Kaya

Sebenarnya dekat Malaysia bahaya untuk kau setakat jadi kaya. Kau kena jadi "kaya raya" baru hidup kau happy dan yang penting, selamat. Contohlahkan, andai kau setakat lebih senang sikit dari orang-orang di sekeliling engkau, hidup kau dah jadi bahaya. Kalau sepuluh orang di lorong rumah kau pakai kereta tempatan perompak akan target dekat sebuah rumah yang pakai kereta import. Begitu jugak kalau rumah kau dari luar cantik.

Aku selalu cakap kat Liza, rumah kita kat luar ni biar macam tu je lah, biar nampak buruk. Takde jadi target.

Tapi kalau  kau kaya raya, korang boleh beli rumah di Damansara yang harga RM2 juta, Gated siap ada security. Ha macam tu barulah happy dan perompak pun takut.

1 comment:

Che Ta said...

kat damansara rm2 juta tu baru boleh beli tanah kosong je bang.. tp damansara damai mungkin..hehehehe.. gagak pun banyak