Monday, November 05, 2012

http://www.tonton.com.my (TV Di Internet Untuk Anda)

Tonton, tonton. Memandangkan sekarang aku ada rancangan yang nak ditengok setiap minggu dan kadang-kadang boleh missed di TV, aku menggunakan sepenuhnya http://www.tonton.com.my Online TV, Catch Up TV or whatever korang semua nak call it.

Dan benda yang bagus aku akan share. Senang. Ada computer? Ada internet connection yang bagus? Gunakan sepenuhnya, sebab harga internet bukan murah. Again - ANYTIME, ANYWHERE (as long as ada internetlah ye hehe).

Langkah pertama mestilah pergi ke http://www.tonton.com.my

Dan registerlah, macam biasa bukak akaun.

Benda-benda yang perlu di isi.

Dan loginlah bila dah ready.

Ada main menu di belah kiri atas. Senang sahaja nak guna. Boleh pilih based on korang punya preferences.

Ada Channels.

Ada based on rancangan. Di rancangan kalau korang pilih dia akan tunjuk episode dan pilihlah episode yang nak ditengok.
Ada based on Movies. Select je lah apa yang nak ditengok.

Ada schedule, based on day or channel. Intisari rancangan.

Dan ada jugak music. Macam-macam. Interviews, music videos.

Contoh, Lagu dari The Script.

Dan ada jugak Premium. Ada Movies, TV dan Artis. Ok dah nama dia pun Premium maksudnya kita kena beli kalau nak tengok. Access Period sebulan. Kita beli Credits, dan gunakan credits tu untuk tengok cerita.

Apa itu Kredit?

Untuk membeli video di Tonton, anda perlukan kredit di akaun Tonton anda. Harga minimum sebuah video RM1 (1 kredit) dan anda boleh membeli kredit ini dalam satu pakej yang mengandungi 10 kredit (minimum).

Ikut langkah-langkah berikut untuk mendapatkan Kredit anda:

  • Mudah saja untuk membeli kredit. Apa yang anda perlukan adalah kad kredit/debit anda ataupun satu akaun 'direct debit'.
  • Pilih pakej kredit yang anda inginkan.
  • Jika anda mempunyai kod promosi, masukkannya dan klik 'Redeem'.
  • Skrin pembelian akan dikemaskini. Ini akan mengambil sedikit masa.
  • Semak 'I've read the terms and conditions'
  • Klik 'Checkout' untuk beli.
  • Keselamatan: Sebaik saja anda klik 'Checkout', anda akan dibawa ke Secure Payment Page dimana anda akan diminta untuk memberi maklumat tentang kad kredit anda. Tonton tidak akan menyimpan sebarang maklumat tentang kad kredit anda. Kesemua maklumat akan dihantar melalui saluran yang selamat dan di persetujui.

Kita boleh beli 10, 20 atau 50 credits. Kita gunalah sampai habis sebab maybe satu movie tu kena guna 5 credits je.

Ini contoh harganya.

Dan akhirnya inilah contoh video yang aku tengok. Qualitynya good enoughlah aku rasa untuk kelajuan internet di Malaysia ni. Untuk capai ramai orang.

Sekian terima kasih. Bolehlah cuba kalau mahu.

2 comments:

Nor Azlina Yusof said...

Nuffnang patuh pilih ko la utk buat review iklan dia. Padat. Btw good sharing

Pizli Mat Wazip said...

Haha, aku pun tunggu peluang macam tu.