Pergi Ke Zoo Negara

Petang tadi aku cuba buat lawak pasal kononnya aku pergi South Africa tapi takde orang layan haha. Memandangkan adik aku mintak tolong belikan phone dan Liza ada bagi suggestion bawak anak-anak pergi Zoo aku pun ambik je lah cuti hari ni. Hari kerja confirm kedai bukak dan zoo takkan ramai orang macam public holiday.

Nawal yang paling excited.

Dan seronok.

Monyet, sebenarnya kan... Sebenarnya aku kesian dengan semua binatang kat sini. Terutamanya penguin. :-)

Rusa

Umar dah pernah pergi Zoo Melaka dulu.

Besar betul.

Crocodile.

Tak nampak kena angkat.

Tapi nasib baiklah tak kena angkat sepanjang masa. Mau patah pinggang.

Nampak bintang yang di tunggu².

Tebu sebatang pun 3 ringgit. Haishhh. Kalau bukan sebab anak takde aku beli.

Yes, Umar memang excited betul dapat map sebab biasa tengok cerita Jake and The Neverland Pirate.

Penat aku berlawan tadi.

Nyaris nak kena makan dengan kumbang gergasi, tapi jangan risau aku menang. Aku lawan sampai patah tanduk dia semua.

Pose akhir sebelum ambik gambar dengan phone sahaja.
Overall oklah sebenarnya Zoo ni. Kitaorang berjalan je tak naik tram tu. Lebih puas dan yang penting hari ni aku tak payah bersenam sebab dah banyak kalori terbakar haha.

7 comments:

tiga minit said...

zoo mcm hutan semula jadi je ye..cdng nak g gak tapi last minute tukar plan klau tak jumpala..

Arin said...

ni aku nak tanya sikit. gambar second and third last tu, camne reaksi Nawal and Umar tgk kau posing cenggitu? haha

scabbers said...

Sorry aku tak layan ko ptg td!!

Nor Azlina Yusof said...

Aku nk tanya..tapi mcm bz body lak..so aku diamkan ja..hahahaa

Che Ta said...

kami pun tak naik tram tu pasai dah kena bayaq..dulu2 free je. baik jalan kaki baru feel!

Pizli Mat Wazip said...

tiga minit - eh takdelah, duduk dalam kandang jugak, itu sebab kesian.

Arin - Hahaha diaorang senyum je.

scabbers - Hahah takpe, maksud aku tu tak layan post aku kat bawah tu.

Nor Azlina Yusof - Hahaha.

Che Ta - Haah, atas sebab kena bayar tu jugak saya malas nak naik. Ntah apa-apa.

Lord Voldemort said...

posing lucah dengan kumbang haha