Merantau Dan Limitations

Aku adalah generasi merantau. Maksud aku di sini ada sesetengah orang yang mak bapak dia merantau dan tinggal di KL ni dan dia dah tak jadi merantau. As for aku, aku merantau dan anak-anak aku tak merantau. Biasanya anak kepada merantau ni hidup diaorang mudah sikitlah. Semua benda dah tersedia di sini, diaorang tak perlu risau, tak perlu nak sewa rumah, tak perlu takut tak cukup makan sebab duduk dengan mak bapak.

Untuk perantau ada banyak limitations dan expectations. Kau boleh ambitious tapi not overly ambitious. Kau kena follow all the rules and kadang-kadang end up tak boleh buat apa yang kau sendiri hendak. Follow the rules sini ialah, habis belajar - kahwin - beli rumah - beli kereta - beranak - kerja macam biasa. Bila dah ada semua ini kau dah ada komitmen yang tetap. Kau nak semua benda in place sebab kau nak hidup di tempat baru dan nak buat satu legasi baru. Dan benda-benda ini jugak kadang-kadang adalah macam simbol kejayaan buat mak bapak kau dan maybe jiran-jiran mak bapak kau dekat kampung, dan sedara mara jugak..

Kau ada satu lifestyle yang kau tak boleh ubah. Komitmen kau buat kau tak boleh nak buat something yang adventurous. Tak boleh nak try and error. Dan kalau gagal atau susah kau tak boleh nak mintak tolong dengan mak bapak sebab biasanya generasi yang merantau tu bukanlah dari golongan kaya raya dan sebab itulah diaorang ni merantau.

Macam aku, aku tak boleh nak gamble. Katakan aku nak masuk masterchef, aku tak boleh nak cuti tanpa gaji tiga bulan sebab aku dah ada komitmen yang kalau takde gaji macamana aku nak bayar komitmen aku tadi. Kalau aku menumpang rumah mak aku sebelum aku settle down or ada macam-macam komitmen aku dah lama boleh buat benda² macam pergi belajar main drum ke, buat band ke, bukak gym ke, pergi join charity organisation ke, berhenti kerja ambik course bukak restoran ke. Something yang tak common, something yang tak buat aku rasa stuck.

Tapi siapa yang untung sekarang? Anak-anak aku lah. Sebab diaorang dah tak jadi generasi merantau. Diaorang bila-bila boleh depends on aku nanti, tapi not to the extend sampai tak independent langsung pulak nanti. Aku bagi flying kick je nanti.

3 comments:

marie said...

pizli...i pun selalu bersangka macam u ni jugak, yg anak-anak i tak akan merantau...tapi my hubby kata, i ni confident sangat...entahkan masa 20 tahun akan dtang macam mana tah..entah2 depa kerja kat luar negara ke...ke singapore ke?..he he he....so now, i tak kisahlah depa nak merantau ke nak kerja kat KL/selangor ke...janji jangan lupa asal usul dahhh....he hehe

Pizli Mat Wazip said...

Hahah itulah dianya. Tengok² area sini dah tak sesuai nak kerja ke ada penempatan baru ke kan nanti hehe.

Anonymous said...

eh..kot2 le anak ko jadi cikgu kena posting sabah sarawak. kira merantau la jugak kan. kot2 terkawin pulak dgn org sana =P