Wednesday, October 03, 2012

Kain Dalam



Aku tak pasti sekarang orang pakai kain dalam secara hebat ataupun tidak semasa pakai baju kurung tapi pada aku kain dalam adalah satu benda yang agak penting jugak untuk orang perempuan, unless diaorang pasti yang diaorang takkan berdiri depan cahaya dan berada di kawasan berisiko dan mungkin juga diaorang tak kisah.

Bukan apa, masa nak balik kampung hari tu di Restoran Jejantas Sungai Buloh dalam cahaya senja aku nampak sorang perempuan ni pakai baju kurung berdiri menghadap cahaya matahari dan aku ternampaklah kaki dia. Oh unless memang itu tujuan dia nak menggoda aku, aku rasa sukahatilah dialah kut.

Lagi satu soalan, andai kata kalau benda macam tu terjadi pada korang, or butang shirt terbukak sampai nampak bra, agak² korang malu tak kalau aku bagitau? Atau korang akan berterima kasih? Atau korang akan cakap. "I buat ni on purpose sebab nak goda you lah, bosan betullah you ni!!"

9 comments:

kucingorengemok said...

pernah dapat jawapan macam tu 2x bila tegur butang terbukak, rasa nak terajang pun ada :| (tapi dia orang tak kata nak goda saya)

Nor Azlina Yusof said...

hi KOG..rupanya kita ada share kawan jugak ya...hahahhaha..Pizli aku la x pakai kain dalam..kalau pakai yg kain jarang..saruk legging ja...tapi nk lagi senang pakai seluar slack gi kija lah...

scabbers said...

Tidak lama dahulu, akulah manusia yg paling tak suka pakai kain dalam. Skang ni, kain dalam tu mcm best friend. Kalau ternampak yg tak patut pada aku, kau perlu tegur. Malu, tapi aku akan berterimakasih.

Pizli Mat Wazip said...

K.O.G - Saya kena jeling sebab dia memang bukak butang shirt sebab nak tunjuk pusat bertindik hehe.

Azlina - Bagus jugak idea tu. Ini lebih pada baju kurunglah aku cakap ni.

scabbers - Kenapalah aku tak duduk dekat kau dulu²?

Kesuma Angsana said...

suka N3 ni ! teringat pakai benda alahni zaman dolu2 hehe

Ais yaya said...

Teima kasihlah sama-sama mengingatkan. saya pun sedar sekarang ini kaum sejenis dah tak pandai pakai kain dalam. kalau pakai legging tu tetap nampak seksi terutama bila pakai baju zaman sekarang ni chiffon.

Ais yaya said...

Kalau pakai kain lapisan dalam ok juga contohnya pakai kain dua lapis. satu luar, dan satu yang bahagian dalam. kalau pakai seluar palazo bahagian dalam kain tak apa juga, kalu pakai legging nampak macam betis kain jugak.

Ais yaya said...

Rakan yang tak berani saya nak tegur pakai jubah chiffon dah tu berdiri kawasan cahaya, nampak semua dari pinggag ke bawah. kalau pakai baju kurung masih ok lah sikit je lagi sebab bahagian pingging hingga lutut tertutup dgn labuh baju.Teguran ini untuk kebaikkan senua

Anonymous said...

kalau dia pakai kain dalam terbelah lak mcm mana?kain dlm terbelah sampai peha sbb dia pakai baju kebaya kain terbelah.