Pengalaman Solat Dengan Pelbagai Warganegara

Aku bekerja di British University yang agak terkenal dan studentnya datang dari pelbagai negara. So bila dah macam-macam negara ada bermacam ragam, gaya dan mungkin juga mazhab. Kalau sebelum ni aku cerita pasal bau badan dan pakaian hari ni aku nak bercerita pasal solat.

Pakaian, macam kita orang Malaysia ni memang biasa nak pakai lengkap dan elok-elokkan? Tapi dekat sini kalau diaorang solat pakai seluar 3/4 tu biasa je lah. Tutup auratkan, sah je pun. Ada aku tengok orang Afrika dah pandai pakai kain pelikat pun ada haha.

Ada yang baca laju. Kira cepatlah solatnya. Ada yang akan sembahyang sunat sebelum dan sesudah solat dengan consistent, kira mesti akan buat, tak boleh tak buat.

Bab sembahyang jemaah pulak biasa Malaysian makmum (kes sorang jemaah) akan berdiri kanan belakang sikit imam, tapi diaorang ada yang duduk betul-betul sebelah. Kalau kes jemaah ramai ada jenis yang akan make surekan yang kita berdiri betul-betul rapat. Tapak kaki mesti kena bersentuhan, takde ruang. Bangun duduk banyak kali pun dia akan lekatkan kaki dia dengan kaki kita masa berdiri.

Tapi semalam yang latest aku tengok biasa kalau dua orang tengah jemaah orang kita akan tepuk jemaah sorang tu suruh ke belakangkan? Tapi tadi aku tengok budak arab ni dia tolak imam tu suruh pergi depan. To be honest aku terkejut.

Macam-macam, tapi selagi solat tu sah takpelah kan. Just bukak mata je lah cara orang.