Tuesday, June 26, 2012

Berita Baik Untuk Pemalas Macam Saya (Online Shopping)

Aku have to admit yang aku memang pemalas nak jalan-jalan ke tempat yang ramai orang. Kalau aku nak shopping aku akan ambik cuti. Aku pernah cerita aku datang Sogo pagi² masa diaorang baru bukak kedai, siap ada lagu dan semua staff greet aku dengan Liza sampai rasa segan. Aku juga suka semua benda dilakukan dengan pantas, aku tak suka buang masa nak beratur, nak menunggu. Rambut aku sekarang panjang atas satu sebab sahaja, iaitu everytime aku datang kedai gunting rambut tukang gunting tu ada customer. Aku hanya akan singgah time takde customer or bila aku nampak tinggal seorang je customer dia dan itu pun kalau dah nak habis potong.

Di zaman internet ini orang ramai nak berniaga online tapi aku yakin disebabkan modal yang sedikit barang-barang yang nak dijual limited dan harga pun takdelah murah sangat. Tapi kini tidak lagi. Sekarang at least ada 3 website yang menjual barang-barang secara besar-besaran. Online, harga murah sedikit dari pasaran dan juga cara bayaran yang mudah. Siap boleh cash on delivery (untuk orang-orang yang tak yakin) dan siap boleh pulangkan dalam masa 14 hari andaikata tak puas hati.

Website²nya ialah:


Name Website: HOME24
Business: Perabot. Percaya tak perabot pun sekarang boleh beli online. Haha.



Nama Website: LAZADA
Business: Menjual gadget. Dan memang harganya lagi murah dari kedai biasa. Post phone aku hari tu semua harga aku ambik dari website ni. 



Nama Website: ZALORA
Business: Menjual segala jenis pakaian. Macam-macam jenama ada.

Aku tau ada jenis orang yang takut beli online, kalau macam baju takut size tak kena or perlu nak pegang baju yang nak dibeli. Orang macam aku jenis percaya apa yang ditulis dan aku tau size baju aku L. So takdelah masalah sangat. Lagipun kalau shopping online ni jimat masa, jimat duit minyak, tol dan parking. Dan yang penting, aku tak payah menunggu!

5 comments:

pB said...

sor far setakat ni dah beberapa kali shopping guna online nie ...

memang jimat masa

PUTUBAMBU said...

wah..boleh jenguk ni..

Bedak Nyonya said...

menarik nih.. bleh usha2 jap. thanks!

Kesuma Angsana said...

betul tu.. prnah juga beli online ni.. cik hubby x gemar pg tempat yg sesak2 sngat

pizli said...

pB - Kan? :D

PUTUBAMBU - Ha jenguk jangan tak jenguk hehe..

Bedak Nyonya - Sila²..

Kesuma Angsana - Samalah..