Thursday, February 02, 2012

Abu, Ani Dan Anak Yang Nak Bersekolah

Anak Abu dan Ani bakal masuk ke darjah satu dalam masa seminggu lagi. Masalah besar bagi mereka ialah anak mereka si Ali dilanda sindrom kemurungan, tidak mahu ke sekolah.

Makan pun tak lalu sampai kurus kering Ali. Berbagai cara yang dilakukan mereka tetapi belum sempat ditanya Ali akan menjawab.. "Taknak pergi sekolah tu, taknak pergi sekolah tu.." Masa semakin singkat dan dah bermacam-macam usaha dilakukan mereka untuk mengubat penyakit murung si Ali ini. Bomoh² dari Perlis ke Johor telah mereka jumpa dan tidak satu pun yang berhasil.

Memandangkan masa singkat dan segala keperluan belum disediakan Abu nekad untuk memujuk Ali sampai berhasil. Semua benda dibelikan untuk anaknya. Ipad, PS3 dan LEGO berharga 500 ringgit satu set sebagai rasuah juga dibelikan.

Melihat keadaan Ali yang sedikit gembira, Abu bertanya.

"Kenapa Ali taknak pergi sekolah?" Tanya Abu tenang.
"Taknak pergi sekolah, taknak pergi sekolah tu" Air mata Ali mula mengalir
"Tapi kenapa, KENAPA?" Abu sedikit tegas.
"Yelah, ayah cakap nak masukkan Ali ke sekolah PIRATE! Ali taknak pergi sekolah PIRATE!"

"Astagfirullahalazim.. Bukannya sekolah PIRATE! Ayah nak masukkan Ali ke sekolah PRIVATE!!! PRIVATE tau tak?? Arghh habis duit aku beli benda-benda ni!"

Moral - Jangan tengok cerita Pirates of the Caribbean dengan anak².

Cerita Rekaan Yang Lain Click Sini

3 KOMEN:

Voldemort said...

Hehe. Sekolah private lagi best.

pizli said...

Hehe.

Dian Hafini Yusoff said...

hehehe...tula..cte 18 ke atas bg budak2 tgk..heheh