sekarang anak-anak aku tak makan pedas so kena cari alternatif. Alternatif semestinya ayam ala KFC. Sebab apa asyik ayam? Sebab murah, malam semalam beli kat Tesco RM3.88 sekilo. Beli dua ekor tak sampai RM11.

Ayam peri-peri ni agak senang. Blend bahan-bahan.
Marinate, sukahatilah nak lama mana lepas tu bakar.
Untuk ayam goreng ni agak banyak kerja. Letak rempah-rempah.
Campur dengan tepung biasa.
Golek dalam yogurt, lepas tu terus coat dengan tepung dan rempah-rempah tadi.
Deep fry dalam 5 minit
Keluarkan, bakar dalam oven 40 minit.
Ni rupa ayam peri-peri.
Cicah dengan sos Nandos, ada jual dekat Tesco & Giant. Garlic sauce tu memang nalarekek.
Makan dengan mandy rice dan coeslow. Aku je cakap mandy rice. Ntah ye ntah idak haha.
Ayam goreng untuk anak-anak. Rasanya kuat sikit, lain kali kena kurangkan rempah.
Tak jadi buat macam last week so tak boleh nak bagi recipe lagi sebab tak improvekan lagi. Tapi kalau nak jugak sila email saya di pizlimw(@)gmail.com ye. Nanti saya email. Sedap tak sedap tak jamin. Hehehe.

Takde Masa



Ok aku dah malas nak bersenam. Buat masa ini, takde masa, weekend pun ada je aktiviti. So aku nak ambik pil kurus.

Homework

Umar dah ada homework dan first time aku dapat tengok exercise book dia. Cikgunya ada letak stars dekat dia punya kerja, nak bagi encouragementla kut kat budak-budak ni. Tak taulah dia seorang je ada homework or semua orang. 

Buat masa balik dari nursery so that malam boleh tengok kartun.
Aku takdelah nak tolong, duduk tepi tengok-tengok je lah.
Buku tulis jawi.
Dua bintang je? Out of berapa ntah agaknya. Harapnya 3 bukan 5 hehe..

Bye Berita Harian


Aku tak menang apa dari contest Berita Harian hari tu. Ipad tak menang kereta apatah lagi. So mulai sekarang aku takkan beli Berita Harian lagi.

Dulu tak menang contest Shell aku stop isi minyak Shell.

Ye aku memang bodoh dan kebudak-budakan sedikit bila bab kecewa. Hahaha.

Teknologi Dan Komunikasi

Semalam kawan aku cerita yang hari tu dia ada berkumpul dengan kawan-kawan. Anak-anak kawan dia masa tu semua ada gadjet, Ipad, Ipod, PSP etc dan anak dia takde. Bukan dia tak mampu, dia lebih dari mampu, nak belikan Ipad untuk semua anak reader blog aku pun dia mampu tapi point dia ialah takde communication la antara anak-anak ini.

Ye, aku tak nafikan yang teknologi ni membantu membentuk minda anak-anak kalau tidak digunakan secara berlebihan. Ramai yang terer main game pun budak-budak yang pandai. Tapi....
SOCIAL SKILLS SUDAH TIADA
Sebab dah asyik main gadjet je, dah tak bertegur sapa dengan rakan sebaya. Takde communication dan macam baik tak payah bawak anak datang sebab nanti end up semua buat hal masing-masing. Tak payah cerita pasal anakla, kadang-kadang antara kawan-kawan sendiri pun masa minum lepak minum teh sibuk main phone. Hahaha, aku pun lebih kurang jugaklah ni to be honest.

Mungkin bermain dam haji, main carrom dan permainan tradisional yang lain lebih baik dari main gadjet. Hehe.

Undang-undang Tidak Bertulis Orang Berkahwin

Bila dah kahwin ada limit yang kena jaga. Antaranya orang tak bercerita pasal hubungan seks dengan isteri dekat orang lain. (Unless educational punya perbincangan secara tertutuplah). Tapi kalau dah openly cakap. "Malam ni aku nak main doggy style dengan bini aku" etc itu dah salahlah pada aku.

Bukan Permulaan Yang Baik Untuk Tahun Ini

Aku harap sangat tahun ini akan jadi "tahun aku" tapi dengan kes si Umar ni nampaknya bukanlah satu permulaan yang baik untuk tahun ini. Disaster. Ada gaya akan jadi the worst year pun ada. Arghhhh. Bila benda-benda macam ni jadi aku give up. Give up dengan orang. Apa benda pun tak boleh percaya. 

Masakan wife aku, aku tak give up lagila. Haha.

Frustrated

Tuhan je lah tahu perasaan aku. Hancur berkecai hati aku, frust dengan manusia. Aku ingatkan aku dah bagi the best untuk anak aku, diambil secara berseorangan naik kereta sekali buat perangai ambik awal pulak. Aku tau, dia ambik anak aku, hantar seorang budak lagi pergi tadika petang lepas tu balik. Tak payah pusing² dua tiga kali.

Tadi Liza call cikgu cakap hari ni dia ambik pukul 11.20am, cikgu cakap lagi balik awal memang satu subject tertinggal. So mulai esok aku akan ambik dan aku takkan cakap apa-apa. Just cakap, "lepas ni tak payah ambik dah, saya ambik". Kang kalau aku cakap, bergaduh takut diaorang buat apa-apa pulak kat Nawal. So next month Umar duduk je tadika sampai petang. Biar diaorang faham-faham sendiri jelah. Dan takpelah aku habis sikit duit minyak bulan ni asalkan anak aku dapat belajar.

Esok aku nak cakap dengan cikgu, tolong-tolonglah apa yang anak aku tertinggal tu. Apa-apa pun aku bersyukur Allah tunjukkan benda ni awal. Lepas seminggu dan bukan lepas sebulan, bukan lepas setahun.

Tipu Aku Sekali Dan Sampai Mati Aku Takkan Percaya

Cerita ni panjang.

Aku tulis ni dengan hati yang sangat panas. Dulu cadangnya nak tinggalkan Umar sampai petang di Tadika tapi orang nursery cakap boleh ambik. Fine, walaupun bayar lebih sikit tapi untuk convinience takpe.

Minggu lepas aku ada ambik sekali, takpe. Sekali semalam budak kat nursery tu cakap tak boleh ambik lagi sebab yang ada kereta tu takde so Liza pergi ambik. Masalahnya bila budak keluar Umarnya takde sebab dah diambik dengan orang ada kereta tu pukul 11.30. Ok bila bab macam ni hati aku sudah panas sebab apa ke jadahnya ambik pukul 11.30?? Habis sekolah pukul 12. Budak tengah belajar lagi. Aku terbayang anak aku kelam kabut, terpinga² kemas barang sebab nak kena balik awal.

Petang semalam aku tanya budak kat nursery tu biasanya dia ambik pukul berapa. Budak tu jawab "Pukul 12". Hati tak sedap aku suruh Liza tanya cikgu dekat tadika tu dan tau apa cikgu tu cakap??

"Oh yang naik kancil tu memang biasa ambik dia dalam pukul 11!! Bla bla bla. Memang tak sempat nak baca ke apa dah kena kemas balik"

Celaka punya Melayu! Tak boleh bisnes jangan nak bisnes, tak boleh commit jangan nak commit. So, plus minus anak aku missed 5 jam waktu pelajaran dan bayangkan walaupun dengan missed 5 jam ni pun banyak dia dah tau, agaknya kalau dia dapat 5 jam tu dah boleh baca agaknya. Bayangkan budak tu tengah seronok belajar sekali kena kemas balik. Apa yang dia fikir aku pun tak tau, fikir senang tekak dia jelah tu.

Lepas tu tipu aku pulak tu. Aku tak boleh mengamuk sangat sebab Nawal ada kat situ lagi so aku diam kan je dan kalau hari ni dia buat lagi aku akan ambik Umar dari tadika sampai habis bulan. Bila habis bulan cakap nak biar Umar duduk tadika je sampai petang, berapa hari je lagi pun nak habis bulan. As for Nawal nanti aku decide, maybe pindahkan jugaklah sebab aku kalau dah kena tipu sekali sampai bila-bila aku tak percaya. To make the matter worse ialah owner nursery tu sakit pulak, tak duduk situ dah dekat sebulan. Kalau dia balik tengoklah macamana.

Kes semalam tu memang Allah saje nak kantoikan diaorangla tu. Nasib baiklah sekolah baru seminggu lebih, kalau setahun??? KALAU SETAHUN??????

Meninggal Dunia

Sabtu hari tu husband kawan sekolah Liza meninggal, accident motor kena langgar trailer. Aku assumed umur dia baya-baya aku jelah. Anak seorang.

Bila Liza bukak facebook dia ramai yang ucap takziah. Dalam hati aku, ucap takziah memang senang tapi macamanalah agaknya dalam hati kawan Liza tu dengan anak dia. Aku harap dia dapatlah terima kenyataan dan noticed ramai orang ambik tau serta doakan yang terbaik untuk dia dengan anak dia.

Harapnya jugak dia tabah dengan ujian Allah. Macam aku cakap tadi, aku nak suruh orang tabah ni senang sebab cakap tu guna mulut je tapi orang yang menanggung tu macamana kan. Aku doakan yang terbaik jelah dan macam biasa kita sedekahkan Al Fatihah pada arwah.

Berita Kejadian

Budak Kenit

Hari ni dengan esok ada training dekat office ni. Letak gambar jelah dulu

Ayam Panggang, Kuah BBQ, Nasik Butter Garlic & Potato Goreng

Aku cari recipe baru dan aku jumpalah yang aku buat ni. Aku mungkin silap letak kicap masin instead of kicap manis, bubuh garam banyak dan BBQ sauce tu tak payah ada pun takpe sebab lagi sedap makan dengan sos cili dan mayonis. Kena buat sekali lagi sebab nak perfectkan. Nanti-nantilah letak recipe penuh.

Bahan-bahan untuk marinate ayam.
Marinate selama 24 jam tapi termasin. Lesson learned.
Bahan-bahan untuk buat BBQ sauce. Jumpa applesauce di Cold Storage. Situ semua ada cuma dianyalah yang takde kat banyak tempat.
Ayam yang dah dibakar. Mungkin seronok kalau ada oven yang boleh muat seekor ayam tu haha.
BBQ sauce yang tak payah ada pun takpe, membazir je sebab  sos cili is  the best.
Makan dengan garlic butter rice dan potato goreng. Dua-dua ni sangat sedap. Ini Liza in charge, aku bagi recipe je .
Nanti boleh repeat dan ubah sikit recipenya.

Makan Sosej Waktu Pagi

Selain takde sekolah, kalau aku pergi beli rumah kat tempat lain adalah sebab kawasan sini susah nak cari barang memasak. Semalam kawan aku bagi recipe coney dog, so dengan semangat pergi cari sos mashed potato. Dekat Giant pun takde, dekat Tesco pun takde. Dan aku nak expect ada jual dekat kedai runcit? Mestilah takde sebab pagi tadi masa aku cari roti hot dog pun semua kedai takde jual. Tapi takpelah kut aku tinggal je lah sini sebab sini kawasan yang tak sibuk. Rasa tenang. Kalau maju ada sekolah, ada pasaraya besar nanti sibuk pulak. Takpelah, pergi sekolah dekat bandar lain dan pergi beli barang dekat negeri lain.

Sosej, bawang besar, butter, minced beef dan tanpa satu recipe penting - sos mashed potato.
Inilah rupanya. Nasib baik sedap jugak walaupun agak frust tak cukup recipe dan takde roti hotdog..
Jap lagi aku nak marinate ayam guna recipe baru. Malam esok nak masak. Cari applesauce nak buat gravy untuk esok pun takde jual. Nasib baik hari ni nak kena balik Keramat, bolehla cari kat area sana. Pagi Isnin aku update (kalau jadi hehe)