It's My Time


Siapa yang dah lama baca blog aku tahu yang hidup aku ini biasa-biasa jelah. Takde cerita gembira sangat. Tapi bulan ini adalah bulan yang paling menggembirakan untuk aku. Aku ucapkan Alhamdulillah dengan segala nikmat yang diberi.

Yes, confirm aku dah naik pangkat jadi Executive level setelah almost 10 bulan menunggu. IT Support Officer (Learning Technology) to be exact. Berbalaslah susah payah aku ambik degree kelas malam dulu. Walaupun gajinya less than boss aku cakap hari tu tapi aku gembira je lah, adalah jugak extra sesikit. Cukuplah. Bersyukurlah daripada takde apa-apa.

Aku masih tak boleh nak beli smartphone idaman tapi apa ada hal sebab itu bukannya penting sangat pun haha. Dapat belanja wife dan anak-anak makan pun jadilah.

TAPI benda yang bagusnya ialah sekarang aku boleh cari kerja lain dengan gaji baru aku ni. Dan aku tak sabar nak dapat business card baru hehe.

Certified True Copy

Aku perasan banyak permohonan dalam Malaysia ni yang perlu di certified true copykan. Benda ini tak jadi masalah kalau nak buatnya senang. Contoh, aku pergi Tesco aku boleh buat, macam itu senang. Susah sebab kena ada orang tertentu sahaja yang boleh buat dan nak cari orang tertentu itu buang masa dan to the extend merumitkan. Atau kena bayar dan kita bukannya ada banyak masa dan wang ringgit.

Pada pendapat aku ialah orang boleh je submit copy sijil² dan kalau layak masa datang tu nanti bawaklah yang original dan orang yang nak sijil tu sahkanlah sendiri. Kan senang?
______
Aku ni konon²nya tengah bersahur, tak taulah boleh tahan puasanya nanti hehehehe..

Saya Dan Avengers


Hah dapat jugak tengok walaupun kesian tak bawak Umar. Aku yakin kalau dia ikut mesti excited gila sebab Umar memang penggila superheroes. Aku taknak bawak sebab dia suka bertanya takut bising orang marah.

Part sedihnya Agent Coulson mati. Aku harap yang dia masih hidup kalau ada sambungan, kononnya Nick Fury tipu je semua orang dia dah mati. Aku tau ada scene dia mati tapi entah kenapa aku tak suka. Aku suka dia dari Ironman lagi.

Part yang lain semuanya best. Aku suka part Hulk tumbuk Thor lepas diaorang sama-sama belasah orang jahat. Pandailah diaorang ni buat cerita macam ni pun ada lawak-lawak sikit.

Line yang paling aku suka ialah: "That's my secret Captain, I'm always angry."

Ntah kenapa aku rasa agent Hill lagi mengancam dari Natalia. Takkan taste aku dah beralih dari perempuan berisi ke yang kurus kering kut. Haha, abaikan.

Apa-apa pun aku happy hari ini dan kalau ada jual DVD kat mana-mana tolong bagitau, aku nak bagi anak aku tengok. Happy sebab makan sedap sempena birthday kitaorang berdua bulan 3 hari tu baru boleh buat poperly hari ni.

Dating Tengok Wayang

Kalau filem Melayu aku dengar ada syarat wajib tayang 14 hari macam tu. Kalau cerita bagus dia extendlah tayangannya. 

Kalau cerita hebat macam Avengers aku rasa dekat dua bulan pun dia tayang kut. So hari ini baru aku dengan Liza nak pergi makan-makan lepas tu tengok Avengers hahaha. Harapnya orang dah tak ramai tengok sebab dah lama dah kan cerita tu?

Pesanan Yang Baik

Tau tak yang Sham Kamikaze ni akan tulis benda yang sama everytime waktu solat. Dan aku rasa pesanan ringkas dia macam ini someway somehow mesti akan mengubah orang. Kalau tak ramai, sikit pun jadilah.

Lawak Nombor

Kawan-kawan aku pun perasan yang minggu lepas aku bernasib baik. Yelah menang MP3 player pun update dekat facebook kan? So bila tadi unexpectedly CEO announce next month ada bonus seminggu (1/4 bulan) terus budak-budak Cina office aku mintak nombor dari aku. Hahahahaha..

Ok aku taknak suka-suka sangat sebab karang adalah benda yang tak elok jadi, macam tombol pintu rumah aku dah rosak malam tadi. Arghhhh..

Terima Kasih Suhida

Dulu kalau ada orang nak bagi aku benda mesti aku akan cakap "Tak payahlah" atau "Eh jangan susah²"Tapi sekarang tidak. Aku dah mengamalkan prinsip kalau orang nak bagi aku apa benda sekalipun aku akan terima. Tanya size baju aku cakap L, size kasut aku cakap UK 8. Nak alamat, aku bagi alamat terus. Aku takkan tanya nak buat apa, nak hantar apa.

Siap pos laju. Terharu saya.
Dan dengan mengamalkan prinsip baru ini aku dah merasa kurma fresh from mekah, Umar dapat jubah, aku dapat tshirt, aku dapat calendar dan yang terbaru Frigde Magnet Hollywood direct from USA daripada Suhida (Link Blog Dia).

Smart kan fridge magnet ni?
Orang cakap rezeki jangan ditolak, musuh jangan dicari. Aku harap one day aku pun boleh bagi souvenier dekat kawan-kawan. By the way Suhida ada kedai online. Sila checkout dan belilah baju² dia ye, Liza dah beli 5 helai kalau tak silap. http://wardahwardrobe.blogspot.com/

Dekat atas tu ada alamat aku, so aku expect by next week ada orang hantar PS3, Galaxy S2 dan Ultrabook. Aku ucapkan terima kasih in advance. Hahahah lawak tak kelakar. Wah, cerita benda best lagi ni, kalau sampai hujung tahun macam ini kan seronok? Hehehe.. 

The Best Week Ever


Dua bulan lepas kut aku punya worst month ever tapi Alhamdulillah last week adalah minggu yang paling bagus untuk aku. Pertamanya sudah pastilah pasal aku dapat join team building yang terhebat. Lepas tu balik rumah Umar tunjuk result test dia yang buat aku happy.


Hari Jumaat dapat cuti free dan hari Jumaat itu jugak dapat naik gaji. Naik pangkat jugak kut tapi since surat tak dapat lagi aku takut nak confirmkan.

Dan untuk lebih best lagi bila semalam pergi Jusco ada UNIFI promotion, sebab aku dah rimas aku register je lah. Ramai sangat promoter dan aku tak pandai nak menipu cakap. "Eh saya dah installed dah". Lepas ini baru aku boleh cakap macam itu. Ha ceritanya adalah dia bagi souvenier dalam goody bag dia dan dia suruhla aku buat pusingan roda macam wheel of fortune tu dan aku menang hadiah dia yang paling best dan paling susah nak dapatlah, MP3 Player. Walaupun cikai brandnya tapi aku rasa bertuah sebab benda tu susah nak dapat. Siap diannounce lagi nama aku bagi orang lain tengok aku ambik hadiah bersalam ambik gambar semua. Hehe. Aku suka mamat tu cakap.. "Wah you are really lucky ya!" 

Diharapkan luck aku bertambah baik from now on. Mungkin sekarang adalah masa yang sesuai untuk masuk contest kut.

Positive


Sebelum aku pergi team building ni aku ada rasa tak comfortable dengan sesetengah orang yang aku tengok dari jauh dan aku judge macam tak oklah. Ditambah pulak dengan orang² pun cerita benda tak elok. Tapi bila aku dah kenal masa 3 hari aku rasa takdelah teruk sangat orang-orang ni. Maybe orang saja exaggerate.

Lepas ni aku dah malas nak dengar cerita buruk pasal orang dan aku pun berazam taknak cerita buruk pasal orang lain. 

Dah Balik


Penat. Tapi sangat fun. Training dalam dewan dia best. Aktiviti adventure dia pun best, flying fox sejauh 900 meter dan ketinggian 150 meter, paling jauh di South East Asia. Gambar part yang seronok takde kat aku. Nantilah upload, saje nak share.


Yang paling bestnya balik tadi Umar tunjuk result ujian dia dapat no.1 dalam kelas. Hahahaha.. Hilang penat aku.

Pesanan Melalui Teknologi

Aku perasan dalam Facebook or Twitter orang selalu share artikel atau pesanan kepada kawan-kawan or kalau kau celebriti kepada peminat, follower.

Masalah dalam menyampaikan pesan ini ialah kadang-kadang benda yang dikongsikan itu terlalu panjang. Kadang-kadang terpaksa click dua tiga kali untuk baca artikel, yang kalau twitter pulak dia setakat 140 patah perkataan, kalau panjang kena click bawah ke website lain.

Benda macam tu sebenarnya ok kalau kita ada masa, tapi kadang-kadang kita nak cepat atau nak info tu terus masuk dalam kepala. Lebih-lebih lagi kalau kita di office. Macam aku biasanya akan browse facebook tu dalam 20-30 saat. Kalau nak baca artikel sampai 5 minit marah kut boss aku kalau nampak.

So dalam hal ini orang kena kreatifla kut.

Berpisah 3 Hari

Esok aku ada team building tiga hari dekat Colmare Tropical Bukit Tinggi. First time aku berpisah dengan anak dua orang ni. Masa Umar dulu ada sekali kut masa dia kecik, time tu aku pergi Langkawi company trip. Tapi masa tu Liza duduk Keramat and hujung minggu tapi kali ni weekdays dan Umar ada ujian dekat tadika dia. So kenalah duduk rumah, tak boleh rumah mak mentua aku.

Yang aku tau aku mesti akan lebih ingatkan anak-anak aku dari enjoy benda tu. Aku pada mulanya takdelah nak pergi sangat, by the way selected people je yang dapat pergi ni tapi sebab memikirkan company aku ni mana ada bawak jalan-jalan selain pergi Langkawi 4-5 tahun lepas so baik aku pergi je.

Aku look forward dekat part makan-makannya je hehehe. Ada BBQ dinner semua.

Time aku dah nekad nak cari kerja lain ni banyak pulak company aku ni bagi benda, hari tu boss aku bagi computer yang paling power dekat company ni. Bagilah naik pangkat bulan ni jugak. Hahaha.

Pesanan Kepada KFC

Gambar diambil dari sini - http://mynewshub.my/2012/05/14/produk-upin-ipin-dijual-di-kfc/   
Kalau korang promote produk gila-gila benda best kenalah bagitau awal-awal kalau benda tu dah habis. Janganlah kau letak kad lah posterlah bagai tapi bila orang sampai kaunter lepas berbaris dalam 10 minit kau cakap "Oh patung tu takde.." At least letaklah note cakap dah habis bolehlah aku pergi makan dekat food court ke apa ke tau benda tu takde.

Tau tak Upin Ipin ni aku yang tua pun excited nak ada collection inikan pulak anak-anak aku. Untuk orang golongan macam aku ni benda-benda macam inilah yang ditunggu² tau tak? Aku ingatkan lepas kes belasah customer hari tu korang dah improve.

How Much Is Enough?

Dulu kawan aku pernah cakap; "Kalau gaji aku bawak balik dalam RM2000 dah cukup"

Itu tahun 2003 dulu. Macam aku sekarang ni aku rasa aku perlu bawak balik RM4000 untuk menjalani kehidupan yang tak mewah dan tak susah tapi senang dan lapang. Sebijik rumah, anak dua, kereta harga bawah 100K, Preve ke contohnya. Aku rasa aku akan happy provided that wife aku pun bawak balik dalam RM3500 macam tu dan dia pun bayar tadika, nursery, kereta dia sendiri etc..

Untuk bawak balik RM4000 aku kena cari gaji yang dalam RM4600 kut  sebelum tolak tax, kwsp etc dan menjalani hidup sama macam sekarang. Benda ni ikut oranglah. Aku ada tengok husband dia kaya sampai duit wife dia tak usik langsung. Pada aku suami tanggungjawab dia provide benda² dan kalau wife pun membantu itu untuk menaikkan taraf hidup. Contoh kalau suami hanya mampu bagi rumah kecik maybe dengan wife bekerja boleh dapat rumah sederhana. Share.

Ada jugak aku tengok kawan aku ni belikan superbike untuk husband dia. Lagi hebat! Tengoklah apa kerja orang, apa nasib orang. Dan tengok jugak cara hidup orang. Macam hidup aku ni simple je, hobi pun takde. Aku ada angan² tapi biasanya angan² ni bukan boleh guna sangat pun sebab biasanya menjahanamkan je. Sebab bila pasal angan² biasanya benda yang agak besar.


Macam aku angan² nak pakai CRZ ni, tapi nak kena gaji berapa pulak agak²nya? Mungkin harganya ok tapi kereta ni dah tak practical untuk family yang ada anak dua so dia akan jadi luxury sebab kena ada satu kereta lagi untuk family. Dan aku yakin sebagai Muslim dan manusia biasa kita kena ada saving, ada simpan fund untuk anak-anak nak belajar nanti, duit persediaan untuk pergi Haji dan lain-lain lagi. 
______________________
Cerita pasal tattoo tadi aku delete sebab ikut komen Zamdee aku dah takut aku tulis benda tak betul. Terima kasih atas teguran.

Selamat Hari Ibu Kepada Mak Saya Dan Mak Mertua Saya

Terlambat pulak.

Selamat hari ibu kepada mak saya yang walaupun tak pandai membaca, menulis tapi boleh membesarkan kitaorang tiga beradik dengan baik sekali sampai aku dan adik aku dah grad dan adik paling bawah masuk MRSM dan nak ambik SPM tahun ni.

Selamat hari ibu kepada mak mertua saya yang membesarkan 8 orang anak tanpa suami dan semua anak-anak dia menjadi aku tengok, belajar pandai, perangai pun elok semua.

Selamat hari ibu kepada anda berdua dan saya yakin anda berdua adalah calon-calon ahli syurga.

Kenapa Saya Perlu Bekerja di Bandar Besar?


Contoh, ini bukan kereta aku.

Sebab kereta aku dah cukup suffer dalam kehidupan dia. Kalau korang tengok kereta aku korang akan kesian. Hidup kereta aku penuh dengan penderitaan melalui jalan yang teruk.

Mula-mula dulu jalan nak masuk kampung aku, diaorang letak batu putih sebelum nak di tar. Berbulan². Masa tu aku nak kahwin so aku selalu balik kampung uruskan benda-benda. Diaorang nak tar baru jalan tu sebab ada menteri nak datang. Sekali bila hari menteri tu datang dia naik helikopter, masa tu jalan dah ditarla. Batu putih tu aku rasa dalam 10km jugak kut.

Lepas tu bila aku pindah rumah aku sekarang ni. Jalan macam jahanam. Tapi masih jalan tar. So suspension absorber macam tu jelah yang kesian.

Lepas tu bila aku kerja di sini. Sekali lagi kes nak buat jalan. Batu putih ditabur dan kereta aku jadi pemampat jalan selama beberapa bulan. Jalan dari jalan besar nak ke campus ni di buat baru. Dan dalam campus ni banyak sangat speed bump yang dibuat tak betul, kereta aku mesti sangkut yang buat aku terpaksa tukar absorber.

Dan sekarang dekat rumah aku nak buat jambatan ganti jambatan sebelum merdeka. Dah 5 tahun dah kut projek tu, since last pilihanraya. Lembap nak mampus. Dengan jalan berlopak, lecak, dan segala benda teruk pada jalan yang korang boleh fikirkan. Aku dah tak reti malu dah bila kereta kotor. Nak basuh pun tak guna sebab hari-hari akan lalu.

Mungkin selama ni aku pergi ke kawasan yang baru nak membangun itu pasal nasib kereta aku macam ni. Maybe aku perlu pergi ke bandar besar yang jalannya rata dan elok. Mungkin masa tu guna kereta baru la kut.

Hadiah Kahwin Paling Best


Masa aku toast roti aku hari tu baru aku tersedar yang toaster adalah benda yang paling last aku akan beli rasanya dalam kehidupan. Kebetulan kitaorang dapat toaster tu untuk hadiah kahwin.

Aku rasa benda tu perlu dan best jugak. So next time kalau aku kahwin lagi korang bolehlah hadiahkan toaster. Eh silap, kalau korang nak bagi hadiah orang kahwin lepas ni bolehlah bagi toaster.

Kenapa Jangan Bagi Anak Anda Belajar Multimedia

Bila kau berkelulusan multimedia somehow orang assume kau akan tau banyak benda. MULTI. Aku rasa kalau bidang IT pun. Kadang-kadang bila aku tak boleh buat, orang yang call mesti jawab "But you are in IT!" Aku nak je jawab balik habis tu kau tu lecturer boleh ajar semua subjek ke? Hehehe..

Sini aku tunjuk criteria jawatan Webmaster. Copy paste, bukan aku reka.
  • Tertiary qualification in related fields with at least 3 years experience in web and multimedia technology;
  • Advanced knowledge and technical skills related to content management system (CMS) and web development software such as Adobe Dreamweaver;
  • Skills in using graphics and multimedia design tools such Adobe Photoshop, Adobe Illustrator and Final Cut Studio, as well as experience in photography and videography would be an advantage.
Tengok tajuknya Webmaster, tapi lepas tu photography dan Videography pun kena tau.

So sila suruh anak-anak anda cari kerja yang buat satu kerja je atau kalau buat banyak benda takdelah jauh sangat larinya. Ye aku dengan Liza dua-dua bidang multimedia dan sekarang buat elearning memang aku takkan bagi anak-anak aku ambik IT..

Kalah Dan Menang

Aku ada bagitau Umar yang hidup kita ni tak semestinya kita hanya akan menang sahaja. Apa-apa pun mesti akan ada yang menang dan ada yang kalah.

So bila dia nampak aku dissapointed Manchester United tak menang league hari tu dia cakap "Takpelah ayah, mestilah ada yang menang, ada yang kalah" Bab bercakap kau memang nombor satulah Umar.

Masalahnya sekarang aku taknak dia anggap yang kalah itu bukan masalah. Aku taknak dia anggap kalah itu ok. Sekarang ni dia tengah berlatih untuk hari sukan dia. Bawak bola pingpong dalam sudu lah, bawak kacang dalam sarung letak atas kepalalah so aku nak lah dia berazam untuk menang.

Aku pun ceritalah yang dulu aku masa sekolahmenang semua jenis acara yang aku masuk. Rumah mak aku penuh dengan medal², piala². Aku harap dia berazam nak jadi macam aku dulu. Aku miss jugak zaman tu, zaman kalau aku bawak motor pusing kampung orang yang aku tak kenal pun tak tegur, macam Usain Bolt pun ada rasanya masa tu.

By the way, 22-25hb ni nanti Umar ada ujian dekat tadika dia dan masa itu jugaklah aku pergi team building. Dah dua kali dah tadika ni ada aktiviti penting dan tak kena dengan jadual aku. Haha..

Cerita Sedih Sekali Sekala

Rasanya dah lama tak cerita benda sedih. Sekali sekala takpe kut, meluahkan perasaan. Hahaha.

Pasal naik pangkatlah. Biasanya company aku akan bagi increment pada bulan 3 atau bulan 4. Bayangkan di mana tahun yang aku tunggu aku dapat naik pangkat and dapat extra, incrementnya takde pun lagi! Dan aku tak rasa ada bulan 5 ni. Masalah company aku ni ialah kitaorang ni anak syarikat kepada company besar dan kalau tengok gaya macam ni diaorang tak peduli pun pada kitaorang. Sukahati je bila nak approvekan benda.

Increment ni akan backdate to January. Masalahnya sekarang ialah aku tengah cari kerja lain. Kalau aku pergi interview aku nak lah guna gaji baru aku supaya aku boleh mintak lagi tinggi gaji di tempat baru. Aku doa sangat takde interview dalam masa terdekat dan aku tak kisah kalau aku dapat kerja baru tahun depan. Benda yang aku taknak ialah aku dapat kerja baru walaupun dengan gaji yang aku nak tapi aku hilang backdated aku, sebab mesti once aku submit resignation letter mesti segala benda dah tak dapat. Itu memang worst nightmarelah. Aku tahu hidup ni kena win some loose some tapi aku perlukan sangat gaji backdated tu.

Aku tak boleh tipu diri aku untuk bermotivasi dalam hal kerja lagi. Aku betul-betul dimotivated sebab aku dah tunggu pasal hal naik pangkat ni dah dekat 10 bulan!!

Masalah lain ialah clutch kereta aku bocor dan aku harap dia boleh bertahan sampai hujung bulan. Dan tampalan di gigi kesayangan macam pecah sikit kut sebab dalam makanan ada batu. Sekali kena bertimpa-timpa. Sebenarnya aku ada satu lagi masalah yang paling depressing tapi nantilah aku cerita bila dah settle.

Benda yang baik out of this ada satu je lah, since increment ni backdated dari January so akan dapat banyaklah sikit kut kalau kumpul lama-lama tapi tak syoklah kalau nak guna repair kereta, gigi dan bukan beli Nokia Pureview sebagai hadiah pada diri sendiri.  Dan biarlah orang panggil aku interview masa aku dengan phone baru sebab phone aku sekarang ni bila orang call kadang-kadang tak dengar sampai hari tu ada head hunter call aku kena mintak nama and phone number dia supaya aku boleh call balik guna phone office. Yang kerja-kerja headhunted ni samaada kerja yang di offer tak best or companynya tak best so aku malas nak pergi interview. Jadi lecturer pun ada. Manalah aku pandai haha..

Bilala aku nak dapat break aku ni????


By the way, katakan kalau korang sangat memerlukan phone kadang-kadang dekat Groupon ada jual macam-macam phone dengan harga murah. Contoh gambar atas ni, harga dia RM158 je. Dulu phone ni agak top jugak kalau tak silap aku. Deal dia habis hari ni jugak. Kalau nak, cepat. Keutamaan aku sekarang nak berjimat, dengan next week nak pergi team building dekat Bukit Tinggi lagi, dengan kereta rosak lagi so phone murah macam ni pun tak dapeklah. Hahaha..

Consultant

Beberapa hari ni aku banyak jelaskan pada orang pasal tanah felda. Aku baru perasan kalau benda yang aku betul-betul tahu aku suka share dengan orang ramai dan yang lebih penting lagi aku suka convincekan orang. Provided that orang-orang tu sudi mendengarlah. Macam kawan aku nak install Skype aku boleh cerita panjang lebar.

Bukan pasal tanah felda dan skype sahaja, pasal everything yang aku tau.

Buat aku terfikir maybe aku patut jadi consultant or kerja marketing. Kena ambik Phd dulula kut.

Kurus Baju Besar, Gemuk Baju Kecik

Jumaat hari tu aku ternampak jersi England yang aku beli dekat reject shop masa world cup 2001. Bila aku check size dia adalah size XL. Dan walaupun aku gemuk sekarang baju tu masih besar. Maknanya masa kurus keding dulu memang aku suka pakai baju besarlah agaknya.

Lepas tu Liza kumpul jeans lama nak dibuang dan aku notice semua cutting jeans tu baggy. Or straight cut at least.

Pada zaman sekarang yang mana aku gemuk gedempol aku hanya akan pakai baju yang fit, size L, kalau besar pun besar sikit je lah. Dan pakai seluar cutting apa orang panggil? Tapi jenis fitla. Nasib baik kaki aku jenis kecik macam kaki runner of footballer orang India so elok jugaklah nampaknya.

Dah umur 40 tahun nanti ntah macamanala jenis pakaian yang aku guna.

Nokia 808 Pureview - Ini Yang Aku Nak

Siapa yang baca blog aku dari dulu mesti dah bosan dengar cerita aku nak phone ini phone itu tapi sampai la pun takde lagi. Mungkin aku ditakdirkan untuk dapat yang palinng best dan sesuai dengan kehendak aku (walaupun lagi 5 tahun baru dapat).

Introducing Nokia 808 Pureview yang akan sampai ke Malaysia tidak lama lagi.  Aku tau Liza akan marah aku sebab kan dah ada camera kat rumah? Jawapan aku ialah aku nak buat blog review pasal makanan tapi aku malu nak bawak DSLR pergi kedai makan, so dengan phone ini yang, eh kome tengok jelah Youtube kat bawah ni.


Dengan phone ini aku boleh ambik gambar dan ambik video Full HD on a higher level. Semenjak ada Beyond ni memang semua benda aku nak HD. Kalau ada spec mata yang kanta tengok macam HD pun aku nak jugak kut. Photo camera adalah untuk ambik gambar secara spontaneous dan boleh share di social networking media dan sudah pastilah di blog ini jugak. Dan bolehla aku surf internet depan TV dan bolehlah jugak aku menggunakan kelebihan smartphone macam orang lain.

Lupa nak cakap, video tu aku nak ambik video anak-anak aku. 

Persoalannya bila Pizli? Bila? Sembang je lebih. Orang pun menyampah tau! Kesian betulla kau ni!

Well tengoklah mana yang lagi murah, samada ini ke (pleaselah yang ini), S3 ke atau Galaxy S2 je? Dan service provider mana yang offer the best package, Celcom ke Digi ke Maxis ke sebab kali ni aku nak ambik pakej rasanya. Apa² pun bawah ni contoh gambar dan doakan impian aku tercapai sebab nak harap hadiah menang contest usah harap.


To be honest aku takdelah kisah sangat Symbian ke Android ke IOS ke sebab aku perlukan boleh surf dan ambik full hd video je..

♫ Penyelamat Bumi.. Penyelamat Bumi.. ♫


Hahaha, dulu bila budak² ni keluar Les Copaque dan buat company baru aku macam menyampah jugak sebab aku anggap diaorang tak kenang budi. Tapi secara terbuka aku mintak maaf sebab produk diaorang cerita Boboiboy ni memang hebat. Hebat part kelakarnyalah. Semua orang boleh layan tak kira umur. Episod 9 dan episode 10 adalah episode favourite aku. Part Adudu marah Probe bisik pot pet pot pet (minit 07:09) dan part Probe dan Adudu menyamar jadi makcik dan anak dan To Aba tak perasan langsung (minit 12:26). Siapa yang biasa tengok fahamlah kut.

Memang pecah perut punya. Hehehe..

Impian


Sekarang musim orang berjalan ke luar negara rasanya. Well at least adalah kawan² aku yang nak pergi dan ada yang dah ada kat sana pun. Kawan nursery Nawal pun tengok bercuti satu family. Seronok betul aku tengok diaorang semua ni. Aku tak nampaklah diri aku akan pergi dalam masa terdekat so apa yang aku boleh idamkan ialah pergi bila anak-anak aku dah besar dan harapnya masa tu aku dah mampu.

Harapnya jugak aku dengan Umar dapat tengok Manchester United main dekat Old Trafford. Sekali pun jadilah hehehe..

Umar Dan Buzz Lightyear, Nawal Dan Susu Formula

Umar:
Mama, kita rasa Buzz Lightyear tu mata dia bergeraklah, dia nak jalan² kut macam cerita Toy Story, dia ingat kita tak tidur lagi kut so kita tidur dengan mama ye malam ni?

Alasan taknak tidur dalam bilik sendiri malam tadi. Aku biar je lah dan aku tidur bilik lain.

Semalam Liza bawak balik susu formula dari kawan dia untuk try bagi Nawal. Ye Nawal tak minum susu formula dan hanya minum susu ibu sahaja dan susu dalam kotak tu. Susu formula tu rasa coklat sebab biasa susu Dutch Lady tu memang rasa coklat, biasa bekalkan sekotak untuk dia minum kat nursery. Bila puji² dia minumlah susu dalam botol tu dalam 3/4 botol. Kitaorang pun happy sebab nanti bolehla dia minum dekat nursery susu formula.

Tapi dalam pukul 4-7 pagi macam tu dia muntah² keluar susu tu balik beberapa kali. Hahaha. Kira confirmlah budak ni tak boleh nak masuk susu formula. Dahlah baru ganti cadar malam tadi. Dan since Umar tidur dengan diaorang dia pun kena muntah dekat seluar semua. Semua orang tak cukup tidur. Liza cuti sebab Nawalnya tak sihat dan Umar pun ponteng sebab mengantuk sangat tak cukup tidur.

Aku kalau boleh nak jugak ambik EL tapi takpelah, walaupun mengantuk ya amat.

Terasa Kena Hina Betul

Tau tak orang buat bahan jenaka yang bila peneroka ni dapat RM15K akan buat downpayment beli keretalah, buat rumah banglolah. Macam jadi gila dapat 15K dan macam miskin sangat sekarang ni. Aku rasa semua orang pun tau yang berapalah sangat 15K tu. Ye banyak tapi takdelah sebanyak boleh jadi lupa daratan. Astagfirullahazim.

Click untuk besarkan.
Sejujur²nya aku rasa terhina sangat. Saje nak bagitau, semua orang tak tinggal di rumah papan lagi. Semua dah buat rumah batu. Dan ada kereta. So sejujur²nya 15K ni macam saguhati je la dan takkan buat orang lupa daratan. (kira sejak 15-20 tahun sekarang ni lah, zaman dulu susah gila hidup)

Click untuk besarkan.

Hidup peneroka dah berubah, bukan macam dulu lagi. Bila aku tulis fakta cerita benda betul dia spin benda lain pulak. Cakap tak arif la apala. Tak arif janganlah tulis. 

Click untuk besarkan.

Orang zaman sekarang memang dah tak takut dosa fitnah ye? Nauzubillah.. Buanglah hasad dengki dan kebencian dalam badan tu. Mulut cakap perjuangkan agama tapi tindak tanduk langsung tak macam itu pun. Kesian betul aku tengok.

Click untuk besarkan. Macam dia pulak asal FELDA.


Penjelasan Isu Tanah Peneroka FELDA Tergadai FGVH

Ini adalah cerita pasal tanah peneroka tidak akan tergadai. Bukan pasal rugi untung saham, bukan pasal politik. In fact bukan pasal FGVH pun, ini pasal TANAH PENEROKA. Sekian terima kasih.

Mintak maaf sebab cerita pasal benda ini lagi. Aku anak FELDA dan aku rasa aku bertanggungjawab jugak cari informasi yang tepat dan sebarkan. Sebabnya? Sebab orang yang bukan peneroka lagi banyak cakap dan risaukan peneroka dan termasuklah takut satu hari tanah tergadai bila FGVH masuk bursa.

Selain orang di forum berbincang dan ramai jugak penyebar fitnah dan ramai jugak yang risaukan duit kerajaan habis ada lagi orang yang risau iaitu anak peneroka-peneroka sendiri (as iflah dioarang ni nak mengerjakan tanah 10 ekar tu.)

Aku nak bagitau satu benda, tanah peneroka dan tanah FELDA adalah lain. Aku rasa orang ramai risau pasal tanah peneroka. Tanah peneroka dah ada hak milik peneroka yang takde kait mengait pun dengan FELDA kecuali 1) hasil dijual kepada FELDA. 2) atau suruh FELDA uruskan ladang dan hujung bulan ambik duit (fixed dan peneroka duduk rumah goyang kaki). Aku baru tulis dengan terperinci pasal ini dekat sini - SILA CLICK BILA HABIS BACA YANG INI

Minggu lepas bank-bank di suruh pergi ke semua FELDA untuk tolong peneroka bukak akaun beli saham. Ye ada charges yang agak tinggi perlu dibayar dan bank memang buat untung dalam hal ini. Not to mention benda ini dibuat dengan tergesa-gesa sampai ada orang tak sign. Was-was. Abaikan sekejap walaupun kesian dengan peneroka. Minggu ini pulak keluar dekat Facebook yang ada penganalisa ekonomi dan macam-macam orang lain yang buat kesimpulan tanah peneroka akan tergadai kalau tak mampu bayar loan beli saham itu tadi. Macamlah orang FELDA ni miskin sangat.

Antara form yang kena sign. Berapa unit saham tu tak taulah lagi tapi aku gerenti tak lebih seribu. Katakan satu unit 5 ringgit. Katakan 1000 unit (10 lot), baru RM5000. Tapi cakap berlapik jugak aku ni. Kalaulah jumlah loan lebih dari 10K aku takkan bagi ayah aku sign. Baiklah dia tolak sahaja saham tu. Dia dah tua dah pun, 10K tu banyak.
Ada penganalisa ekonomi pandai cakap kalau hutang melebihi RM30000 tak boleh bayar nanti istihar bankrap. Akibatnya tanah peneroka boleh dirampas. Dan benda inilah yang disebarkan ke seluruh dunia. Bagi semua orang takut. Dia cakap kalau bankrap, yang macam mustahilla pada aku dengan tahap ekonomi peneroka sekarang. BUKANNYA SIGN SURAT tanah boleh tergadai. Pahe dok? Kome faham tak??
Untuk persoalan duit datang dari mana, mari saya quote ada brader ni cakap:
Duit untuk felda datang dari felda la. Selain ladang yg diusahakan peneroka, banyak jugak yg diusahakan direct oleh felda. Terutama ladang-ladang yg baru. Sekarang mana ada bukak tanah untuk peneroka baru lagi dah. Masa masuk hutan pahang, tak tau berapa ribu hektar tanah yg felda usahakan direct. Kalau sawit seekar boleh dapat untung bersih 300 sebulan, kali dengan ribu-ribu hektar tu. Tu pasal la dia nak realised the value of the company guna FGV. Felda bukan setakat peneroka. Tu pasal peneroka yg tolak FGV, memang rugi la. Cuma sumbangan peneroka di peringkat awal Felda memang patut dihargai.
P/S: peruntukan saham bumiputra FGV dah tutup last week. Berebut org nak beli. Peneroka pulak ada special allocation lagi. Memang untung diaorang.
Dan akhir sekali untuk anak-anak peneroka yang risau, kawan aku seorang lawyer dan pergi sign semua surat minggu lepas sebab ayah dia dah takde so jadi wakil. Dia seorang yang buat suratkhabar Utusan Malaysia yang dibagi free dekat rumah dia jadi lapik siang ikan explain di bawah dan menjawab semua kegusaran anda semua:



Ada orang cakap:  Saham tu dicagarkan pada bank.. bukan kita kontrol.. so bukan senang nak jual balik.. 

Jawapan: Pasal share memang pledged under nama bank, kita panggil nominees sebab pakai duit bank utk beli kan. Kalau nak jual, apa yg susahnya? Call je dealer, dia jualkan la price apa yg orng nak. Tak pernah dengar bank tak kasi jual sbb sentiasa ada buyer. But kadang2 orang buat not in the best interestla. Siapa yang cakap susah nak jual ni lebih kepada nak menghasut je lah (kata kawan aku yang kerja bidang saham² seumur hidup dia) Dan sila baca apa brader sorang ni pulak cakap:
Sebenarnya mana2 saham kalau kita xde duit memang kena buat loan nak dptkan saham tu.Sama mcm TNB,setiap staff akan diberi beberapa lot saham..utk dptkan lot saham tu memang kena buat loan unless orang tu memang boleh dptkan cash ribu2.Bila buat loan adalah normal berhutang mesti ada agreement kena byr balik..Tp biasabya kalau xsebut dlm agreement diambil tanah ke, harta ke..maka memang bank xboleh amik.Sebenarnya ramai orang luar berebut nak dptkan saham fgvh ni..even aku pun kalau boleh aku nak mohon tp xboleh sebab utk peneroka felda jer.Konsep dia sama mcm bank rakyat juga..tgk berapa ramai org berebut nak beli share bank rakyat..sebabnya keuntungan setiap tahun dpt average 16%.Kalau saham blue chip xperlu risau...Tgk mcm Sime Darby..division plantation diorang untung byk setiap tahun..Semua company besar mcm TNB,Sime Darby,Telekom malaysia dan GLC lain semua dalam blue chip.Kalau sapa orang Felda xnak share FGVH tu boleh la bagi kat aku...ehehe..aku sggggt nak..
Pendapat aku sendiri: Yang patut peneroka arguekan ialah kenapa share ni tak dibagi percuma sahaja?? Heheheh.. Dan aku yakin sebab peneroka kena ambik loan dan bukan bayar guna cash sendiri adalah sebab  kita tak tau lagi berapa share yang kita akan dapat dan berapa ringgit bendanya, bukan sebab peneroka takde duit nak beli cash.

Yang aku dengar dari semalam. Rugi, tanah tergadai, rugi, tanah tergadai, rugi, tanah tergadai. BErapa ramai yang terlibat sekarang ni. Doalah benda yang baik-baik untuk peneroka peneroka ni, kalau kita sifat negatif sangat Allah pun tak suka. By the way tanah peneroka memang takkan tergadai dan silalah doa saham tu untung. Rakyat Malaysia jugak untung.

Ok sekian terima kasih.Oh ye by the way aku sedikit pun tak menafikan yang ini macam ole² nak dekat pilihanraya, tapi we dont give a damn sebab dulu kitaorang susah kalau tak masuk FELDA mana nak mampu BUAT rumah bungalow tanpa loan. Yang aku peduli sekarang ini ialah mak aku cakap duit 5k untuk anak-anak tu ialah untuk duit yang mak ayah takde. Haha.. Macamanalah aku nak bagitau dia yang duit itu memang untuk anak-anak regardless mak ayah hidup atau tidak. Nanti dia cakap aku nak menghabiskan duit dia pulak. Hehehe.

P/S - Aku bukan quote cakap kutu-kutu jalanan ye, aku quote from orang yang professional dan ada experience.

Aku akhiri dengan:

"Wahai orang-orang yang beriman, jika datang kepadamu orang fasik membawa suatu berita, maka periksalah dengan teliti agar kamu tidak menimpakan suatu musibah kepada suatu kaum tanpa mengetahui keadaannya yang menyebabkan kamu menyesal atas perbuatanmu itu." (Al Hujurat ayat 6)

Kalau kau boleh luangkan masa tengok, baca dan share expalanation si A aku yakin korang boleh luangkan masa tengok, baca dan share penjelasan si B. Even a sheet of paper has two sides. In seeking truth you have to get both sides of a story.


Article lain sila click: Penjelasan Terpeinci Mengenai Tanah Peneroka, Bukan Tanah FELDA (Organisasi)

Anak Saya Umar Perlahan Menulis

Walaupun Umar laju membaca, laju as in cepat belajar membaca tapi bila bab menulis dia fail big time. Cikgu dah dua kali cakap. Aku tak buat apa pun to be honest, biarlah dulu, nanti cuti sekolah aku trylah ajar. Takkan semua aku nak ajar kat rumah dulu baru dia boleh tangkap kut sebab hari tu membaca pun aku ajar kat rumah jugak.

Tengoklah nanti macamana, minggu 22hb nanti dia start exam and masa minggu tu jugaklah aku kena pergi team building.

Durian Runtuh FELDA RM15000

Berita from http://bharian.com.my

Najib umum 'durian runtuh' RM15,000 setiap keluarga peneroka

2012/05/08

JENGKA: Datuk Seri Najib Razak mengumumkan pemberian "durian runtuh" sebanyak RM1.689 bilion kepada peneroka FELDA berikutan penyenaraian FELDA Global Ventures Holdings (FGVH) di Bursa Malaysia bulan depan.

Perdana Menteri berkata, pengagihan fasa pertama membabitkan RM5,000 kepada peneroka diikuti fasa kedua RM5,000 untuk isteri dan fasa ketiga RM5,000 untuk generasi kedua.
Beliau mengumumkan berita gembira itu di depan lebih 30,000 peneroka di padang FELDA Jengka 8, Pahang, sebentar tadi.
_________________

Macam semua orang cakap, betterlah daripada takde langsung, siapa nak bagikan?? Aku terkilan sebab hari tu cakap peneroka akan terduduk mendengar jumlahnya. Bila aku dengar 15K biasa-biasa jelah, takdelah sampai terduduk. Disappointed sikit.

Aku yang disappointed tapi mak bapak aku happy. Itu yang lagi penting! Bukan hak aku pun yang aku nak disappointed. Majority semua orang pun happy. Takpelah semoga peneroka FELDA happy..

Article lain sila click:

Penjelasan Terpeinci Mengenai Tanah Peneroka, Bukan Tanah FELDA (Organisasi)

Penjelasan Isu Tanah Peneroka FELDA Tergadai FVGH

Mok.. Mok.. Gemok..

Memandangkan sekarang musim jaga makan Liza hari tu cerita yang ada seorang lelaki ni suka kutuk adik beradik dia gemuk dan orang-orang lain yang gemuk jugaklah. Adik dia pun dia panggil Mok walaupun dah besar jadi slim ya amat.

Lepas dia kahwin dan wife dia beranak tetiba wife dia membesar dan akhirnya jadi gemuk. Lelaki tu terus tak cakap perkataan gemuk dalam hidup dia.

Justin Bieber - Never Say Never


Semalam aku tengok macam cerita dokumentari Justin Bieber - Never Say Never dekat HBO. Justin Bieber ni memang suka musiclah dekat tempat asalnya Canada. Satu hari Scooter Braun seorang talent manager telah jumpa dia di Youtube. Pendek cerita dia akhirnya jadi manager Justin Bieber ni dan ada jugak orang lain macam Usher yang bantu si Justin ni.

Apa yang aku nampak orang-orang yang jaga Justin ni betul-betul jaga dan tak nampak macam ambik kesempatan langsung. Untuk Justin Bieber sendiri aku sangat kagum dengan dia punya kesungguhan. Boleh dijadikan contoh untuk semua manusia tak kisahlah dalam bidang apa pun. Justin Bieber ni jadi famous dalam masa yang singkat dan dapat offer buat concert dekat Madison Square Garden, tempat orang yang biasanya betul-betul berjaya buat concert.

Part yang paling best ialah bila crew, management Justin Bieber ni bawak tiket² dan sembang-sembang dengan peminat dekat tepi jalan. Siapa yang takde tiket tu diaorang bagi. Dan ada jugak yang dah ada tiket diaorang bagi duduk dekat tempat yang lagi best. Aku seronok tengok. Dan peminat-peminat yang datang ni memang enjoyla concert tu. Perempuanlah semuanya.

Hidup kita ni kadang-kadang perlukan luck jugak, macam Justin Bieber yang didiscover oleh Scooter Brown di Youtube. Usaha tu usaha, kesungguhan tu kesungguhan tapi biasanya nasib baik juga memainkan peranan. Aku sudah agak tua untuk mendapat nasib baik yang boleh mengubah hidup aku (tapi masih berharap) so aku harap anak-anak aku nanti adalah sedikit nasib baik dalam kehidupan diaorang macam Justin Bieber tapi mungkin dalam bidang yang lain.

Anak-anak Yang Agak Easy To Please


Umar: Ayah, esok cuti kan?
Aku: Haah, so nak pergi mana esok?
Umar: Tescooooo...
Nawal: Yeay Tescooo...

Panggilan Yang Malas Nak Dilayan

Kadang-kadang akan ada orang call offer benda-benda kan? Kalau macam UNIFI dan Astro Beyond tu antara call-call yang aku tak kisah sangat, sebab macam Beyond aku perlukan dan UNIFI harapnya satu hari nanti boleh guna.

Tapi ada jugak orang call cakap dengan confident bagitau kita akan dapat perlindunganlah apalah.

Encik ada debit cardkan?
Ye..
So di sini encik akan dapat perlindungan sebanyak (cakap dalam 10 minit) lepas tu baru cakap. Encik perlu bayar RM30 sebulan so boleh Encik bagi nombor kad encik?

Benda-benda ni memang aku malas nak layan dan biasanya bila aku tau diaorang tengah nak memperdayakan aku, aku letak je phone tu. Maybe macam kurang ajar dan kejam tapi lantaklah janji aku senang hati.

Sekarang aku perlukan phone sebab phone aku dah rosak, cubalah offer Galaxy S2 RM30 sebulan selama setahun. Terbukakla sikit hati aku nak dengar offer korang.

Abu, Ani Dan Kedai Makan

Ani resah, tak keruan, kecewa, sudah 2 tahun dia membeli makanan di kedai Abu. Dan sepanjang 2 tahun itu jugaklah dia akan menegur Abu, tak kira siang atau malam. Pada Ani, Abu ada segala-gala ciri lelaki idamannya.

Abu seorang businessman yang mempunyai kedai makan nasi campur yang hebat. Sifat penyabar Abu melayan kerenah pelanggan sangat memikat hati Ani. Tidak kurang juga ketampanan Abu persis pelakon Shah Jaszle itu. Tapi Ani masih tidak faham kenapa Abu seolah-olah tidak mendapat petunjuk bahawa dia sukakan Abu. Pelbagai usaha Ani lakukan sampaikan untuk membeli lauk sahaja pun Ani memakai alat solek untuk menampakkan seri wajahnya kepada Abu.

Ye, disamping itu jugak sudah ramai lelaki cuba memikat Ani tapi demi Abu Ani tidak layan. Tapi malam ini Ani sudah tidak boleh bersabar, lalu dia menelefon kedai Abu untuk mendapatkan penjelasan.

Ani: Hello boleh saya bercakap dengan Abu.
Abu: Ha Ani kan ni? Nak pesan apa?
Ani: Awak ni memang takde perasaan ke? 2 tahun tau tak saya baik-baik dengan awak, takde sekalipun awak nak ajak saya keluar ke apa ke, takkanlah tak dapat tangkap saya sukakan awak? 
Abu: Hmmm...
Ani: Tak cukup cantik ke saya ni?
Abu: Ani, saya dah kahwin tau? Suriyati yang ambik order tu isteri saya lah.
Ani: Hah? Orang Indonesia tu isteri awak?? Takkanlah..
Abu: Eh betullah, apa yang buat awak ingat saya tak kahwin lagi ni??
Ani: Iyelah dah nama kedai Bujang Kitchen saya ingat awak tak kahwin lagilah.. 

Terus Ani meletakkan telefon dan menangis teresak-esak. Selepas itu Ani hanya makan KFC sehingga naik berat 20kg dalam masa setahun.

Moral: Bagilah nama kedai yang tak menunjukkan status perkahwinan.

Berkongsi Kesedihan

Bila kita tak dapat apa yang kita hendak selalunya kita cuba menjadi positif untuk menenangkan hati. Tapi kita tak bolehlah nak menipu diri sendiri setiap masa, lebih² lagi bila kita selalu kecewa.

So bila wife aku dapat increment yang paling sedikit percentnya dalam sejarah bekerja 10 tahun di company itu aku tak boleh nak suruh dia positif. Yang aku boleh buat ialah berkongsi kesedihan.

2012 masih bukan tahun kami. Ha ha ha.

Berimaginasi


Everytime aku tertengok stats ni mesti aku terfikir: macamanalah rupanya blog aku dekat ipad, iphone android dan blackberry. Dan siapalah agaknya orang-orang yang make an effort untuk bukak blog ni dekat phone diaorang. Hahaha..

Kome Ingat Budak Kecik Tak Bace Surat Kabo Ke?


Aku faham bila bab politik ni orang sedaya upaya akan jatuhkan lawan masing-masing. Tapi pleaselah jangan extreme macam ni. Letak gambar kat blog politik sudahlah. Ini siap printed, muka depan Utusan. Kalau bebudak tengok gambar tu kan tak elok? "Kenapa diaorang duduk dalam toilet sama-sama ayah?" Kan susah mak bapak nak jawab. Akai ada ka??

Ikut Peraturan

Aku jenis manusia yang ikut peraturan. Sampaikan kalau dekat pintu tulis PULL aku akan tarik dan tidak akan tolak. Tapi kadang-kadang aku wish jugak aku jenis yang boleh langgar peraturan sikit-sikit.