Saya Dan Ayam

Masa kecik-kecik dulu memang agak susah nak makan ayam. Kira ayam tu satu lauk yang sangat bernilailah. Kalau nak makan pun makan ayam kampung yang bapak aku bela. Itu pun tak boleh selalu sebab bapak aku nak jual dan ambik masa jugak untuk ayam itu membesar.

Tapi sekarang selalu makan ayam, hari-hari makan ayam. Anak-anak aku punya favourite lauk pun ayam. Satu sebab seafood dah mahal, dan ayam dah menjadi agak murah dan ada dijual di mana-mana sahaja, siap potong.

Tapi aku rasa ramai orang sedar tapi buat tak kisah bab cara ayam-ayam daging dibesarkan. Kita tau yang tempoh matang ayam daging ini ialah selama 42 hari sahaja. Sebulan 12 hari dan boleh jual, dan sambil itu disuntik vaksin untuk mengelak penyakit dan untuk pembesaran.


Anyway, jangan risau. Aku bukan nak jual ayam.

Baru-baru ni adik ipar aku bawak balik ayam yang dah dimarinate dari aktiviti barbecue dia. Ayam-ayam tu sangat besar. Dan aku baru jugak makan ayam goreng mamak Jumaat lepas yang sama jugak besar dan berlemak sangat. So aku jadi loya sebab memikirkan ubat apalah yang ayam ni makan jadi besar dan berlemak macam tu.

Pendek cerita, aku takut nanti aku pulak kena penyakit sebab aku selalu makan ayam. Dan from now on aku rasa aku nak beli ayam organik tu lah. Ke ayam organik ada suntik-suntik jugak? Kalau ada suntik jugak aku nak cari ayam kampung je lah kut. Cuma masalah besar aku bila beli ayam-ayam macam ni ialah diaorang jual sekor-sekor, tak boleh nak potong.

4 comments:

Kesuma Angsana said...

hehehe cerita kita lebih krg sama je !

Anonymous said...

macam mahal je ayam organik tu.

Arin said...

aku pun pernah terbaca article psl ni dulu. dorang suntik mcm2 hormon & antibiotik nak cepatkan proses tumbesaran and make sure ayam sihat dan gemuk. imagine kalau hari2 makan ayam, mesti bahan2 tu terkumpul dalam body kita pulak :s

Pizli Mat Wazip said...

KA - :-)

Anonymous - Haah, macam mahal sikit.

Arin - Itu yang budak perempuan umur 7 tahun dah start period pun ada skrg ni.