UNIFI - Idea Untuk Anda

Aku bosan, so sajelah aku nak tunjukkan macamana orang pasang UNIFI. Senang bagi korang idea in case one day korang nak pasang. 

 Fibre disambung dari tiang telefon ke rumah terus. Ada yang dari dalam tanah untuk kawasan yang high class sikit. Area rumah aku ni biasa sahaja so semua jenis wayar dekat atas. 
Ok dan diaorang akan tebuk lubang, wayar hitam tu dari tiang itu tadilah, dimana wayar putih tu nanti akan masuk ke dalam rumah. Ni aku tak tau apa namanya kotak putih ni tapi macam nilah rupanya. Wayar putih tu fibre lah namanya ni.
Ok ini adalah setup di rumah aku. Aku letak dalam bilik no 4 yakni stor atau orang sekarang panggil bilik maid yang aku dah ubah jadi bilik study, bilik computer, yang bermaksud jugak memang sampai bilalah aku takkan ambik maid sebab dah takde bilik untuk dia. Yang hitam tu dipanggil Broadband Termination Unit (BTU) dan yang putih oren tu dipanggil Residential Gateway (RG), router la kot bahasa mudahnya kalau tak silap aku. 

BTU. Putih tu fibre tadilah, sambung dari luar tadi. Merah tu LAN cable yang akan disambung ke RG tu tadi. Wayar hitam no 3 dari kanan kita adalah wayar telefon, dan wayar hitam paling kiri adalah power.
RG. Dari kanan cable RJ45 untuk disambung ke Set-Top-Box  macam Astro decoder.  Cable kuning untuk sambung ke desktop computer, cable merah dari BTU tu tadi dan cable hitam tu power. Cable kuning, merah ni RJ45 jugaklah sebenarnya, cuma colour je lain².
Ini telefonnya, maksudnya korang tak boleh off lah semua perkakas ini kalau ada di rumah sebab kut ada phone calls.  TM to TM tiada charge, free. Kalau zaman dulu macam ni banyak jimat masa aku bercinta.
Ini cable RJ45 yang nak disambung ke Set-Top-Box. Aku masukkan ke dalam syiling, masuk bilik Umar, keluar living room atas sebab living room bawah dah ada Astro. Malaslah semua satu tempat dan dengan cara ini cable-cable ni orang tak nampaklah unless kalau dalam bilik study aku ni tadi. So itu pasal aku insist nak pasang semua equipment dalam bilik ni sebab memang messy gila. Ada cara lain untuk taknak pakai cable, tapi nanti aku cerita. Cable ni boleh dibeli di kedai computer, Low Yat banyak. Oh dan ini aku buat sendiri tau sebab orang UNIFI ni hanya akan install disatu tempat (untuk pemasangan percuma). Dan aku rasa orang UNIFI ni expect kita guna wireless all the time, tapi macam aku ada desktop, aku prefer wired (cable kuning tu tadi)
Inilah rupa STB tu tadi, cikai hahaha, dan ringan. Pandangan depan.
Ha ini pandangan belakang. Cable bawah sekali tu RJ45 yang dari bilik maid tu tadi sambung ke dia. Wayar putih, kuning, merah sambung ke TV. HDMI pun ada tapi TV atas aku TV zaman aku bujang dulu, so guna yang biasa je lah. Dan orang UNIFI ni memang assume kita akan assemble semua benda ini dekat sebelah TV.
Inilah rupa rancangan TVnya, pilihla yang mana nak tengok. Untuk semua channel RM30 sebulan. Sekarang sebulan dia bagi free. Aku takkan subscribe sebab dah ada Astro. Dia ada free channels bila dah sebulan nanti, tapi yang basic-basic je lah tapi sudah good enough. Apa-apa pun HyppTV ni aku rasa kena upgradelah sikit interface diaorang ni bagi cantik sikit. Hehe..
Oklah, sekian terima kasih.

7 comments:

miss scofield said...

ok...x guna unifi?

kalo perlu kan kabel yg lebih panjang...TM caj camne ek?
wiring caj free ke?

sbb my house....tv n komputer....location quite far...

pizli said...

Guna unifi ok. Youtube tu laju je. Cable yang saya guna untuk tv tu kontraktor yang pasang takde. So tak tau kalau ada dia charge berapa semeter.

Saya buat sendiri sambung ke TV tu.

Yusri said...

aku pun baru pasang bulan 5 hari tu...

Anonymous said...

Apa function USB port kt decoder tu ye?

neo said...

Sekarang ni dah blh daftar secara online..www.daftarunifionline.com

Anonymous said...

cable utk tv yg pasang sendiri tu beli bape panjang n bape harga?

Pizli Mat Wazip said...

Saya ambik cable tu dekat office je hehee. Tak pasti harga.