What your biggest fear is and how it affects your life?

Apakah benda yang paling menakutkan untuk anda dan bagaimanakah ianya memberi kesan kepada kehidupan anda?

Secara jujur saya sangat takut kepada tempat tinggi dan air yang dalam. Dan perasaan takut ini menjadi lebih teruk apabila dua benda ini digabungkan. Sebagai contoh berjalan di atas jambatan yang mana di bawahnya sungai yang dalam. Lebih-lebih lagi kalau jambatan itu sempit dan tidak kukuh.

Dua perkara yang menakutkan ini membuatkan saya kurang mengikuti aktivti-aktiviti pengembaraan atau aktiviti lasak seperti kawan-kawan saya yang lain. Saya tidak dapat membayangkan kalau ada aktiviti di mana saya perlu berjalan di atas titi gantung atau merentas batang pokok semasa menyeberang sungai. Dan di atas sebab ini juga saya tidak pernah membawa keluarga saya berkelah di sungai atau laut. Jika kami pergi ke laut pun saya akan pastikan yang kami hanya duduk di tepi pantai sekejap sahaja.

Walaubagaimanapun saya berharap satu hari nanti saya dapat mengatasi ketakutan atau fobia saya ini. Saya sangat berkeinginan untuk berani dalam segala benda dan tidak takut kepada apa-apa cabaran.


Mengikut perkembangan di internet saya diberitahu bahawa  Astro’s Fear Factor Malaysia akan mula ditayangkan di Astro mulai December ini. Rancangan ini akan di hoskan oleh Aaron Aziz dan disertai oleh; antaranya Dafi, Arja Lee, Elfira Loy, Roslan Shah, Kaka Ashraff, Ezlynn, Johan Ashaari, Jehan Miskin, Celina Khor, Ammar, Atu Raja Lawak, Alam Wakaka Crew, Ajak Shiro, Dazrin, Hairul, Farish Aziz, Akim, Azam Pitt, Nik Michael, Arthur, Zoey, Dr Faiz, Gambit Saifullah, Azri, Zawen, Hafizul, Fairul, Didie Alias, Isham, Iz OIAM dan Yassin.


Saya berpendapat mereka sangat beruntung kerana mereka dapat menguji tahap kecekalan dan keberanian mereka di dalam rancangan Fear Factor dan saya yakin ujian yang diberi semestinya sehebat rancangan Fear Factor USA dan Malaysia. Saya juga yakin semua selebriti akan bersaing secara sengit.

Saya merasakan bahawa Jehan Miskin bakal menjuarai rancangan ini kerana dari yang saya baca saya tahu beliau seorang yang aktif dan berani. Tapi mereka yang dapat mengatasi ketakutan pasti menjadi juara kerana saya yakin Jehan Miskin sendiri mesti ada takutkan sesuatu. By the way post ini ditulis untuk contest di Nuffnang. Sila click llink di bawah untuk maklumat lebih lanjut.

3 comments:

tiga minit said...

kira bro ni ada unsur gayat ye...aku gayat gak tapi kadang2 terpaksa lawan sebab kerja harian perlukan memanjat..

Pizli Mat Wazip said...

Hahaha, aku lagi takut lemas, tinggi tu kedua.

shazrina said...

gayat tak de, tapi takut kat tempat gelap .. branipunyabudak.blogspot.com/2012/11/fear-factor-malaysia-2012.html ..:)