"They Needed The Push" - Nick Fury


Aku ingat lagi dulu masa sekolah menengah main hoki, masa fitness test cikgu akan suruh lari pusing padang dalam masa yang ditetapkan. Dan aku berjaya. Everytime! Nak masuk first team punya pasal.

Kira kita akan buat extraordinary things bila kita ada benda yang nak diaimkan. Bila ada motivasi. Bila ada matlamat. Arghh poyolah, macam lah korang tak faham.

So aku terfikir aku nak start bersenam ni tak seronoklah kalau takde benda nak diaim selain kurus. Aku kurus pun bukan dapat apa, just tak dengar orang cakap aku gemuk lagi je pun. Aku perlukan lebih lagi yang boleh push aku ke limit yang paling tinggi. Cewah.

Oklah ceritanya aku joinlah Charity Run IMU ni diorganise company Liza, esok last registration datenya. Aku memang cadang nak masuk tahun ni, lepas tu kawan kitaorang Arin ajak ada la bertambah semangatnya sikit. Jumpa di sana ye. Aku ada lebih kurang 20 hari untuk berlatih.

Semua informasi ada kat sini: http://www.imu.edu.my/chariofare/index.html

Cantikkan?

Belikan aku size L please.. 

Metafora Nasi Lemak

Tadi peniaga nasi lemak tu tengah sembang dengan regular customer dia cakap.

"Semalam nasi tak habis, hari ni awal lagi dah habis.. Macam tulah biasanya"

Begitu jugaklah hidup kita seharian, ada hari baik ada hari tak baik.

Teknologi



Teknologi sekarang berkembang dengan sangat pesat. Masa aku tengah cari seluar pendek untuk bersukan. (Selain berlari aku nak join futsal bebudak office ni) aku terjumpa seluar pendek yang dicipta untuk teknologi.

Menjadi kebiasaan untuk runner zaman sekarang ni untuk mendengar Ipod atau MP3 player yang lain semasa berlari untuk memberi semangat konon²nya.

Aku terjumpa seluar pendek ni yang mana poket belakang dia paras pinggang atas punggung yang mana korang boleh letak phone or mp3 player dekat situ. Bijak betul pencipta ni. Dekat tengah² supaya earphone boleh dibahagi samarata ke telinga.

Aku rasa sesiapa pun boleh datang dengan idea macam ni, tapi nak menciptanya, nak copyrightkannya tu susahlah.

Perancangan


Ok, aku dah decided nak ajak ada 4 orang yang tak berhenti cakap nak datang rumah aku masa bulan puasa hari tu, lepas tu ajak beberapa orang lagi kawan-kawan pergi lunch aku, Amir, Surya dan 2 orang kawan yang aku kenal dari department lain. Masalah aku sebenarnya ialah sekarang zaman facebook kut ada yang upload ternampak gambar nanti ada yang terasa sebab tak diajak, itu je masalah aku sebenarnya, haha. Tapi takpelah, yang ni aku ikhlas nak jamu, bagi diaorang kenyang.

Plannya ialah buat nasi mendi Liza, peri² chicken bakar, lamb bbq sauce bakar, honey chicken wings dan coeslow. Ada dua orang tak makan nasi so aku personally akan masak mee goreng mamak. Tambah kek, kuih raya dan buah-buahanlah kut.

Oklah kut kan? Alah, lagipun ini kawan-kawan baik yang aku pasti tak kisah kalau ada kekurangan. Aku target nak buat proper open house lagi 3 tahunla kut. Sekarang ni macam trial jelah kecil-kecilan.

Jiran sebelah rumah aku akan tapaukan, sebab kalau ajak nanti takut dia rasa awkward bercampur dengan kawan huha huha aku. Kalau success aku rasa menu samalah kitaorang ulang kalau kawan-kawan lain dan nak ajak office mate liza nak datang nanti.

Doakan kami berjaya.

Lari Poyo-poyo - Nike+ Android Apps


Aku dalam misi ingin membuktikan yang aku boleh kurus hanya dengan bersenam. (sebab tak sanggup nak beli ubat kurus). Dulu dah kurus lepas tu macam biasalah jadi malas. Ni nak start balik dan memandangkan aku ada smartphone aku trylah guna Nike+ Apps ni. Dia boleh track korang punya larian or in my case berjalan jelah dulu. Korang boleh set target berapa jauh or berapa lama. Sambil korang berlari tu adalah voice feedback bagitau dah berapa jauh korang lari, berapa lama jugak. Oh sambil tu dengar lagu jugaklah.

As usual korang boleh share di Facebook and Twitter untuk buat korang malu kalau tetiba stop tak bersenam.
Benda ni konon²nya nak bagi motivasilah. Mungkin kalau aku ada partner berlari perempuan cantik macam Jessica Ennis maybe boleh bagi aku motivasi. Ini setakat voice feedback berlari dekat dodgy area menakutkan lagi adalah hahaha. Oh sebab apa aku nak bersenam balik? Sebab sepanjang raya ayat yang aku dengar "Gemuknya kamu Li" beberapa puluh kali. Dan aku tak boleh nak jaga makan sangat.

Poyo gila.

Yang bestnya lepas korang lari korang bolehlah tengok berapa jauh korang lari semua. Dia boleh tengok dekat website dia. Berapa kalori terbakar. Sebenarnya tadi aku lari dekat 5km jugak, tapi tak sedar aku terpause tracker ni halfway, dah separuh pitam aku masa tu. Korang kena lock apps tu supaya tak tertekan.

Oklah macam biasa doakan aku berjaya supaya aku boleh cakap fuck off pada semua orang yang cakap aku gemuk hari tu. Aku nak cari tempat lain yang menarik yang aku boleh pergi on weekends pulak lepas ni.

Malas Aku Nak Jawab

"Ayah, masa hari raya Ayah salam Atuk sebab masa kecik ayah nakalkan? Ha betul kan Ayah nakal??"

Saya Perlukan Idea

Aku dah siap beli bekas nasi dah.
Aku nak ajak kawan-kawan office aku datang makan-makan. Masalah aku ialah aku takut aku tak mampu nak sediakan makanan untuk orang ramai. Tak mampu dari segi masa dan tenaga, dan kalau boleh aku nak biarlah makanan dimasak sendiri untuk menjamu orang. Okaylah jujur, takut tak cukup budget jugaklah sebenarnya.

Apa-apa pun aku nak jamu nasi arab dengan ayam dan lamb bbq dan coeslowlah kut. Kira main coursenya. Kalau orangnya tak ramai, dalam 15 orang, aku rasa Liza bolehlah buat kek ke, jamu kuih raya yang ada sebagai sampingan. Masalah aku ialah kalau lebih dari 15 orang.

Aku ada 2 option.

1) Aku ajak kawan-kawan rapat sahaja di company ini, risikonya ialah kalau orang lain yang tak diinvite tu akan terasa hati dan mengata aku atau
2) Aku buat pot luck party. Kira orang datang bawak kuih or buah-buahan sebagai sampingan, sambil itu aku explain yang aku akan buat makanan utama so diaorang tak perlulah bawak makanan berat macam lemang ke ketupat ke.

Tapi aku malu dan tak tau nak cakap macamana kalau buat pot luck ni. Macamana nak susun ayat dekat email?

Option lain, ke-3 ialah aku hanya akan buat bila ada group yang not neccessarily dari company ni yang nak datang yang maknanya dalam 5-6 orang sahaja yang aku boleh layan top class dan bagi minum air barbican seorang sebotol atau option ke-4 aku tak buat langsung. Hehehe.

Badal Haji, Upah Haji


Akhirnya ayah aku setuju untuk membuat upah haji ayah dan mak nya di syarikat swasta. Dan kami memilih syarikat Andalusia Travel and Tours Sdn Bhd.

Alamat : No.9 Jalan Belangkas Off Jln Kg Pandan Taman Maluri, 55100 Kuala Lumpur
Tel: 03-9283 1588
Faks: 03-9283 7566
http://www.andalusia2u.com/

Upah haji di sini ialah RM2000 seorang. So far sessi pendaftaran semua berjalan dengan lancar dan service nya pun agak bagus. Kita tengok bila dah selesai musim haji nanti macamana pulak.

Ini infonya. Nanti aku update nanti bila dah habis musim haji.

Upah Haji Bagi Yang Uzur atau Yang Telah Meninggal Dunia

Barangsiapa yang mampu menyambut panggilan haji, kemudian kerana sakit atau lanjut usia tidak dapat melaksanakannya, maka dia diharuskan meminta orang lain untuk menghajikannya. Hal ini berdasarkan hadis riwayat Fadl bin Abbas ra. Bahwa seorang wanita dari Bani Khats'am berkata, "  Wahai Rasulullah saw.! Sesungguhnya Allah telah mewajibkan haji kepada hamba-Nya, bapaku seorang yang sudah berumur, tidak mampu mengadakan perjalanan, apakah boleh aku menghajikannya?   " Rasulullah saw. menjawab, "  Boleh. "   Ini pendapat Imam Syafi'i, Imam Ahmad d  an Imam Abu Hanifah. Sementara Imam Malik berkata, "Tidak wajib."
Apabila seorang yang sakit setelah dihajikan sembuh, maka kewajiban hajinya tidak gugur. Yang bersangkutan wajib mengulanginya. Menurut Imam Ahmad, kewajibannya telah gugur. Barangsiapa yang melaksanakan haji nazar sementara dia belum melaksanakan haji Islamnya, maka haji nazarnya itu dibalas sebagai haji Islam dan setelah itu ia harus menunaikan haji nazarnya.
Barangsiapa yang meninggal dunia, belum malaksanakan haji Islam atau haji nazar, maka walinya wajib untuk menunaikan haji tersebut dengan biaya dari harta si mati. Ini pendapat ulama Syafi'i dan Hambali.
Ulama Hanafi dan Maliki berpendapat, "Ahli waris tidak wajib menghajikan si mati kecuali jika si mati mewasiatkannya, maka ia dihajikan dengan biaya tidak lebih dari sepertiga harta warisan."
Orang yang melaksanakan haji badal disyaratkan sudah melaksanakan haji untuk dirinya baik mampu atau tidak. Hal ini berdasarkan hadis riwayat Ibnu Abbas r.a., Bahwa Rasulullah saw. mendengar seorang laki-laki berkata, "Aku penuhi panggilan-Mu untuk Syabramah." Rasulullah saw. bertanya, "Apakah engkau telah melaksanakan haji untuk dirimu?" Ia menjawab, "Belum." Beliau bersabda, "Hajilah untuk dirimu kemudian laksanakan haji untuk Syabramah."


Upah : RM2000 seorang
Pendaftaran : Pendaftaran Telah Dibuka

Kami menawarkan  perkhidmatan upah haji bagi orang yang telah meninggal dunia dan uzur. Badal Haji(upah haji) ini akan dilaksanakan oleh pelajar-pelajar dan petugas-petugas Malaysia/Pattani yang berada di Mekah dan Madinah.


  • Proses Perlaksanaan
  • Pendaftaran secara Online
  • Pembayaran Terus ke akaun atau Temujanji.
  • Pengesahan penerimaan bayaran.
  • Perlaksanaan Haji semasa musim haji pada tahun yang berkenaan.
  • Penghantaran Sijil Pengesahan dan hadiah dari pelaksana badal haji. (Sekurang-kurangnya sebulan selepas musim haji berlalu)

Semoga ALLAH SWT mengurniakan haji yang mabrur kepada orang yang dihajikan, Amin.

Jealous Pada Tahap Paling Tinggi


Video ni buat aku nak ada 16 dan sebijik rumah banglo yang besar gila.

Aku jealous tengok family ni bersatu ramai-ramai masa raya dan tak nampak fake pun.

Avengers DVD


Umar dah lama tunggu DVD ni. Masa ada kat cinema hari tu aku taknak bawak sebab takut dia banyak tanya dan bising.

Baru-baru ni ada iklan dekat Disney Channel yang akan jual 28hb August tapi tadi tengok dah ada kat kedai dalam Giant Nilai. Dari start nampak iklan hari-hari ingatkan aku.

Pemalas


Ok sebenarnya aku bukanlah malas sangat. Cuma aku takde peralatan yang sesuai je. Hehehe. Terima kasih Mr Ganesan.

Duit Raya

Duit raya amat bermakna bila orang yang dapat itu appreciate bila dapat.

Ada orang yang suka dengan whatever amount yang diaorang dapat. Ada orang yang nak lebih dan ada orang yang tak perlu pun tapi kita bagi sebab hari raya dan sebagai tanda hidup.

Anak-anak aku pulak jenis suka je dapat beberapa pun maybe sebab diaorang tak tau value. Apa-apa pun duit raya first batch diaorang aku dah masukkan dalam akaun diaorang. Aku pulak rasa seronok.

Harapnya by umur diaorang 30 cukup buat downpayment rumah yang aku tak boleh nak imagine berapa harganya masa tu nanti. Hahahaha.

Kita Kenal Anak-anak Kita

Aku ada 2 orang anak. Umar dan Nawal. Umar dulu kalau dekat tempat orang ramai malu-malu sikit tapi sekarang dah kurang malu. Si Nawal memang tak tau malu langsung.

Apa-apa pun Umar sekarang bolehkah nak dengar kata  tapi untuk Nawal memandangkan dia kecik lagi dia takkan dengar cakap dan akan menakal di mana-mana sahaja. Kalau tak dapat apa yang dia nak dia nangis sekuat hati.

So kalau nak bawak anak ke masjid sila jangan bawak anak yang macam Nawal sebab mesti akan huru hara. Kacau jemaah lain. Common sense la kut. Kalau nak mengajar maybe tunggu anak dah faham.

Kucing


Bapak-bapak anak kucing ni baka besar-besar, cantik-cantik. Aku dah terfikir nak bela kucing betul-betul dan kalau beranak pinak bolehla buat business. Tengoklah macamana.

Nasihat Nak Kahwin Ramai

Pagi-pagi aku dah panas bila dengar cerita kawan kitaorang ni wife ex husband dia bomoh2kan dia sampai sakit-sakit.

Kalau nak kahwin dua perkara pertama carilah wife pertama yang taat, educated, civilised dan baik hati. Bincang awal-awal apa syaratnya kalau nak kahwin banyak.

Untuk wife kedua pulak carilah dari golongan yang bijak pandai jugak. Yang tau baik buruk at least. Yang tau dia nak kahwin dengan husband orang. Yang tau dia kena share dan last sekali akan ada effort untuk berbaik dengan isteri pertama.

Nak kawin dengan orang bangang buat apa?? Bomoh-bomoh mentaliti ulu.

Kalau first wife dah gemuk ke apa aku rasa belanja nak hantar dia pergi slimming centre, beli wig dan beli set make up lagi murah dari nak kahwin lagi satu dan bayar nafkah.

Pasal nafkah ni satu hal lagi. Bila dah cerai, syok dengan bini baru duit nafkah 4 orang anak bagi 150 je sebulan. Mana nak cukup mangkuk! Kalau tak mampu janganlah nak menggatal.

Mengisi Masa Lapang


Minggu first raya ni kawan-kawan pun takde kat KL. Kitaorang pergi Jusco dan makan kat sana. Liza siap shopping lagi. Hahaha.

Aku lebih memikirkan nak mengemas rumah sebab kawan-kawan office aku nak datang nanti. Aku fikir nak buat bbq + nasi arab. Tak taulah jadi ke tidak.

Raya Keempat


Hah?? Dah raya keempat?? Maksudnya dah nak kerja. Damn.

Hari ni pergi tabung haji menyimpan duit raya anak-anak. Seronok perasaannya. Lepas tu pergi jalan-jalan.

Azam Raya Tahun Ini


Cuba untuk memenuhi jemputan open house kawan-kawan yang dekat. Hari ni dah pergi satu.

Gambar Raya So Far


Nampak sangat aku takde kerjakan?

Raya Kedua - 4


Hampir terlupa nak cerita. Hari raya kedua tahun ini jugak bersamaan ulangtahun perkahwinan saya yang ke-7. Hahaha.

Oklah kut tahun ini hidup kitaorang lebih baik dari tahun lepas. Harapnya lebih baik sampai bila-bila.

Raya Kedua - 3


Dah sampai. Balik rumah sendiri dulu sebab mak and adik-adik Liza pergi Johor. Nak ambik buku bank anak-anak. Ada yang nak close account, ada yang nak letak cap jari aku sebab hari tu bukak account kat office. So sementara cuti ni baik aku selesaikan semua.
Esok pergi Keramat.

Raya Kedua - 2


Bakar ikan siakap guna tempurung kelapa. Old school style. Penuh aktiviti aku tahun ni. Memang best.
Masak, makan dan lepas Zohor nanti baliklah kut.

Raya Kedua


Pagi2 mak aku ajak tebang kelapa. Nak ambik umbutnya. Masak lemak putih memang sedap. :-)
Hari ni balik rumah. :-(


Raya Pertama


Macamana raya korang semua? Aku beraya paling banyak rumah tahun ni. Tapi gambar raya yang eloknya takde. :-( Rasa macam nak pergi studio ambik gambar pun ada.

Lemang Lemang


Aku tak tau sampai bila aktiviti masak lemang ni akan berterusan tapi sementara ada ni baiklah enjoy sepenuh hati.

Sampai Kampung


Alhamdulillah aku bertolak pukul 9.30am dan sampai pukul 12pm. Felda Gunung Besout, Sungkai Perak. Macam biasa jalannya, tak sesak sangat. Harapnya masa balik nanti pun jalan lancar macam tadi.
Korang semua macamana?

Sebenarnya Kalau Diberi Pilihan Saya...

Saya nak ada anak empat. Mesti rumah meriah bila anak-anak dah besar nanti.

Selamat Hari Raya Maaf Zahir Batin

Gambar Raya Dua Tahun Lepas. Tahun ni ambik gambar jadi priority. Sakan betul aku tahun ni.
Esok aku cuti dan nak balik kampung. Tahun ni aku jadi gila sikit. Shopping baju raya gila, shopping kuih raya pun gila.

Apa-apa pun aku ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Maaf Zahir Dan Batin. 

Sila follow saya di twitter https://twitter.com/pizlimw untuk gambar masak lemang dan beraya. Cewah. Kita berhati-hati ye di mana-mana sahaja dan lepas raya nanti mari kita bersenam. Hehe.

Masalah besarnya sekarang macamana aku nak bergembira gaji tak masuk awal???

Kampung

Aku ada kampung. FELDA. Kampung yang mana bila raya mak dan bapak aku akan masak lemang semua. Dan aku juga ada kampung rumah datuk aku. As for wife aku mak dia tinggal di KL, nenek dia jugak tinggal di KL so takde kampung. Ada kampung tapi takde rumahlah, kira balik kampung beraya rumah sedara mara atau balik kampung nenek belah arwah ayah dia. Complicated.

Balik kepada aku, aku taulah bakar lemang tapi aku tak rasa bila satu hari nanti yang mana cucu aku balik rumah aku untuk beraya aku akan masak lemang. Kira cucu aku akan balik bandar jugaklah sebab rumah aku dekat pekan. Dan andaikata aku bawak anak-anak dan cucu aku balik rumah mak aku dah bukan jadi balik kampung dah lagi tapi dah jadi macam melawat kampung.

Kira apa yang aku cuba sampaikan ialah tradisi balik kampung dalam family aku ni macam dah nak tamatlah sebab adik beradik aku semua dah pindah pekan, duduk pekan. Bandar. Aku dapat bayangkanlah satu hari nanti nak makan lemang kena beli sebab confirm mak aku pun dah tak larat masa tu. Aku pun entah-entah tak larat.

Dan bila ini terjadi maksudnya cucu cicit aku nanti akan hilanglah satu tradisi yang ada dalam family aku.

Ada Benda Free!


Semalam aku tulis dah tak jumpa orang bagi benda dekat tol sekali petang semalam masa Liza balik dapat benda² ni. Oklah, kurma, sampul duit raya and air mineral.

Demam & Muntah

Benda yang paling aku tak suka pasal nursery ialah bila anak aku yang asalnya sihat walafiat tapi sebab ada budak lain demam anak aku terus berjangkit. Masalahlah sebab muntah non-stop malam tadi. Tengah malam pergi klinik and nasib baik ubat muntahnya macam jalan. Sekarang tinggal demam. Harapnya cepat sihat, nak raya ni weh. Hehe.


Bila Berpuasa

Dari pukul 6 budak rambut raya start tanya berpuluh2 kali - "Ayah, bila nak azan??"


Crisis In Syria



Macam orang cakap Silence Is Betrayal. Aku rasa bersalah bila bab benda-benda macam ni dan bab masyarakat Rohinga tu aku pun diam jugak. Aku nampak macam takde siapa yang nak initiate. Semua diam sahaja walaupun semua orang tau. Kalau orang-orang biasa macam kita ni apalah sangat yang kita boleh buatkan.

Benda Free Dah Takde

Ada satu masa dulu aku ambik Liza dari office. Tak taulah sebab apa, maybe masa tu belum kahwin or masa tu dia tengah pregnant.

Tak kisahlah sebab apa tapi aku masih ingat zaman dulu dekat Tol Plus Sungai Besi or Silk Highway akan sentiasa ada orang bagi goodie bag. Macam-macam produkla. Masa tengah puasa dah start bagi². Ada bagi air 3-in-1 la. Tiger bamlah, apa lah.

Sekarang ni aku perasan macam takde je. Ke kat tempat lain ada? Macam bendera jugak, dulu time nak merdeka je mesti akan dapat free. Sekarang dah takde langsung.

Betullah kan semua benda dah mahal. Orang nak bersedekah pun dah tak mampu.

Apa Benda Yang Anda Tak Patut Buat Bila Susah?


Beranak 16! Lepas tu tak mampu, mintak simpati. Family planning tidak diharamkan dalam Islam bersebab. Ye, anak itu rezeki tapi kalau dah sampai berbelas² kau takkan mampu bagi the best punya.

Konklusi Puasa


Semalam aku nak pergi Sports Direct dalam Sogo. Terdatang setengah jam awal dan percaya tak ada beribu orang tunggu nak masuk Sogo. 30 minit sebelum!

Ada seminggu lagi puasa tapi memandangkan aku takde idea nak tulis benda lain aku tulis jelah benda ini.

1) Masa sebulan sebenarnya berjalan laju.
2) Orang pergi Terawikh yang bawak anak tu mungkin elok kalau dimonitor. sembahyang sama-sama dari biar buat bising sampai termuntah² pun ada.
3) Aku jadi malas kat tempat kerja masa bulan puasa hehe.
4) Harga dekat pasar Ramadhan mahal sangat tahun ni dan aku tak rasa tahun depan jadi murah. Makanan yang special memang mahal. Macamana nak beranak ramai macam ni?
5) Aku rasa raya sales patut start awal dan masa bulan puasa takde sales langsung. Biar orang beribadat cewahh.
6) Buffet Ramadhan dekat hotel aku tak rasa relevan untuk aku sebab mana boleh nak makan banyak² sekaligus.

Aku dah tak sabar nak balik raya sebab tahun ni aku takde balik berbuka puasa dengan mak bapak aku. Aku nak sahur nasi lemak mak aku. Tak payah raya pun takpe janji sahur nasi lemak tu ada.

Baru Sedar?????

Baru sedar??? Selama ni korang buat apa??? Dah bertahun dah benda ni jadi!!

Iklan Raya Bernas



Sedih betul.

Anak Berpuasa

Aku tak kisah langsung kalau anak aku puasa setengah hari atau taknak puasa langsung pun. Tapi kalau dah bangun bersahur dan betul nak berpuasa aku akan pastikan puasa sampai habis.

Ada ke nak bukak puasa pukul 7pm sebab dah dahaga sangat? Mana boleh.

Kelas



Sejauh mana pun aku nak cakap bahawa kereta besar, berjenama, mahal itu tak penting hakikatnya kereta adalah benda first yang orang tengok dalam kehidupan. Nampak macam kejayaan seseorang walaupun sebenarnya kereta itu akan susut nilai berbanding asset² yang lain, rumah contohnya.

Aku tak taulah mentaliti Malaysian or memang mentaliti semua orang seluruh dunia. Tapi aku tak salahkan orang sangat sebab aku pun dah macam tu. Bayangkan kalau aku kerja video freelancer pergi jumpa client naik Mercedes ke contohnya, mesti client aku akan lebih yakin dengan aku compare kalau aku naik Wira aku sekarang.

Macam budak-budak sekolah aku pun ayatnya mesti "Firdaus dah pakai BMW sekarang" menunjukkan yang diaorang memang pandang kereta. Maybe sebab bendanya bergerak kut dan boleh dibawa ke mana-mana.

Zakat Fitrah

MUDAH: Muhammad Faiz Azman (kanan) membayar zakat menerusi kaunter pandu lalu yang pertama diperkenalkan Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) berdekatan Sultan Mizan Zainal Abidin, Putrajaya, hari ini. Langkah itu adalah inspirasi yang diperkenalkan Imam Besar, Hazaruddin Baharuddin bermula jam 9.30 pagi hingga 5.30 petang kecuali Jumaat. - Foto Fariz Iswadi Ismail

Aku ingat lagi dulu susah nak bayar zakat fitrah sampai kena balik kampung baru jumpa orang nak bayarnya. Sekarang tak lagi, kat mana-mana pun ada. Dan memang kebelakangan ini zakat fitrah ni aku cepat je buat, belum 10 puasa pun dah siap bayar sebab kat mana-mana pun ada amilnya.

Baguslah sebenarnya idea diaorang ni. Dekat mana tempat tumpuan orang dekat situ diaorang duduk. Ini aku nampak kat Berita Harian siap boleh bayar secara drive thru. Hehehe.

Baju Raya

Aku rasa kalau betul-betul nak beraya baju raya perlu dibeli sebulan dua bulan sebelum puasa pun. Senang. Takde kelam kabut.

Iklan/Short Film Raya Petronas 2012


Iklan Raya Petronas 2012, terus jadi filem pendek. Not bad.

Cinta Bersatu


Hahahahaaha. Aku suka betul lagu ni. Oh ye aku dah masuk kerja.

Sudah 90%

Ok aku dah nak sihat. Tinggal batuk ada sikit. Demam dah takde, selsema dah takde. Memang aku tak suka  sakit. Seksa walaupun dapat MC.

Tapi kira fairlah kut, dalam setahun mesti ada sakit teruk sekali. Kalau sihat je sepanjang masa nanti lupa daratan pulak.

MC Dan Dah Turun 2kg

To be honest aku tak kisah pun aku gemuk gedempol tapi aku sihat, ada selera makan. Daripada berat turun mendadak tapi aku kebuluran dan makan pun tak lalu. Tertekan betul.

Lidah Pahit

Lidah aku rasa pahit sampai nak makan pun takde rasa. Benda manis oklah sikit, nasi kerabu semalam terbuang je. So sekarang aku lapar sesangat. Ada petua macamana nak hilangkan rasa pahit tak? Aku takut aku pengsan je nanti dahla batuk sampai dada sakit² ni. Hishhh..

Paling Penting

Kesihatan adalah benda yang paling penting dalam hidup ni. Bukan duit, bukan kereta besar hehehe.