Saya Dan Boikot

Bila everytime Israel serang Palestin secara besar-besaran benda biasa yang kita dengar ialah boikot McD. Walaupun aku tak pasti sangat boikot McD di Malaysia ni wajar atau tak tapi aku takde masalah langsung sebab aku bukan makan McD hari-hari dan aku tak related langsung dengan McD in anyway pun. Masalah aku ialah benda ini bermusim. Kalau nak boikot, boikot for goodlah brader. Ini dulu kau dah ajak aku boikot lepas tu bila reda sikit kau makan balik, sekarang nak boikot balik.

Aku rasa ini lebih kepada kita takde pilihan. Orang yang suka makan McD mestilah nak kan pengganti yang kalau tidak lebih bagus tapi sesedap macam McD betul tak? Bila takde itu yang patah balik tu. Nasiblah aku ni suka Burger Bakar Abang Burn. Hehe.


Anyway, semalam aku ada tengok orang mengutuk habis-habisan orang yang ambik breakfast percuma dari McD. Macam-macam ayat. Aku di sini ingin menyedarkan sahaja, tak semua orang aware pasal Palestine. Tak semua orang aware pasal boikot memboikot ni. Ada orang yang tak dapat informasi macam kita. So janganlah kita ni jadi kejam macam Israel nak memaki hamun orang-orang ni. Ye, betul punya maki hamun, aku tak exaggerate.  Ada yang  TV tak tengok, suratkhabar tak baca, internet takde. So manalah nak tau betul tak? Dahlah boikot-boikot ni banyak dihebahkan dekat internet.

Sekian terima kasih dan sekarang sila tengok video di bawah. Untuk orang yang aware, yang bukan beragama Islam pun boikot. Savvy?

5 comments:

Kesuma Angsana said...

terpulang pada masing2lah

tiga minit said...

Saya ada plan nak buat info pasal isu boikot ni...tengah kumpul fakta..secara personal ckp hak masing2 buat tp jgnlah jd pak turut je..

marie said...

pizli..say apun baru nak cakap cam awak, tup tup awak dah tulis...he he he..pasal burger bakar tu..saya sejak kenal burger bakar abang burn, terus hilang selera kat McD ke burger King ke...he he he..tapi sedih saya takde smart phone nak jadi member dia...he he he..

and boikot ni...kalau panas2 tahi ayam, memang tak menjadi...dia kena berpanjangan...;)

Guzz said...

Vey well said.

Pizli Mat Wazip said...

KA - Betul.

tiga minit - Ok, nanti inform takut terlepas pandang.

marie - Ha smartphone tu pun kena ada data jugak hehe.

Guzz - tq