Remind Me Words of Islam


Social media pada zaman sekarang ni boleh dikatakan digunakan dengan sangat meluas. Dan digunakan untuk pelbagai benda. Mungkin ada yang guna untuk mempromosi business atau menjual barang. Ada juga yang menggunakan untuk berkongsi maklumat dan macam-macam lagilah.


Aku beruntung sebab circle of friends aku adalah orang-orang yang bagus. Dan ada seorang kawan aku ini kreatif. Macam biasa aku akan share benda yang elok di blog ini so bare with me. Kawan aku ada buat satu Facebook Page bertajuk Remind Me Words of Islam. (Sila Click & Like Kalau Mahu).


Di facebook page ini dia ada design pesanan-pesanan, ayat-ayat berkenaan ibadah, doa, sabda Rasullullah, macam-macamlah dan pasal Islam sendiri. Dan ianya dibuat dalam format yang cantik dan ringkas dan yang penting kita tak perlu habis banyak masa untuk baca. Message yang baik sampai pada kita dalam less than 60 seconds.


Dan seingat aku dia tak pernah fail update. Hari-hari ada. Kalau korang ingat dulu aku pernah tulis pasal ada orang cuba nak sampaikan pesanan atau benda baik tapi process nak menyampaikan pesanan tu rumit dan mengambil masa lama so orang stop, malas nak ambik tau sebab bosan. Itu memang nature manusia, kebanyakan manusia I mean, bukan semualah.


So sekarang takde alasan lagi. Kalau bukan untuk kita pun masa dia share tu kita share jelah gambar dia dan apa message yang cuba disampaikan tu akan sampai ke kawan-kawan kita pulak dan lepas tu kawan-kawan kita share lagi akan tersampailah secara meluas. Use your imagination je lah. Macam wabak berjangkit yang merebak. Tapi in a very good way.


Aku takde masa nak buat macam dia, so dapat share dekat blog ni pun aku dah puas hati. To be honest aku jealous dia gunakan kreativiti dia untuk benda macam ini unlike aku hari tu buat video nyanyi lagu. Haha.

Remind Me Words of Islam

3 comments:

tiga minit said...

nice info bro...tq

Voldemort said...

Aku pulak tetiba rasa nak buat camtu.

shazrina said...

page tu tak available la ..ermmm bagus laa kawan ko tu bagi peringatan kat kawan kawan dia, dan org yg like page dia ..kalau bukan kite sesame islam dan melayu ni tak ingatkan satu same lain, sape lagi nak buat camtu ..dah laaa melayu ni mudah lupa ..huhu