Burger Bakar Abang Burn di Sungai Ramal Food Junction

Sekarang kan zaman burger bakar craze di seluruh Malaysia. Ok maybe di Lembah Kelang. Jumaat hari itu aku pergi ke Burger Bakar Abang Burn di Ramal Food Junction. Kalau dari Tol Kajang tu dah dekatla. Maintain left all the way sampai nampak overhead bridge, ha kat situlah tempatnya belah kiri.


Ini banner dia.

Beratur untuk order. Stylenya di sini ialah korang kena cari meja dulu. 
Ambik nombor meja baru pergi order.  
Nanti diaorang hantar ke mejalah.

Inilah menunya. Menu original. 
Ada yang biasa, ada yang letak cheese sahaja 
dan ada yang letak cheesey sauce ada yang special 
letak beef bacon.

Dan ini pulak Supreme. Dia letak onion ring tu. 
Tengok gambar atas. Harga dia beza sikitlah.

Ha inilah supreme itu tadi. Ke lain yang ni lain? 
Aku tak sure. Confuse dah aku.

Burger kambing pun ada.

Beginilah mereka bekerja.

Ramainya manusia berbaris. Alhamdulillah aku tak berbaris
 lama sangat.

By the way aku bungkus so instead of ambik nombor meja 
aku ambik no order dan aku tunggulah sampai order aku siap.
 Bestnya kat sini diaorang janji waiting time maximum ialah 15 minit 
dan aku dah dua kali pergi dan tak sampai 5 minit dah siap.

Maybe sebab diaorang bakar banyak² sekali macam ini dan pekerja
 pun ramai. Untuk chicken aku rasa diaorang goreng
 je macam chicken chop.

Ini cheesy beef.

Ini cheesy chicken.

Satisfied customer yang request taknak letak sos dekat
 cheesy chicken dia. 
Untuk rasa aku bagi 4.5/5 tapi aku tak pernah makan yang lain so aku tak boleh nak compare. Apa apa pun pada aku sedap jugaklah. Dan size dia sesuai bukan  macam certain² burger bakar yang aku tengok sizenya ridiculously big dan berkilo². Ini memang size yang sesuai. Roti dia pun macam sesuai.

Untuk service aku bagi 5/5 dan untuk location sebab senang aku nak pergi pun aku bagi 5/5. Overall kira puas hatilah.

Sorry gambar tak cantik sebab guna phone je. Kalau guna DSLR confirm korang terus lapar tengok hehe.

Di ada cawangan di Nilai jugak: http://besout.blogspot.com/2012/09/burger-bakar-abang-burn-nilai.html

11 comments:

Bedak Nyonya said...

melimpah ruah cheesenya!!!

scabbers said...

tgk gambar burger ayam kau, serious lain dgn burger ayam aku. nampaknya kiteorg nye experience haritu tak sehebat as yours.

Bedak Nyonya said...

pembetulan... ko makan haritu burger daging cam aku gaks! hahaha

pizli said...

Bedak Nyonya - Haah, mana ntah nak cari cheesy sauce.

scabbers - kalau bagi nombor table betul maybe best. hahaha..

Kesuma Angsana said...

best sgt ke, tgk semua orang dok pi cari burger bakar ni... wah header baru yek terbaik!

pizli said...

Kesuma Angsana - Bolehlah kalau nak merasa.

Nadot said...

serius nampak menarik sangaatt.. akan try tp tah bile la... :)

pizli said...

Nadot - Kat Nilai pun ada. Checklah FB dia.

Anonymous said...

tapi burger bakar abg burn takori, pengasas burger bakar abg burn nih sebenarnye bekas ahli burger bakar kaw kaw.. dlm jalan2 cari makan psl kaw kaw burger, ade mamat yg antare pngasas abg burn..

Aku Dan Komputer said...

Wow sedap betul burger abg burn ni... Jom tgk blog saya plk & klau sudi follow ye :D

bpk roy said...

JIKA ANDA BTUH AGKA GHOIB/JITU 2D.3D.4D YG DI JAMIN TEMBUS 100% DI PTARANG SGP/HKG SILAHKAN SJA ANDA TLP KY SANTANU DI NOMOR 082-317-877-775 TRIMAH KASIH