Friday, June 01, 2012

Haji Badal Tabung Haji - Tolong Saya

Hari tu aku cerita yang bapak aku nak buat upah haji untuk arwah ayah dan emak dia. Bapak aku nak buat dengan Tabung Haji sahaja sebab dia dah hilang trust dengan orang persendirian. Or dalam kes ini orang atau agency lain selain tabung haji.

Masalahnya ialah Badal Haji Tabung Haji ini seperti dimaklumkan oleh Tabung Haji Slim River kuotanya hanyalah untuk 3000 orang satu tahun. Dan hanya boleh register on 1st Rejab, first come first serve basis. Bapak aku yang umur 74 tahun tunggu dari pukul 7.30 pagi sampai ke 1.30 tengahari untuk diberitahu yang kuota dah penuh sebab ramai orang yang datang untuk buat benda yang sama, satu Malaysia pulak tu.

Persoalan aku di sini betul ke cara Tabung Haji macam ini? Tak boleh register awal? Tak boleh ke daftar, bayar and bila sampai masa buat? Aku ingatkan benda ni mudah tapi kalau gaya macam ini tahun depan aku lah pergi beratur kut.

Dan kalau ada agency yang buat upah haji dan boleh dipercayai tolong bagitau aku supaya aku boleh convincekan bapak aku yang it is all right untuk guna service agency lain selain Tabung Haji.

6 comments:

pB said...

cuba dengan Batuta Agency

insyaallah , ok

scabbers said...

Setahu aku, boleh je pegi Tabung Haji, cakap nak register. Nanti isi borang, tapi waiting list mmg panjang berjela lah. Dalam masa 5 -8 tahun lepas register baru dapat pegi, insyaAllah.

Uncle aku dulu register, tapi dia takleh tunggu lama sbb dia dah tua & banyak penyakit. So dia buat surat & dapatkan pengesahan docs. Kene turun-naik ofis jugak la, baru lepas dia pegi awal.

pizli said...

pB - Ok will check it out. Terima kasih..

scabbers - Ooh untuk orang biasa memang macam tu. Ini untuk arwah² macam tu jugak ke?

Che Ta said...

mak saya baru buat upah haji utk arwah nenek few months back. alhamdulillah ok, dapat sijil+brg2 cenderahati dari Mekah (biasa la air zamzam,sejadah, tasbih tudung/kain serban)
kos $1500. tp di kedah la

pizli said...

Che Ta - Ok, nanti saya try cari dekat KL ni.

Unknown said...

Salam..

saya pun berniat utk buat Upah Haji buat arwah Ibubapa saya tahun ni, dah 3 tahun mereka meninggal dunia, menyesal saya tangguh2 upah haji mereka sebab kadarnya berubah naik setiap tahun, takut tahun2 mendatang makin naik sehingga di luar kemampuan..

Pada asalnya saya juga kurang yakin dengan agensi, memang target Lembaga Tabung Haji shj tapi tak sempat lagipun kadarnya RM 2500.00, saya cuba cari yang bawah RM 1800.00 sebab saya nak buat utk dua orang (arwah Ibu & Bapa).

Mohon share info jika dapat maklumat agensi yang diyakini dgn kadar yg sederhana tu. Terima Kasih..