Tuesday, November 06, 2012

Makan Buah Sebelum Makan


Ha, dalam konon-kononnya nak menguruskan badan ni aku terjumpa artikel pasal lagi baik makan buah SEBELUM makan berat. Bukan apa, kita memang biasa makan buah selepas makankan. Pencuci mulut orang cakap. Tapi aku jumpa beberapa informasi pasal lagi elok makan buah sebelum makan.
"Rasulullah SAW memakan buah-buahan terlebih dahulu sebelum makan makanan berat, seperti gandum atau roti. 
Makan buah before meal. Kita tak sepatutnya makan buah selepas makan nasi. Buah-buahan mengandungi serat/fibre yang tinggi. Apabila kita makan buah sebelum makan nasi, secara automatik perut kita telah penuh dengan serat. jadi, kita tak akan makan nasi dalam kuantiti yang banyak."
________________________________________________________________________________
 "Pernahkan anda berasa mengantuk selepas menjamah nasi di waktu makan tengah hari? 
Ini adalah kerana asid amino, L-tryptophan yang ada di dalam perut yang menjadi dasar terbentuknya vitamin B lain iaitu Niacin yang digunakan untuk menghasilkan serotonin. Zat serotonin akan menghantar signal ke otak kita seterusnya akan mewujudkan perasaan nyaman dan menyebabkan kita merasa mengantuk. 
Jadi, sudah tentu selepas menjamah nasi atau makanan berat, kita akan mengantuk dan ingin tidur. Khasiat buah yang mengandungi Fruktosa dapat meningkatkan kadar insulin dan kerana itulah memakan buah-buahan sebelum makan nasi dapat mengelakkan pankreas dalam badan kita berkerja terlalu kuat untuk menghasilkan insulin. 
Seperti buah epal, jika dikupas kulitnya dan dibiarkan seketika, buah epal itu akan berubah warna dan akan menjadi busuk jika tidak diusik. Keadaan itu sama juga digambarkan seperti perut kita. 
Jika makan nasi terlebih dulu, pankreas akan bekerja kuat untuk memproses nasi dan protein yang ada dalam lauk pauk dan memerlukan masa berjam-jam untuk diproses. Sekiranya buah-buahan dimakan selepas menjamah nasi, maka buah yang sudah berada di dalam perut akan mengambil masa yang lama untuk melalui proses penghadaman dan zatnya akan rosak terlebih dahulu sebelum sempat dihadamkan."
_______________________________________________________________________________ 
"If you make a habit to eat an apple before every meal will help you in lowering calorie intake while having meal. A health magazine ‘Appetite’ said that consuming an apple before lunch decreases calorie ingestion by 15%. 
A study proved that those who ate an apple before lunch ingested over 185 calories less during their meal. Following such a light diet helped them shed 1.5 pounds a month and over 20 pounds a year. In fact, if you eat an apple before dinner, you will double your chances of losing fat."
 Kita amalkan je lah ye, mana tau bagus.

4 comments:

Kesuma Angsana said...

betul tu KA pown pernah wat N3 pasal ni!

Anonymous said...

yupp...buah kaya dengan fructosa,special nya fructosa ni adalah; ia HANYA boleh di proses dan di simpan oleh liver/hati untuk menjadi glycogen dlm hati (simpanan tenaga dari carb)...ini berbeza dengan glucose (yang dtg dr nasi), dimana ia nya boleh disimpan oleh hati DAN muscle dlm bentuk glycogen. logik nya disini, kalau kita mkn nasi dulu, glucose akan di simpan dlm hati..menyebabkan kandungan glycogen menjadi penuh dlm hati..dan bila fructose dr buah mula masuk dlm darah, ia takda tempat nk tuju sebab simpanan glycogen hati dh penuh..(Note: hanya hati yg boleh proses fructose, otot x boleh)so ia akan berlegar2 dlm darah..kesan ni sama mcm org sakit diabetis, di mana glucose x boleh di simpan dlm otot disebabkan oleh kekurangan insulin. Ini bahaya sebab molekul2 glucose/fructose yg besar tend to clog a small blood capilary...mcm salur darah mata. dan lagi..hanya hati sahaja yg boleh inject semula glycogen yg disimpan kembali ke dlm sistem darah..ni berbeza dgn otot, dimana glycogen yg disimpan hanya boleh digunakan oleh otot tersebut..glycogen dlm otot tidak boleh kembali semula ke dlm sistem darah. so konklusi nya, elok la mkn buah dulu untuk hati, sebelum mkn ns..wallahuak'lam..for more info boleh google psl fructose processed by liver..

tiga minit said...

ye ni betul2 punya...biasa

Pizli Mat Wazip said...

K.A - Ooh ye ke? Saya rasa pernah baca jugak kut hehe..

Anonymous - Perghhhhh.. Kerja apa ni? Doktor ke sebenarnya ni? Ke Kevin Zahri? Hahahaha..

tiga minit - Hehe baguslah.