Tuesday, March 20, 2012

Lawatan Tadika Umar Ke Kilang Vitagen

Diaorang pergi masa 6hb hari tu. Aku tak boleh ikut so tengok jelah gambar yang diambil jiran dan cikgu. Cakap pasal tadika ni aku happy je. Dulu aku ada cakap aku ajar dia kat rumah tapi sekarang aku fikir baik aku tak payah ajar apa-apa. Kat rumah relax je, biar dia belajar slowly, kalau apa yang tercicir tahun depan umur 6 tahun baru aku aku ajar sampai dapat. Kami cadang nak masukkan ke kelas taekwondo lepas ni sebab dia asyik nak berlawan macam Ultraman je.

Aku ingatkan Umar ni dah habis tinggi sekali kawan-kawan dia lagi tinggi.
Ini campur 5 tahun dan 6 tahun rasanya.
Hahaah comel je diaorang beratur, masa datang kitaorang masukkan baju dia ke dalam  tengok kat gambar ni dah keluar dah.
Kena pakai shower cap ni. Cikgu tak boleh ambik gambar dalam kilang.
Taklimat la kut.
Kalau ikut aku nak ambik gambar je sebenarnya.
Dan malam itu jugak Liza ada dinner. Dinner aku tak menang lucky draw, dinner dia pun dia tak menang. Hahaha.. Nanti aku cerita bab ini, lawak jugak.

2 comments:

mama_QnR said...

Very nice!!!!

Hari ni Q pegi transport museum...
sayangnya sekolah kata tak payah ada chaperon..
melepas mamanya nak masuk museum free...

pizli said...

Hehehehehe..