Yang Memberi Makan Hendaklah Paling Akhir Makan

Orang yang memberi makan atau melayan orang hendaklah paling akhir makan dan minum (Hadis Riwayat At-Tirmizi)
Aku tak pasti hadis ni hadis sahih ke palsu ke tapi dia buat aku teringat yang kalau aku ajak orang makan memang biasanya aku akan pastikan semua orang dah makan baru aku makan. Aku rasa bukanlah pasal ethic sangat pun tapi pasal kepuasan. Ini bila kes tetamu lebih 10 orang lah ni. Kalau dua tiga orang pada aku ok je makan sama-sama.

Perasaan puashati tu aku rasa lebih kepada bila kau dah penat memasak lepas tu tengok orang semua seronok makan. Ha lepas tu dah lewat dan dalam keadaan penat dan lapar kau pulak makan. Memang high lain macam haha.

5 comments:

kucingorengemok said...

baik² kena gastrik, tapi ;)

marie said...

yep pizli..biasa kalau panggil orang makan, memang kita makan last...dlm kes saya pulak...sebab dah termuak bau masakan sendiri masa preparation..:)

Kesuma Angsana said...

baru tau ni hehehe

Pizli Mat Wazip said...

kucingorengemok - Hahaha, maybe boleh makan sikit sebelum orang datang :D

marie - sebab dah penat pun ye jugak kan.

Kesuma Angsana - Ha saya terbaca dekat gambar bawah tu.

Voldemort said...

Makan lah sekali. Kadang tu orng pulak rasa tak syok tengok tuan rumah tak makan.