Saya Pergi Kenduri Bukan Untuk Makan Free


Aku rasa tak pernah dalam hidup aku pergi kenduri atas niat nak makan free. Selama ni kalau aku pergi atas dasar memenuhi jemputan dan kalau kenduri tu kenduri kahwin adalah sebab nak pergi tengok pengantin tak kisahlah kawan aku atau kawan wife aku.

Tapi atas niat untuk makan free.. never..

Saya, Detox Pill Dan Plan Nak Bagi Badan Muscular


Sebelum badan nak muscular aku kena kuruskan badan dulu. Semuanya sebab aku tengok badan Ashton Kutcher cantik hari itu. Keduanya, walaupun aku overweight tapi aku sihat walafiat.

Sekarang aku ada ambik detox pill sebab konon-kononnya nak buang lemak dekat perut. Masalahnya sekarang ialah badan aku jadi panas all the time, aku rasa berdebar-debar dan aku takde selera nak makan. Kalau nak makan tu aku kena yakinkan diri aku yang makanan tu sedap. Not to mention air kencing kotor gila. Dan konon-kononya bila dah kurus aku nak ambik supplement untuk tambah muscle.

Semua ini tidak berbaloi pada aku sebab aku terseksa. Apalah namanya kehidupan kalau takde selera makan kan? Hahaha.. So habis detox pill ni aku bersenam macam biasa jelah, malas nak ambik apa-apa ubat lagi. Kurus 4-5 kilo dah cukup baik, tak perlulah kut nak cantik-cantik sangat badan sebab aku sebenarnya sihat. Buat apa aku nak seksa hati (liver) aku dan buah pinggang aku untuk bekerja keras ambik supplement tu kan? Hehehe.


30 May 2012
Height: 174cm
Weight: 85kg
BMI: 28.1 (Overweight = 25–29.9 - atas 29.9 ialah obesity)
Aku tengok 30 Jun 2012 nanti apa cerita.

Bersih 3.0 - Pandangan & Pendapat Saya Selepas Kejadian

Apa yang aku nampak orang-orang yang pergi Bersih ini ada 4 golongan:
1) Orang yang purely memperjuangkan permintaan Bersih.
2) Orang yang menyokong pembangkang.
3) Orang yang memang suka buat huru hara.
4) Orang yang saje pergi untuk merasai suasana.

Aku tak terkejut jumlah orang yang join Bersih ini akan kurang seramai 3/4 kalau ianya dibuat di stadium or dewan tertutup. Itu pasal diaorang tak terima offer untuk buat dekat stadium (ada 4 pilihan). Aku juga tak terkejut kalau yang pergi tu ada yang belum daftar undi. Dan kawan aku yang pergi untuk merasa suasana tadi aku cakap kat dia tadi "nasib baik kau tak mati". Zaman social media sekarang ni semuanya cepat. Dan pada kali ini pihak PDRM telah menyediakan pasukan social media yang sangat effective, kira semua kes boleh jawablah. Ada kes polis langgar orang dan orang-orang Bersih ini mengamuk sakan sampai terbalik kereta polis itu. Bunyi macam jahat sangatkan polis langgar orang, tapi sila tengok video di bawah.



Cuba jawab pada aku macamana tak terlanggar? Tapi in the end aku rasa takde siapa pun yang kena langgar sebenarnya haha.. (Ada juga video polis belasah peserta jugak ye)

Sebenarnya apa juga yang kerajaan buat dan apa juga yang pembangkang buat semuanya takkan berubah. Tengok komen kat Youtube cukuplah. In denial pada tahap paling tinggi. Semua beremosi. Bila aku cakap semua ni kira tak kiralah dari belah mana ye. Semua orang dah decide diaorang nak vote siapa sejak 2, 3 tahun lepas. Tahap kesukaan dan kebencian tu dah melekat dah dalam jiwa. Kau tunjuklah video HD qualiti macamana pun pasal kesalahan berkaitan politik most of penyokong ni takkan percaya, dan kalau percaya pun diaorang tak kisah. Asalkan sokong! Pada diaorang, diaorang BETUL. Tak percaya? Dah tengok apa Khairi Jamaluddin explain pada Ambiga masa debat diaorang hari tu? Dan taukah anda 8 tuntutan Bersih ini sendiri dah dijawab SPR? Tapi benda demo ni masih berjalan. Dan yang paling pelik ialah kalau SPR tak betul PR would not have won five states in the last general election and several by-elections thereafter. Hahaha. Entahlah.

Pada pendapat aku untuk menjadi pemerintah parti politik ini kena ada manifesto yang baik dan bila menang diaorang akan terus tunaikan. Diaorang patut tumpukan benda-benda macam ini dan yakinkan penngundi, bukan pergi berdemo. Contoh: "Kalau kami menang kami akan hapuskan GST, turunkan tol di PLUS, KESAS dan LDP sebanyak 50% dan harga minyak pun turun sebanyak 50 sen. Untuk PTPTN charge perkhidmatan akan diselaraskan kepada RM3 untuk setiap peminjam. Untuk memastikan tahap ekonomi meningkat kami akan menyediakan pelan-pelan untuk menarik pelabur asing. Antara pelan-pelannya bla bla bla.."

Benda yang orang nak dan tak macam too good to be true. Kira benda yang doable, achieveble tapi current government tak buat. Kau akan buat untuk rakyat. Ini contoh jelah ye.

Oklah, aku akhiri dengan - tak payahlah berpakat-pakat, ideologi korang lain-lain, kalau parti korang cukup bagus, InsyaAllah korang menang secara individually. Hal demo-demo ini pulak takkan stop dekat sini, tak kisahlah siapa yang menang PRU ke 13 nanti. Kita akan tengok lebih banyak demo. Dan siapa yang cakap diaorang nak berjihad, yang cakap akan mati syahid sebab join demo aku nak cakap kalau nak belajar agama sila belajar dengan guru agama dan bukan dengan ahli politik.

Eh baru perasan, yang melompat atas kereta polis dan belasah polis depan Sogo ni semua Melayu pulak ye?

Bersih 3.0 - Pandangan Saya Rakyat Biasa

Pada pendapat saya sepatutnya perhimpunan Bersih ni dibiarkan sahaja berjalan tanpa apa-apa halangan. Saya percaya kalau peserta perhimpunan ni dibiarkan berjalan sekitar Kuala Lumpur pun sudah pastilah perhimpunan itu akan berakhir dengan cepat. Sebab? Sebab takde apa-apa yang hendak dibuat selain berkumpul. Kalau macam sekarang ada banyak halangan dan mungkin pertempuran, itu yang jadi kacau bilau dan ambik masa yang lama. Dan sudah pastilah takde laporan negatif di berita luar negara terhadap polis dan kerajaan. Win win situation bak kata orang putih.

Ye DBKL bagi alternatif suruh duduk dalam stadium, tapi sudah pastilah orang-orang ini rasa tidak seronok sebab arghh korang fikir sendirilah sebab apa. Sekarang aku nak pergi kenduri ikut jalan mana, dengar cerita banyak roadblocks.

Astro Free Over 130 Channels Seminggu

Memori aku dengan Astro hanya satu, company yang monopoli cable tv secara maksimum dengan harga yang mahal. Kira guna service dia tapi dalam hati ada terbuku rasa tak suka jugak.

Tapi for the first time dalam hidup aku untuk seminggu dari sekarang diaorang bagi tengok semua channels diaorang tanpa extra charge. So enjoylah betul-betul sebab aku doubt lepas ni diaorang ada buat perangai macam ni lagi.

Normal

Disclaimer: Di zaman kamera digital ini memang semua benda saya ambik gambar. Printnya jarang sekali.

Setelah empat bulan bersekolah aku puas hati jugaklah dengan Umar, dah boleh baca, dah boleh tulis sikit-sikit. Mengaji aku tak sure, harapnya boleh jugaklah. Kena beli buku Iqra' macam kat sekolah dia, boleh tengok tahap dia sambil aku pun boleh refresh apa yang patut kut. Kalau dalam kereta semua benda dibaca si Umar ni.
Aku yakin kebanyakan manusia hidup dia Allah balancekan. Dia tak semuanya senang dan tak semuanya  susah.  Bila senang bab lain ada susah bab lain, vice versa. Contoh senanglah, kalau Umar senang untuk gosok gigi, Nawal adalah sangat susah. Memang hari-hari menangis kena paksa. Aku ada rasa dia buat-buat jugak, tapi fikir balik mana boleh semua nak senang kut. Macam Umar dia tak berapa independent sangat tapi Nawal ni memang independent betul. Normallah  hidup macam ini.

Nasi Dan Lauk Kampung Di Sungai Jelok

Apalah blog aku ni kalau tak cerita pasal makanan. Sorry takde gambar, takde gps location, aku takde gadget haha. Nama kedai pun takde, dia kedai dekat selekoh tepi jalan.

Baru-baru ini Amir kenalkan aku dengan kedai makan dekat Sungai Jelok ni. Biasanya orang tak kisah untuk bayar lebih untuk makanan sedapkan? Tapi dalam kes ini, makanan yang sangat sedap, banyak pilihan dan murah. Susah nak dapatkan?

Beberapa tahun ni aku tak keluar lunch, as in tak keluar dari office, makan dekat kantin dan makanlah goreng-goreng Thai sebab itu je yang boleh masuk. Tapi kali ini tidak lagi. Aku selalu pergi Sungai Jelok ni sebab nak balas balik penderitaan makan kantin selama bertahun. Reason selama ni tak keluar sebab bila balik takde parking tapi kali ni dah tak kisah sebab BERBALOI KUASA DUA. Parking jelah kat mana-mana.

Di kedai ini disediakan nasi campur lauk kampung. Dan percayalah kalau korang try lauk lain-lain setiap hari sebulan lebih kut baru dapat try semua sebab banyak pilihan. BANYAK PILIHAN! Kalau ikan keli tu ada bakar, sambal, goreng dan masak tempoyak. Kalau ayam, daging, ikan² jenis lain apatah lagi. Sayur-sayurannnya dari A-Z, pajeri, kangkung belacan dan ulam-ulam lagi sampai ke jantung pisang rebus pun ada. Sambal tempoyak yang aku orang Perak sendiri approve pun ada.

Sekarang aku breakfast biskut je semata-mata nak bagi kebuluran masa sampai kedai tu masa lunch. So kira breakfast and dinner light, lunch berat tahap macam aku bekerja buat bangunan punya makan.

Harga pulak murah.

1)Nasi, ikan keli bakar, telur mata sambal (protein untuk body building wahahaah), jantung pisang rebus, sambal tempoyak dan air sirap = RM8
2)Nasi, ikan keli sambal, telur sambal, rebung masak lemak dan air sirap = RM6
3)Nasi, ayam kampung 1/4 masak lemak cili padi, ulam, sambal tempoyak, air sirap =RM7

Dan nasi aku penuh pinggan dan perasan tak harga tu campur air. The best part is sebulan sekali dia buat kenduri, MAKAN FREE!

Semoga Allah melindungi perniagaan tersebut dan memberi rahmat kepada semua pekerja dan owner yang berhati mulia dalam menyediakan makanan yang banyak pilihan, sedap dan murah.

Masalah Besar


Masalah besar ialah bila kau ada masalah tapi kau takde cara nak selesaikan, takde tempat nak mengadu dan takde tempat nak mintak tolong untuk menyelesaikan masalah itu.

Kelakar 2

Semalam aku start exercise guna dumbell. Barang-barang semua ada, aku je yang takde masa malas. Elok je aku turun dari tukar baju sekali anak-anak aku dah letak barang-barang diaorang atas exercise mat tu main berpiknik. Lepas tu masa pakai kasut secara menunduk pun susah sebab perut dah besar. Dua benda ni sahaja dah buat aku berpeluh sakan. Hahaha.. (sorryla kalau tak kelakar). Belum lagi cerita masa tengah exercise yang budak-budak tu sibuk tanya itu ini bagi aku stress.

Aku tulis ni sebab bila dah tulis aku malu dengan diri sendiri kalau tak buat. So aku ikut cara video kat bawah ni. Tujuan aku satu je, nak hilangkan perut dan harapnya kurus sikit. Badan tough aku taknak.


Seriously angkat dumbell dalam rumah yang ada kipas peluhnya lagi banyak dari berlari 30 minit. Memang puas. Masalahnya consistency je lah sekarang ni. Nak buat berapa kali seminggu dan boleh buat ke? 


Malam tadi aku dapat idea untuk buat burger lagi. Kali ini size dia kecik sebab kali ini aku pentingkan rupa dan kononnya kecik itu tak menggemukkan sangatla. Aku rasa kalau nak jamu orang lepas ni, beef patty ini sesuai dijadikan lauk tambahan nasi arab dan chicken peri-peri kitaorang hari tu. Hari raya nanti kalau ada orang datang aku try.

Kelakar

Aku rasa sangat kelakar bila telekung yang ditinggalkan dalam surau kena curi. Sangat pelik sebab dalam surau dan benda yang dicuri adalah telekung untuk dibawak sembahyang. Kalau orang curi duit aku faham.

Tweet Of The Day


Perihal Anak-anak

Nawal ni sekarang bahasakan diri dia kakak, sebab kat nursery macam tu.  Masalahnya ialah aku panggil dia adik, Umar panggil dia Nawal dan Liza panggil dia baby. Kalau orang dengar pun confuse. Dan mesti orang pelik, kalau kakak mana adiknya? Haha.
Yang Umar pulak pandai cakap perkataan "kote". Tak pernah kitaorang sebut. Maybe dari tadika kut.  Walaupun pening tapi takpelah sebab aku rasa mak bapak aku pun tak pernah sebut tapi akhirnya aku tau jugak. 

Jiran-jiran

Hidup berjiran ni kalau taknak bertegur sapa pun at least hormat hak jiran.

1) Kalau elok je wife aku baru sidai kain tetiba jiran pergi bakar sampah itu tak baguslah. Busuklah baju kitaorang. Nak membasuh baju tu pun satu hal sebab weekend je lah boleh basuh baju dan jemur bawah cahaya matahari tetiba bagi baju kitaorang busuk bau asap pulak.

2) Kami sekeluarga suka kucing. Kalau kucing datang selalu kitaorang bagi makanan sikit-sikit, tapi nak bela full time memang tak mampulah. Tapi kalau kucing yang elok duduk kat pasar tetiba jiran aku bawak balik untuk dibela kononnya dan seminggu lepas tu biarkan je kucing tu sampai dia menagih simpati nak makan dengan anak-anak aku, tidur atas kereta kitaorang sampai kotor mestilah aku marahkan? Elok je kucing tu cukup makan ikan dekat pasar hari-hari ni tetiba sekarang dibiar lapar dan tak dilayan langsung.

#akusakitjiwa

Masak-masak Sabtu

Rasanya dah lama jugak aku tak post pasal masakan. Memandangkan kawan Liza si Fareeza cakap pasal burger bakar dan kawan aku sendiri si Dzarina pun sibuk promote aku pun Google cari info. Sangat sedih sebab dari yang aku baca, nak makannya kena tunggu at least 2 jam. So abaikan dan cari recipe.

Antara bahan-bahan.
Chicken patty, biasa-biasa sahaja.
Mushroom beef patty. Ye sangat besar.
Dah siap bakar, untuk anak-anak.
Untuk kitaorang. Cheese tu memang dibagi cair, dibakar masa lagi 3 minit nak angkat. Memang best.

Aku suka makan burger dengan roti Gardenia je. Pengajaran: Tak payah buat besar-besar. Buat size burger anak-anak aku tadi dah cukup, kalau nak banyak double, triplekan je lah.

Budak yang tak suka makan dapat habiskan 80%, kira puas hatila sebab Umar ni memang susah nak makan.
Macam biasa bila bab dessert mestilah kerja isteri saya.
Nak buat bread pudding.
Mulai minggu depan saya berazam untuk puasa Isnin dan Khamis. Gemuk aku dah tahap maksima. 
Ubat-ubatan tak jalan dan nak exercise takde masa langsung. Sekarang ni aku memang malu nak berdepan dengan masyarakat, tapi aku masih suka makan-makan.

Felda Masuk Bursa - Pandangan Dari Aku, Anak Peneroka

8 Mei depan Dato Seri Najib akan umumkan jumlah durian runtuh yang akan diberikan kepada peneroka-peneroka. Menteri Besar Pahang cakap kalau peneroka ni tau berapa banyak yang diaorang akan dapat akan jatuh rebah terkejut peneroka-peneroka. Sejujurnya aku nak cakap, kalau 200K and below tak perlulah cakap macam tu, bukannya peneroka ni miskin sangat. (zaman sekarang, zaman selepas 30 tahun duduk FELDA)

Kembali kepada isu yang mana:
1) Takut FELDA bukan lagi dipegang bumiputera (tapi aku ada baca yang majoriti memang akan dipegang Melayu)
2) Takut tanah peneroka hilang (juga salah sebab harta benda peneroka tak diusik)
3) Ada orang cakap duit ini adalah duit rasuah pilihanraya.

Well, WE DONT GIVE A FUCK!!! 

Orang yang banyak cakap ni aku nak tanya. Korang pernah mandi telaga? Anak bersalin kat rumah dengan cahaya pelita dan kena angkut air dari perigi bawak balik rumah panaskan atas kayu api lepas tu mandikan anak?? Pernah makan nasi dengan ikan masin dan pucuk ubi, pucuk geti? As makan ruji. Pernah kerja gaji 25sen sehari? Pernah makan nasi kawah ramai-ramai duduk dalam asrama dan tinggalkan anak bini dekat kampung?

Ye, itu kesusahan dulu. Masa sawit tanam semula mak aku menangis berdoa lepas sembahyang sebab takde duit income monthly selama beberapa tahun nak tunggu sawit baru keluar hasil. Anak nak belajar. Duit saving dah habis kat tanam semula. Nak rumah batu simpan duit dari dulu, bukan pinjam bank. Bapak aku umur 65 baru dapat rumah batu bungalow yang cantik. SUSAH.

Sekarang bila akan dapat duit diaorang akan terima sebab dulu² dah susah. Semua dah tua dah pun, nak kerjakan sawit pun tak lalu. Kalau boleh jual ladang tu RM3 juta dah lama jual. Cukup makan sampai mati kalau tak boros.

Cakap pasal boros, baru-baru ini aku balik kampung dah ada brochure² nak suruh peneroka ni melaburlah apalah. Macam @#$%%&! Dulu masa orang FELDA jual tanah macam ini jugak kesnya. Dealer kereta masuk, macam-macam lagilah nak bagi orang FELDA beli barang sampai hancur. Itulah kesnya sekarang duduk rumah banglo tapi elektrik pun tak mampu bayar sebab duit saving dah habis. Jadi gila pun ada.

Ok cukuplah, aku bising kat sini bukan ada orang peduli pun. Semoga ibu bapa saya gembira.

Apa Motivasi Anda?


Macam aku yang bekerja di company yang benefits teruk ni motivasi aku ialah mencari kerja yang benefitsnya bagus. Tapi ada juga orang yang bekerja di company yang benefits bagus motivasinya ingin mencari kerja di company yang rakan sekerja tidak menjengkelkan.

Ada yang cari gaji banyak dan ada yang cari kerja dekat dengan rumah. Subjective betul benda ni. Macam kawan aku dulu memang motivasi dia nak kerja kerajaan.

Macam-macam. Mungkin bila kita takde benefits kita cari benefits, mungkin bila company kita jauh dari rumah kita cari company dekat dengan rumah. Tak pernah cukup.

Ada yang semuanya tak kena berhenti kerja terus dan lepas tu berniaga. Ikutlah motivasi masing-masing.

Mazmumah


Antara mazmummah utama yang menghilangkan bahagia di hati ialah :

1. Pemarah - Paling mudah dikesan atau dilihat dan paling banyak di dalam diri manusia. Orang seperti ini jarang mendapat kawan dan hati tentunya tidak terang.

2. Pendendam - Tersembunyi iaitu ibarat mengumpul lahar di dalam dada. Orang seperti ini sentiasa mencari-cari peluang untuk membalas dendam hatta secara yang kecil-kecil sekalipun seperti sakitkan hati atau tempelak orang yang didendami itu.

3. Hasad Dengki - Amalannya hangus akibat hasad dengkinya itu kerana ia memiliki sifat ketuhanan.

4. Bakhil - Sentiasa merasakan orang lain menginginkan harta, kesenangan, pangkat dll. dari dirinya. Contohnya sentiasa berdalih mengatakan ia tiada duit.

5. Tamak - Orang yang tidak puas dengan yang sedikit nescaya tidak akan puas dengan yang banyak kerana dunia ini ibarat meminum air lautan walau berapa banyak yg diminum tetap tak abis jugak.

6. Tidak sabar - Andainya perkara yang kecil pun tidak boleh bersabar apatah lagi hal-hal yang lebih besar.

7. Ego - Ibu segala mazmummah jadi ia membuatkan seseorang paling tidak tenang. Orang yang memiliki sifat ini pantang tercabar dari sudut zahir mahupun batin

8. Riak - Terseksa sendiri kerana sentiasa tercari-cari peluang untuk dipuji. Sentiasa berlakun-lakun di depan orang. Jika ia dipuji, ia akan menambah amalnya tetapi jika dikeji, ia akan mengurangkan amalnya.

9. Cinta dunia - Tidak dapat menderita, dapat pun menderita kerana bila sudah dapat susah pula menjaganya. Berhartalah tidak mengapa tetapi kawal hati jangan diletakkan pada harta itu.

Copy Paste.

Phone

Dapat 701 ni pun dah cukup.
Phone aku dah nazak. Ada contest mana-mana boleh menang phone tak? Hahaha..

Happy Birthday Umar Zakwan

Hari ni birthday Umar Zakwan. Doakan dia menjadi lelaki yang baik. Amin. Hari ni celebrate dekat tadika dia so aku dengan Liza cuti.

Birthday Cake
Coklat.
Makanan budak-budak bagi kawan-kawan.
Nawal join in sekali, mana larat nak buat asing dalam masa singkat  hehe..
Doa siap translation.
Makan..
Bagi kawan-kawan.
Bagi teacher.
Ok selamat.
__________________
Dah beberapa kali jugak kitaorang tempah kek dengan Ellie ni so since kami puas hati bolehlah kut nak direkemen. Ini details:

~Ellie @ 0194774566~
KEKCAWAN.COM.MY
http://kekcawan.com.my/ 
Baking & Deco Classes
http://bake-and-deco.blogspot.com/
StickerComel
http://stickercomel.blogspot.com/
Online Baking Shop
http://onlinebakingshop.blogspot.com/ 
deheart.cupcakes 225EFFD8
Bake-and-Deco
http://www.flickr.com/photos/deheart/

Saya Dan Tudung


Sebagai anak, abang dan suami kepada orang yang bertudung somehow aku kenal jugaklah tudung-tudung dekat muka bumi ini. Kalau zaman sekolah dulu hanya ada tudung biasa dan tudung labuh (no wonder Siti Hajar taknak kat aku, obviously orang alim taknak ada pakwe masa sekolah) tapi pada zaman sekarang dah ada macam-macam jenis tudung yang boleh dikatakan tudung ni dah jadi fesyen.

Tudung dekat gambar atas tu memang fesyen pada tahap paling tinggi la pada aku sampai aku rasa aku takkan tengok cerita tu sebab rimas tengok orang bertudung macam tu. Okay okay aku tau korang pakai tudung!! Macam itulah perasaan aku menengoknya hahaha..

Tudung bawal pulak aku rasa cantik tapi kena ada effort untuk memakainya. Ambik masa.

Untuk kaum ibu macam kakak office sebelah aku dan untuk Liza kebelakangan ini tudung pasang siap adalah yang paling sesuai. Cantik pun cantik, nak pakai pun senang dan takdelah ambik masa untuk aku kena tunggu dan untuk orang pergi office pun boleh cepat.

Saya Dan Astro Superpack 1

Hari tu kawan yang belikan aku DVD tanya aku takde movie package ke dekat Astro. (nampak sangat aku buta pasal movie). Soalan itu buat aku terfikir menarik jugak kalau ada movie semula. Dan kebetulan masa kawan aku tanya tu orang Atsro call offer nak updgrade ke Astro Beyond free of charge dan aku hanya perlu agree without tulis form etc. Upgrade jela free.

Lepas tu aku pun pilih Astro Superpack 1. Boleh cakap semua channel ada dan yang penting banyak HD Channel. Walaupun TV aku jenis lama dan hanya HD ready tapi aku sudah cukup puas hati dengan kualiti gambarnya. Bila tengok channel yang SD terus rasa buruk sangat.


Kesimpulannya aku sangat puas hati, tapi macam biasa kena bayar lebih la.

Takut

Aku takut apa yang aku kejar tak dapat dan apa yang aku kendong keciciran.

Isu Mansuhkan PTPTN - Pendapat Saya

Fuh dah lama tak cerita pasal isu semasa. Ok sebagai peminjam PTPTN aku anggap orang yang mencadangkan pemansuhan ini adalah nak cari jalan mudah nak dapat undi. Macam kau cakap - "Kalau kami menang, kami akan bagi satu keluarga RM500 sebulan". Mesti majoriti undi.

Pada aku takpelah, tak payahlah sampai mansuhkan sebabnya macam tak betul pulak aku rasa. Adalah lebih baik kalau charge perkhidmatan itu dikurangkan. Katakan sekarang by percent maybe boleh diubah kepada by amount. Sebulan RM3.50 seorang contohnya.

Lagi satu adalah jangan blacklist orang yang nak keluar negara. Itu memang tak boleh buatlah aku rasa. Orang bukannya nak lari. Orang kadang-kadang ke keluar negara sebab nak kerja.

Apa-apa pun inilah keindahan pembangkang yang kuat. Aku suka jugak tapi aku taknak sampai diaorang memerintah. Aku suka diaorang membangkang dan kerajaan yang memerintah improve. Bagi yang TERBAIK. Mungkin ada isu-isu lain yang patut dibangkang lagi. Contohnya kereta proton mahal di negara sendiri tapi di negara mana ntah hari tu aku tengok lagi murah.

Dan mungkin jugak mencadangkan kedai-kedai, perkhidmatan yang dalam diam menipu pelanggan dimansuhkan serta-merta. Macam sebuah kedai perabot yang menggalakkan orang berhutang dan end up beli benda harga berkali ganda dan bila orang nak beli cash kena halau. Sekian terima kasih.

Semuanya Sebab David Menipu Dan Aku Sangat Benci Penipu

Hadiah birthday untuk anak-anak pada tahun ini. 
Memandangkan aku duduk di kawasan hulu adalah sangat susah aku nak mencari Toys yang aku janji nak bagi anak-anak ni. Ada hari tu sekali jumpa kat Sogo ada satu je dan aku yakin dah 25000 orang budak test main. So aku pun cari online dan akhirnya aku jumpa kedai yang ada dua branch, satu di Sungei Wang dan satu di Pavillion. Takpelah, aku taknak kacau business orang aku taknak tulis nama kedai. Tengok kat website hari Ahad bukak pukul 10 macam tu kut. Sebelum tu aku tweet dan tanya kat fb, dua-dua tak berbalas. Apa point of having online social media bagai kalau kau takde masa nak jawab? Siap ada website lagi tu!

Pendek cerita kitaorang pergi jelah walaupun tak sure ada stock atau tidak kat Sungei Wang, kalau takde boleh beli dekat Pavillion. Agak nak pergi dalam 2 jam macam tu je sebab tak plan nak makan kat area sana so biar je kain baju bersidai, akhirnya sampai dalam pukul 1. Sekali kedai tak bukak ada note siap letak phone number dan bila sms tanya dia cakap "bukak dalam pukul 2". So kitaorang decide pergi kedai dekat Pavillion dan bila sampai tengok kedainya hanya sebesar reban bapak ayam bapak aku dulu-dulu dan takde pun stock benda ni. Takpe, pergi Sungei Wang balik sebab David cakap dia bukak pukul 2. Sampai dalam 1.45 macam tu dan kitaorang pergi makan. Settle dalam pukul 2.30 dan kedainya tak bukak lagi. Aku call tak angkat. Panaslah hati aku sebab aku kena tipu dan aku kena tipu dengan orang yang aku nak bagi business. Aku kena dapatkan benda ni hari jugak sebab mana ada masa lagi nak pergi area sana. Lagipun kalau dah lepas birthday Umar macam tak bestlah. Pendek cerita lepas tu aku pergi Jusco Maluri takde, pergi Mines Toy City yang besar tu pun takde. Toy City apa benda macam tu, ada satu kedai lagi list under toys sekali jual buku anime arghhhh, dan akhirnya pergi Jusco Balakong dan Alhamdulillah ada walaupun mahal dari kedai David.

Memang hati aku panas menggelegak sebab David, sebab baju di ampaian pun basah kena hujan sebab keluar lama gila..

Tapi bila aku tengok anak-anak aku happy sejuk jugaklah hati aku. To anak-anak, mulai tahun depan hadiah birthday baju sehelai je ok?

Dia memang suka Woody!
Akhirnya Ayah tunaikan janji.
Muka happy aku nak pinjam pun tak boleh.
To infinity and beyond.
Confession: Aku usahakan jugak sebab aku pun dah lama teringin nak main. Wahaahaha..

Lelaki-lelaki Normal Di Facebook

Sekarang ni aku dah tak layan facebook sangat. Aku rasa ramai orang macam tu jugak kut. Apa-apa pun aku ada perasan, tak taulah application ke apa ke bila orang baca article, like or tengok video akan ada notification dekat facebook tu.

Biasa aku perasan jugak lelaki-lelaki baca pasal benda-benda sex dan perempuan. Lelaki normal memang macam tu lah. Tapi pada aku agak kelakar dan menyegankan jugak kut sebab kalau orang lain nampak hahahaha. Lebih-lebih lagi kalau macam ini:


Hehehehe..

Cekodok Kesukaan Saya

Bila balik kampung aku akan ambik pisang yang mak aku biasakan akan spare. Pisang tanam sendiri ye. Dan aku suka pisang itu dibuat cekodok. Macam biasa bab makanan ni selalunya ada seorang yang pandaikan masak untuk kita. Kalau aku expert masak maggie di rumah ini, cekodok pulak adalah Liza punya speciality.

Campur gula bagi manis sikit.
Aku memang tak pandai nak buat macam ni so aku memang tak masuk campur langsunglah bab cekodok ni.
Ha aku suka bab garing-garing ni lah.
Sekian, jemput makan.

Orang Bawak Motor Nak Sepak Kereta

Pagi tadi aku nampak ada mamat motor ni nak sepak sebuah kereta sebab orang yang bawak kereta ni macam terblock dia. Mengingatkan aku yang hari tu kereta aku pun nak kena sepak sebab aku tersalah estimate kelajuan motor tu yang buat mamat tu kena break.

Tiada kemalangan, maafkan kami sebab salah estimate tak nampak sebab korang dekat blind side. Maafkan kami.

Aku faham korang marah tapi tindakan nak sepak kereta tu pada aku bukan tindakan yang bijak. Sebab? Sebab dua-duanya bergerak dan kalau silap sikit masa tendang tu korang boleh melantun dan jatuh atas jalan. Kalau korang jalan kat LDP InsyaAllah takde apa sangat sebab jalan jam dan orang bawak slow. Paling teruk pun luka atau patah tangan.

Tapi bayangkan kalau kat Jalan Bangi Lama yang banyak lori dan orang boleh bawak laju dan banyak selekoh jugak. Kalau korang terbaring, tak mustahil dalam masa 5-6 saat ada lori besar langgar korang. Aku saje nak nasihatkan.

Pizli Supremacy


Nanti aku ada phone baru aku guna intro lagu ni as ringtone. Korang jangan tiru.

Mencari Kerja Lain

Aku pernah tulis hari tu kalau aku nak kerja tempat lain aku mestilah nak tempat yang better serba serbi.

Lepas SPM dulu aku pernah kerja kontrak dekat satu GLC company. Kerja kontrak tak dapatlah apa-apa benefits yang hebat, tapi yang aku ingat antara benda yang aku dapat jugak ialah:
1) Pergi Penang 2 kali
2) Pergi Pangkor 1 kali
3) Pergi Awana Kijal 1 kali
4) Pergi Dentist yang hebat 1 kali.

Department retreat ada, company retreat pun ada. Dan aku ingat kakak sebelah aku call finance tanya pasal loan rumah yang company tu provide.

Bila aku dah habis belajar every 2 minggu sekali atau sebulan sekali at least aku mesti bukak website company tu in case ada kerja kosong, kalau ada memang sedaya upaya aku akan usaha untuk dapat kerja situ. Sedaya upaya aku akan usaha. Sebab itu memang dream company aku.

Happy 2nd Birthday Anakku Nawal Zahrah

2 tahun lepas di Hospital Putrajaya dalam pukul 5 pagi macam tu lahirlah seorang budak diberikan nama Nawal Zahrah (link). Elok je dia lahir hujan sangat lebat turun. Pagi ni pun hujan, sedap lagi tidur dari tulis blog ni hehe. Semoga menjadi anak yang berjaya serba serbi ye si penghibur hati.

Setiap malam satu taman akan dengar budak macam kena dera menangis. Sebab aku dengan Liza bertungkus lumus gosok gigi dia secara paksa. Bijak? Yes. Senang nak gosok gigi? No.
Bersama kawan bergaduh. Next week pulak birthday dia, so celebrate next week je lah sekali. 

"People can only trust you ONCE"




You better lose yourself in the music, the moment
You own it, you better never let it go
You only get one shot, do not miss your chance to blow
This opportunity comes once in a lifetime yo

Hybrid


Aku suka betul tengok Jazz Hybrid ni. Tapi kalau kereta kecik macam ni elok jadi 2nd car je lah kut. Colournya memang mengacam betullah. Macam orang lain jugak aku suka CRZ tu tapi dia manual dan aku malas nak bawak kereta manual lagi lepas ni so malaslah nak berangan-angan.

Di Kampung 2

Bila dekat kampung, aku tak peduli nak set alarm clock. Dan kalau aku terbangun pun aku tak peduli nak tengok jam pukul berapa sebab bila masa yang sesuai untuk bangun sembahyang subuh sampai mak aku mesti akan kejut. Hehehe.

Di Kampung

Biasa balik kampung memang aku duduk rumah je dan takde aktiviti langsung so kali ni balik bawak koleksi DVD baru yang ada 38 keping tu, bolehla layan. Hehehe..

Motor Affordable vs Motor Idaman



SKIM (C)DEPOSIT ATAS JALAN RM1260.00 BERSIH SIAP DENGAN INSURANS,REGISTER FEES
DAN JUGA SEMUA COSTING!!!!!!
TEMPOH BAYARAN BULANAN
24 X RM289.00
30 X RM241.00
36 X RM209.00
42 X RM186.00
48 X RM169.00


SKIM (D)DEPOSIT ATAS JALAN RM7999.00 BERSIH SIAP DENGAN INSURANS,REGISTER FEES DAN JUGA SEMUA COSTING!!!
TEMPOH BAYARAN BULANAN
60 X RM624.00
72 X RM544.00
84 X RM487.00


Pakai jelah dulu motor kecik, bak kata kawan aku minyak pun jimat. 

Challenge

Kadang-kadang dalam kerja kita dah biasa dengan sesuatu benda sampaikan kita takde perasaan takut dan risau. Kita relax dan terlalu comfortable. Aku dah sampai stage itu dan sekarang aku perlukan new challenge. Dulu aku kerja sambil belajar sebab nak ada challenge.

Perasaan takut untuk mencuba sesuatu yang baru itu kuat, perasaan nervous pun kuat jugak. Tapi itu sebenarnya bagus. Kita ambik cabaran dan buktikan kalau bukan pada orang pun buktikan pada diri sendiri pun sudah cukup sebenarnya.

Break

Break jap seminggu dua.

Ceh, Ramalan Tak Tepat Langsung

Tadi kawan aku sms cakap aku tak dapat sebenarnya Blackberry tu, takpe sebab itu satu beban. Kalau nak ada smartphone elok sendiri punya. Tak penting pun for now.

Aku ada baca somewhere Allah sentiasa bagi apa yang terbaik untuk kita walaupun kita tak perasan. Dalam minggu ni aku nak buat something yang bersangkut paut dengan masa depan aku so aku just berserah je lah, apa yang aku dapat atau tak dapat nanti adalah atas apa yang aku deserve dari Allah SWT.

Everytime aku cakap pasal masa depan aku biasanya masa depan family aku jugak sebenarnya.

Saya Suka Makan Masa...

Saya suka makan masa saya lapar tahap kebuluran, sebab semua makanan akan jadi extra sedap.

Unnecessary Stress Di Tempat Kerja

Biasa dengar tak ayat.. "Gaji dia tu banyak" atau "Dia tu bukan ada kerja sangat pun" atau "Gila wei, minah tu masuk-masuk terus jadi manager"?

Aku nasihatkan satu je lah, kalau orang-orang tu tak kacau kau punya bonus, tak kacau kau punya process naik pangkat, tak kacau kau punya prestasi untuk naik gaji atau tak cakap benda buruk pasal kau dekat belakang - pergi mamposlah dengan orang tu. Kadang-kadang ada jugak orang yang Mentaliti 70an bangang suka bolot kejar credits, sendiri kerja lepas tu tak share dengan team dia dan akhirnya stress sendirian. Orang macam ni pun biarkan je lah, selagi dia tak kacau periuk nasi kau.

Dan kadang-kadang ada orang tak suka kita dan kita sendiri pun ada tak suka orang. Ada orang clearly rasa intimidated dengan aku terang-terangan bagi hint taknak kerja dengan aku, suruh aku cari kerja lain. Ini semua normal di tempat kerja dan kalau kita fikirkan sangat akan buat kita stress sampai ke rumah.

Aku tulis ni sebab aku perasan ada mamat dekat office aku ni hari-hari mengamuk. Dan everytime mengamuk mesti akan ada cakap pasal kesenangan kerja orang lain, kebanyakan gaji orang lain. Pada aku buat apa nak tambahkan unnecessary stress dengan fikir pasal orang. Bukannya diaorang ambik gaji kau. Diaorang tak buat apa-apa langsung pun pada kau. Buat kerja sendiri dahla, buat apa ada hasad dengki?

Kadang-kadang kita nak cari kerja lain atas pelbagai alasan tapi janganlah sebab perangai orang kita nak blah sebab orang-orang menjengkelkan ada di setiap company.