Apa Perasaan Anda?

Apa perasaan bila dengar orang yang baru lepas suruh warga asing potong semak samun belakang rumah dia, lepas tu masa warga asing tu mintak bayaran dia mintak nak tengok passportlah, permit kerjalah dan end up bayar sesuka hati dia sahaja? Dan siap keluar ayat "Saya ada duit, tapi dekat balai polis". Bila orang dah selesai potong semak samun yang dah macam hutan sampai bersih belakang rumah dia.

Pada aku kalau orang takde permit ke takde passport ke itu bukan masalah aku. Itu masalah dia dengan pihak berkuasa. Yang aku nampak dia cari rezeki cara betul, memberi perkhidmatan yang diperlukan dan tak kacau orang. Dan yang penting dia tak pecah rumah orang.

Nasib baiklah aku ada Mr Ganesan bila bab nak potong rumput, dan dah deal harga awal-awal.

6 comments:

pB said...

jahatnya

Pizli Mat Wazip said...

Saya kesian.

Kesuma Angsana said...

ada juga orng yg mcm tu, Allah saja yg membalas nyer. KA cukup x suka mcm tu!

Che Ta said...

itu buat naya org namanya.. org dah buat keja dgn elok, bayarlah elok2.. pendatang dgn izin ke tanpa izin ke diorang cari rezeki cara elok apa..
moga kita tak termasuk dlm golongan mcm tu

marie said...

memalukan betul perangai cam ni...dan betul2 mengambil kesempatan...takpe lah kat dunia ni, dia rasa dia hebat...tapi dia kena ingat jugak, dunia ni berpusing...sakit hati betul baca orang2 cam ni...

Anonymous said...

kalo nak buat camtu kenapa tak tanya sblm dia buat keje? kenapa bila semak dah togel baru nak cek itu ini. kang tak pasal2 kepala dia dgn family dia yg togel. dont play2 ya....