Jiwang Karat Di Khalayak Ramai


Tadi, aku saja cari lagu-lama kat Youtube, aku tak sangka orang boleh selamba tulis macam ni dekat public, dekat Youtube. Hahahahaha.

Budget 2013 Breakdown



Korang akan dapat apa² tak? Aku tak dapat apa-apa sangat kut, tapi aku relax je lah sebab aku neither here nor there.  Untuk orang-orang yang dapat silalah bersyukur. Aku boleh imagine diskaun KTM tu banyak membantu dan bonus 1.5 bulan tu memang seronok antaranya kalau nak dihighlight.

Barang Kemas

 “Lelaki itu bertanya sama ada saya mengenali Aziz. Tiba-tiba, rakannya turun dari motosikal dan merentap rantai emas berharga RM3,000 yang saya beli bagi menggantikan rantai pusaka yang dilarikan pencuri dua bulan lalu,” kata Saminam Md Alias, 71, di sini, semalam.
Aku perasan ramai orang zaman dahulu sangat mementingkan barang kemas. Sampai kadang-kadang jadi harta pusaka. Macam sesuatu yang sangat penting. Mak aku pun sama, aku perasan dulu kalau ada duit sikit mesti nak beli gelang atau apa-apa lagi.

Soalannya di sini, orang zaman sekarang masih macam ini ke atau dah tak berapa buat. Kira ada pun sekadar perhiasan dan bukan sampai nak buat harta pusaka? Ke memang masih kumpul banyak²?

Games Dan Anak

Aku galakkan Umar main game sebab memang kena berfikir tahap paling tinggi. Dan aku suka kalau dia dapat habiskan game dan excitedly tunjuk pada aku. To be honest aku jenis tak suka game yang ambik masa lama so kadang-kadang aku pun tak tau macamana nak main. Daripada yang aku nampak Umar ni memang ada potensi jadi gamer yang hebatlah. (sebab nak jadi football player yang hebat aku takde masa nak bawak pergi padang).

Sebelum tu negatif main game ni kira tak bersosiallah sebab duduk sorang-sorang mengadap tu je, so aku kena pandailah bagi masa.

Game yang baru dia habiskan ialah game Captain America: Sentinel of Liberty. Masa final stage tu berusaha bersungguh. Masalah game ni kena beli dari PlayStore (Link) dan dia main dua tiga hari je dah habis. Game ini lebih kepada actionlah dan fikir macamana nak kalahkan orang jahat dan ketua orang jahat yang susah gila nak dikalahkan. Tapi bila dah kalah nampaklah kepuasan anak aku dari muka dia. (amboi ayat)



Semalam game baru keluar, Bad Piggies (Link) dari Rovio. Yang dulu Angry Birds tu. Game ni macam game yang lainlah kena berfikir. Bad Piggies masa mula-mula main kena fikir macamana nak buat kenderaan untuk babi tu. Trylah bagi anak korang main, memang kena guna kepandaian dan kreativiti.


Selamat main game. Dan jangan lupa benda lain yang lagi penting ye..

Kedai Nasi Kandar Favourite

Kalau pergi jalan TAR selalu pekena Sithique Nasi Kandar ni. Sekarang dia dekat depan Campbell. 

Dan lauk favourite semestinya ayam kicap.

Benda Yang Boleh Buat Saya Gembira



Hidup kita ni ada pasang surutnya bila bab-bab gembira, sedih, susah dan senang. Benda yang buat kita gembira sangat best kalau ianya terjadi tanpa dijangka. Unexpected. Cerita satu, 3 minggu lepas kut ada orang Zalora email aku tanya berminat tak kalau diaorang nak letak artikel dalam blog aku. Since aku pun kadang-kadang takde idea aku setuju je lah dan itulah last week aku ada letak artikel dari diaorang dan diaorang bagilah voucher sikit. Dan kebetulan aku perlukan seluar sukan so aku terus guna voucher tu dan hari ni dah sampai. Percuma dan dihantar terus kepada aku.

Keduanya, aku dah habis ambik part-time degree masa January tahun 2011 dan aku dah convo May 2011. Private U yang aku ambik degree hari tu banyak buat masalah dan banyak buat aku marah. Aku sampai nak buat satu blog nak bagitau benda sebenar pasal college tu. Tapi mak aku cakap tak payahla. Lepas aku ambik certificate degree hari tu aku lari sebab aku dah taknak ada kena mengena dengan  college tu lagi. (Cert bukan dapat masa convo, kena ambik dekat office. Managementlah yang teruk, belajarnya ok je).

Tetiba last week aku dapat phone call dan orang tu cakap macam ni. "Pizli, saya xxxx call dari xxxx. Awak dah habis belajarkan? Ok awak boleh ambik laptop awak dekat Block C Tingkat 10 jumpa xxxx". Serius aku terkejut dan aku memang tak expect langsung. Aku berlagak cool cakap ok. Lepas tu sembang-sembang dengan Liza kitaorang cakap mesti netbook je kut takpun laptop cikai je.


Sekali rupa²nya diaorang bagi HP ProBook 4430s ni, market price RM2K++. Aku ada rasa nak jual masa mula-mula dapat, bolehlah beli tablet, jersi Man Utd dan PS3 yang diidamkan selama 5 tahun sekaligus haha tapi bila aku tengok benda ni macam high end aku jadi sayang dan decided nak guna. Aku taulah someway somehow yuran aku bayar dulu tu ada bayar untuk laptop ni, tapi bila benda ni dapat secara tetiba memang aku rasa gembira.


So, Alhamdulillah syukur semalam hari dapat dua benda free dan boleh cakap hari menggembirakan walaupun aku dah tak masuk contest macam dulu-dulu. Doakan dapat benda-benda lain jugak ye lepas ni hehe!

Alat Siang Ikan


Aku sentiasa mintak orang jual ikan untuk siang ikan yang dibeli atas sebab adalah sangat susah untuk kitaorang buang sisik ikan. Menyusahkan pun ye. Tapi sekarang dah ada jual peralatan nak buang sisik ikan ni dekat Tesco kira kalau nak cepat tak payah suruh siang pun takpelah kut. Semua kerja membuang sisik menjadi mudah. Sekarang aku nak cari ikan sungai. Orang yang palin cekap buang sisik ikan ialah emak aku.

Bekas Kicap


Dalam banyak² bekas kicap aku rasa bekas kicap yang jenis macam inilah yang paling elok. Takkan ada tumpahan. Perfect dan tahan lama. Dekat rumah mak aku kitaorang guna dari zaman aku kecik sampai sekarang.

Inspiring

Sesuailah sangatkan tetiba hari ni kena copy DVD ni untuk library. Haha.

Rahsia Besar



Masa Sabtu hari tu aku ketawakan Jihan sebab makan hotdog ni sebab sebelum tu kitaorang ada makan² jugak. Tapi aku terlupa sebenarnya time tu dah agak lewat dan logik jugak untuk makan lagi. Sebab malu dah ketawakan dia aku diam je lah.

Bila dia dan Arin dah balik aku pergi cari orang jual tapi dah takde. Kecewa gila. Tengah duduk tunggu Liza kemas-kemas ada student nak jual hotdog tapi takde sayur dan mayonis, dia ada roti, sosej dan cili sos. RM1. Aku beli dan makan dalam kesedihan.

Moral: Jangan ketawakan orang.

Luka Dalaman


Assalamualaikum,

Ada sesiapa ada petua nak merawat luka dalaman tak? Terima kasih.

Berusaha dan Takdir


Kadang-kadang kita dah berusaha macam-macam untuk dapatkan something, tapi kalau dah ditakdirkan kita tak dapat memang takkan dapat.

Sama juga dengan benda lain. Katakan berhenti merokok atau bersenam tapi lepas tu masih sakit, nak buat macamanakan, kita dah usaha cuma nasib tak menyebelahi.

FUN

Gangnam Flashmob. Aku macam expectlah ada benda-benda macam ni

Ok dah habis dah larinya. Tak dapat medal sebab tak dapat first 100. Ramai sangat yang masuk kategori aku. Arin lagi malang, dapat 101 hahaha. Apa-apa pun fun lah benda ni.

Arin yang kecewa. Aku pulak pergi berbaris dekat tempat winners punya ambik goodie bag. Nasib baik sedar sebelum terlambat. :-(

Nasib baik dapat sijil haha. Aku suka perasaan bila aktif-aktif macam ni. Peluh-peluh ni rasa best.

Medalnya, dahlah cantik. Ok cukup pasal medal.

Jihan yang supportive. Next month kami nak masuk walkathon.

Liza baru bukak kedai.

Nasi lemak diaorang sedap betul.

Zaman sekarang semua aku nak ambik gambar.

Bermulalah episod..

Makan non-stop haha.

Belly dance. Yang semua orang tunggu.

Yang aku tak boleh nak terima sangat. Kalau hip hop dance maybe aku boleh terima kut.

Aku sempatlah mandi tukar baju semua. Dah sebulan exercise pun masih gemuk. Hampeh.

Makan lagi. Tapi memang sedap pun.

Balik. Lepas kecewa tak menang apa-apa dalam lucky draw.

Ok habis. Aku suka sebab dah lama tak rasa penat macam ni. Jenis letak kepala atas bantal terus lelap bila sampai rumah tadi. Happylah. Next, Nike 13hb nanti. Lepas tu nak register NASAM walkathon 28hb.

Shopping with ZALORA and Why I Love It



Shopping with ZALORA and Why I Love It


For some of us, it is time to rest after Hari Raya shopping and long holiday break.  What most of us fail to remember is that there is still Hari Raya Qurban to go for and lots of open house so there is no way you can stop just yet.

We need to look stunning at all the open houses and remember to wear some loose fitting clothes for the Raya food to fit in. Let’s not get started with Raya food because there will be no end to it.

Where shopping is concerned, the shopping rush is not over yet and that means Raya sales are still on where you can go crazy with those last minute Raya closing deals..




During Raya it is not just about the fasting or the Ramadhan bazaar , it’s a celebration that goes on and never stops in Malaysia cause it feels like Raya every day. The best thing is the ‘baju Raya’ collection and the colours that go with the varieties.

We all have got to agree that Baju Kurung is one of the most comfortable clothing one can have and nowadays they have some unique cuts that are so comfortable. Well you can see them for yourself and get them without any worries. 

So, you know what don’t stop now as raya is not over, not for me as if you don’t have the time to shop and are too busy with work and classes. There will be a great solution to this problem to just shop online and continue shopping with a few clicks. ZALORA Malaysia gives you that privilege of shopping to your hearts' content and gives you the shopping you need and brings you the satisfaction to wherever you are. So shop, shop, shop…. Don’t STOP.


For more information visit us at


By Kathy, Writer at Zalora Malaysia. She likes messing around and jamming around with the flow of life and living every moment of it as how it is.

New Volkswagen Beetle 2012


Aku sentiasa ada soft spot untuk kereta Volkswagen. Plan aku dan Liza ialah kereta generasi ke tiga kami ialah Cross Touran. Lepas Wira aku ni kami cadang cari kereta murah lagi kut dan bila anak-anak dah sekolah baru tukar. Maybe 5-7 tahun lagi. Ye aku jenis plan panjang dan harap umur pun panjang.

Walaubagaimanapun jauh di lubuk hati alangkah indah kalau dapat membeli kereta-kereta volkswagen yang lain masa sekarang. Macam Golf TSI ke dan yang baru Beetle 1.2L TSI. Mengancam habis!


Harga? RM139, 888. Kalau mampu belilah. Cantik dan berbaloi.

IMU Chariofaire 2012




What is Chariofare?

Chariofare 2012, part of IMU's corporate social responsibility programme, consists of a Charity Run and Carnival dedicated to raising funds for six (6) beneficiaries, namely:

  • Rumah Love & Care, Kajang.
  • Rumah Shalom, Puchong.
  • Precious Children Home, Petaling Jaya.
  • Yayasan Sunbeams Home, Cheras.
  • Persatuan Kebajikan HOPE Worldwide, Kuala Lumpur.
  • Association Of Social Services And Community Development Of Gombak District, Selangor.

Our target is to raise funds for these charities, and hope that students, faculty, staff as well as the public at large will join in the fun while supporting this noble cause.

The organising committee is working on bringing you a series of exciting events such as foods and drinks bazaar, games, performances as well as free medical and oral health screening all in one day!


Carnival’s Foods, Drinks and Games Bazaar
9.00 AM - 4.00 PM - Foods, Drinks and Games available
9:30 AM – 10:00 AM - Opening Ceremony

Carnival’s Stage Performances and Entertainments
9:00 AM – 9:15 AM IMU Dance Performance
10:30 AM – 11:00 AM Promotional Dramas
11:00 AM – 11:30 AM Professional Turkish Belly Dance
11:30 AM – 11:45 PM Michael Jackson Impersonation Performance
11:45 AM – 12:15 PM Fire-breathers Performance
12:30 PM – 12:45 PM IMU Dance Performance
1:00 PM –     1:45 PM AIIA Professional Comedy Game show
2:00 PM –     2:15 PM IMU’s Got Talent Winners Encore
2:15 PM Lucky Draw
2:15 PM – 3:15 PM (tba) Kids’ Colouring Contest
ALL DAY The Haunted Hospital (Adventure/Game)

Carnival’s Free Health Check
9:00 AM – 4:00 PM Foods, Drinks and Games available


Lucky Draw

The brand new iPad could be yours when you come on down to our IMU Chariofare charity carnival this coming Saturday! And there's a whole lot of other exciting prizes lined up for you. Each RM10 coupon book you buy has a serial number on it, and those numbers will be drawn out during our lucky draw. So in addition to giving to charity, you could also walk away with all these awesome goodies!

Links

Website: http://www.imu.edu.my/chariofare/index.html
Facebook: http://www.facebook.com/imuchariofare
Tiwtter: https://twitter.com/imuchariofare

What Are You Trying To Prove?

Ada beberapa manusia ni bila takde kerja dia akan kacau orang dan cuba membuktikan sesuatu yang tak perlu. Contoh mengajar guna calculator kepada orang yang ada PHD dalam accountancy. Macam tak semena-mena nak tunjuk pandai pada orang yang dah pandai tapi salah orang dan orang yang tak pandai dibiarkan je takde nak tolong. Samalah macam menasihat budak yang dalam masjid supaya sembahyang penuh tapi budak-budak kat pub dibiarkan je minum².

Atau pergi ke rumah orang dan cakap nak ambik kucing yang orang jaga tu dan bawak ke shelter sebab nampak macam tak cukup zat. Fuck off! Cakap je lah kau nak ambik kucing orang tu sebab dia macam ada baka-baka sikit. Nanti sampai shelter semua kawan-kawan kau puji sebab pandai pilih kucing. Kalau betul nak bantu kucing, banyak tempat lain kau boleh kutip tak payah mintak kebenaran. Yang kau mintak kucing orang buat apa?

Kucing


Ini anak kucing jiran sebelah. 

Emak


Masa nak bawak bapak aku datang hospital hari tu mak aku sempat lagi bungkuskan anak-anak mangga yang dia banggakan tu hahaha. Itulah emak saya. Hehe.

Semoga Semuanya Dipermudahkan


Bapak aku tak sihat. Tolong doakan semuanya dipermudahkan untuk dia. Macam kakak office aku cakap, "bapak kita ada seorang je, mestilah kita sayang".

Nak sambal ke???


Kepada semua peniaga nasi lemak seluruh dunia jangan jadi bodoh tanya soalan "Nak sambal ke?"

Mestilah nasi lemak nak makan dengan sambal. Kalau orang taknak orang cakap, yang aku rasa 1 dalam 50 orang je yang tak makan nasi lemak dengan sambal.

Pagi² dah cari pasal.

Ye Ye Je Aku Ni - Charity Run

Tshirt dah ambik. Kalau aku masuk benda-benda ni selalu maksudnya tak payahlah beli baju sukan lagi kut.

1038. Pergilah tikam kut kena haha.

Aku sedih sebab finisher medalnya untuk first 100 je, manalah aku akan boleh lawan dengan budak-budak muda. Sepatutnya bagilah  medal pada semua orang yang habis within time limit. Takpela, suka-suka je. Harap lepas ni ada lagi yang aku masuk.

By the way masa aku cakap "Thank you" pada student yang in charge dia cakap balik pada aku. "Thank youuu!" Baru aku tersedar benda ni charity, segala duit yang dapat dari ni diaorang bagi pada badan kebajikan. Kira ni antara diaorang punya CSR activitylah. Eh senang cerita tengok je lah kat sini. http://www.imu.edu.my/chariofare/chariofare.html