Tidak Sihat


Benda yang paling tak best sekali dalam dunia ialah bila bulan puasa aku tak sihat. Sekarang aku demam, penangan ganti tayar kereta pancit tengah malam dekat stesen minyak kut agaknya malam tadi, ke sebab kena hujan pagi tadi, entahla. Dan ditambah pulak batuk teruk yang berkahak. Kalau esok masih macam ni aku nak ambik MC je lah kut. Dugaan, dugaan.

Kalaulah Jodoh Itu Boleh Dirancang

Hari tu di Instagram aku cakap kat kakak office ni aku nak buat anak dia jadi menantu.

If only life is that simple!

Aku tau family orang tu bagus so apa nak pening? Kahwinkan je lah anak aku dengan anak dia. Suggestkan je lah anak perempuan aku untuk anak lelaki kawan aku yang lagi seorang. Sebab tau family baik². Masalahnya hidup ini tak macam tu. Macam aku dulu bapak aku ada berkenan dengan kawan adik aku so bapak aku cakap "Nanti kamu dah besor aku pinangkan anak Wak tu untuk kamu" Wahahahaah. Tapi mestilah aku taknakkan? Mestilah dah besar aku pergi cari orang lainkan?

Semoga anak-anak saya berjumpa dengan orang yang baik² walaupun dalam diam aku tengah merancang diaorang couple dengan anak-anak kawan aku sahaja. Muahahahaha.

Perbelanjaan Dapur Secara Berhemah

Lately ni kan harga seafood mahal. Semalam aku cakap abaikan harga dan beli je. Kebetulan pulak dekat Carrefour Wangsa Maju (sebab balik Keramat) semalam harganya macam ok pulak. Dengan RM60 aku dapat beli lauk² ni, ceh nampak sangat aku tak tau nak update apa hahaha.

1) Ikan siakap seekor besar - Boleh masak 2 kali
2) Ikan merah seekor sederhana - Boleh masak 2 kali
3) Ikan salmon dua potong satu besar satu kecik. - Boleh masak 1 kali
4) Sotong besar - Boleh masak 2 kali
5) Udang harimau - Boleh masak 1 kali
6) Hati lembu - Boleh masak 2 kali
7) Ribs lembu - Boleh masak 1 kali

Maksudnya boleh buat dalam 11 hidangan dan jatuh satu hidangan dalam RM5.45 which is not that badlah untuk lauk yang sedap, bagus dan home cooked. Semoga isteri saya bersemangat untuk masak. Nanti saya beli sayur dekat pasar Ramadhan ye. Sebab apa tak beli sayur awal di pasaraya? Nanti kecut! Peniaga mesti beli yang fresh betul tak?

Upgraded

Alhamdulillah isteri saya diupgrade pangkat dan levelnya, dari normal exec dah jadi senior exec. Kira aku happylah sebab tahun ni aku pun naik pangkat. Walaubagaimanapun dari segi gaji agak kelakarlah sikit jumlahnya. Memang susah education industries untuk dapat banyak gaji. Kira combinekan apa yang aku dapat hari tu dan dia dapat masih tak cukup pun kalau nak tambah anak lagi satu. Hahaha. Tapi apa-apa pun ini rezeki kami. Daripada takde langsung adalah jugak. Dan ini adalah benda-benda yang boleh buat kami happy. Macam biasa bolehlah minum Ice Caramel Machiato dekat Starbucks seorang satu cawan large for celebration. Hehehehe.

Macam itulah perjalanan hidup ini. Kalau Allah nak bagi kadang-kadang dia bagi sekaligus, macam kes kitaorang inilah, aku dapat dan Liza pun dapat selang dua bulan. Cuma part Liza ni lagi best sebab dibagi masa bulan Ramadhan, time nak beli baju raya dan ada backdate yang agak lama. Hehehehe.

Apa-apa pun kalau aku dan dia nak cari kerja lain bolehlah mintak up sikitkan. Dan pada aku kes naik pangkat dan upgrade ini boleh cantikkan resume kita. Liza sendiri dah dua kali naik pangkat dekat company tu. Aku sayang betul nak suruh Liza kerja lain sebab company dia sekarang aku tengok agak bagus. Ada trip, ada medical, ada dental, ada insurance dan ada jugak dapat voucher Jusco masa nak raya dalam RM250. Pada aku untuk line kitaorang ni susah nak cari company yang macam tu. Aku sendiri pun takde rezeki lagi nak dapat company yang lebih bagus.



Walaubagaimanapun macam biasa aku percaya apa yang aku ada sekarang inilah yang terbaik untuk aku dan keluarga aku sebab kalau ada yang lebih baik nanti mesti Dia akan bagi lagi nanti, mana tau dua-dua sekali dapat jugakkan?

Bulan Puasa Pecah Tabung Masjid


Kesian masjid dekat kampung yang aku pergi sembahyang Jumaat. Bulan puasa tabung diaorang kena pecah. Memang jahat pada tahap yang paling tinggi.

Half Day Free

Hari ni dapat halfday cuti free sebab ada power shutdown hahaha. Bye.. Selamat bekerja semua.

Judge me for all you care but I think 5 years old is too early for children to start full day fasting.


Kelmarin Umar tak bersahur pun tapi dia cakap pada teacher dia puasa penuh. Masa aku ambik, dia masih berpuasa dan aku rasa sayanglah nak bagi berbuka sebab hanya tinggal dua jam lagi. Walaubagaimanapun aku rasa 5 tahun masih terlalu awallah untuk budak berpuasa penuh. Kenapalah zaman sekarang semua benda nak kena rush.


Bolehlah nak berpuasa, half day ke macam tu untuk enjoy the occasion. Kalau nak puasa penuh masa weekend ke kan. Macam kawan aku cakap lebih baik kalau budak dah faham konsep berpuasa tu.

Untuk solat takpe start as early as possible. Untuk puasa aku rasa 7 tahun paling sesuai.

Bukan Tak Bersyukur!

Aku tau ramai orang yang ingat mengingati di Facebook. Bagus. Tapi kadang² diaorang dah ingat mengingati sampai melampau², dah tak relevan and out of porpotion.

Aku tau orang Malaysia ni bertuah, walaupun gaji tak besar tapi kita masih lebih beruntung dari sesetengah negara lain. Tapi takkanlah kita tak boleh nak makan sedap masa berbuka just because orang Syria susah? Orang Myanmar susah?

Aku somehow rasa pada tahun 2012 ni rakyat Malaysia dah beringat dan berjimat cermat. Semua orang sedar tak elok membazir. Tapi janganlah sampai buat orang yang mampu makan kat hotel atas sebab dia memang mampu rasa bersalah pulak sebab hari-hari kau macam mengutuk orang makan sedap sebab orang lain susah.

Sama jugak bila kita ada masalah kita mengeluh. Bukan kita tak bersyukur tapi kita saje nak meluahkan. Meluahkan untuk bagi hati lega.

Masa Untuk Berubah

Hari ini saya akan tulis pasal benda serious sikit.

Aku rasa kerajaan Malaysia sudah patut melakukan kempen besar-besaran untuk kita membawa bekal kalau untuk membeli makanan. Dan penggunaan recycle bag juga sudah patut dibuat on daily basis bukan setiap Sabtu.

Provided that kita sebagai customer akan dapat diskaun sikit.

Aku tak boleh cakap pasal penjagaan alam sekitar sebab aku tak arif tapi aku tau apa yang aku tulis ini adalah untuk kebaikan.

Di company aku sendiri dah buat. Kalau nak tapau makanan kena bawak bekas sendiri dan kalau takde bekas kita kena bayar 50 sen untuk bekas polystrein. Dan cadangan aku ialah kalau kita bawak bekas sendiri peniaga secara jujur bagilah kita diskaun dalam 20 sen ke.

Dan untuk membawa bag ke pasaraya, kalau tak bagi diskaun pun silalah bagi points lebih sikit yang boleh kita kumpul dan nanti dapat rebat apa².

Come on Malaysia! Kita boleh! Somebody kena initiate. Sebab apa perlu ada reward? Typical Malaysian. Aku sendiri takkan or susah nak buat kalau aku tak dapat apa². #jujur.

Rezeki


Dalam dunia sekarang yang penuh dengan manusia selfish dan pentingkan diri sendiri buat aku terpaksa highlightkan benda ni. Kelmarin aku nak beli jelly RM2 yang biasanya dapat 5 tapi orang tu bagi 8. Maybe sebab dia dah dapat target dia kut. Or maybe dia sedekah sebab nampak muka anak-anak aku yang excited tengok jelly warna-warni. Apa-apa pun terima kasihlah sebab jelly ni sedap dan nampaknya dunia ini masih ada harapan dengan adanya lagi peniaga² yang baik hati.

(Sorry cerita pasal makanan sebab kalau aku nak bagi tazkirah macam yang Ustaz bagi sebelum Terawih aku tak layak lagi rasanya hehe)

Perempuan Dan Kegemukan


Wife saya tidak pernah mengalami masalah berat badan dan sekarang dia sangat risau bila dah kononnya gemuk sedikit haha. Pada aku setelah 7 tahun berkahwin dan anak dua takdelah masalah sangat kalau badan gempal sikit betul tak? As long as tak lebih 80kg - 90kg aku rasa oklah untuk tinggi macam dia.

Aku sendiri pun dah naik mendadak.

Apa² pun aku as husband takde kisah sangat pun sebenarnya. Aku sayang je, andaikata kalau aku ada awek kurus lain pun aku boleh je sayang dua² equally at least.

Saya Dan Kasut


Aku tau adalah normal untuk perempuan suka dan ada banyak kasut. Aku pun suka kasut, tapi most of the time setakat suka sahajalah sebab kasut yang aku suka biasanya kasut sukan. Yang terbaru aku nampak mengancam kasut Nike Zoom Elite ni. Cantik betul nampaknya.

Nasi Kandar Di Hari Ke 3


Macam semua orang tau aku sangat suka nasi kandar. Sebelum aku teringat² masa siang hari berpuasa baik aku berbuka dengan nasi kandar awal². Last time aku pergi rasanya dah kurang sikit tapi semalam Alhamdulillah sedap dan harap²nya tak teringat². Penangan nasi kandar ni kalah ketagih nikotin kalau tak kena caranya haha.

♫ ..and it feels like I am just too close to love you.. ♫


I appreciate good music.

And it feels like I am just too close to love you
There's nothing I can really say
I can't lie no more, I can't hide no more
Got to be true to myself
And it feels like I am just too close to love you
So I'll be on my way

Tutuplah Tempat Sampah Anda


Pesanan khidmat masyarakat. Biasanya di setiap rumah akan ada tempat sampah. Ada yang terus masukkan plastik sampah dan ada yang letak tong sampah dalam tempat sampah ni jugak macam aku. Masalah besar yang kita hadapi ialah pengutip sampah tidak akan tutup tempat sampah kita selepas mengambil sampah. Dan bila tuan rumah tidak menitik beratkan, tidak peduli pasal benda ini maka jadilah masalah. Kucing atau anjing pasti akan mengorek dan makan sampah kita. Dan jadi gila messy. Jalan pun boleh jadi kotor, silap² depan rumah pun boleh jadi kotor dan orang nak angkat sampah tadi pun jadi susah.

Takpela kita beralah dalam hal tutup semula pintu tempat sampah ini sebab bukanlah berat sangat kerjanya.

Jam Yang Memberi Tekanan


Ini adalah jam utama di rumah kami. Masalahnya jam ini mesti akan cepat 10 minit walaupun dah beberapa kali dibetulkan. Masa time bersahur terasa sedikit pressure sebab macam dah nak habis waktu. Haha. Memang tau dia cepat 10 minit tapi masih psychologically affected.

Penambah Selera Untuk Sahur


Masa aku puasa² sunat hari tu aku dah ajar diri aku untuk sahur makan nasi and Alhamdulillah aku dah boleh. Pajeri terung adalah makanan yang boleh buat aku makan nasi tanpa lauk. Kuahnya sahaja dah cukup. As for ikan sepat masin memang anytime pun boleh tambah selera. Mak aku bekalkan masa aku balik sebelum puasa hari tu. So InsyaAllah sahur aku lengkap dah cukup.

Sorry aku update pasal makanan je. Jangan judge aku hehehe.

Tak Puasa


Umar puasa sampai pukul 11 je haha. Tapi tak kejut sahur pun lah. Nanti dengan kawan-kawan kat sekolah mungkin dia lebih motivatedla kut. Dengan adiknya ni memang tak boleh sebab adik dia kecik lagi. Hari ini tak keluar beli kuih kut since Liza nak buat puding caramel. Berbuka pun lauk ala kadar tapi InsyaAllah cukupla kut. Kan tahun ni konon²nya taknak membazir dan nak makan biasa² je.

(tapi tak taulah sebab esok aku rasa macam nak makan nasi kandar dengan nasi kerabu lauk daging bakar sekaligus haha)

Gunakan Sepenuhnya

Aku happy aku dapat fully utilisekan handphone aku. Walaupun kualiti cameranya agak hampeh, tapi kira oklah aku boleh abadikan gambar anak² aku dengan pelbagai cara.

Juadah Berbuka 1st Puasa

Aku tengah menunggu masa yang sesuai nak masukkan bahan² dekat jelatah aku ni. Masuk awal takut berair sangat. Selamat berbuka ye!

Kita Jumpa Lagi Sebulan

Ramadhan



Esok dah start bulan Puasa. Ini adalah tahun di mana aku sangat look forward to Ramadhan. Mungkin sebab aku dah penat makan. Sampai tahap kalau Liza nak masak tu dah tak tau nak masak apa sebab dah selalu sangat masak dan makannya.

Musim hujan pun dah start so aku rasa memang basahlah bulan puasa kali ini dan harapnya semua peniaga bersabar.



Apa yang aku harap sangat ialah kitaorang berbuka macam makan malam biasa sahajalah takde berlebih-lebihan. Dan yang penting aku nak buang satu ego aku yang paling besar pada Ramadhan ini, bermula malam ini jugak. Harapnya dapatlah. Amin.


Nasihat Kepada Anak Muda

Dua tiga hari ini aku ada tengok video yang budak UITM buat. So terselit jugaklah video aktiviti kolej diaorang yang best² dan hari ini tetiba aku sedih. Aku baru tersedar yang aku takde kolej life. Aku dah cerita dah dulu tapi dipendekkan cerita, aku rosak masa SPM, jadi budak nakal dan aku end up tak masuk IPTA. Aku masuk IPTS tapi yang takde asrama, sewa bilik. So semua aktiviti² yang fun² macam malam buat persembahan ke, minggu budaya ke, lambaian masyarakat ke aku tak pernah rasai.

Dan aku rasa sangat rugi. Dahlah masa sekolah dulu sekolah aku semua lelaki dan benda-benda persembahan ni jadi tak fun dan tak selalu pun. Sampai tak ada dalam memori langsung.


Tak taulah kenapa aku sedih sangat dan benda yang paling tak bestnya ialah semua tu dah terlambat. Aku dah 31 tahun. Tak boleh nak merasa lagi dan tak boleh nak undurkan masa. So kepada adik-adik sekalian jangan jadi macam abang. Belajarlah bersungguh², ikut peraturan dan berhiburlah dengan betul pada masa yang sama.

Dan cubalah merasa college life yang proper supaya tak menyesal macam abang. Dah tua macam ini menyesal tak berguna.

Ye Ke Ada Ah Long Melayu?

Try call satu kali.

2nd Hand PC Untuk Dijual

Ada 2 unit je! Ambik dekat Bukit Mahkota.

Sebab Apa Saya Suka Kucing Jalanan

Idea Emoticons


Dilema Penat Mengejar


Jalan Pergi Kerja Tak Jam, Tapi...


Tapi aku bersyukur sebab kalau jalan elok tapi jam mesti aku dah lama darah tinggi. Hehe.

Kenapa Saya Suka Makan, Makan dan Makan

Orang-orang yang kenal aku akan ingat aku sebagai manusia yang suka makan. Dan semua benda yang aku suka dan semua kedai yang aku rekemen mesti sedap. Orang terus percaya, takde fikir dua tiga kali. 

Hari ini aku nak cerita sejarah aku sebelum aku kuat makan.

Masa kecik² most of lauk aku adalah ikan sungai goreng. Atau ikan sungai masak lemak. Aku kurus kering macam lidi. Hahaha. The only time yang nak makan sedap ialah bila pergi ke pekan Teluk Intan makan ayam masak merah dekat kedai. Adalah mak aku masak sedap tapi sekali sekala je lah.

Ikan ini digoreng banyak² macam keropok.
Masa tingkatan satu aku masuk asrama. Worst!! Bayangkan betapa tak sedapnya makanan asrama tu sampai aku bukak puasa pun takde selera. Aku boleh tak makan masa bukak puasa punya tak sedapnya. Hahahaha. Bila aku masuk asrama lain masa tingkatan empat makanan dan improve sikit or maybe aku dan boleh accept apa-apa jenis makanan. So dari aku kecik sampailah aku ke tingkatan 5 aku kurus kering.


Dan aku start gemuk bila aku dah habis sekolah, bila aku dah kenal nasi kandar. Bila aku dah kerja kedai mamak. Dan sampailah sekarang. Dan kalau aku balik rumah mak aku sekarang pun makan sedap. Bukan satu dua lauk, kadang-kadang sampai lima jenis lauk dan semua sedap²! Memang takde chancela nak kurus. 


Tapi sebenarnya sekarang aku rindu sangat nak makan ikan sungai goreng macam masa aku kecik dulu. :-(

Makanan Favourite Dan Kenangan


Pulut kuning dan rendang daging adalah favourite aku sepanjang zaman. Tapi semenjak aku kerja sini ada kawan yang selalu bawak dengan kari ayam. Kira sedap jugaklah. Tak kisahlah, asalkan pulut kuning ni memang favourite aku.

Hari ini ada kawan belanja sempena birthday anak dia. Aku happy.

Ada seorang yang pandai buat pulut kuning dan daging rendang yang paling perfect dalam dunia ni. Orangnya ialah nenek saudara Liza, tapi sayangnya dia dah meninggal. Al-Fatihah. Memorinya yang aku ingat ialah masa bercinta dulu aku nak bawak Liza jalan² dan dia bungkuskan dalam polistrein pulut kuning ni. Kitaorang makan dalam kereta.

Macam biasa bila bab makanan aku suka kalau specific orang yang masak specific favourite food. Kalau mak aku masak the best sotong sambal aku let it be dan tak mintak wife aku masak macam tu sebab wife aku dah masak the best kari daging.

Dan biarlah the best pulut kuning dan rendang jadi kenangan sebab kalau takde kenangan nanti susah kita nak ingat orang yang dah pergi.

Baju Raya Idaman

Kalau ternampak jersey France home ni less than RM150 please bagitau ye. Manalah tau dah habis musim Euro harga dia turun ke kan? Aku nak sangat buat baju raya. Terima kasih in advance.

Burger Bakar Abang Burn di Sungai Ramal Food Junction

Sekarang kan zaman burger bakar craze di seluruh Malaysia. Ok maybe di Lembah Kelang. Jumaat hari itu aku pergi ke Burger Bakar Abang Burn di Ramal Food Junction. Kalau dari Tol Kajang tu dah dekatla. Maintain left all the way sampai nampak overhead bridge, ha kat situlah tempatnya belah kiri.


Ini banner dia.

Beratur untuk order. Stylenya di sini ialah korang kena cari meja dulu. 
Ambik nombor meja baru pergi order.  
Nanti diaorang hantar ke mejalah.

Inilah menunya. Menu original. 
Ada yang biasa, ada yang letak cheese sahaja 
dan ada yang letak cheesey sauce ada yang special 
letak beef bacon.

Dan ini pulak Supreme. Dia letak onion ring tu. 
Tengok gambar atas. Harga dia beza sikitlah.

Ha inilah supreme itu tadi. Ke lain yang ni lain? 
Aku tak sure. Confuse dah aku.

Burger kambing pun ada.

Beginilah mereka bekerja.

Ramainya manusia berbaris. Alhamdulillah aku tak berbaris
 lama sangat.

By the way aku bungkus so instead of ambik nombor meja 
aku ambik no order dan aku tunggulah sampai order aku siap.
 Bestnya kat sini diaorang janji waiting time maximum ialah 15 minit 
dan aku dah dua kali pergi dan tak sampai 5 minit dah siap.

Maybe sebab diaorang bakar banyak² sekali macam ini dan pekerja
 pun ramai. Untuk chicken aku rasa diaorang goreng
 je macam chicken chop.

Ini cheesy beef.

Ini cheesy chicken.

Satisfied customer yang request taknak letak sos dekat
 cheesy chicken dia. 
Untuk rasa aku bagi 4.5/5 tapi aku tak pernah makan yang lain so aku tak boleh nak compare. Apa apa pun pada aku sedap jugaklah. Dan size dia sesuai bukan  macam certain² burger bakar yang aku tengok sizenya ridiculously big dan berkilo². Ini memang size yang sesuai. Roti dia pun macam sesuai.

Untuk service aku bagi 5/5 dan untuk location sebab senang aku nak pergi pun aku bagi 5/5. Overall kira puas hatilah.

Sorry gambar tak cantik sebab guna phone je. Kalau guna DSLR confirm korang terus lapar tengok hehe.

Di ada cawangan di Nilai jugak: http://besout.blogspot.com/2012/09/burger-bakar-abang-burn-nilai.html

Keypad dan Touch Screen Phone: Perbezaan Ketara Yang Saya Alami


Tajuk bukan main. By the way keypad yang aku maksudkan di sini bukan QWERTY keypad ye. Keypad biasa.

Perbezaan utama yang aku rasa ialah sangatlah susah nak menulis SMS. Bukan susah as in kepayahan nak menulis tapi lebih kepada practicalitynya. Dengan bahasa mudah aku tak boleh nak hantar or reply SMS masa drive. Haha.

Bukan apa, kalau guna keypad biasa tu aku tak payah tengok pun aku boleh tulis dengan betul. Tekan reply lepas tu jari-jari aku dah hafal semuanya. Button 5, tekan sekali J tekan dua kali K tekan tiga kali L and so on. Kalau touch screennya memang takkan bolehla or maybe ini memang plan untuk menghalang manusia menulis dekat phone masa memandu.

Penyanyi Kegemaran


Aku ni jenis susah sikit nak suka-suka artis ni. Kalau athlete adalah jugak aku suka macam Park Ji Sung. Kalau artis setakat suka macam itu je lah. Tapi untuk artis Malaysia aku rasa aku suka Faizal Tahir ni. Ada orang cakap dia poyo, ada attitude. Tapi pada aku kadang-kadang dalam sesetengah kes poyo itu perlu. Dan aku rasa dia ni poyo sebab dia beria² nak buat kerja dia.

Tengoklah striker² bolasepak dunia yang famous, semua ada attitude. Poyo? Pernah tengok Cristiano Ronaldo? Ha itu mother of all poyos in the world.

BMW X6 & Iklan Di Game


Aku baru lepas main game tennis dekat handphone. Since game tu free banyaklah iklan yang keluar dan ada iklan X6 dua tiga kali.

Aku rasa kelakar sebab aku fikir mesti orang yang mampu beli X6 ni takde masa nak main game, takde masa nak online. Mungkin masa pukul 1 sekarang ni pun tengah sibuk pasal kerja. Haha.

Atau mungkin iklan itu setakat nak bagi golongan macam aku ni awarelah kut pasal model tu. Hehe. Bukan nak cari potential customer sangat pun.

Nak Tau Apa Pendapat Aku Bila Tengok Gambar Ni?


Pendapat aku bila tengok gambar ini ialah orang lelaki Arab tak gentleman! Siapa yang tulis semua kat atas tu perasan bagus dan boleh pergi mampos! Perempuan Melayu yang dia maksudkan tu adik beradik dia, sedara mara dia yang takde life dan keturunan dia semua sekali.

Ye, kadang-kadang aku tak malu nak tunjuk sifat buruk aku di khalayak ramai. #ragedipagihari

Conflict Zaman Social Media



Isteri: So Syarifah tu tak solat ke tadi?
Husband: Dia kan period.

Kalau zaman dulu mesti husband dan wife ini akan bergaduh besar sebab macamana si suami ni boleh tau pasal perempuan lain boleh datang bulan.

Tapi pada zaman sekarang si suami mungkin boleh dapat informasi ini macam baca blog si Syarifah yang sedang tulis pasal seksa PMS. Atau tulis kat Twitter hari ini cuti solat. Dan macam-macam lagi.

Trend

Percayalah, tidak ada apa yang kurangnya kalau anda tidak memanggil tudung itu hijab.

Sorry aku kampung sikit susah nak ikut trend.

Gembira

Sekarang adalah masa di mana aku happy dengan hidup aku. Bukan sebab aku dapat apa-apa tapi lebih kepada aku dah percaya inilah yang terbaik Allah bagi pada aku. Dan macam aku cakap hari tu aku dah stop comparing diri aku dengan orang yang lebih dari aku dan aku juga sudah block pemikiran aku dari segala benda yang orang nak menunjuk pada aku. Dan kalau kawan aku sendiri yang ada or dapat benda best, instead of jealous aku make surekan aku happy for them.

Kan dekat Facebook orang selalu share pasal kalau kita tak dapat sesuatu yang kita hendak mungkin benda tu bukan keperluan kita sebab Dia lagi tau. Dia sentiasa bagi yang terbaik untuk kita.

Hah itulah sekarang aku macam happy dan sangat relax dengan kehidupan aku. Tapi takdelah sampai aku tak buat apa-apa untuk improvekan. Cuma sudah redhalah kalau berdepan dissapointment.

Saya Dan Instagram



Instagram is a free photo sharing program launched in October 2010 that allows users to take a photo, apply a digital filter to it, and then share it on a variety of social networking services, including Instagram's own. A distinctive feature confines photos to a square shape, similar to Kodak Instamatic and Polaroid images, in contrast to the 4:3 aspect ratio typically used by mobile device cameras.


Pada aku Instragram ini adalah apps yang paling sesuai untuk aku. Sebabnya aku suka ambik gambar suka-suka. Lepas tu aku jugak attention seeker yang suka share gambar. Alangkah baiknya kalau dia boleh link ke Blogspot macamana sekarang dia boleh link ke Facebook dan Twitter. Aku bukan apa, kalau Facebook tu ramai kawan yang kadang-kadang bukan baik sangat pun dengan kita, macam dipaksa add pun ada. Kalau blog ni orang datang nak baca blog kita tanpa dipaksa. Begitu juga orang yang follow kita di Instagram sebab biasanya kawan jugak.


Kualiti dia kalau tengok kat phone cantik tapi bila tengok kat monitor macam kurang sikit. Maybe ianya elok ditengok untuk di telephone sahaja.