Coklat

Aku suka sangat makan coklat. Tapi takdelah sampai ke tahap hari-hari beli. Kadang-kadang je. Tapi kalau makan mesti macam enjoy coklat tu sangat².

Coklat macam tak pernah fail. Macam semuanya sedap. Haha.


Phenylethylamine (PEA) 
This compound may be responsible for some of the pleasurable feelings you get after eating chocolate because it releases natural feel-good chemicals called endorphins in your brain. PEA is released by the brain when people are falling in love. Perhaps this explains why chocolate and Valentines Day are so closely linked.

Magazine

Selain mendapat informasi di internet aku rasa bagus jugak untuk baca magazine sekali sekala. Hard copy. Perasaan membaca majalah itu lain. Masalahnya dulu aku tak tau nak baca magazine apa. Dulu aku suka FHM hehe tapi tak sesuailah sekarang nak ada magazine tu kat rumah sebab nanti anak-anak aku tengok banyak gambar perempuan sexy diaorang fikir apa pulak nanti.




Tapi terima kasih kepada internet jugak aku jumpa majalah ni, Men's Health. Lengkap segala-galanya untuk aku dapat informasi yang bukan pasal kesihatan sahaja. Adalah jugak beberapa segment lain yang buat aku tak bosan. Dan rasa sangat-sangat sesuai untuk aku. Pasal pemakanan, pasal gadget, pasal bersenam, pasal sex dan macam-macam lagilah. Yang pentingnya pengetahuan barulah.

Kalau Nak Berubah, Silalah Berubah Tapi Jangan Kacau Orang Lain

Aku faham kadang-kadang ada orang yang nak berubah ke arah kebaikan secara drastik. Tapi aku tak faham bila orang-orang ni start judge orang yang tak berubah dan lepas tu sibuk ajak orang lain jugak jadi macam dia. Oklah niat bagus. Tapi andai kata orang-orang yang selama ni hidup elok je takde buat salah yang kau ajak sekali kenapa?

Kau yang selama ni hidup tunggang langgang tetiba berubah sampai 360 darjah lepas tu ajak orang yang hidup normal takde buat salah apa ikut kau. Mana boleh macam tu. Pening betul aku tengok.

Ok, aku tulis macam ni pun dah tak elok sebenarnya. Sorry. Lately aku selalu terngiang² lirik lagu ni:

♫ Ada golongan sibuk dengan kesalahan orang.. 
Seolah-olah mereka wira agama.. 
Konon hendak membersih agama dari noda.. 
Yang sebenarnya berlakon di depan manusia.. 
Bukan hidup realitinya.. ♫

Daging Korban Tahun 2012

Zaman dulu orang yang buat korban tak ramai sangat. Kira kalau nak merasa daging korban ni ikut nasib je lah. Tapi mungkin sebab taraf hidup dah meningkat every year memang banyak lembu yang dikorbankan. Belum masuk politician² yang bagi sumbangan.


Dulu jugak biasanya orang buat korban di masjid. Tapi zaman sekarang ada yang buat dekat rumah sendiri dan akan buat every year pun ada. Dekat kampung adik ipar aku ramai buat macam tu. Dekat kampung aku pun. Itu yang kes dapat daging korban banyak tu. Aku every year tak pernah missed. Even kalau dari Keramat pun mak mentua aku akan bagi sikit dari sumbangan orang.

Cabai Burung


Everytime aku balik mak aku biasanya akan bekalkan pisangla, kuihlah or even lauk kadang-kadang. Tanpa dipinta. Tapi satu benda yang aku akan request ialah cili padi.

Fresh, takde guna racun serangga dan dibela sendiri oleh mak aku. Ini orang Perak panggil Cabai Burung. Biasa mak aku bagi akan cukup 3 minggu macam tu lah kut. Sebab freshkan? So tahan lamalah jugak. Mak aku memang tanam ni disekeliling rumah dan di kebun. Kalau betul-betul banyak siap boleh jual dekat peniaga pasar lagi. Tapi kalau nasib tak baik orang curi pun ada.

Aku dulu makan buat ulam je, sedap kepedasannya. Sekarang sekali sekala je lah. Cili ni jugak sedap nak buat kicap asam untuk cicah ikan tu. Oh dan yang paling seronok sekali nak buat masak lemak daging salai. Perghhhh.

Buah Nona


Balik rumah mak aku hari tu aku ternampak buah ni. Macam unik je rupanya. Buah nona namanya. Tak masak lagi so aku tak dapatlah nak rasa. First time aku jumpa.

Rasa buah nona ialah masam manis. Biasanya ia dimakan mentah kerana isinya tidak berair. Buah ini kaya dengan khasiat seperti protein, kalsim, fosforus dan vitamin C.
Buah nona banyak ditanam di Malaysia. Ia mengandungi kandungan zat yang lebih tinggi daripada epal.
Selain rasanya enak, ia boleh juga digunakan sebagai ubat daripada buah, daun, biji, batang hinggalah akarnya. Bijinya mengandungi minyak berwarna kuning yang tidak kering dan dijadikan sebagai racun perangsang yang boleh membunuh kutu. Daunnya dijadikan ubat untuk merawat bengkak bernanah, akarnya pula boleh dijadikan julap asli untuk mencuci perut.

Bil TNB


Aku sorang je ke yang rasa atau bil TNB sekarang memang  macam melampau-lampu dah mahalnya. Aku tak pernah stress bayar bil api, tapi lately ni aku rasa macam melampau sangat bilnya. Stress betul.

Live dari Mekah


Video ni live dari Mekah.

Haji


Diharapkan satu hari nanti aku dapat menunaikan ibadah haji dalam keadaan masih sihat, dapat buat haji dengan sempurna. Dan diharapkan sementara menyampaikan masa itu, iman aku dah cukup kuat dan hati aku dah cukup bersih.

Kenapa Internet? Bukan TV. (Panjang Sikit)

Dalam kehidupan sekarang boleh dikatakan internet itu umpama makanan untuk aku terus hidup (wahaha, gila betul ayat.) Ok, internet adalah sangat penting pada aku untuk segala-galanya. Dapat informasi, hiburan, social, bersembang dan  segala-galanyalah.

Hari ini aku nak bercakap pasal Internet dan TV. Masalah aku dengan rancangan TV ialah, dia tak interactive. Aku tak boleh pilih apa yang aku nak. Aku akan tengok TV bila ada movie, Masterchef, drama yang aku dapat tau dari internet (biasanya twitter) yang cerita itu bagus dan yang paling utama ialah perlawanan bola sepak atau apa² lagi live sports event.

Berita aku dah stop tengok sebab sefanatik mana pun kau menyokong kerajaan kau tau berita dekat TV tu berat sebelah, samalah macam newspaper, Utusan sokong BN, Harakah sokong PAS. So untuk berita aku akan pergi online newspaper dan biasanya aku pilih berita macam kejadian atau berita sukan dan aku boleh skip berita politik alltogether.



Berbalik pada movie atau drama tadi, kalau korang missed jangan risau, sebab di Youtube akan ada je orang upload. Atau sekarang dah ada Catch Up TV macam www.tonton.com.my yang bukan sahaja drama malah semua jenis rancangan ada. Ye termasuk rancangan Tanya Ustaz etc, kalau ada orang nak argue benda tu hiburan. Informasi pun ada, rancangan agama pun ada. Astro On The Go pun dah ada sebab benda-benda macam ini lah. Orang nak tengok rancangan apa-apa anytime, anywhere, diaorang nak ada option macam itu. Anywhere bermaksud dekat mana-mana dalam dunia ni lah, itu pasal budak-budak duduk luar negara pun masih tahu drama Malaysia.


Selain itu ada jugak orang yang suka buat short film dan letak di Youtube. Trust me, kadang-kadang short film diaorang lagi bagus dari drama yang ada kat TV. Again, boleh tengok anytime.

Oklah, alang-alang aku masuk bab radio pulak. Pening tak bila semua radio station sekarang akan buat prank calls pagi². Agak kelakarlah tapi bila semua radio station buat benda yang sama korang akan jadi bosan. Lagu yang sama pulak tu ulang sampai berpuluh kali sehari. So untuk mendengar lagu, aku akan pergi ke Youtube je lah. Kalau ada official music video lagi best. Tapi most of the time aku hanya akan dengar je lagu sambil buat kerja. Bila sampai rumah kalau rasa nak tengok baru aku tengok.

Dulu aku look forward untuk highlights goals EPL dekat TV, tapi sekarang dalam masa less than 24 jam mesti akan ada orang yang upload dekat internet. Ulanglah banyak kali tengok gol-gol tu. Ha pasal ulang ni, kalau kau suka drama atau rancangan atau Youtube ulanglah sampai korang puas, takde masalah.

Ok sekian terima kasih. Sekarang TV biasanya anak-anak je yang tengok rancangan diaorang.

Finally, Menang Contest!


Siapa yang kenal aku tau aku selalu masuk contest dan tak pernah menang hahaha. Ha kali ni menang jugak akhirnya. Walaupun hadiahnya takdelah best sangat tapi seronok jugaklah aku hehe.

Nasihat On Protein Intake Dan Buah Pinggang Serta Beberapa Perkara Untuk Penjagaan Badan



Biasanya bahagian komen dalam blog aku lebih pada bersembang bersama rakan². Tapi ada jugak beberapa kali yang orang komen yang bagi informasi dan kadang-kadang bagitau benda yang aku tak tahu langsung. Hari ni baiklah aku pastekan apa saudara Anonymous ni nasihat aku dan aku rasa ianya bagus jugak untuk semua orang. Terima kasih banyak sebab bagi informasi percuma. Benda baik kita perlu share. (Aku tukar format sikit sebab aku yakin dia tulis laju² waktu pagi.)
Salam Bro.. 
Saya sokong 100% bila bro bersungguh nak implement healthy lifestyle. Untuk kurangkan berat badan, senang je. Ada 3 benda kena prektik. Clean eating,cardio, weight lifting. Clean eating paling penting; avoid processed food and sugar; makan banyak buah dan sayur ni cara nak kenyang dgn kalori yang rendah; dan boleh neutralize kan pH urine. Urine yang berasid yang induce pembentukan batu karang (bleh google pasal urine pH untuk keterangan lanjut). 
Pasal protein consumption tu lak jgn risau.. Ia selamat. Yupp mmg kidney kena bekerja keras in case kita consume large amount of protein. Tapi setakat ambil satu scoop after workout tu di kira masih sedikit lagi and still in range (boleh google psl amount daily protein intake). Malah protein intake dalam bentuk liquid ni amat penting sebab badan sangat2 perlukan protein segera untuk repair muscle selepas exercise dan muscle adalah element terpenting dalam metabolisma. More muscle means more calori burn per day. Dan sebagai langkah berjaga2, kita kene facilitate kidney untuk proses protein ni dgn minum banyak plain water. 2-3 liter per day. Kidney ni macam kaki kita. Kalau sakit, memang tak boleh lari, kalau lari jugak bertambah sakit kaki tu. Sama macam kidney, untuk kidney yang kurang sihat, memangg kene control protein intake. Tak boleh paksa untuk dia bekerja keras. Untuk kaki/kidney yg normal,kita boleh sprint or consume considerably high protein but believe me addition of one scoop protein shake per day is still considered as small portion, compare to 2-3 ketul ayam yg kita makan dalam sehari. So no issues on this.
Saya rasa blog Kevin Zahri adalah blog yg terbaik untuk cari info psl nak kurang berat ni. Yes its all about calori deficit. Macamana pun good luck bro. Saya seronok bile tengok ada orang yg nak apply healthy lifestyle and I am writing to support not more than that and always remember this three thing: Clean eat, cardio, weight lifting. These are the keys for healthy body. Later you might interested to do internet research on these topics:
- Danger of sugar
- Complex vs refined carbohidrat
- Insulin spike
- Insulin vs Glucagon
- Aerobic vs Anaerobic
- HIIT
- Heart rate zone (fat burning zone)
- Body energy pathway
- Intermittent fasting
 
Dan bro akan discover other related topics bile dah start research on the listed topics. 
Last but not least, good luck in your fat loss journey bro!!!! Saya sokong 100%
Tetiba aku macam nak bertanya pulak. Andai kata aku exercise pagi dan petang, kalau ambik dua scoop protein sehari masih selamat ke? (pagi dan petang after exercise tulah, exercise 5 kali seminggu pagi petang ni sampai 31hb 12 ni je, lepas tu aku akan buat max 3 kali seminggu je). Selamatlah kut kan? Dan cukup ke satu scoop untuk build muscle dengan cepat? Apa-apa pun terima kasih banyak sekali lagi sebab seriously bila orang nasihat macam ni buat aku lebih semangat. Cewah.

Update Menguruskan Badan



Baru-baru ini aku macam bersungguh dalam mencari informasi kebaikan dan keburukan whey protein. Whey protein ni untuk build muscle dengan cepat. Kalau tak, ambik masa bertahun jugak kut nak tegapkan badan. Tapi ada risk dekat buah pinggang yang aku tak sure betul ke tidak. Sebab ada cakap itu myth sahaja, ada yang cakap betul. Aku dulu pernah kena batu karang so aku takut sangat nak riskkan diri sendiri. Aku dah taknak masuk hospital. Akhirnya buat masa sekarang aku decide taknak ambiklah kut protein ni. Setakat ada tone sikit-sikit cukuplah, tak payah tegap sangat. TAPI, kalau ada antara korang yang 100% SURE memang takde side effect, please inform aku. Hehe.

By the way berat aku takdelah turun sangat pun. 2 kilo je kut, tapi size perut dah menguranglah sikit. Dan bolehlah nak buat push up 5 kali, sit-up 30-40 kali. Jangan ketawa ye sebab dulu benda-benda ni memang seksa ya amat. Maybe sebab aku angkat dumbell sesikit aku dah boleh push up hahaha.





Apa-apa pun, macam aku cakap hari tu untuk aku maintain menjalani hidup sihat, aku akan pastikan aku akan masuk larian sekali sebulan. Satu je sebulan. Selain daripada cost, aku rasa sekali tu memadai untuk aku maintain. Alhamdulillah dari November sampai January aku dah ada larian yang aku nak masuk, bulan 11 & 1 dah register dah. Aku harap semuanya berjalan lancar, aku tak injured dan yang paling penting, aku tak jadi malas! Untuk sihat dan kurus.

Nilai 3

Dulu aku selalu dengar pasal Nilai 3. Dan bila kitaorang beli rumah sekarang kitaorang macam agak happy jugak sebab konon²nya dekat dengan tempat famous. Kira boleh bangga cakap Nilai 3 belakang rumah aku je.

Cuma masalahnya bila aku pergi Nilai 3 ni aku rasa takdelah best mana pun. Banyak kain dan sekarang dah banyak kedai peralatan kahwin. Aku tak rasa murah pun. Bagus sangat pun tak jugak. Banyak kedai tapi jual benda yang lebih kurang. Maybe setakat banyak pilihanlah kut. Pada aku kalau setakat nak barang kahwin, kedai Ah Seng Slim River pun ada jual. Kain ela dekat pasar malam pun ada.


Walaupun banyak pilihan aku takde rasa tempat tu boleh jadi tempat rombongan. Haha. Serious, setiap hujung minggu berpuluh-puluh bas express bawak rombongan ke Nilai 3 ni.

Zulfahmi Khairuddin Dah Hafizh Shahrin Abdullah

Aku tak suka sangat sukan motor. Dulu follow jugak F1, lepas tu aku rasa macam tak boleh relate dah. Dan bila ada Malaysian driver pun aku rasa diaorang masuk sebab diaorang ada duit. Bukan based on merit sangat.

Sukan motor GP pun aku ada follow kejap dulu tapi aku stop sebab pada aku macam no point sangat not to mention waktu siaran yang bukanlah sesuai sangat dengan masa kita di Malaysia.

Tapi semalam since dekat Malaysia, aku gagahkan jugak dan ambik kau, nervous yang paling teruk sekali dalam sejarah menengok acara sukan. Sebabnya, ada dua orang rakyat Malaysia yang betul-betul talented berlumba.


Budak Melayu Banting, Zulfahmi dapat no.2 acara Moto 3. Aku rasa machine dia dah bagus dah, maybe sebab nervous kut. Entahlah aku tak rasa diaorang ni ada perasaan takut pun. Dia lead sampai ke lap terakhir, dekat last two turns kut dia kena potong dengan mamat tengah tu. Dia terus jadi overall championlah. Apa-apa pun suka aku tengok diaorang ni race. Memang luruh jantung sebab setiap saat tu ada possibility untuk diaorang jatuh. Haha. Tapi jangan risau, untuk jatuh pun diaorang ada belajar haha.


Ini namanya Hafizh. Dapat no.4, unlike Zulfahmi yang start dekat depan sekali, Hafizh start dekat no 20 lebih kalau tak silap. Umur baru 18 tahun. Ada sekali tu dia dekat depan sekali tapi aku rasa machine dia kurang power kut buat dia tak boleh nak maintain no. 1.


Aku suka gambar ni. Yang cium dia tu ayah dia. Aku respek ayah dia bagi anak dia masuk sukan bahaya dan aku yakinlah ayah dia bangga semalam.

So mat mat rempit sekalian, hang kata hang tera, try masuk trek sekali. Carilah sponsor kalau betul bagus. Ok to be honest aku tak tau sangat procedurenya tapi dekat kampung aku tu sahaja aku rasa ramai je yang talented dan hati kering.

Oh satu cerita lagi, team bola under 21 kita menang Kejohanan Bola Sepak Bawah 21 Tahun Antarabangsa Thanh Nien Piala Newspaper 2012. So memang sangat happylah semalam.

Nasyid Dari Umar Dan Rakan² (Bila Tuhan Tak Ditakuti) Dan Persembahan Lain




Hari Penyampaian Hadiah Tadika Umar

Posing dulu.

Mama tengah bersiap

Umar yang extra bersemangat.
Umar nasyid.

Yang kalau masuk pertandingan confirm Johan. Baguslah cikgu² dia.

Tarian budak 6 tahun.
Drama.
Dikit barat. Comel gila.
Berbaris nak ambik sijil.
Sijil dah habis "Bacalah Anakku".

Sijil "Read Easy". Alhamdulillah 5 tahun dah habis dua-dua.

Saguhati sebab tak dapat no 1-3. Hehe.

Habis. Aku puas hati jugaklah dengan Tadika ni. Ok sekarang pergilah main.

Saya Dan Sejarah Sembahyang Jumaat


Honest punya cerita, takde cover².

Tak tau kenapa benda yang paling aku ingat pasal Sembahyang Jumaat ialah Ustaz aku cakap masa khutbah tak boleh cakap. So masa sekolah rendah dulu kalau kawan aku cakap masa khutbah aku hanya diam sahaja, or bila diaorang tanya soalan memang aku buat blank je lah..

Bila duduk asrama sembahyang Jumaat biasanya dikaitkan dengan tidur masa khutbah. Most of the time. Memang mengantuk, masa form 5 lah biasanya ni. Ada sekali tu aku tertidur masa sembahyang pun ada. Rosak. Yang paling rosak ialah, time sembahyang pergi melepak dengan kawan-kawan, orang balik sembahyang kitaorang pun balik rumah.

Sembahyang Jumaat ni specialnya ada orang yang tak buat sembahyang 5 waktu tapi sembahyang Jumaat buat. Ada yang time sembahyang Jumaat balik rumah tidur, ye masa jahil sikit dulu aku pernah buat. Bukan jahil sebenarnya lebih kepada tau benda salah tapi masih buat sebab malas. Oh, ada jugak yang pergi tengok wayang atau shopping masa orang lain tengah sembahyang Jumaat. Hahaha. Ok ini aku tak pernah buatlah kut.

Alhamdulillah sekarang ni dah lama lah jugak aku stop buat perangai teruk bab² macam ni. Umur pun dah meningkat, anak pun dah dua.

Satu sifat aku ialah aku tak suka tukar masjid. Aku selesa dengan satu masjid sahaja. Kalau Jumaat cuti, aku sanggup datang ke arah Semenyih ni untuk sembahyang dekat masjid yang selalu Sembahyang Jumaat masa hari kerja. Kalau andai kata ada hal terpaksa pergi KL, aku prefer Masjid Jamek kut sebab dekat dengan LRT.

Apa-apa pun aku rasa khutbah pada zaman sekarang perlu lebih kreatif sebab biasanya khutbah tu isinya di ulang-ulang dari zaman aku kecik dulu, yang kita semua dah faham, patuh, yang dah disemai dalam hati dan kalau nak diberitahu pun khutbah tu tu maybe pada orang-orang yang tengah tengok wayang, balik rumah tidur atau pergi shopping masa khutbah tu di baca. If you know what I mean.

Hip-Hoppin' Asia



In case orang tak tau aku adalah seorang peminat music rap dari eh since foreverlah kut, dari kecik lagi. Aku hanya suka music rap tapi aku takdelah sampai dress up macam rapper or guna fancy handshake kalau jumpa orang. Aku manusia normal, suka music rap dan beranak dua.

Sekarang ni Joe Flizzow dan DJ Cza ada buat travel show pasal Hip Hop in Asia dinamakan Hip-Hoppin' Asia. Diaorang pergi beberapa buah negara untuk jumpa rapper di sana dan akan dengarlah cerita diaorang-diaorang ni. Simple je interview tapi somehow aku betul-betul minat nak tengok. Dia macam bukak mata kau pun ada. Dengar rappers ni punya struggle dan perjuangan, dan jugak sejarah nak jadi rappper tu.

Aku tau orang akan relatekan hip hop dengan negativity tapi itu depends pada rapper tu sendiri jugaklah. Apa-apa pun dalam Hip-Hoppin' Asia ni aku suka, suka everything kut. Takpelah, korang tengok je lah. Aku selama ni takdelah tengok tv sangat selain bola dan Masterchef, sekarang ni bolehla tambah cerita ni. Every Khamis di 8TV, 9.30pm - 10.30pm. Aku rasa aku minat show ni sebab shot and editing dia pun menarik jugaklah.

Malam tadi betul-betul buat aku kagum bila Joe tengah nyanyi lagu Who Do It Better ada mamat Bandung ni nyanyi sekali dan bila Joe pass mic dekat dia amazingly dia boleh rap sebijik macam Altimet. Haha. Thanks to Youtubelah kut.


Titled Hip-Hoppin' Asia, it comes on air at 9.30pm every Thursday.

The show touted as Malaysia's first 'hip-hop travel show' covering Asia has Joe of Too Phat take viewers on a journey to various travel destinations.

While Joe explores interesting cultural spots in Asian cities, he mainly introduces viewers to musicians, especially hip-hoppers who live and work in these cities.

Joe learns how others define the hip-hop experience and share their love of this musical genre.
Joe says: “Covering Thailand, Taiwan, the Philippines, Japan, Hong Kong and India among others, I find the best places to see, best people to meet, best things to do and best hip-hop experiences Asia has to offer.”
“It is my first travelog and it's close to my heart because I love visiting new places.

“It introduces creative people from each city and show viewers a different side of these cities.”

The show's first episode screened yesterday saw Joe visit Hong Kong and meet Heart Grey, the first Chinese beat-boxer to be internationally recognised, with more than three million views on You Tube. 
Joe launched the new programme at a viewing session in Rootz Restaurant, Lot 10, Jalan Sultan Ismail here yesterday.

8tv and ntv7 group general manager Airin Zainul said they were certain that the programme would serve as one of 8tv's many groundbreaking creations.

Jenayah 2012



Tahun 2012 ni jenayah dah up to another level. Kalau dulu setakat ragut dan rompak je sekarang dah ada kes curi baju, susu formula masuk dalam kain. Sampai aku nak beli susu sikit punya susah kawalannya. Video atas tu satu family masuk Al-Ikhsan curi baju.

Dalam sebulan dua bulan lepas aku baca ada budak ni kerja cashier bawak lari duit 4 ribu dari Petronas dan itu bukan kes pertama.

Dan semalam, aku pun tak pasti benda ini sahih ke tak tapi aku terbaca ada seorang ni berlagak ustaz kahwin sampai 11 kali. Kahwin dengan orang jenis berpurdah, ustazah pun ada dengar ceritanya. Lepas habis duit perempuan tu dia blah. Ada anak ke takde anak ke dia tinggalkan je. Ini pada aku memang gila. Aniaya hidup perempuan tu. Selain tu dia menipu orang lain dalam bab duit semualah. Konon buat pakej hajilah, umrahlah, apalah.

Ini semua kerja orang sakit ni. Takde hati perut langsung. Dan the worst part is dia guna agama untuk menipu. Bila benda-benda macam ni jadi kita biasanya jadi paranoid. Contoh, kalau orang mintak derma tu kita tak pasti betul ke tidak. Baik derma pada tempat yang kita tau sampai. Macam sedekah masjid or belanja anak yatim makan ke kalau nak buat pahala kan? Belum lagi kes orang masuk Islam lepas tu mintak bantuan. Masuk Islam tiga empat kali dekat beberapa kariah berbeza. Konon baru masuk Islam boleh mintak derma.

Nasib kita sedikit baik ialah sekarang ni zaman internet, senang dapat information. Berita (betul atau tidak) laju je tersebar. 

Semoga keluarga kita tak terjebak benda-benda macam ni. Amin.

Saya Dan Student

Kerja aku banyak deal dengan student, biasanya masa awal semester mesti sehari berpuluh-puluh orang akan datang jumpa kalau ada masalah dengan online learning.

Student ni datang dari pelbagai negaralah. Aku ada masalah bila bab student-student yang datang ni busuk. Busuk bau badan, busuk bau mulut. Aku pening. Kalau yang tahap macam hanyir tu aku kadang-kadang nak muntah pun ada. Tak perlulah aku mention diaorang dari negara mana. Tapi memang aku rasa bangun tidur ambik bag terus pergi kelas punya jenis. Dahla suka cakap dekat² rapat². Kalau perempuan tu aku pulak rasa segan.

Ada jugak student yang elok. Macam African, diaorang pakai perfume. So senanglah aku nak bekerjasama. Malaysian pun sama, especially Melayu, wangi, bersih, kemas.

Tapi yang paling hebat adalah student Kazakhstan. Senang cakap student perempuan Kazakhstan. Make up,  very well dressed, wangi, cantik, tinggi. Hahaha. So bayangkan bila aku tengah pening dengan bau hanyir tetiba student macam ni datang. Mestilah aku akan perasankan? Pembawa sinar di kala aku dalam kegelapan. Hari tu ada this one particular student yang kawan aku cakap macam model datang awal sekali satu hari tu. Dan ada satu masa tu last sekali datang. Macam mula kerja dan akhiri kerja dengan baguslah. Dan everytime dia datang staff lelaki akan senyum dengan each other. Aku rasa korang boleh imaginelah macamana keadaannya. Normallahkan.

Tadi dia datang pasal masalah lain dan jumpa kawan aku, tapi masa on the way masuk tu dia lambai aku sambil tersenyum dan cakap.. "Hello..." Aku pun balas balik dengan senyuman jugak "Hi..."

Ternyata aku tidak bertepuk sebelah tangan. Wassalamun...

YANG SEBENARNYA

SEBENARNYA AKU DAH BOSAN KERJA SINI!! TAPI KERJA LAIN YANG SESUAI TAKDE PULAK!! SO AKU STUCK! NAK BUKAK KEDAI DOBI TAKDE MODAL PULAK HAHAHAHAHAHAH.

Pantang


Aku tak suka betul kalau orang sibuk tengok² monitor computer aku lepas tu sibuk check out aku tengah buat apa. Lepas tu andai kata aku tengok Youtube ke baca paper ke sibuk nak komen-komen. Aku memang pantanglah sebenarnya.

Lagi satu orang yang tak rapat dengan aku sibuk komen apa yang aku pakai, perghh memang aku rasa nak lepuk.

Pasang Surut

Ada masa kita gembira, ada masa kita sedih. Ada masa kita berasa ada di puncak, ada masa kita down.

Sekarang aku tengah down. Hahahaha.

Bayangan Gila

Aku selalu terbayang aku nampak peragut lepas tu aku sepak motor diaorang sampai diaorang jatuh dan kalau parang dia terpelanting aku ambik dan aku libas diaorang sampai putus tangan.

Tak tau korang perasan atau tidak, dalam paper sekarang banyak sangat cerita jenayah. Orang nak cari duit dengan cara senang.

Multi-purpose Insurans (MPIB) Run



Ok aku dah register, jomlah join sekali. Korang semua pun tau aku ni beginner kan? So boleh gang. Date dia 6th January, ada banyak masa nak training. Full info boleh dapat kat sini (sila click):  

Register awal supaya at least sepanjang nak habiskan tahun ni adalah reason aku nak bersenam.

Nike We Run KL 2012 Results (D-Tag)



Hahahaha, nasib baik tak last. Ada beberapa alasan time macam ni tapi tak payahlah nak tulis kut. Nak kena buang 20 minit untuk dapat larian yang tak memalukan sangat. Not a bad start lah kut untuk beginner macam aku. Tapi tak surelah berapa ramai kategori Male over 25 ni, macam sikit je aku tengok, agaknya aku memang last kategori aku. Hahaha.

Link to check your D-Tag: http://www.facebook.com/NikeRunningMY/app_278173448954767

Hidup Yang Paling Best

Aku rasa hidup ni tak payah kaya raya sangat. Setakat boleh beli barang yang dikehendaki dan makan apa yang dikehendaki bila bila masa cukuplah kut.

Dan yang paling penting sihat!

I Ran KL 2012. 10KM.

Oklah, tamatlah sudah We Run KL 2012. Ramai orang marah pasal badly organised tapi pada aku ok je lah. Aku masuk sebab nak sihatkan badan je unlike some people yang betul-betul serious runner nak menang dan kutuk-kutuk orang berjalan lah apalah. Aku takdelah sampai last, kira golongan pertengahanlah. Dengar cerita 15K yang masuknya.

Diaorang bising pasal masalah simpan dan ambik bag, aku bawak pouch pinggang tu letak ic, medical card, dan duit sikit, tak bawak wallet. Orang lain maybe datang dari jauh, so maybe sebab itu kena bawak bag semua. Ada cakap diaorang kena tunggu 2 jam untuk ambik bag. Aku spend dalam 20 minit je kut lepas habis tu untuk makan pisang, minum dan ambik finisher tee. Diaorang ada buat konsert tapi senja-senja tu pada aku merepek jugak kut. Apa-apa pun good experience dan aku nak cari coach yang boleh buat aku lari 10km under 50 minit. Or maybe aku boleh sebenarnya tapi aku tak push diri.

Dari Keramat, banyak advantagenya kawin dengan orang KL (dekat dengan tempat kerja, dekat dengan segala)

Best partnya, bila jumpa orang lain pakai baju sama dalam LRT. Good marketinglah sebenarnya untuk Nike.

15000 orang.

Aku tak ambik gambar masa lari. Masa dah habis pun aku takde ambik gambar sebab dah nak gelap.  Ni on the way nak pergi Majid Jamek. 

Aku naik LRT je dari Setiawangsa, ini nak balik ke sana baliklah.

Inilah hadiah habis. Finisher tee, cantik jugak.
Kesimpulannya, kalau nak masuk run, masuk dengan kawan-kawanlah senang, fun dan seronok. Dan masuk run yang participantnya sikit je kut sebab bila ramai macam ni nak lari pun tak boleh. Apa-apa pun next run aku bulan 1 nanti, belum register pun lagi. Sekarang nak buat badan dulu.

Persaingan

Umar baru habis ujian, dan since ujian yang lepas dia dapat no.1 aku macam berharaplah dia masih kekalkan. Siap niat dalam hati nak belikan dia game hulk untuk phone tu boleh main masa cuti sekolah nanti, harga mahal sikitlah RM20++ itu pasal dia jadi macam benda special.

So hari tu aku pun tanyalah Pengetua dia Umar macamana exam, dan dia jawab. "Tak pastilah tapi dia bukan toplah, bukan no 1 - 3". Walaupun aku tau tak patut aku serious sangat hal tu sebab dia masih kecik lagi tapi aku agak disappointed dan sedih jugak sebenarnya.

Semalam dia tunjuk kertas periksa dia. Dia dapat no.4. Ada 6 paper. Dan dalam semua paper tu dia hanya salah satu soalan. SALAH SATU SOALAN OUT OF 6 PAPERS!! So maknanya no 1 sampai no 3 mesti betul 100%. So aku jadi relax sikitlah cuma aku terfikir.

GILA BETUL PERSAINGANNYA BUDAK-BUDAK ZAMAN SEKARANG!! 

Dan aku yakin situasi macam ni ada kat mana-mana. Dapat nombor 25 pun bukan semestinya teruk.

Mungkin aku patut start bukak business macam kedai dobi ke apa dan wariskan pada anak-anak aku nanti. Macam susah je nak jadi engineer kalau gaya macam ni.

Bekal Di Office Bersama Rakan-rakan.

"Esok saya masak lemak ikan rebus + belimbing as bekal for lunch. Kalau nak join sila bawak bekal nasi esok"

Bila kakak office aku offer macam tu di saat dah 3 hari berdiet takkanlah aku nak tolakkan? Aku suka ikan masak lemak. In return aku offer bawak telur dadar dengan ikan masin. Senang aku nak buat sendiri pagi-pagi. Oh sebab apa dia sms aku? Sebab dulu dia bagi recipe ikan ni, nak bagi aku merasalah kut. Ada kakak sorang lagi ni join tapi since dia join lambat aku tak merasa lauk dia. Time tu aku dah habis makan. Pada aku bagus jugak kalau buat kongsi lauk macam ni. Tapi kalau lauk berat² aku kena mintak tolong Lizalah.

Ikan rebus yang telah digoreng dahulu di masak lemak.

Ikan masin dan telur.

Kenyang, aku siap bawak kicap kalau makan nasi tanpa kicap tak lengkap lah bagi aku.

So aku pun makanlah dengan bersungguh² sampai habis nasi. Haha. Tapi tak boleh selalu nanti sampai bila pun tak kurus.

Pit Cooking Di Morocco

Masa zaman Mawi popular dulu ada rancangan dia pergi Morocco makan lamb yang dimasak dalam tanah. Dan semenjak hari tu aku teringinlah sangat nak makan benda yang sama.



Takde contest percutian ke Morocco ke? By the way nama ni pit cooking. Letak  bara api lepas tu letak seekor kambing dalam tanah, tutup. Yang dekat cerita Mawi tu atasnya pun letak api. Kalau aku nak buat kat rumah macam adventurous sangatlah pulak rupanya. Unlesslah kalau aku boleh dapat original recipe dari orang Morocco tu.

We Run KL 2012 Race Pack

Aku sangat happy hari ini sebab race pack yang kawan aku courierkan dah sampai. Terima kasih banyak, really appreciate it. Kira buat lagi semangat nak masuk run yang lain pun ada. Tapi masalah aku ni satu jelah, limited to KL atau kawasan yang dekat dengan LRT. Ok, ini barang-barang yang ada.

Bagnya.
Race info, Dtag, Vouchers. Aku takde wrist band untuk dapatkan finisher tee macam sesetengah orang tapi Nike dah confirm kan dengan aku yang aku akan dapat as long as habis within time limit. Ramai jugak yang tak dapat.
Botol air, happy aku dapat ni.
Bajunya. Sebab ramai orang mengamuk tak dapat register aku sangat bangga ada tshirt ni. 

So selain Sero ada sesiapa lagi pergi? Kalau terserempak tegurlah ye?