Ramalan Kawan-kawan

Kelmarin aku saje buat-buat lawak kat facebook dengan twitter pasal semalam maybe aku dapat free kereta, sekali kawan aku cakap, "kereta minggu depan, esok dapat Ipad". Macam biasa walaupun aku tau tak mungkin aku dapat Ipad sebab aku takde masuk contest aku macam tertunggu-tunggu jugak kut ada orang call secara tetiba aku menang hadiah tak sengaja sebab subscribe Astro ke Celcom ke haha. Ok abaikan, aku memang mental bab contest.


Dan mama_QnR pulak reply tweet aku cakap benda yang lebih kurang sama. Sekali malam ni kawan aku sms cakap boss akan bagi aku Blackberry. Terus aku teringat tweet ni. Lawak jugak aku rasa. Aku tak taula benda ni betul ke tidak sebab bukan boss aku yang cakap kat aku tapi rasa macam best jugakla.

Dulu aku ada hint kat boss aku yang aku dalam seminggu adalah 2,3 kali kena buat kerja dan reply forward email dekat rumah waktu malam guna internet dan computer sendiri so aku expect bolehla bagi aku sikit internet allowance ke apa ke. So aku assume sebab itulah dia bagi ni. To be honest kalau tak bagi pun takpe sebab aku tak minat Blackberry, aku lagi minat Galaxy S2 kut, tapi kalau betul, bak kata pB musuh jangan dicari rezeki jangan ditolak.

(Dulu masa aku sibuk update resume boss aku tetiba bagi external harddisk, lepas tu update lagi dia bagi aku Adobe Production Suite yang latest, mingggu ni update lagi dia bagi aku pc yang paling power dalam daerah Hulu Langat dan akan bagi aku BB. Soalannya, dia ada bela hantu ke tau bila staff dia dah tawar hati kerja sini? Hahaha)

Best.. Best..

Semalam ada lori Walls datang office aku bagi free ice cream. Beratur dalam 3 minit je. Aku suka sebab 465ml ice cream mahal dibagi macam tu sahaja adalah satu "hadiah" yang pada aku cukup ikhlasla kut. Aku punya perisa strawberry yang dalamnya ada strawberry, memang Umar nak habiskan terusla ice cream tu semalam. (gambar ini budak office aku si Ira punya)

Kelmarin dapat bonus, kuih dan air, hari ni agak-agaknya aku dapat duit 20K atau kereta sebijik agaknya hahaha.. Kalau February aku punya worst month, March ni boleh cakap a better month la kut dan harapnya April nanti adalah the best. Amin..

Iklan Tata Tertib Idaman

Hari tu aku tengok iklan khidmat masyarakat pasal ada mamat ni nampak orang masukkan kerusi bawah meja lepas guna dan lepas tu dia pun mencontohilah orang² tu. Orang putih panggil ni manners kalau tak silap. Aku suka iklan macam tu sebab bendanya adalah sangat simple tapi bagus untuk dipraktikkan sebab kalau ikut perangai lama aku dulu memang aku blah je lepas habis makan.

Kalau aku disuruh direct iklan, antara iklan yang aku nak buat ialah:
1) Jangan duduk depan ATM lepas keluar duit kira duitlah, apalah sebab orang lain nak cepat.
2) Jangan letak trolley dekat Tesco atau Giant etc tengah² lorong.
3) Jangan bawak kereta bawah 30km/j dekat jalan yang clear. Itu bodoh namanya.

Yang lain korang fikirlah..

Tidak Tidur Di Depan TV

Aku rasa aku pernah nampak samaada sepupu-sepupu atau anak-anak sedara aku akan tertidur depan TV bila hari dah lewat malam. Somehow anak-anak aku bukan jenis macam tu dan aku macam tak suka lah sebab macam hari tu layan DVD sampai pukul 2 diaorang pun tengok jugak, nasib baik hari Sabtu. Kadang-kadang ada cerita yang habis pukul 12 kitaorang terpaksa stop tengok sebab nak pastikan diaorang tidur awal, kenala semuanya naik tidur.

Bukan apa, kadang-kadang aku suka tengok The Voice tu, selain benda tu tak berfaedah untuk budak-budak dan habis pukul 12 aku taknaklah anak-anak aku anggap pakai baju breast terkeluar macam Christina tu ok.

Kan ke seronok kalau diaorang tertidur, aku boleh je nak tengok apa² cerita walau habis pukul berapa pun.

Rasa Nak Dapat Benda Best

Dulu aku ada cerita aku ada instinct everytime nak dapat benda best. Benda best ni biasanya benda yang tak didugalah. Bonus yang sikit tu aku dah duga so aku pun tertanya² jugaklah apa kebendanya aku nak dapat ni?

Pagi tadi bila sampai office ada sorang kakak office ni bagi aku 3 cucur badak yang paling sedap di dunia. Kakak ni tau aku suka so dia belikan. Cucur badak ni memang cucur badak yang dibuat dengan penuh kasih sayang dan ikhlas. Rasa perfect, size pun perfect. Lepas tu ada adik yang kerja satu unit dengan aku ni bagi air horlicks 3-in-1.

Walaupun benda-benda ni macam kecik tapi aku sangat hargai, senyum je buat resume baru sambil makan cucur badak. Hehe..

Highlight yang paling best hari ini ialah aku dapat message FB dari Nassir -


Wah hari tu aku ada isi masa lapang design tshirt secara merepek, sekali dia nak bagi hadiah saguhati. Duit pulak tu haha.. So not bad jugaklah hari aku hari ni.

Saya Nekad


Perangai tak elok aku ialah aku suka plan benda in advanced, way in advanced. Tapi tak salah aku sangat sebab aku plan based on orang punya promises kepada aku. Abaikan. Pendek cerita aku expect akan dapat setengah bulan bonus, sekali bila email keluar cakap suku bulan je. Orang suruh aku bersyukur, ye aku bersyukur tapi aku tak puas hati. Sebab takde improvement, dah 4 tahun kut suku. (ni kira extra bonus sebab end of the year memang confirm sebulan)

So bila aku dah tak ikhlas aku nekad nak cari kerja lain. Kali ni aku tak fikir dah pasal anak aku nak pergi balik sekolah. InsyaAllah benda tu akan ok satu hari nanti sebab anak orang lain pun balik sekolah naik van bas etc. Kali ini aku fikir pasal diri aku pulak la kut.

Ada beribu kerja yang aku boleh apply kalau for the sake of nak cari kerja lain tapi aku nak lah cari kerja dekat company yang lebih bagus, lebih banyak gaji, lebih banyak benefits dan lebih banyak bonus. Dengan gaji aku sekarang suku bulan tu tak boleh buat apa sangat, bayar insurance dah habis.


Kali ni aku tak risau pasal tempat, kat Taman Tun ke, Damansara ke, Gombak ke aku tak peduli, kalau jauh aku beli superbike dan live my dream - kerja bagus, benefits bagus, naik motor besar, dan hidup senang dan happy. Doakan aku please.

2 & 5

Anak aku si Nawal nak masuk 2 tahun 10hb April ni. Pada aku budak dalam umur macam ni adalah sangat best. Cakap pelat-pelat. Telatahnya. Masa macam inilah aku kena enjoy betul-betul sebab bila dah besar macam Umar (masuk 5 tahun 18 April) dah kurang best dah hahaha..

Nanti bila diaorang 15 tahun macamanalah pulak ye? Harapnya aku masih sihat masa umur diaorang macam tu.

"X" Tahun Menuju Waktu Bertenang

Dulu masa kitaorang jual kain dari Indon kakak yang supply kain tu cakap pada Liza yang orang berkahwin ni biasanya lepas 5 tahun baru kewangan dia stabil. Aku dah kahwin dekat 7 tahun tapi masih tak stabil lagi haha tapi bertambah baiklah jugak sebenarnya especially tahun depan bila kereta aku dengan kereta Liza habis bayar serentak. Aku yakin bilangan tahun ni adalah nilai X yang boleh berubah mengikut bilangan anak, kekerapan beranak dan percent naik gaji tahunan sesuatu pasangan.

By the way kakak tu jugak cerita yang dia pernah ambik Emergency Leave (EL) sebab takde duit nak pergi kerja. Kitaorang tak pernah lagilah sampai macam tu. Semalam kawan aku yang bujang bagitau aku yang housemate dia pun ambik EL sebab takde duit.

Kesiankan?

Menonton Filem


Seminggu ni banyak tengok movie aku dapat concludekan DVD tak kisah cetak rompak atau original sudah cukup, tak perlu pun bluray sebenarnya. Lagipun 1 bluray boleh dapat berbelas DVD.

Memandangkan anak-anak aku suka tengok cerita yang sama banyak kali aku rasa kebanyakan cerita patut ditengok dua tiga kali untuk melihat dengan detail kerja-kerja diaorang. Tryla tengok Kungfu Panda 2, gambar dah la cantik gila, animation bagus dan banyak benda-benda kecik yang kita tak perasan sangat pun diaorang buat cantik. Selain daripada nak tengok kerja kita jugak akan lebih faham sesetengah filem yang complicated kalau tengok dua tiga kali. Cerita komedi pulak tak seronok sangat tengok 2,3 kali sebab bila benda kelakar jadi 2,3 kali katakan kita dah rasa tak kelakar sangat. Untuk akulah ni.

Dekat rumah aku ada room teather namanya, dah lama gila ada benda tu, ada 2 speaker, 1 subwoofer. Walaupun limited sound dia pada aku sangat best, yang buat aku terfikir kalau ada  7.1 punya home teather mesti seronok. Aku dulu buat video so aku agak particularla dengan kejelasan gambar dan sound² ni tapi not to the extend nak spend duit beli bluray originallah.

Ada banyak lagi movie nak tengok ni. Nanti aku buat review filem lah pulak.

Part Time Nanny

Seingat aku dulu-dulu kalau tengok cerita orang putih macam mak bapak boleh hire part time nanny. Biasanya part time nanny student-student yang nak cari duit poketla kan? Somehow aku rasa benda ini sangat convenient untuk mak bapak yang mungkin perlu keluar berdua atau  nak buat sesuatu di waktu malam tanpa anak-anak.

Kalau di hari siang aku dengan Liza boleh ambik cuti, takde masalah tapi bila waktu malam dia jadi satu hal pulak. Nursery dah tutup dan obviously kitaorang takde maid. 

Aku terfikir benda ni bila aku ternampak Restoran Ikan Bakar Petai dekat Bangi. Manusia yang datang punyalah ramai buat aku nak cuba makan kat situ dan aku rasa takkan sesuai kalau aku nak makan situ bawak anak-anak. Aku juga ada ternampak ada satu kedai steamboat dan memang set-up dia takkan ngam untuk budak-budak or untuk anak-anak aku at least.

So kalau ada part time nanny mungkin aku boleh upah dalam 2-3 jam dan aku pergi enjoy makan. Mungkin bukan setakat makan je lah, kalau ada company dinner boleh bawak spouse ke, husband and wife nak jumpa set of friends yang sama ke, nak tengok wayang ke boleh guna khidmat nanny ni. 

Mungkin student kat Malaysia ni banyak duit kut so diaorang tak heran nak cari duit lebih. (ye area rumah aku dekat dengan kolej dan university)

Extremist

Aku bukan orang yang baik sangat so aku malas nak tambah dosa aku. Arghh ini semua pasal Facebook lagilah ni. Ramai sangat yang extreme dan kadang-kadang buat aku tak suka dan bila tak suka aku akan mengata dalam hati dan bila mengata aku akan dapat dosa.

Sekarang orang-orang yang extremist ni walaupun dulu kawan baik aku unfriend je terus. Sebab aku malas. Bab extreme politiklah, extreme agamalah, extreme Liverpoollah dan lain-lain lagi.

Politik - Bila benda yang tak betul dihebohkan, boleh jadi fitnah. Bila benda yang sah betul cakap tak betul, kira betul-betul in denial. Aku letak link berita pasal kereta pun boleh mengata ahli politik lagi aku hangin. Macam pesanan kawan aku: Semenjak rumours makin kuat pasal coming GE, macam2 cerita keluar di internet. Just nasihatkan kawan2 kalau kita tak tahu dgn sahih, jgn sebar. Takut termasuk dlm rantaian fitnah. Sama je share di sana nanti.

Agama - Aku yakin hidup ni kena balance, kalau kau beribadat pada tahap paling tinggi tapi dekat office tidur 3 jam time office hour or worst kau tak kerja dan makan gaji bini tak bagus jugak aku rasa. Aku ok kalau orang nak share info tentang agama tapi aku rasa tak baiklah kau asyik nak blame orang-orang lain yang tak alim macam kau. Kadang-kadang aku dah tak pasti orang tu riak ke. Aku rasa Ustaz Don jugak yang best dan aku tau dia betul-betul ikhlas. 

Liverpool - Aku pun fanatik Man Utd dan aku tak terkejut orang Liverpool unfriend aku. Ini agak childish tapi so what? Aku malas dalam hati aku ada dendam. Hahaha..

Alah facebook je pun, kalau kat luar terjumpa aku kawan je, cuma ini cara taknak hati jadi busuk lagilah. Aku pun dah jadi extremist dah ni buat macam ni. Oh lagi satu pada usia macam ni aku dah tak larat nak dengar orang mengata orang lain, tak taulah kenapa. Aku harap itu benda yang bagus.

Baik Buruk

Benda yang kita kena lupa adalah kebaikan diri sendiri dan keburukkan orang lain. #UstAzharIdrus

Pendidikan Yang Seakan Menekan

 
Setiap hari Khamis Umar akan dapat homework. Aku tak kisah sangat to be honest, asalkan homeworknya tak banyak sangat. Masalah pertama aku ialah aku tak sediakan lagi tempat yang sesuai untuk anak aku buat  kerja rumah. Itu perkara kecil.

Bila aku fikir balik banyak jugak benda yang anak aku belajar. Memang semua jenis pelajaran diambik kira. Itu benda yang baik, sangat baik in fact tapi bila aku fikir masyarakat kita ni terlalu menghadap sangat pada pendidikan jenis pelajaran ni. Somehow aku rasa ini tak betul. Aku suka anak aku tau banyak benda tapi at the same time aku rasa terlalu awal, terlalu banyak. Susah nak explain sebenarnya tapi aku rasa aku nak salahkan masyarakat kita sendiri. Bukan sistem pendidikan, bukan sekolah, bukan tadika. Kita pressure diri kita sendiri. Katakan aku cakap aku tak kisah pun anak aku tak tau baca sekarang tapi bila aku tau anak orang lain boleh baca aku akan rasa pressure dan make surekan anak aku pandai baca jugak. Samalah macam SPM sekarang bila dibilang A bukan pangkat. Berapa ramai budak yang setakat 3, 4 A kalau ikut pangkat boleh dapat pangkat 1 agregat belas-belas at least tapi sekarang bila dengar 4A orang macam tak pandang. Bayangkan bapak aku nak adik aku yang kat MRSM tu dapat 9A straight! Ye ada orang boleh buat tapi come onla. Kita pressure diri kita sendiri. Ok dahla nanti orang cakap aku taknak anak aku pandai pulak, mana tau cikgu tadika Umar baca terus stop mengajar Umar. Habis anak aku.

Korang tengok buku yang publisher ni buat ye. Mula-mula trace huruf, lepas tu tulis sendiri, bagus. Tapi boleh pulak lepas tu suruh colourkan pulak bendanya. Relaxlah brader, budak tengah nak belajar menulis kau suruh colour pulak, satu-satulah kut ye pun.

Dan kalau setakat gambar sudu aku tak kisah, ini sampai tahap gambar macam ni! Satu group orang main peralatan ghazal. Apa ke jadahnya semua ni? Korang nak ajar budak menulis ke colour? Lepas tu suruh cikgu explain apa benda ghazal tu. Haishh..

Tak Lucky

Hehehehehe..

Baru-baru ni company aku dengan Liza ada buat dinner. Bila dinner ni biasanya orang datang untuk lucky draw je lah. Untuk kes aku, setiap department kena mintak hadiah dari vendor, normal practice. Untuk department aku hadiahnya best² dan memandangkan department aku ni kecik memang nampaklah hadiah-hadiah yang masuk. Adalah kawan aku ni seorang in charge benda ni. So masing-masing berangan plus kitaorang ni kan tahap-tahap pekerja bawahan mestilah berharap benda-benda mahalkan.

Pada malam tu takde sorang pun antara kami yang menang hadiah best dan to make the matter worse orang yang menang-menang orang-orang atasan dan ada lecturer. Habislah semua orang kecewa, paling teruk affected ialah mamat yang in charge cari hadiah tu yang bila hadiah masuk dia sambut haha. Kira dah seminggu habis dinner pun masih cerita lagi.

Tengok berapa banyak comments, memang record, semua sebab lucky draw haha.. Ooh makan malam tu tak sedap sangat, lepas dinner aku dengan Amir pergi Jalan TAR makan nasi kandar.

Tapi ada cerita yang lagi sedih untuk didengar bila Nintendo Wii yang budak-budak ni nak sangat tapi lecturer yang menang dan collect last-last minute, macam tak peduli sangat pun menang. Dan lecturer yang menang TV Full HD 40 inch pulak cakap.. "Ooh I dont watch TV" sambil heret kotak TV tu pergi office dia, takde bawak troli. Wahaahhaahahaha.. Bayangkan perasaan orang yang betul-betul nak. Dinner company Liza pun orang-orang gaji besar jugak yang menang. Itulah namanya rezeki orang ye tak? Hehe.

Movies.. Yeehaaa

Adalah sangat susah untuk aku membeli DVD yang berkualiti di area rumah aku. Kedai DVD takde. Kawan aku yang tinggal di kawasan maju sikit offer untuk belikan aku DVD dan courierkan kepada aku. Memandangkan aku taknak susahkan orang sangat aku cadang buat benda ni setahun sekali je lah kut. Kali ni aku beli 21 movie. Hahaha. Bila dapat semalam aku keluarkan semuanya dari packaging movie-movie tu dan masukkan dalam CD organizer yang aku guna masa zaman belajar dulu untuk letak software. Software pun dah obselete so aku buang je.

Cerita romance ada dua je, ada cerita yang aku order kedai tu tak jual. Maybe sebab dah lama kut. Cerita Sherlock Homes 1 & 2 pun takde jual, maybe yang 2 belum keluar lagi. Maybe tahun depan ada. 
Inception belum pernah tengok lagi, Bourne 3 movies, Hangover ada dua-dua part dan Toy Story untuk anak-anak cukup 3 movies.
Asalnya aku nak beli ni je sebenarnya. Harry Potter 1-8.. Yeehaaa.. Box dia aku simpan elok-elok, letak dalam ni sebab senang. Siap ada 1 dvd special features lagi tu. Ada yang aku tak tengok lagi Harry Potter ni.
Kungfu Panda 1 & 2. Memang cantik gila gambar ni walaupun TV aku dah nak rosak. 
Satisfied customer. 
Weekend ni movie marathon, sesiapa yang nak kahwin tu kahwin la minggu lain. Sekian terima kasih. Kepada kawan yang tolong belikan, terima kasih banyak ye.

Sebab Apa Saya Nak Sangat Kitchen Cabinet?

Reason aku nak kitchen cabinet bukan sebab pasal masak memasak pun, somehow aku rasa rumah akan lengkap kalau ada kitchen cabinet dan store bawah tangga. Aku tak taulah kenapa aku berfikiran macam itu.

Mungkin rumah akan nampak teraturla kut. Kalau rumah takde sofa pun pada aku takpe lagi. Aku punya tanda aras kitchen cabinet ni sampai aku cakap kat Liza "Kalau ada kitchen cabinet nanti  baru saya tak malu ajak budak office datang rumah" hahahaha.. Melampau betul.

Korang perasan tak kalau artis nak kawinlah, baru beli rumah barulah mesti akan ada pihak yang sponsor? Dah cukup kaya rasa disponsor. Kenapa orang kebanyakan diaorang taknak sponsor? Macam peminat Safee Sali bagi dia jersi Man Utd, kenapa bagi jutawan jersi dan tak bagi die hard fan dari estet?

Pelikkan?

Pembantu Rumah RM700 Satu Kerja

Ada baca pasal Indonesia cakap maid dari negara diaorang kena bagi gaji RM700 untuk satu kerja. Kalau jaga anak tak payah kemas rumah - contoh.

Apalah yang orang Malaysia ni marah sangat, setuju sahajalah tapi maid tu kenalah bayar duit sewa bilik RM150 sebulan, makan, minum bil air api RM150 sebulan. Itu pun dah kira murahlah tu. Settle masalah.

#banyakcantikmukakorang

Lawatan Tadika Umar Ke Kilang Vitagen

Diaorang pergi masa 6hb hari tu. Aku tak boleh ikut so tengok jelah gambar yang diambil jiran dan cikgu. Cakap pasal tadika ni aku happy je. Dulu aku ada cakap aku ajar dia kat rumah tapi sekarang aku fikir baik aku tak payah ajar apa-apa. Kat rumah relax je, biar dia belajar slowly, kalau apa yang tercicir tahun depan umur 6 tahun baru aku aku ajar sampai dapat. Kami cadang nak masukkan ke kelas taekwondo lepas ni sebab dia asyik nak berlawan macam Ultraman je.

Aku ingatkan Umar ni dah habis tinggi sekali kawan-kawan dia lagi tinggi.
Ini campur 5 tahun dan 6 tahun rasanya.
Hahaah comel je diaorang beratur, masa datang kitaorang masukkan baju dia ke dalam  tengok kat gambar ni dah keluar dah.
Kena pakai shower cap ni. Cikgu tak boleh ambik gambar dalam kilang.
Taklimat la kut.
Kalau ikut aku nak ambik gambar je sebenarnya.
Dan malam itu jugak Liza ada dinner. Dinner aku tak menang lucky draw, dinner dia pun dia tak menang. Hahaha.. Nanti aku cerita bab ini, lawak jugak.

Update Diri Sendiri Untuk Bulan March

Cerita personal yang gembira sahaja ye. 6 haribulan hari tu Umur aku masuk 31 tahun. Ada boss satu department yang aku selalu tolong ni buat surprise bagi aku kek dan buat makan² masa aku pergi department diaorang nak ajar diaorang something.

Sebenarnya aku tak pernah celebrate birthday properly macam ni. Aku tak kisah sangat sebenarnya pasal birthday, sejak zaman facebook je baru sensitif sikit bab ni.
Maksudnya ini ialah birthday cake aku yang pertama, sebelum ni  beli  slices je. Hehehe. 
Ada diaorang ajak Amir dan Alex join sekali dari department aku.

Mug yang boleh buat kopi jadi extra sedap
Kawan office Liza, Bib bagi mug dari Universal Studios Singapore. Best Actor tulisnya dan mug ni dah jadi mug favourite aku, hari-hari guna minum kopi. (padahal dia bagi ni pada Liza hahaha)

Sedap!!
Kawan aku, Amir bagi aku ikan terubuk masin dari Sarawak. 3 ekor. Sedap ya amat. Memang favourite.

Kek Untuk 3 Orang. Apak, Aku dan Dilla (adik kecik)
Mak, bapak dan adik aku datang KL cuti sekolah hari tu. Memandangkan birthday aku, bapak aku dan adik aku dekat-dekat, adik no 2 aku belikan kek untuk kitaorang bertiga. Tujuan mak bapak aku datang ni adalah untuk pergi rumah anak-anak yang tak pergi lagi. Tahun ni ada 3 orang anak beli rumah. Abang, kakak dan adik aku. Abang dan kakak dah ada apartment sebelum ni, ini kira beli rumah teresla pulak so bapak aku naklah melawat. Rumah aku dan abang aku lagi sorang dah pernah pergi so diskip kali ini.

Bapak aku marah sebenarnya ni tapi kitaorang cakap ini sekali je lagipun kebetulan dia datang masa birthday dia. Kalau ada video masuk dalam Youtube aku dapat bayangkan ada orang berlagak alim akan judge.
Aku yakin bapak aku sukahati dan gembira tengok anak-anak dah ada rumah sendiri. Dari air muka aku nampak dia puas. Sejuk perut bak kata kawan aku. Kepada yang tak tau, bapak aku ni asal dari kampung, kerja kampung, kerja FELDA. Dia tak boleh nak sediakan rumah ke downpayment ke apa ke sebab dia orang susah. So bila tengok anak-anak boleh bayar installment rumah bulan-bulan dia happylah (dan dia tau semua ni takkan jadi tanpa bantuan anak menantu jugaklah.)

Diharapkan aku jadi handsome macam dia jugak.
Liza dapat bonus sikit hari tu dan dia banyak belikan aku hadiah. Perfume Hugo Jared Leto tu haha, kasut, shirt. Walaupun aku yakin dia suruh pakai kasut tu untuk bagi semangat pergi interview kerja lain yang bagi bonus banyak. Birthday dia hujung bulan ni aku belikanlah kek kut sebab aku mana ada bonus.

Bergembira main game dekat Ipad Mak Su. Takde Ipad-ipad ye,  ayah nak cari fund untuk kitchen cabinet.
Oklah, doakan kami sekeluarga bergembira dan dimurahkan rezeki ye. Dan doa anak-anak aku pun sihat walafiat dan gembira jugak. Amin.. Bulan empat adalah bulan yang dinanti-nantikan kami sekeluarga, tapi itu bulan depanlah cerita.

Kenapa Saya Tak Pergi Tengok Bunohan?


First time aku tengok trailer cerita ni memang aku semangat nak tengok. Banyak kali aku tengok trailernya. Aku tau cerita itu bagus!

Dua minggu lepas aku plan cuti dan bercadang nak tengok wayang. Pada asalnya aku nak tengok cerita inilah. Bila hari dah dekat aku terfikir eh aku nak tengok wayang yang bukan selalu aku pergi so buat apa aku nak tengok cerita berat²? Aku nak relax dan taknak peningkan kepala jadi baik aku tengok cerita This Means War.

Aku betul-betul nak tengok cerita Bunohan tapi mungkin aku nak tengok seorang diri di rumah beli DVD. Sekarang aku berdoa adalah keluar DVDnya nanti. Bila aku tengok kutipan filem ni tak banyak aku fikir mungkin alasan orang taknak tengok sebab taknak cerita berat².

Maybe ada pengkritik filem akan cakap penonton Malaysia ni bangang, taknak tengok cerita bagus, lebih prefer cerita yang ntah apa² tapi to be honest untuk orang yang anggap menonton filem di wayang itu sebagai luxury - duit minyak, duit tol, duit tiket, duit popcorn aku lebih prefer untuk tengok movie yang bagi aku rasa seronok dan happy. Tak taulah alasan orang lain, tapi itu alasan aku.

Aku bukan bangang tapi aku taknak tengok cerita berat dekat wayang. By the way, hari yang aku nak pergi tu anak aku demam, so aku dengan wife duduk rumah je takde pun tengok cerita apa dan berkemungkinan this means war ni pun beli DVD je nanti. Jangan risau, untuk filem tempatan aku beli DVD Ori.

Korang Nak Tau Tak?

Bila aku buat benda yang hampir sama selama 6 tahun aku rasa macam dah bosan. Bosan sangat². Aku rasa nak lari dari routine. Nak kerja dekat tempat lain. Nak migrate ke Johor, Penang ubah angin pun ada rasanya.

Macam abang aku yang kerja satu company dari lepas belajar cakap.. "Kadang-kadang rasa malas nak pergi kerja pun ada" Hahahaha..

Sehari dua lagi aku update aktiviti aku bulan ini, dan ye aku masih tak happy, masih tak dapat benda² yang aku nak. Aku masih takde PS3, aku masih takde kitchen cabinet. Dan aku masih tak naik pangkat walaupun dah menunggu dari bulan 8 tahun lepas.


Sekarang aku obsess beli seluar dalam yang cantik, sexy dan mahal. Bagi aku confident walaupun takde siapa yang tengok. Aku tak tau kenapa, mungkin aku dah tak betul sebab kebosanan.
Ada 3 hal yg termasuk pusaka kebajikan, iaitu merahsiakan keluhan, merahsiakan musibah & merahsiakan sedekah (HR At Thabrani) 
Update aku lepas ini adalah update² yang gembira InsyaAllah. Sebab bagitau benda sedih pada orang bukan sifat yang bagus. (refer potongan ayat/hadis di atas)