Kamu Dan Pelayan Restoran

Pagi tadi aku ada tengok satu couple ni aku rasa lebih lima kali panggil pelayan restoran mamak untuk mintak itu ini complaint itu ini. Dan ada lagi satu couple masuk, order dan minum tanpa apa-apa cerita.

Buat aku teringat pasal seorang artis ni yang akan mintak dia dilayan macam raja di kedai makan atas dasar dia customer dan akan mengamuk kalau benda tak kena.

Aku tau ada orang yang macam tu, dan ada yang tak kisah apa pun. Aku rasa dua-dua tak salahlah kut sebab kita customer. Kita boleh mintak apa yang kita nak sebab kita bayar.

Macam aku, aku jenis takdelah kisah sangat, kalau order air salah pun aku boleh terima.

Iklan Untuk Jersi Man Utd

Kalau korang nampak ada iklan di post2 sebelum ini adalah kerana aku ingin mencari rezeki lebih untuk membeli jersi away Man Utd original. Kalau minat barang yang aku iklankan tu belilah, tak minat abaikan jelah.

Saya Dan Politik

Aku taknak tukar government kepada pembangkang tapi aku nak government sekarang berubah. Sebenar-benarnya dua-dua pun ada benda aku tak suka. Berita aku dah tengok sebab aku tau one sided. Newspaper aku tak baca pasal politik dan kebaikan sebab one sided jugak.

Maybe aku patut buat party sendiri dan mintak fund from Soros hahaha. Buat parti yang boleh bagi semua orang happy. Or 95% orang happy at least. Anyway, pada umur 31 tahun inilah kali pertama aku baru nak mengundi. Masalahnya time aku beria nak mengundi ni lambat pulak General Electionnya.

Aku tau tak kira lah parti mana-mana pun mesti ada seseorang yang masuk untuk mengubah party-party ni dari dalam kepada disukai semua manusia di Malaysia macam parti yang aku nak buat tu tapi aku yakin semuanya fail dan end up terikut rentak parti. Dan jadilah macam sekarang berbelah bahagi dan kalau dalam internet tu macam nak berbunuh pun ada aku tengok.

By the way undi aku boleh dibeli, aku akan jual to the highest bidder. Lelong, lelong... Lelong, lelong...

Saya Dan Fly FM Stripped

Aku suka dengar music. Masa kerja memang pakai headphone, untuk focus. Lebih-lebih lagi kalau ada officemate yang jenis sembang kuat-kuat, gelak-gelak. Aku senang rimas. Pada aku kalau dah 3,4 orang nak discuss masuklah bilik meeting dari discuss dekat meja lama-lama.

Anyway, aku dah malas nak download lagu sekarang ni. Aku hanya bukak Youtube, dengar lagu tak tengok video. Kalau yang jenis ada playlist tu lagi menarik. Dia akan play lagu-lagu continuously. Baru-baru ni aku jumpa FlyFM Stripped, penyanyi-penyanyi tempatan nyanyi. Banyak acousticlah. Dan percayalah ramai betul artis Malaysia ni yang berbakat.

Ni link ke playlist tu: http://www.youtube.com/watch?v=8Q1z8_MQrDA&feature=bf_prev&list=PLB3126FEEEF54A26F

Dan ini antara yang aku suka.

Mimpi

Aku mimpi setiap hari, boleh cakap setiap kali tidur. Dan mimpi aku biasanya memang sangat dramatik dan eventful. Aku tak taulah aku ni manusia jenis macamana tapi memang macam itulah aku. Dan aku juga bercakap dalam tidur. Bercakap dalam tidur biasanya pasal benda yang jadi siang hari. Tapi masalah aku ialah aku tak mimpi pasal benda siang hari yang jadi tu. Complicated betul. Tapi nasib baiklah apa yang aku mimpi aku dapat lupakan sebaik terjaga. Takdelah terfikir². Kalau terfikir pun termimpi pasal awek cun yang aku tak pernah jumpa tapi datang dalam mimpi adalah. Tapi sebab dah kahwin aku fikir dalam 20 saat je. Hahaha.

Dua malam lepas aku mimpi aku dalam satu gang orang jahat. Tetiba aku dah tak tahan nak buat jahat aku nak lari dari gang tu. Or maybe sebab aku dah penat nak melayan mimpi aku nak bangun. Tetiba masa aku diam-diam nak lari tu ada perempuan nama Ashley nak ikut sekali. Lepas tu kitaorang pun lari sampai aku terbangun.

Malam tadi pulak aku mimpi aku berlumba duathlon kut. Mula-mula lari lepas tu baru naik basikal, masa nak naik basikal aku kena pakai baju lain dan baju lain aku ada bawah bukit. Aku berlari laju gila nak ambik baju tu sambil turun bukit. Nasib baik tak jatuh.

Merepek. Walaubagaimanapun dengan mimpi² ni aku harap calori yang dibakar masa aku tidur extra sikitlah dari orang yang tidur takde mimpi.

Kaya

Sebenarnya dekat Malaysia bahaya untuk kau setakat jadi kaya. Kau kena jadi "kaya raya" baru hidup kau happy dan yang penting, selamat. Contohlahkan, andai kau setakat lebih senang sikit dari orang-orang di sekeliling engkau, hidup kau dah jadi bahaya. Kalau sepuluh orang di lorong rumah kau pakai kereta tempatan perompak akan target dekat sebuah rumah yang pakai kereta import. Begitu jugak kalau rumah kau dari luar cantik.

Aku selalu cakap kat Liza, rumah kita kat luar ni biar macam tu je lah, biar nampak buruk. Takde jadi target.

Tapi kalau  kau kaya raya, korang boleh beli rumah di Damansara yang harga RM2 juta, Gated siap ada security. Ha macam tu barulah happy dan perompak pun takut.

Walk Run Run


Ini acara yang aku dah register dan InsyaAllah akan masuk. Sebulan sekali tapi bulan February takde lagi. Kalau takde jugak aku nak pergi panjat bukit la kut. 

Saya Dan Harimau Malaya

Siapa yang kenal aku tau yang aku memang fanatik penyokong team Malaysia. Kalah pun aku sokong tak pernahnya aku nak kutuk. Dalam forum bergaduh-gaduh aku mempertahankan team Malaysia.Tapi pada tahun ini aku dah start kutuk sebab buat kali pertamanya dalam sejarah hidup aku ada ramai player dalam Malaysia ini yang bagus. Tapi tak dipilih masuk dalam team pun.

Dulu aku tau, Khalid Jamlus and Saravanan adalah the best pada masa itu. Takde player lain yang lagi bagus. Begitu jugak dengan player lain. Itu je player yang kita ada. Memang dah tak boleh pergi jauh. Tapi sekarang tidak, punyalah ramai player yang lebih bagus tapi player kesayangan si Rajagobal itu jugak yang diambik.

Bukan orang tak cakap tapi bila orang tegur dia bodoh sombong, cakap dia kenal pemain dia. Dan aku yakin jugak player ni dah kaya dan dah famous jadi besar kepala sikit. Atau mungkin pressure sebagai juara bertahan pun boleh jadi.

Apa-apa pun ada dua games lagi, dah harapnya mereka akan prove me wrong.

15 Sebab Untuk Berlari

Diambil dari Kevin Zahri.

Aku berlari sekarang sebab aku dah tak main bola, dah jadi anti sosial sikit sekarang ni.

Anda Ingin Membeli Barang Dari US Dengan Harga Discount?

My Sale, straight from US dengan harga discount, shipping RM30, top brands, original. Anda berminat? Kalau berminat sila register -DI SINI-

Lauk Special

Lauk daging salai masak lemak cili padi ni special pada aku sebab recipe dia dapat dari mak kawan aku. So everytime buat ni biasanya aku yang akan sediakan bahan-bahan semua. Potong semua, tumbuk cili padi semua dan pass kat Liza untuk execute. Aku rasa bertanggungjawab sebab aku yang dapatkan recipe ni haha.

Sebab special masaknya tak selalulah. 3 bulan sekali kut.

Sebenarnya Aku Yang Suka

Bila membeli mainan untuk anak biasanya aku akan beli mainan yang aku suka.

Suka di sini bermaksud aku pun boleh main sama.

Remind Me Words of Islam


Social media pada zaman sekarang ni boleh dikatakan digunakan dengan sangat meluas. Dan digunakan untuk pelbagai benda. Mungkin ada yang guna untuk mempromosi business atau menjual barang. Ada juga yang menggunakan untuk berkongsi maklumat dan macam-macam lagilah.


Aku beruntung sebab circle of friends aku adalah orang-orang yang bagus. Dan ada seorang kawan aku ini kreatif. Macam biasa aku akan share benda yang elok di blog ini so bare with me. Kawan aku ada buat satu Facebook Page bertajuk Remind Me Words of Islam. (Sila Click & Like Kalau Mahu).


Di facebook page ini dia ada design pesanan-pesanan, ayat-ayat berkenaan ibadah, doa, sabda Rasullullah, macam-macamlah dan pasal Islam sendiri. Dan ianya dibuat dalam format yang cantik dan ringkas dan yang penting kita tak perlu habis banyak masa untuk baca. Message yang baik sampai pada kita dalam less than 60 seconds.


Dan seingat aku dia tak pernah fail update. Hari-hari ada. Kalau korang ingat dulu aku pernah tulis pasal ada orang cuba nak sampaikan pesanan atau benda baik tapi process nak menyampaikan pesanan tu rumit dan mengambil masa lama so orang stop, malas nak ambik tau sebab bosan. Itu memang nature manusia, kebanyakan manusia I mean, bukan semualah.


So sekarang takde alasan lagi. Kalau bukan untuk kita pun masa dia share tu kita share jelah gambar dia dan apa message yang cuba disampaikan tu akan sampai ke kawan-kawan kita pulak dan lepas tu kawan-kawan kita share lagi akan tersampailah secara meluas. Use your imagination je lah. Macam wabak berjangkit yang merebak. Tapi in a very good way.


Aku takde masa nak buat macam dia, so dapat share dekat blog ni pun aku dah puas hati. To be honest aku jealous dia gunakan kreativiti dia untuk benda macam ini unlike aku hari tu buat video nyanyi lagu. Haha.

Remind Me Words of Islam

What your biggest fear is and how it affects your life?

Apakah benda yang paling menakutkan untuk anda dan bagaimanakah ianya memberi kesan kepada kehidupan anda?

Secara jujur saya sangat takut kepada tempat tinggi dan air yang dalam. Dan perasaan takut ini menjadi lebih teruk apabila dua benda ini digabungkan. Sebagai contoh berjalan di atas jambatan yang mana di bawahnya sungai yang dalam. Lebih-lebih lagi kalau jambatan itu sempit dan tidak kukuh.

Dua perkara yang menakutkan ini membuatkan saya kurang mengikuti aktivti-aktiviti pengembaraan atau aktiviti lasak seperti kawan-kawan saya yang lain. Saya tidak dapat membayangkan kalau ada aktiviti di mana saya perlu berjalan di atas titi gantung atau merentas batang pokok semasa menyeberang sungai. Dan di atas sebab ini juga saya tidak pernah membawa keluarga saya berkelah di sungai atau laut. Jika kami pergi ke laut pun saya akan pastikan yang kami hanya duduk di tepi pantai sekejap sahaja.

Walaubagaimanapun saya berharap satu hari nanti saya dapat mengatasi ketakutan atau fobia saya ini. Saya sangat berkeinginan untuk berani dalam segala benda dan tidak takut kepada apa-apa cabaran.


Mengikut perkembangan di internet saya diberitahu bahawa  Astro’s Fear Factor Malaysia akan mula ditayangkan di Astro mulai December ini. Rancangan ini akan di hoskan oleh Aaron Aziz dan disertai oleh; antaranya Dafi, Arja Lee, Elfira Loy, Roslan Shah, Kaka Ashraff, Ezlynn, Johan Ashaari, Jehan Miskin, Celina Khor, Ammar, Atu Raja Lawak, Alam Wakaka Crew, Ajak Shiro, Dazrin, Hairul, Farish Aziz, Akim, Azam Pitt, Nik Michael, Arthur, Zoey, Dr Faiz, Gambit Saifullah, Azri, Zawen, Hafizul, Fairul, Didie Alias, Isham, Iz OIAM dan Yassin.


Saya berpendapat mereka sangat beruntung kerana mereka dapat menguji tahap kecekalan dan keberanian mereka di dalam rancangan Fear Factor dan saya yakin ujian yang diberi semestinya sehebat rancangan Fear Factor USA dan Malaysia. Saya juga yakin semua selebriti akan bersaing secara sengit.

Saya merasakan bahawa Jehan Miskin bakal menjuarai rancangan ini kerana dari yang saya baca saya tahu beliau seorang yang aktif dan berani. Tapi mereka yang dapat mengatasi ketakutan pasti menjadi juara kerana saya yakin Jehan Miskin sendiri mesti ada takutkan sesuatu. By the way post ini ditulis untuk contest di Nuffnang. Sila click llink di bawah untuk maklumat lebih lanjut.

Pilihan

Berbalik pada boikot memboikot dan orang boikot tak lama sebab takde pilihan. Aku kadang-kadang terfikir kenapa takde orang nak ambik peluang. Boikot Starbucks tetiba ada orang Melayu Islam bukak kedai minum kopi jugak, setanding, sesedap. Begitu jugak McDonalds. Buatlah properly. Sekali lagi aku cakap, aku tak pasti relevan ke kita nak boikot dekat Malaysia ni? Betul ke?

Point aku di sini cumala kenapa orang taknak mengambil kesempatan.

Bukan apa, sekarang adalah jugak alternatif tapi kalau korang perasan diaorang macam tak berapa ambitious. Bukak warung je. Ye aku tau sebab duit dan modal tapi cubalah usahakan. Oklah aku taknak cakap pasal modal, rumit, dan aku rasa sebab rumit orang susah nak buat.

Kalau korang ingat dulu ada gerai jambu apa ntah. Sorang bukak, 500 orang bukak dalam kawasan berdekatan. Sekarang ni orang berniaga burger bakar. Satu bukak, beratus kedai lagi bukak. Benda sama. Berlawan-lawan. Boleh nak bukak benda sama tapi janganlah jarak dia 300 meter antara satu sama lain.

Kalau korang ada baca di Mekah pun ada Starbucks dan baru-baru ni bukak kedai Paris Hilton. Orang bising, marah. Arab yang tak sensitif ni satulah tapi bayangkan kalau ada products yang setaraf dari orang Islam, maybe diaorang yang boleh berniaga dan compete di situ. Barulah orang tak bising.

Aku masih mencari recipe pure nasi kandar yang power untuk aku bukak kedai makan. Tapi orang Melayu berniaga pun ada risiko jugak, ilmu hitamlah, apalah.

Saya, Isteri Dan Vouchers

Liza suka buat online survey untuk mengisi masa lapang. Dan dengan buat online survey ni dia ada dapat vouchers. KFC lah, Jusco lah. Amountnya takdelah banyak tapi seronoklah ada dapat benda. Bukan nak kena pergi ambik pun, diaorang post ke rumah.


Baru-baru ni aku ada buat survey dan dapat RM20 Lazada vouchers. Memandangkan 20 ringgit tak boleh beli gadget, aku beli buku dan makanan kucing untuk Kecik. Hehe. By the way makanan kucing ni diaorang hantar elok-elok dalam kotak. Semalam order, hari ni dah sampai. Buku tak sampai lagilah.

Umar Dan Kecik

Aku suka kucing tapi mestilah aku suka kucing yang comel, yang gemuk dan yang cantik. Baru syok nak main², peluk². Tapi sekarang aku ada bagi makan kucing Malaysia yang buruk gila dari dia kecik sampai dah besar sikit sekarang ni. Aku memang takdelah nak main dengan dia sangat. Kalau dia gesek² dekat kaki memang aku tolak je.


Tapi Umar tidak, dia sayang betul kucing buruk ni. Siap peluk². Ada sekor lagi anak kucing orang sebelah yang comel pun dia taknak main. Jujur betul dia sayang kucing dia. Hahaha. Benda paling lawak sebelum pergi sekolah siap cakap.. "Eh kejap mama, nak pergi pegang Kecik (nama kucing dia) kejap." Hahahaha. Pagi tadi siap lambai² dekat kucing ni.

Tapi aku selalu pesan kat Kecik ni, nanti pergilah mengorat kucing-kucing jantan berbaka elok yang banyak gila area rumah aku tu. Kalau dia pregnant nanti memang aku bela dia dalam rumah, dan kalau anak-anak comel dan berbaka aku akan bela properly. Tapi kalau yang lahir buruk jugak aku pergi hantar semua dekat pasar. Wahahaha.

(aku harap korang tau aku bergurau)

Baitul Maqdis Adalah Sejarah & Masa Depan Ummah

Baitul Maqdis Adalah Sejarah Dan Masa Depan Ummah

Baitul Maqdis adalah terlalu suci buat umat Islam. Ia merupakan salah satu daripada tiga tempat yang paling suci dalam Islam. Baitul Maqdis digelar Al-Quds Ash-Sharif (Tempat Yang Suci).

Dalam usaha untuk memahami kesucian Bandar ini, seseorang itu perlu memahami struktur iman di dalam Islam.

Terdapat tiga prinsip asas:
  • Percaya bahawa tiada Tuhan yang berhak disembah kecuali Allah (Tauhid).

  • Percaya bahawa petunjuk Ilahi disampaikan menerusi rasul-rasul dan nabi-nabiNya yang terpilih (Risalah).

  • Percaya bahawa wujudnya kehidupan selepas mati (akhirat), Hari pembalasan dan Syurga serta Neraka.

Prinsip yang kedua mempunyai hubungan langsung dengan kecintaan dan komitmen kita terhadap Baitul Maqdis.

Kedudukan Baitul Maqdis dalam Aqidah Islam

Islam mengiktiraf semua rasul dan utusan Allah swt. Nama-nama mereka banyak disebut di dalam Al-Quran. Kisah dan ajaran yang mereka bawa diceritakan di dalam kitab suci umat Islam ini. Menurut ajaran Islam, Ibrahim (Abraham), Musa (Moses), Dawud (David), Sulayman (Solomon), Zakariyah (Zachariah), Yahya (John the Baptist) dan Isa (Jesus) - alaihissalam (a.s) - adalah di antara nabi-nabi dan utusan yang dimuliakan Allah swt.

Yahudi dan Kristian juga mengiktiraf Nabi Dawud a.s dan Nabi Sulayman a.s sebagai raja dan pemimpin yang hebat di zaman Israel kuno.

Di dalam Islam, kedua-dua orang nabi ini adalah utusan yang dimuliakan oleh Allah untuk membawa risalahNya. Al-Quran bukan sahaja mencerikatan kisah-kisah mereka tetapi juga menjaga maruah mereka dengan menghapuskan beberapa penghinaan dan kecaman yang dibuat oleh umat terdahulu terhadap mereka.

Nabi Dawud a.s dituduh melakukan zina di dalam kitab Injil (2 Samuel: 11-12) dan Nabi Sulayman a.s dituduh melakukan penyembahan berhala (1 King: 11). Al-Quran menangkis semua dakwaan yang dikenakan terhadap kedua-duanya. (Al-Qasas: 21-25; Saad: 30). Ini menunjukkan bahawa Nabi Dawud a.s dan Nabi Sulayman a.s lebih dihormati di dalam Islam berbanding tradisi masyarakat Yahudi dan Kristian. Memandangkan bandar Baitul Maqdis dikaitkan oleh sejarah dengan nabi-nabi yang diutus oleh Allah swt, maka ia secara tabi'inya turut menjadi bandar yang suci buat umat Islam. Islam menganggap ianya sebagai penerusan kepada iman dan etika yang sama seperti yang diasaskan oleh nabi-nabi terdahulu. Menurut prinsip sejarah dan teologi, Islam merupakan pewaris sebenar kepada tradisi nabi-nabi dan utusan Allah swt yang terdahulu. Atas alasan inilah, Al-Quran membuat seruan untuk Palestin - tanah yang dikaitkan dengan kehidupan ramai nabi-nabi - "Al-Ard Al-Muqaddasah" (Tanah yang Suci) (Al-Ma'idah:21) dan menggelarkan sekitarnya sebagai "Barakna Hawlaha" (Yang Diberkati Sekitarnya) (Al-Israa':1).

Kesucian Bandar Baitul Maqdis menurut Islam adalah pada realiti sejarah keagamaannya. Bandar ini menjadi saksi kepada kehidupan dan kerja-kerja para nabi serta utusan Allah swt. Di situlah turunnya wahyu Allah swt secara berulang-ulang. Nabi-nabi dan utusan-utusan Allah yang agung tinggal dan berpindah ke lembah-lembah serta jalan-jalannya. Mekah dan Madinah merupakan bandar-bandar yang diberkati di dalam Islam kerana kaitannya dengan Nabi Ibrahim a.s, Nabi Ismail a.s dan Nabi Muhammad s.a.w. Bagitu juga dengan Baitul Maqdis yang diberkati dan penting di dalam Islam kerana kaitannya dengan nabi-nabi lain seperti Nabi Dawud a.s, Nabi Sulayman a.s dan Nabi Isa a.s.

Yahudi dan Kristian tidak mengiktiraf Nabi Ismail a.s dan Nabi Muhammad s.a.w sebagai nabi dan rasul, maka mereka tidak menganggap Mekah dan Madinah sebagai bandar-bandar yang suci. Bagaimanapun, Islam mengiktiraf Nabi Musa a.s, Nabi Dawud a.s, Nabi Sulayman a.s dan Nabi Isa a.s, maka mereka harus mengiktiraf kesucian dan kepentingan Baitul Maqdis di dalam Islam.





Baitul Maqdis di Dalam Kehidupan Nabi Muhammad s.a.w

Berdasarkan kepada status agama dan teologi, Baitul Maqdis menduduki tempat yang sangat istimewa di dalam kehidupan Nabi Muhammad s.a.w sendiri. Pada tahun 620M, kira-kira satu setengah tahun sebelum Baginda berhijrah dari Mekah ke Madinah, satu peristiwa Al-Israa' dan Al-Mi'raj (perjalanan malam dan diangkat ke langit) telah berlaku. Pada suatu malam, dengan cara yang menakjubkan, Rasulullah s.a.w telah melakukan perjalanan yang penuh keajaiban dari Mekah ke Baitul Maqdis dan diangkat ke langit pada malam yang sama.

Perjalanan malam ini merupakan satu keajaiban yang agung yang dipercayai oleh setiap umat Islam bahawa ianya merupakan satu penghormatan kepada Nabi Muhammad s.a.w dan mengesahkan hubungan aqidah antara Mekah dan Baitul Maqdis. Kedua-dua peristiwa ini berlaku pada malam yang sama. Malaikat Jibril (Gabriel) mengiringi Nabi Muhammad s.a.w dari Mekah ke Baitul Maqdis. Diceritakan juga bahawa Nabi s.a.w berdiri di atas Batu Suci (As-Sakhrah Al-Musharrafah), naik ke langit, kembali ke Baitul Maqdis dan bertemu dengan ramai nabi-nabi serta rasul-rasul terdahulu yang berhimpun untuk Baginda sempena peristiwa tersebut. Rasulullah s.a.w seterusnya mengimamkan solat mereka.

Selepas melalui semua peristiwa ini, Nabi Muhammad s.a.w kembali ke Mekah. Peristiwa Al-Israa' dan Al-Mi'raj penuh dengan tanda-tanda dan petunjuk yang menakjubkan. Para pemikir Islam, pengkaji mistik dan penyair-penyair telah membuat pelbagai tafsiran secara mendalam dan berbeza-beza. Bagaimanapun, terdapat satu kesimpulan penting dan ia menjadi satu contoh kepada ketaatan dan hubungan iman setiap Muslim dengan Baitul Maqdis.

Semasa Al-Mi'raj, Rasulullah s.a.w telah menerima perintah Allah swt untuk melaksanakan solat sebanyak lima kali sehari semalam di mana setiap Muslim wajib menunaikannya. Setelah kepulangan Baginda ke Mekah, Rasulullah s.a.w telah menyampaikan perintah Allah swt supaya memfardukan solat. Penting untuk kita ketahui bahawa Baginda s.a.w telah menjadikan Baitul Maqdis sebagai Kiblat yang mana setiap Muslim perlu menghadap ke arahnya semasa mengerjakan solat. Justeru, Baitul Maqdis dikenali sebagai 'Ula Al-Qiblatain (Yang Pertama Antara Dua Kiblat).

Nabi Muhammad s.a.w dan umat terawal yang memeluk Islam telah berkiblatkan Baitul Maqdis semasa solat ketika mereka berada di Mekah. Selepas peristiwa Hijrah, masyarakat Islam di Madinah juga turut mengadap ke Baitul Maqdis ketika solat selama kira-kira 17 bulan. Kemudian, barulah turun perintah Allah swt supaya menukar arah kiblat dari Baitul Maqdis ke Mekah (Al-Baqarah: 142-150). Para mufassirin Islam dan pengkaji sejarah telah menjelaskan makna dan tujuan perubahan ini. Ia merupakan suatu subjek yang panjang dan tidak mampu untuk dibincangkan di sini. Cukup sekadar mengatakan bahawa peralihan Kiblat ini sama sekali tidak menghapuskan kedudukan Baitul Maqdis di dalam Islam. Kaabah di Mekah merupakan Kiblat sejak awal kerana Al-Quran menyebut bahawa ia adalah Rumah Pertama (Awwal Baiti) (Ali-Imran: 96) yang dibina untuk manusia menyembah Tuhan Yang Satu.

Walau bagaimanapun, Kaabah dipenuhi dengan patung-patung sejak mula Nabi Muhammad s.a.w memulakan dakwahnya agar umat manusia menyembah Allah swt, Tuhan Yang Satu. Perbezaan telah ditunjukkan antara penyembahan orang beriman dan kaum musyrik terhadap apa yang mereka sembah di Kaabah. Baitul Maqdis menepati matlamat tersebut untuk mengasingkan umat ketika itu dari sembahan-sembahan berhala mereka.

Apabila prinsip ketuhanan yang satu telah ditegakkan sepenuhnya di dalam hati dan jiwa kaum muslimin dan apabila kedudukan Kaabah dengan Nabi Ibrahim a.s telah jelas, barulah Kaabah dipilih semula sebagai Kiblat semasa solat.

Terdapat banyak contoh mengenai perubahan-perubahan (naskh) di dalam Syariat Islam. Salah satunya adalah pengharaman ziarah kubur di awal kenabian Rasulullah s.a.w. Bagaimanapun, ia dihalalkan tidak lama selepas itu apabila kaum muslimin sudah dapat membezakan mengenai ziarah kubur dan amalan sembahan tradisi nenek moyang mereka. Pada awalnya, Nabi Muhammad s.a.w juga melarang pengikutnya daripada menulis perkataan-perkataan Baginda melainkan apabila Baginda menyatakan bahawa ianya adalah wahyu - Al-Quran, dari Allah swt. Kemudian, apabila pengikut baginda sudah belajar mengenai perbezaan di antara Al-Quran dan Hadis (perkataan dan perbuatan Nabi Muhammad s.a.w), Baginda telah mengizinkan umatnya menulis Hadis. Menarik untuk ditekankan di sini bahawa Kaabah di Mekah adalah arah awal untuk solat bagi semua nabi yang diturunkan oleh Allah swt.

Menurut satu Hadis, Batu Hitam (Al-Hajar Al-Aswad) telah berada di tapak Kaabah sejak zaman Nabi Adam a.s lagi. Kemudian Allah memerintahkan Nabi Ibrahim a.s dan Nabi Ismail a.s untuk membina Kaabah (Al-Baqarah: 125-127).

Bandar Baitul Maqdis telah dibina sebagai pusat penyebaran agama untuk penduduk Israel oleh Nabi Dawud a.s dan Nabi Sulayman a.s kira-kira pada tahun 900 sebelum Masihi.

Ia lebih kurang 1000 tahun selepas zaman Nabi Ibrahim a.s dan pembinaan Kaabah. Justeru, seseorang itu boleh mengatakan bahawa Kaabah mempunyai sejarah yang lebih panjang daripada Baitul Maqdis. Tambahan pula, penting untuk kita ketahui bahawa Injil mengatakan masyarakat Israel awal yang tinggal di Baitul Maqdis telah mengadap ke Selatan apabila menunaikan solat paling suci mereka (Exodus: 40). Kaabah terletak di Selatan Baitul Maqdis. Maka, boleh dikatakan bahawa Kaabah juga telah menjadi kiblat bagi penduduk Israel yang awal.

Baitul Maqdis Dalam Sejarah Awal Islam

Baitul Maqdis berada di bawah pemerintahan Islam semasa zaman Khalifah Umar (semoga Allah merahmatinya), dalam tahun 638 Masihi. Ia merupakan penaklukan yang aman. Pemerintah dan Paderi Besar Baitul Maqdis ketika itu yang bernama Sophronius telah menyerahkan kunci Baitul Maqdis kepada Khalifah Umar dengan tangannya. Semasa memasuki Bandar itu, Khalifah Umar bertanya di manakah kedudukan Baitul Maqdis dan batu yang dimuliakan yang telah dipijak oleh Rasulullah s.a.w sebelum Al-Mi'raj.

Ia merupakan kawasan yang terpencil pada ketika itu. Askar-askar Rom telah memusnahkan apa yang disebut Kuil Kedua pada tahun 70 Masihi. Pemerintah bukan Kristian atau Kristian di situ tidak pernah cuba untuk membinanya semula.

Menurut sejarah, ia merupakan tempat pembuangan sampah dan tempat pembuangan najis haiwan bagi penduduk Baitul Maqdis. Sebaik sahaja Khalifah Umar mengetahui bahawa itu merupakan tapak Baitul Maqdis dan tempat berlakunya Al-Mi'raj, beliau telah membersihkannya dengan tangan beliau sendiri sebelum melakukan solat dan sujud di atas tanah.

Pada tahun 691 Masihi, Kubah Baru dan masjid lainnya dibina. Ia merupakan monumen suci pertama yang paling mahal dan paling besar dibina dalam sejarah Islam.

Baitul Maqdis sentiasa di dalam ingatan masyarakat Muslim. Rasulullah s.a.w bersabda, "Janganlah kamu bersusah payah bermusafir (dengan tujuan beribadat) melainkan ke tiga masjid; Masjid Al-Haram di Mekah, masjidku di Madinah dan Masjid Al-Aqsa di Baitul Maqdis." Berdasarkan hadis ini, masyarakat Islam menganggap bahawa ia merupakan satu kebaikan untuk melawat Bandar Baitul Maqdis, masjidnya, kesuciannya dan persekitarannya yang diberkati. Jemaah haji seringkali menziarahi Baitul Maqdis sebelum pergi menunaikan haji di Mekah dan Madinah.

Pemimpin-pemimpin Islam membina banyak hospital, sekolah dan pusat keagamaan di sekitar Bandar tersebut. Mereka membeli tanah di dalam dan sekitar Baitul Maqdis untuk dijadikan tanah wakaf bagi tujuan keagamaan. Hakikatnya, keseluruhan Bandar Baitul Maqdis adalah tanah wakaf dan tidak boleh dijual atau dipindah milik.

Ramai juga ulama Islam yang berpindah dan tinggal di sana. Masjid Al-Aqsa merupakan tempat yang ideal untuk belajar. Beribu-ribu orang yang beriman dan ulama' berwasiat agar jenazah mereka kelak dikebumikan di Baitul Maqdis. Terdapat beribu-ribu atau mungkin berjuta kubur umat Islam di Baitul Maqdis. Umat Islam juga mengiktiraf hak masyarakat Kristian dan Yahudi yang meletakkan Baitul Maqdis di hati mereka dan menjadikannya suci dalam keimanan mereka. Semasa pemerintahan Islam, mereka dibenarkan untuk tinggal di sana. Semasa Khalifah Umar membuat perjanjian dengan Paderi Sophronius, mereka telah bersetuju dengan permintaan paderi Kristian itu bahawa "Tidak ada seorang Yahudi pun yang akan dibenarkan untuk tinggal bersama mereka di Aelia (Baitul Maqdis)". Bagaimanapun, semasa pemerintahan Islam kemudiannya, undang-undang tersebut telah dilonggarkan sedikit dan orang-orang Yahudi diizinkan untuk datang dan tinggal di situ. Selepas penaklukan semula Baitul Maqdis oleh Salahuddin, orang-orang Yahudi sekali lagi diizinkan oleh penduduk Islam untuk kembali dan tinggal di Baitul Maqdis. Sebelum itu, Baitul Maqdis telah diperintah oleh Kristian selama lebih kurang 90 tahun (1099-1187) dan mereka telah mengharamkan penduduk Yahudi dan Islam untuk tinggal di Baitul Maqdis.

Penutup

Bandar Baitul Maqdis amat penting bagi umat Islam, yang mempunyai hak ke atas Bandar ini dari sudut agama, sejarah dan perundangan. Terdapat tiga fakta penting untuk kita ingati mengenai Islam dan Baitul Maqdis.
  • Di dalam sejarah Baitul Maqdis, sejak zaman Nabi Dawud a.s sehingga ke hari ini, pemerintahan yang paling lama adalah pemerintahan Islam.

  • Umat Islam mengekalkan kesucian Baitul Maqdis sehingga tidak mampu diluahkan dengan kata-kata.

  • Umat Islam mewujudkan dan mengamalkan karakter agama yang penuh toleransi dan keimanan terhadap Baitul Maqdis.


Dr. Muzammil H.Siddiqi, mantan Presiden Persatuan Islam Amerika Utara.

Saya ambil dari: http://www.amanpalestin.net/

Saya Dan Twitter

Sekarang ramai orang guna Twitter. Untuk berhubung, untuk dapat info, untuk tau berita dan macam-macam lagi.

Aku guna twitter untuk merepek je tapi aku fahamlah kenapa orang suka Twitter. Twitter ni lebih personal. Dan korang boleh berhubung dengan sesiapa sahaja. Celebrity? Politician? Radio Station? Kata apa sahaja dan possibility untuk diaorang nak reply tweet korang adalah sangat tinggi dan somehow buat korang rasa happy sebab apa yang korang cakap dapat balasan dari orang yang korang suka or orang yang korang look up to.

Dan sebab twitter semalam nama aku jugak di sebut di radio station sebab aku request lagu. Haha. Kalau dulu orang nak kena call ke apa ke untuk request lagu mesti susah, sekarang hanya one twit away je. Walaubagaimanapun, merequest lagu ni benda yang tak berfaedah dan tak productivelah, aku harap korang guna untuk kebaikan.

Oh by the way Palestine dan Israel pun berperang dalam Twitter jugak.

Tadika, Nursery Dan Kerja Sosial

Hari tu aku ada buat kira-kira andaikata aku bukak nursery atau tadika berapa income yang aku boleh dapat. Andaikata tadika aku takde brand dan takde cawangan aku rasa pendapatan aku setakat dapat pendapatan dengan business sendiri dan tak kerja bawah orang je lah.

Begitu jugak nursery. Katakan seorang budak RM300 dan ada 20 orang budak baru dapat RM6000, sewa rumah, gaji pekerja, makan minum, bil api, air aku rasa end up tinggal separuh je pendapatan untuk owner.

So kesimpulannya di sini, aku anggap nursery tadika ni lebih kepada khidmat masyarakat dan kerja social jugak lah. Maybe RM300 untuk seorang budak tu pada kita mahal tapi sebenarnya takdelah banyak mana pun pendapatan owner nursery tu.

Jangan salahkan nursery, salahkan kos hidup yang sangat tinggi zaman ni.

Saya Dan Boikot

Bila everytime Israel serang Palestin secara besar-besaran benda biasa yang kita dengar ialah boikot McD. Walaupun aku tak pasti sangat boikot McD di Malaysia ni wajar atau tak tapi aku takde masalah langsung sebab aku bukan makan McD hari-hari dan aku tak related langsung dengan McD in anyway pun. Masalah aku ialah benda ini bermusim. Kalau nak boikot, boikot for goodlah brader. Ini dulu kau dah ajak aku boikot lepas tu bila reda sikit kau makan balik, sekarang nak boikot balik.

Aku rasa ini lebih kepada kita takde pilihan. Orang yang suka makan McD mestilah nak kan pengganti yang kalau tidak lebih bagus tapi sesedap macam McD betul tak? Bila takde itu yang patah balik tu. Nasiblah aku ni suka Burger Bakar Abang Burn. Hehe.


Anyway, semalam aku ada tengok orang mengutuk habis-habisan orang yang ambik breakfast percuma dari McD. Macam-macam ayat. Aku di sini ingin menyedarkan sahaja, tak semua orang aware pasal Palestine. Tak semua orang aware pasal boikot memboikot ni. Ada orang yang tak dapat informasi macam kita. So janganlah kita ni jadi kejam macam Israel nak memaki hamun orang-orang ni. Ye, betul punya maki hamun, aku tak exaggerate.  Ada yang  TV tak tengok, suratkhabar tak baca, internet takde. So manalah nak tau betul tak? Dahlah boikot-boikot ni banyak dihebahkan dekat internet.

Sekian terima kasih dan sekarang sila tengok video di bawah. Untuk orang yang aware, yang bukan beragama Islam pun boikot. Savvy?

Saya Dan New Balance

Kawan aku pernah cakap aku patut jadi Nike punya spokeperson sebab aku suka sangat brand Nike. Tapi macam semua orang tau barang-barang Nike mahal. Bukan selalu boleh beli, kalau beli pun beli online dekat forum haha.

To be honest selama ini aku memandang serong terhadap New Balance walaupun aku tak tau sebab apa. Maybe sebab dia macam tak exclusive atau aku tak suka logo N dia tu.

Walaubagaimanapun, Nike tak pernah bagi aku voucher walaupun aku dah beribu kali tulis pasal product dia dalam blog ni dan aku pun tak pernah menang contest dia. Memandangkan aku menang voucher New Balance hari itu aku rasa aku perlu memberi lebih perhatian kepada New Balance punya jenama. Macam jenama sukan yang lain dia ada jual macam-macam range of products tapi sekarang aku nak tunjuk kasut sikit-sikit.

Apa yang aku nampak kasut New Balance ni ialah ianya berkualiti dan murah sedikit compare to other brands. Dan macam Puma yang membuat rebranding atau revamp masa tahun 2003 dulu aku rasa New Balance pun slowly membuat benda yang sama dengan mendesign kasut-kasut yang agak cantik pada mata aku. By the way kasut dia pun ada macam-macam range jugak, untuk lari, bergaya etc. Since post ini tidak berbayar aku tunjuk sikit-sikitlah dulu, yang lain korang bolehlah cari dekat FB ke apa ke.

MR00, running shoe. Kasut perempuan, lelaki, perempuan, lelaki dari atas.

Smartkan?

Workwear Pack. RM239. Aku rasa macam nak sambar satu  pakai pergi office je yang hitam tu.
So akhir kata, sorrylah New Balance sebab pandang kau sebelah mata sebelum ni.

Saya Dan Ayam

Masa kecik-kecik dulu memang agak susah nak makan ayam. Kira ayam tu satu lauk yang sangat bernilailah. Kalau nak makan pun makan ayam kampung yang bapak aku bela. Itu pun tak boleh selalu sebab bapak aku nak jual dan ambik masa jugak untuk ayam itu membesar.

Tapi sekarang selalu makan ayam, hari-hari makan ayam. Anak-anak aku punya favourite lauk pun ayam. Satu sebab seafood dah mahal, dan ayam dah menjadi agak murah dan ada dijual di mana-mana sahaja, siap potong.

Tapi aku rasa ramai orang sedar tapi buat tak kisah bab cara ayam-ayam daging dibesarkan. Kita tau yang tempoh matang ayam daging ini ialah selama 42 hari sahaja. Sebulan 12 hari dan boleh jual, dan sambil itu disuntik vaksin untuk mengelak penyakit dan untuk pembesaran.


Anyway, jangan risau. Aku bukan nak jual ayam.

Baru-baru ni adik ipar aku bawak balik ayam yang dah dimarinate dari aktiviti barbecue dia. Ayam-ayam tu sangat besar. Dan aku baru jugak makan ayam goreng mamak Jumaat lepas yang sama jugak besar dan berlemak sangat. So aku jadi loya sebab memikirkan ubat apalah yang ayam ni makan jadi besar dan berlemak macam tu.

Pendek cerita, aku takut nanti aku pulak kena penyakit sebab aku selalu makan ayam. Dan from now on aku rasa aku nak beli ayam organik tu lah. Ke ayam organik ada suntik-suntik jugak? Kalau ada suntik jugak aku nak cari ayam kampung je lah kut. Cuma masalah besar aku bila beli ayam-ayam macam ni ialah diaorang jual sekor-sekor, tak boleh nak potong.

Azam Tahun Baru

Sebenarnya azam tahun baru ni aku harap betul dapat sangat solat Isyak awal. Sebab bila masa nak tidur baru buat mesti macam malas dan mengantuk.

Taman Tasik Keramat, MR00 Dan Saya


Mencuba kasut baru tapi nampaknya aku takdelah suka sangat kasut style barefoot running ni. Maybe sebab baru lagi, tak biasa. Apa pun aku takdelah rasa sakit kaki ke apa ke lepas guna.


Tasik ni besar, cantik dan lengkaplah pada aku. Ada setua-tua pakcik yang masih bersenam. Ada pakcik makcik yang fit gila rupanya. Ada couple jalan pegang tangan, ada couple bawak baby, ada couple budak sekolah yang main badminton, bagi alasan pada mak bapak nak bersenam tapi sebenarnya nak dating. Ada 3 orang yang lari bertentangan arah dari orang lain atas sebab yang aku tak tau. Ada 3 orang jalan bersembang sampai block orang lain. Ada dua orang makcik yang berjalan sambil bersembang dan bergossip. Ada orang main futsal. Ada pakcik makcik main tai-chi kut.


Dan ada aku yang bengang gila dengan Nike Apps yang crash halfway.

Rezeki Halal


Aku sangat suka bila tengok orang bekerja untuk mencari duit. Dulu masa aku belajar dekat tengah KL aku selalu nampak ada orang ni akan kutip botol-botol dalam tong sampah untuk dijual. Sama juga dengan orang Indonesia yang duduk dalam FELDA bapak aku untuk ambik upah kait sawit dan sama jugaklah dengan warga asing yang potong rumput belakang rumah orang minggu lepas.

Macam biasa dalam dunia ada macam-macam kerja dan kerja itu sangat perlu. Tapi ada jugak sesetengah orang yang tak sanggup buat sesuatu kerja. Macam aku sendirilah senang, ada kerja yang aku rasa aku takkan mampu buat.


Macam tempat aku kerja ni, kampus universiti yang besar dan di tepi jalan-jalannya ada pokok-pokok. Ha bila ada pokok dia ada daun dan bila ada daun maksudnya banyaklah daun yang akan berguguran setiap hari. Setiap pagi ada dua tiga orang yang akan sapu daun-daun ni. Dahlah daun jenis kecik-kecik. Kalau aku, memang tak dapatlah. #respect

Saya Dan Hoki



Tak tau kenapa aku nak bercerita pasal hoki hari ni. Aku sebenarnya nak sangat wakil sekolah dalam bolasepak, tapi macam biasa tak semua benda kita boleh dapat.

Masa sekolah dulu aku wakil sekolah main hoki. Takdelah hebat sangat pun, takde menang apa tournament pun. Memori yang paling indah aku score sebijik dalam satu tournament kat Ipoh. Dan masa tournament tu kitaorang lawan sekolah Anderson yang paling hebat di Perak pada masa itu kalah 0-1 je. Tapi bola dua tiga kali kena palang pun ada jugak. Bangga sangat masa tu kalah tak banyak.

Anyway, masa aku form 1 dan sekolah di kampung pandan KL adalah di mana career hoki aku bermula. Pada satu hari ada sorang budak Cina form 2 tetiba ketuk pintu kelas dan mintak kebenaran cikgu nak buat pengumuman. Dia cakap siapa rumah hijau kalau tak silap aku. Aku dah lupa rumah hijau namanya apa. Pendek cerita rupa-rupanya dia ajak aku main hoki dan aku setuju, atas dasar aku rumah hijau, walaupun aku tak pernah main hoki sebelum tu. Adalah seorang lagi kawan aku join.

Masa torunament dah start aku dengan kawan aku ni main semua game, main 7 sebelah tak silap aku. Tapi percaya atau tidak aku dengan kawan aku hanya masuk padang tu dan berdiri sahaja dalam padang tersenyum². Sebabnya? Sebabnya ada 3 orang budak Cina ni yang hebat gila main dan menang besar-besaran. Team lain tak sempat nak buat apa walaupun diaorang tiga orang ni je yang main dalam team aku. Kitaorang ni diajak sebab nak cukupkan korum je. Hahahaha.

By the way, masa aku form 2 ada orang perasan aku main bola dan ada budak cakap.. "Aku tak tau kau rumah hijau, kalau tak boleh wakil bola". Dan semenjak itu career bolasepak aku berkembang dan cikgu ajak masuk team bola sekolah. Tapi terbantut halfway atas sebab yang aku malas nak cerita hari ini.

Pergi Ke Zoo Negara

Petang tadi aku cuba buat lawak pasal kononnya aku pergi South Africa tapi takde orang layan haha. Memandangkan adik aku mintak tolong belikan phone dan Liza ada bagi suggestion bawak anak-anak pergi Zoo aku pun ambik je lah cuti hari ni. Hari kerja confirm kedai bukak dan zoo takkan ramai orang macam public holiday.

Nawal yang paling excited.

Dan seronok.

Monyet, sebenarnya kan... Sebenarnya aku kesian dengan semua binatang kat sini. Terutamanya penguin. :-)

Rusa

Umar dah pernah pergi Zoo Melaka dulu.

Besar betul.

Crocodile.

Tak nampak kena angkat.

Tapi nasib baiklah tak kena angkat sepanjang masa. Mau patah pinggang.

Nampak bintang yang di tunggu².

Tebu sebatang pun 3 ringgit. Haishhh. Kalau bukan sebab anak takde aku beli.

Yes, Umar memang excited betul dapat map sebab biasa tengok cerita Jake and The Neverland Pirate.

Penat aku berlawan tadi.

Nyaris nak kena makan dengan kumbang gergasi, tapi jangan risau aku menang. Aku lawan sampai patah tanduk dia semua.

Pose akhir sebelum ambik gambar dengan phone sahaja.
Overall oklah sebenarnya Zoo ni. Kitaorang berjalan je tak naik tram tu. Lebih puas dan yang penting hari ni aku tak payah bersenam sebab dah banyak kalori terbakar haha.

Me and Zalora

I was in need of running pants and after seeing Zalora’s advertisement on the internet I was excited to give it a try.  I always buy things online as long as I can get the necessary information and good reviews about the products.


After browsing the sports section, I was really interested in Nike AS 5 Race Day Shorts. I made a mistake while ordering the running pants by placing two orders on the same item. Luckily Zalora’s customer service was very efficient in helping me to solve the problem. They refunded my money and I received my running pants the next day in a very nice box.


I was really happy with the service and impressed with their customer service. I would like to suggest maybe Zalora can sell other sports apparel that is hard to get in Malaysia such as compression tights and please make it cheaper than other sports outlet. And maybe they can start selling Barclays Premier League’s jersey as well.

For more information on Zalora, please visit:

Zalora Blog

Sudah Sampai South Africa


Alhamdulillah, kami sekeluarga selamat sampai ke South Africa hari ini. Doakan kami selamat di sini. Amin.

New Balance Minimus Zero Road

Hari tu aku saja-saja email orang Multi Purpose boleh ke postkan voucher yang aku menang hari tu, instead of aku collect dekat office dia. Sekali dia reply "Sure. Pls give me your full address and contact number. Will courier it today." Happy betul aku.

So pagi tadi aku cari New Balance Minimus Zero dan save dalam RM140. Saje nak try minimalist shoe. Lagi satu voucher Liza nak guna. Happy kasut baru sebab kasut sebelum ni beli kasut 2nd hand. Hahaha.