Rehatlah Kejap

Memandangkan aku tengah banyak masalah dan takde benda menarik nak cerita, aku stoplah kejap blog ni. First time aku rasa dah tak peduli pasal blog ni sebab kepala serabut sangat. Jumpa di lain masa, InsyaAllah.

Benda Yang Paling Saya Suka


Ini adalah antara koleksi fridge magnet yang aku ada. Dan when it comes to fridge magnet aku suka fridge magnet free, sama ada orang bagi atau dapat free masa beli barang. Singapore ada, Australia ada, Bandung ada, Turkey ada, New York pun ada. Obviously orang bagi sebab aku pergi ke luar negara sedekat Thailand or Indon pun tak pernah.

Kalau korang pergi melancong memang aku buat muka tak malu nak satu fridge magnet. Pleaseeeeee..

Tekanan Di Waktu Petang

Sekarang Umar duduk tadika dan aku perlu ambik dia sebelum pukul 6. Selepas pukul 6 dia akan charge RM3 satu jam. Jalan nak balik ke rumah aku takdelah sesak sangat. Tapi yang menyakitkan hati aku ialah aku kena ikut belakang lori, belakang trailer, belakang pakcik yang cruising hisap rokok keluar tangan ikut tingkap dan macam-macam lagi kenderaan yang kadang-kadang buat aku bawak kereta setakat 20km/j. Tak boleh potong sebab jalan kampung satu lane dan dari arah belah sana banyak kereta. Dengan hari panasnya, jalan tak rata habis rosak kereta aku.

Aku tak taulah apa dosa aku tapi memang Allah menguji betul kesabaran aku dalam bab ni. Hari-hari! Lagi satu jalan aku pergi kerja ni selalu orang guna nak skip tol. Dan bila aku maksudkan orang bukan orang persendirian tapi tahap treler ntah berapa puluh tayar tu. Bila sampai jalan clear, jalan yang dua lanelah, adalah 3km terakhir nak sampai area rumah aku, dan aku hanya ada 3 minit je nak sampai tadika, so aku kena pecut selaju mungkin dan aku yakin aku pulak kena maki sebab bawak laju. So aku akan sampai samaada tepat pukul 6, kurang seminit pukul 6 atau lebih 3 minit pukul 6 macam tu. Aku tak taula nanti kena charge ke tidak.

Aku rasa aku boleh tolerate jalan jam kereta banyak daripada jalan clear tapi orang depan aku bawak paling laju 20km/j. Sakit jiwa woi! Ampunkanlah dosa aku Ya Allah, cukup-cukuplah ujian.

Worst Month Of My Life

Kehidupan, kerja, financial, semua serba tak kena bulan ni. Harapnya bulan depan jadi the best month. Amin.

Parenting Issues: Membeza²kan Anak².

Aku perasan ada ibu bapa membeza²kan anak², kira ada anak favouritelah. Biasanya anak yang favourite ni anak yang keciklah dan biasanya bukan anak pertama hahaha.

Sebagai bapa aku cuba untuk tidak membeza²kan anak-anak. Kalau anak kecik salah, dia tetap salah. Kalau anak kecik dapat mainan anak besar pun dapat mainan. Kalau anak kecik makan KFC anak besar pun makan KFC.

Harapnya aku dapat kekalkan benda ni sampai diaorang besar.

Bukan Kami Tak Suka Tengok Cerita Melayu


Aku perasan bebudak dekat facebook (yang perempuannyalah biasanya) bercerita pasal drama-drama Melayu TV. Series. Sedara mara pun ada. Bila sedara tanya.. "Liza ada tengok cerita Kekasihku Sahabatku tak?" Sudah pastilah Liza akan jawab "Tak tengoklah kak".

Selain drama ni antaranya tayang time Maghrib kami juga tidak menontonnya kerana nanti benda untuk menonton ini akan jadi seperti satu tanggungjawab. Maksudnya mesti kena tengok semua episodelah sebab aku percaya ceritanya menarik dan rasa rugi kalau stop. Last drama yang aku follow ialah Ahmad Durrah, lepas Nur Kasih. Memang best pun ceritanya tapi itulah - buang masa dan kena tengok setiap minggu.

So sekarang kami prefer cerita-cerita yang dalam satu episode  tu dia takkan related langsung dengan episode yang selepasnya dan kalau relate pun dalam 2 minggu berturut-turut je. Dan cerita-ceritanya ialah, House, Chaos, Leverage dan semestinya CSI. Paling tidak pun aku tengok bola, time tu tengok time tu habis. Senang cerita.

Hidup

Hidup kita ni kadang-kadang benda yang kita taknak itulah benda yang selalu datang. Benda yang dah lama dikehendak tak pernah dapat.

Masalah Kerja, Masalah Peribadi & Ini Masih Awal Februari

Sistem lecture capture bodoh yang sentiasa ada masalah. Sakit betul hati aku datang kerja.

Nursery yang hidup segan mati tak mahu, so decided suruh Umar duduk tadika sampai petang. Tak boleh minum susu dan dia faham. Nanti aku upah PS3, ye dua tahun lepas aku cakap nak upah PSP kalau pandai berak dalam toilet tapi tak terbagi² kali ni aku akan pastikan dalam tahun ni aku akan sediakan dia system game yang hebat. Oklah utnuk aku sebenarnya tapi aku cakaplah kat dia itu upah dia rajin belajar dan duduk tadika sampai petang.

Nawal masih duduk nursery lama, one last chance. Kalau ada problem tukar dekat nursery yang kitaorang check out semalam.

Hati memang berat pisahkan diaorang ni tapi kami takde pilihan yang lebih baik. Ini sahaja yang the best. Umar duduk tadika sampai petang maksudnya bayar lagi kurang dan tak habis duit minyak aku. Blessing in disguisela kut.

Doakan yang terbaik untuk anak-anak aku.

Menyelesaikan Masalah Nursery

Hari ni pekerja nursery yang tinggal seorang tu tak datang sebab sakit kepala so aku dengan Liza decided ambik emergency leave sama-sama. Mula-mula lama jugak fikir nak cari tempat lain ke nak stay lagi ke tapi masa ambik Umar dari tadika tadi kitaorang singgah nursery lain nak check out.

Nursery yang kami singgah tu memang proper nurserylah, pekerja pun ramai dan budak-budaknya pun ramai. Mungkin kami pindahkan je lah anak-anak ke nursery tu sebab itu je lah option yang tinggal.

Harapnya masalah aku selesai, as for Umar buat masa ni aku akan ambik dari tadika dan hantar nursery baru ni lah. Agak tak larat nanti suruh naik van je lah. Nak bagi dia duduk tadika sampai petang tak boleh minum susu pulak sebab tadika tak bagi.

Banyak sangat hal lah dan ini baru awal bulan February.

Kenapa Ada Benci

Sebagai manusia biasa aku tak boleh lari dari suka atau tidak suka sesetengah orang. Sekarang mari cakap pasal benci. Kadang-kadang aku benci dan tak suka orang atas sebab-sebab yang patut. Tapi berbaloikah aku terus benci manusia lain dalam jangka yang panjang sampai hati aku jadi busuk.

Berbaloikah untuk aku terus benci seseorang padahal aku hanya akan jumpa orang tu tak sampai 24 jam pada sesuatu masa. Aku rasa tak, so mulai hari ini aku nak buang perasaan negatif pada seseorang dan terima sajelah kekurangan somebody sebab obviously aku pun ada kekurangan.

Sifat benci tak bawak aku ke mana-mana pun dan kalau ada salah orang pun aku maafkan je lah. Semoga hati aku tak busuk.

Matlamat Hidup

Sebagai manusia biasanya kita akan ada matlamat hidup. Ada yang long term dan ada yang short term. Benda yang long term biasanya kita tak terasa sangat. Benda yang short term biasanya akan buat kita sentiasa bersemangat untuk mencapainya.

Contoh, long term matlamat aku ialah nak bagi pendidikan dan kehidupan yang bagus untuk anak-anak aku dan sambil itu menerapkan segala nilai murni dari segi moral dan keimanan. Benda ni semua ibu bapa buat hari-hari dan sedikit demi sedikit untuk jangka masa yang agak panjang.

Matlamat hidup aku yang dalam masa singkat sekarang takde. Aku teringat dulu masa sambung belajar, kelas malam 3 tahun. Dalam kepala itu yang aku target. Masa cuba berhenti rokok jugak hari tu pun. Bersungguh-sungguh dan sepenuh hati. Benda-benda macam tu buat kita macam kita ada tujuan, ada aim. Tapi sekarang aku dah takde perasaan itu. Dan kalau ada pun, macam nak belajar main gitar aku tak rasa aku boleh bagi sepenuh hati sebab aku tak rasa impactnya kuat untuk hidup aku.

Entahlah, nanti aku fikir, takkan nak sambung master kut?

Lupakan Masalah Dengan Tidur

Masalah orang nursery tak boleh ambik Umar nampaknya takkan settle sampailah ke hujung bulan. Aku suka je ambik anak aku tapi kos minyak bertambahlah, dan masa jugaklah sebab hidup aku atas jalan dan tak bersosial masa lunch hour dengan kawan-kawan. Nak bagi dia duduk tadika sampai petang kesian pulak sebab peraturan tadika tu tak boleh minum susu. Nak bagi naik van.. hmmm maybe kalau bulan depan orang nursery tak boleh ambik baru try naik van kut.

Aku tau nursery lain lagi baik, tapi process nak menukar tu yang payah. Memandangkan aku malas nak fikir aku tidur je lah dulu.

Resipi Mee Goreng Mamak Pizli

Selama ni bila aku masak aku tak letak resipi sebab aku takut korang tak boleh ikut selera aku, tapi hari ini for the first time aku yakin nak share recipe sebab bau dan rasa lebih kurangla dengan mee goreng mamak yang aku biasa makan. Aku bagitau exactly apa yang aku letak.

Bawang besar 1/2 biji, bawang putih 2 ulas, bawang kecik 1 biji (semua ni cincang halus). Cili kisar 3 sudu, rempah kari daging 1 sudu, sos cili jenama Life 2 sudu , sos tomato jenama Kimball 1 sudu, kicap manis Cap Kipas Udang 4 sudu, daging ayam dihiris, aku rasa kalau letak daging lembu lagi best kut tapi aku sayang daging aku sebab nanti nak buat kari cicah dengan roti canai. Hehe. Ooh semua ini dalam sudu besar tablespoon bukan teaspoon. Oh lupa sayur Pak Choy  dan cili, sebab sawi takde.
Panaskan minyak, masukkan bawang, sekejap lepas tu masukkan  segala macam sos dan rempah kari tadi. Agak berbau masuk ayam. Bila ayam dah agak masak masukkan kicap. Sebatikan masukkan pulak mee, lepas tu masuk sayur tu tadi. Gaul cantik-cantik. Lepas tu masukkan dua biji telur, putih kuning masuk je. Bagi telur macam masak sikit lepas tu gaulkan dengan mee tu tadi sampai agak kering.
Siap! Mungkin lagi best kalau campur cucur udang yang dipotong-potong atau tambah tauge sikit-sikit macam orang berniaga tapi pada aku, apa yang ada ni sudah good enough. Selamat mencuba ye.

Peluang Terakhir


Dulu sekolah menengah aku duduk asrama, bila aku balik kampung aku nampak kebanyakan kawan sekolah rendah aku dah pandai main gitar. Aku sedih. Aku pernah belajar sekejap lepas SPM dan taula cord²nya tapi lagu yang tau ada satu. Not to mention aku tak mampu nak beli gitar jugak.

Bila dah kerja ni aku ada jumpa dalam 5 software belajar main gitar. Maknanya duduk depan komputer dan aku beli sebijik gitar kapok. Tapi belajar dengan software ni adalah sangat susah, takde orang nak ditanya pun ye lepas tu aku jadi restless gila duduk atas kerusi plastik depan computer dalam bilik study kecik tu dan akhirnya aku give up.

Liza tau yang aku memang nak belajar main gitar, tapi aku tak nampak jalannya pun. Dengan dah beranak pinak aku buang je lah impian aku tu jauh²  dan offer anak aku pulak yang pergi belajar.


Cuma baru-baru ni aku tengah tengok² game untuk PS3 aku terjumpa game yang boleh ajar main gitar ni. Aku susah nak explain tapi anggaplah yang ianya memang effective. Sangat effective. Aku yakin aku terjumpa game tu bukan setakat kebetulan, aku yakin takdir yang jumpakan aku untuk buat benda yang selama ni aku betul-betul nak. Haha ayat.. Boleh cakap untuk benda lagha ini ialah benda terakhir.


Semua benda yang aku agak impossible dan susah untuk aku buat macam bawak kereta, study sambil kerja, berhenti hisap rokok aku dah berjaya buat so harapnya ini pun berjaya jugaklah nanti. Kalau aku berjaya satu hari nanti, aku nak perform masa dinner company, ajak Amir main bass. Haha.

Ikan Lombong Ke Amerika Syarikat

Dulu masa form 3 kut aku dengan kawan-kawan aku rajin jugak memancing. Kalau memancing ke lombong biasanya dapat ikan tilapia. Dan aku memang pandang ikan tilapia ni sangat hinalah. Aku tak makan dan aku anggap ikan ni tak sedap. Aku prefer ikan-ikan yang lain, (ye aku duduk kampung aku ada banyak pilihan ikan untuk ditangkap dan dimakan)

Baru-baru ni aku ada tengok rancangan agricultural dekat TV1 dan aku nampak diaorang menternak ikan tilapia ni secara besar-besaran. Dalam kepala aku masa tu cakap.

"Apa kerja la diaorang ni bela ikan hampeh ni banyak²"

Pendek cerita rupa-rupanya ikan itu dibela untuk diambik isinya dan dijadikan fillet. Diaorang bukan buat untuk pasaran tempatan tapi diaorang export to US, Jepun semua. Tak sangka betul aku boleh jadi macam tu. 

Kalau aku tau ikan yang aku hina dulu boleh jadi macam ni mungkin aku boleh simpan cita-cita bela ikan dulu.

Aku Almost Give Up

Dengan kes anak-anak aku ni aku almost give up nak ada anak lagi. Nak cari tempat jaga anak yang elok macam susah betul. Dua hari lepas Liza cuti dan dia jaga Nawal kat rumah dan pick up Umar dekat tadika. Perfect! Tapi kalau buat macam tu hilang seratus dua ratus pendapatan keluarga takpe, ini main ribu², so susah.

Dan semalam aku baru baca kat forum pasal anak orang ni kena marah, kena pukul dengan orang nursery yang pada aku mahal dan berprestij di area rumah aku. Kesian jugak. Ye orang boleh cakap ambik je lah maid, maaf aku tak suka tinggal dengan orang lain dalam rumah sebab privacy. Ini ikut kemampuan dan kesesuaian sesetengah orang jugakla.

Aku cakap aku almost give up sebab semalam jugak ada berita yang company aku ni nak buat nursery dalam campus university tempat aku kerja ini sendiri. Dah pecah tanah dah pun. Pada aku nursery anak di tempat kerja adalah satu benda yang bagus. Lebih-lebih lagi kalau di office emaknya, yang menyusu badan pun ok. Lunch time pergi bagi susu.

Kalau company macam aku ni lagi best sebab multiracial. Nanti kawan-kawan anak aku ada orang europe, asia tengahdan dari seluruh dunia pun ada.

Tengoklah nanti apa ceritanya, kalau nampak macam bagus bolehla beranak lagi kut. Buat masa sekarang aku nak Nawal cepat besar je.

Abu, Ani Dan Anak Yang Nak Bersekolah

Anak Abu dan Ani bakal masuk ke darjah satu dalam masa seminggu lagi. Masalah besar bagi mereka ialah anak mereka si Ali dilanda sindrom kemurungan, tidak mahu ke sekolah.

Makan pun tak lalu sampai kurus kering Ali. Berbagai cara yang dilakukan mereka tetapi belum sempat ditanya Ali akan menjawab.. "Taknak pergi sekolah tu, taknak pergi sekolah tu.." Masa semakin singkat dan dah bermacam-macam usaha dilakukan mereka untuk mengubat penyakit murung si Ali ini. Bomoh² dari Perlis ke Johor telah mereka jumpa dan tidak satu pun yang berhasil.

Memandangkan masa singkat dan segala keperluan belum disediakan Abu nekad untuk memujuk Ali sampai berhasil. Semua benda dibelikan untuk anaknya. Ipad, PS3 dan LEGO berharga 500 ringgit satu set sebagai rasuah juga dibelikan.

Melihat keadaan Ali yang sedikit gembira, Abu bertanya.

"Kenapa Ali taknak pergi sekolah?" Tanya Abu tenang.
"Taknak pergi sekolah, taknak pergi sekolah tu" Air mata Ali mula mengalir
"Tapi kenapa, KENAPA?" Abu sedikit tegas.
"Yelah, ayah cakap nak masukkan Ali ke sekolah PIRATE! Ali taknak pergi sekolah PIRATE!"

"Astagfirullahalazim.. Bukannya sekolah PIRATE! Ayah nak masukkan Ali ke sekolah PRIVATE!!! PRIVATE tau tak?? Arghh habis duit aku beli benda-benda ni!"

Moral - Jangan tengok cerita Pirates of the Caribbean dengan anak².

Cerita Rekaan Yang Lain Click Sini

Sorry Blog Ni Jadi Makin Bosan Dan Bosan

Sorry ye aku tengah takde idea. Aku rasa bila keadaan kembali normal aku tulis elok-elok baliklah. Sekarang ni rimas sebab kelemumur aku makin teruk walaupun beli shampoo baru lepas tu aku masih ambik Umar dan orang nurserynya tak ambik. Bila semua dah sorted out hopefully by next weeklah, harap boleh tulis benda sikit.

Ok I always wanted to play guitar all my life, tapi nak pergi kelas guitar adalah tidak praktikal untuk aku yang bekeluarga. Aku juga mahu menghantar Umar ke kelas guitar dan drum. Tapi selain perlu membayar yuran, dunia di luar sana adalah sangat merbahaya. Arghh oklah itu alasan aku je. Mari kita tengok another must have PS3 games. Game untuk belajar main guitar and believe it or not, kita connectkan REAL ELECTRIC GUITAR to PS3! Gila beb, ooh sekarang aku tau sebenarnya kenapa aku takde idea nak tulis blog ni, sebab aku busy convincekan diri sendiri yang aku perlukan PS3 kut haha.

Takut Terlambat


Umur makin bertambah dan aku takut nanti it is too late for me to play video games. Memandangkan masuk contest tak menang² aku akan pastikan aku ada PS3 tahun ini juga walaupun terpaksa mengabaikan benda asasi macam flush toilet rosak contohnya. Haha.

Tapi tahukah anda video games zaman sekarang boleh membantu kesihatan dan cara pemikiran. Kesihatan untuk orang tua macam aku dan pemikiran untuk anak-anakla. Controller dan games sekarang artificial intelligentnya hebat sedikit.

Arghh cukuplah. Aku nak tunjuk game yang must have untuk aku. Main game gaduh dan memang tumbuk dan mengelak betul-betul. Macam best je tengok.

Birthday Saya Bulan Depan

Birthday aku 6hb March. Biasanya memang takde celebrate properly pun, adala kut beli kek dua tiga slice macam tu. Kira tak ambik kisah sangatla tapi satu family awarela hari tu birthday aku.

Tapi tahun ni nampaknya "tak ambik kisah sangat" tu kena up to another level sebabnya masa 6 haribulan tu nanti jugaklah Tadika Umar nak buat lawatan sambil belajar masa siangnya dan company Liza nak buat dinner pada malamnya. Taulah 6/3 tu tarikh cantik. Hehe.