Azam Tahun Baru

Azam tahun baru aku tak banyaklah kut, aku just nak jaga makan dan buat aktiviti menyihatkan badan je. Dan maybe boleh selalu pergi surau dan campur masyarakat secara extreme pada tahun depan.

InsyaAllah.

Umar Yang Salah Konsep


Selama ni aku ingatkan Umar faham konsep Opah tu adalah mak ayah dia. Rupanya tidak. Hari tu masa kat kampung aku cakaplah.

"Opah tu mama ayahlah"
"Atuk?"
"Atuk tu ayah ayahlah, Mak Dilla tu adik ayah"
"Ha mak Dilla adik ayah?"
"Yelah, macam Nawal dengan Umar lah"

Lepas tu dia berlari pergi kat Liza sambil cakap dengan excited.

"Mama, mama nak tau tak? Mak Dilla tu adik ayah!"

Aku kat dapur ketawa sorang-sorang. Lepas tu Liza explainlah dia yang kat rumah nenek tu adik-adik dia, yang budak kecik yang main dengan dia kat rumah nenek tu bukan kawan, tapi sepupu.

Salah konsep pada tahap paling tinggi!

Bapak Aku Nampak Sihat

Aku nampak bapak aku macam sihat je. Sekarang aku harap sebenarnya doktor salah diagnose bapak aku.

Amin..

Uniknya Malaysia

Semalam team leader aku belanja makan pizza. Sambil makan tu bersembang keluarlah cerita masa Christmas hari tu leader aku ni bagi tetamu makan nasi lemak.

Buat aku terfikir memang culture kita ni dah mix gila², sebab aku teringat ada jugak aku pergi open house orang jamu spaghetti. Hahaha.

Takde Duit Kecik Dan Memanggil Saya Abang

Aku memang panas hati bila everytime beli barang, peniaga tanya. "Takde duit kecik ke bang? Takde duit kecik ke bang?" Kalau korang semua takde duit kecik aku nak pecah duit kat mana?? Lainlah kalau keluar duit dekat ATM keluar duit 5 ringgit ke, 10 ringgit ke. Memang nak kena maki betul!

Tukar tajuk.

Seumur hidup aku orang pandang rendah pada aku. At least bila aku dah kerja elok sikit ni, berpelajaran sikit aku harap benda tu berubahlah. Aku tak kisah kalau kau nak pandang rendah pada aku sebab aku dengan engkau dengan engkau dan dengan engkau takde urusan. Tapi bila aku sebagai customer pleaselah. Aku tak kisah kalau orang nak panggil aku abang kalau aku beli kuih dekat gerai tepi jalan. Tapi kalau aku buat urusan dekat bank ke contohnya, hospital ke kepala hotak bapak kau nak panggil aku abang. Sebab aku selekeh tak handsome panggil aku abang? Orang depan aku pakai shirt, kau panggil encik, cakap English? Double standard jadah apa? Ingat aku tak terasa ke?

Pleaselah, layanlah aku equally. Takkan sebab muka aku muka kampung kau ingat aku tak reti cakap English. Aku lagi hina daripada customer lain.

Saya Dan Parking

Perangai aku bila side parking ialah aku akan pastikan kereta depan dan belakang aku ada ruang untuk keluar. Kalau tersilap pun aku sanggup start engine balik dan betulkan.

Tapi ada juga manusia-manusia selfish yang fikir pasal kesenangan dia sorang je. Tak peduli pasal orang lain. Aku macam sedih jugaklah dah nak masuk tahun 2013 ni ada lagi orang yang perangai macam tu.

Saya Dan AES

Aku terkejut jugak sebenarnya bila aku tengok AES ni jadi satu issue yang besar. Mungkin sebab aku pergi kerja jalan kampung so aku takdelah rasa sangat kereta aku nak kena ambik gambar bila bawak laju.

Sejujurnya aku tak kisah sangat pasal AES ni sebab dia bukannya ada di sepanjang jalan raya. Di sesetengah tempat dan dia dah bagitau awal-awal situ ada camera. So ada masa untuk bawak slow bila dah nak sampai pada camera tu. Mungkin kawasan itu memang berisiko untuk kemalangan tapi sebab dah semua bawak slow disebabkan adanya AES takdelah berlanggar lagi. Mungkin jugak aku tak kisah sebab aku tak bawak kereta laju. Hehe.

Anyway, aku punya concern satu je lah, janganlah suruh bawak kereta slow sangat. 90km sejam tu slow lah. Aku tak pasti ada tak yang limit kurang dari 90km/h. Kalau ada itu dah menyeksa jiwa raga pemandu lah kut dan aku fahamlah kalau orang nak mengamuk. Aku rasa kalau orang bawak kereta besar 100km/h pun belum tentu terasa lagi.

Maybe kalau orang bawak 130km/h baru kena saman. Ha macam tu cantik sikitlah kut. Hehe.

Penyebab

Anak jiran aku meninggal accident Isnin lepas. Accident dengan lori, dan dia naik motor. Apa yang sedihnya? Ayah dia baru hantar motor tu pada dia dan mak dia cakap "Buat apa belikan motor, kan dah jadi macam ni?" 

Biasalah tu kan, kalau dah ajal ada je penyebab-penyebabnya dan aku yakin mak dia cakap macam tu sebab sedih sangat dan aku yakin deep down mak dia tau yang ajal ni bila-bila boleh sampai.

Al-Fatihah.

Nasi Kukus, Ikan Bakar & Ayam Goreng Berempah di Hentian Awan Besar

Makanan yang cukup rasa, lengkap ada sayur kuah dan yang penting sedap. Memandangkan nak ke Keramat bolehlah melencong ke situ.


Dilemma Kerja Hujung Minggu

Aku dikehendaki untuk bekerja hujung minggu sekali sebulan. Tak kira Sabtu atau Ahad. Dapat allowance RM180. Banyakkan?

Tapi, walaupun sekali sebulan memang rasa berat betul nak pergi. Dan rasa cycle dia cepat sesangat. Dan kadang-kadang rasa macam mengganggu plan hujung minggu. Kalau bujang tak rasa sangat kut.

Adalah beberapa orang yang dah stop kerja hujung minggu ni. Aku ada terfikir jugak sebenarnya nak stop. Tapi RM180 tu pada aku besar. Hehehe.

Tapi aku yakin kalau aku stop memang terasa hilang satu beban. Dilema dilema..

Perbelanjaan Bonus Mengikut Kategori

Hujung² tahun ni macam biasalah aku tengok ada company bagi bonus. Dan daripada social media nampaklah duit bonus semua orang dibelanjakan kepada benda-benda mengikut dua kategori.

1) Berkahwin
2) Tak berkahwin

Yang berkahwin ni biasalah, beli barang-barang untuk rumah. Kalau yang dah ada anak beli barang-barang anak nak sekolah.

Yang tak berkahwin mostly aku tengok beli gadjet je banyaknya.

Company aku ada bagi sikit, tak bertambah dan tak berkurang, so hujung tahun bila ada email pasal bonus tu takde siapa excited pun sebab dah expected. By the way nursery dan tadika pun nak masuk tahun baru banyak kena bayar tau. Hehe.

Saya Dan Menjadi Positif

Siapa yang baca blog aku dari awal mesti akan nampak perubahan dalam benda yang aku tulis. Mesti akan cakap hidup aku dah berubah. Mesti akan cakap aku dah senang.

Sebenarnya tak sangat. Semua ini lebih kepada aku ubah diri sendiri menjadi positif. Untuk permulaan aku stop tulis pasal benda negatif dan aku tak fikir sangat pasal masalah aku.

Aku masih ada masalah. Tapi aku dah stop cakap pasal masalah aku sebab ianya akan hanya buat aku jadi depress. Dan orang pun menyampah nak baca. Dan sebenarnya hidup aku takdelah teruk mana pun compare dengan sesetengah orang yang lagi kurang bernasib baik.

Tapi ada satu point hari tu aku dah sampai tak kisah, I mean takde perasaan jealous pada orang lain sampai aku biarkan je. Maksudnya di sini kita tak patut jugak terima je dan biarlah apa nak jadi. Kita perlu ada perasaan dengki ni jugak sikit-sikit supaya kita terasalah nak improvekan diri dan jadi macam orang lain.

Contohlah, aku tengok kawan aku pergi bercuti ke England. Aku tak bolehlah nak cakap "Dah nasib dia, dah rezeki dia" dan redha aku takkan pernah merasa pergi ke luar negara. Kena ada "dengki" sikit supaya nanti aku pun akan cubalah untuk berusaha dan cari jalan agar satu hari nanti aku dapat pergi ke England jugak ke. Sama jugaklah dengan benda lain. Jiran tukar sofa ke, adik beli kereta baru ke. Supaya kita ada satu rasa nak jadi baik macam orang yang lebih baik dari kita.

Masalah dan kesusahan akan sentiasa ada. Sebab manusia ni kalau sentiasa senang nanti mudah untuk lupa daratan. Hidup ni tak bolehlah semuanya indah kut, kenalah ada sikit-sikit dugaan.

Masalah besar aku sekarang aku ada 5kg lagi untuk hilang, hari tu dah hilang 5kg. Kalau total hilang 10kg confirm student Kazakhstan pandang aku dua kali. Andai kata aku dapat hilang 10kg pulak, aku mesti cari masalah lain macam keluar date dengan awek Kazakhstan tu tadi ke supaya terasa ada cabaran sikit.

Ok itu namanya cari pasal. Abaikan.

(untuk kawan² Liza yang baca, dua perenggan akhir tu adalah lawak murahan. aku dah tak tau dah siapa baca blog aku ni sekarang :D)

Benda Paling Hina Aku Pernah Buat

Dulu masa mula-mula kerja aku nampak mark up harga barang ni dah jadi macam satu benda yang normal. (Bukan company yang aku kerja sekarang ni). Siapa yang in charge beli barang akan suruh supplier mark up harga barang dekat quotation supaya tukang beli barang ni ambik duit lebih dari beli barang tu. To be honest masa tu aku tengok benda ni biasa, macam satu amalan di semua company kat Malaysia ni. Orang yang in charge siap belanja satu geng makan lepas beli something.

Aku ada buat sekali, aku beli DVD. Aku suruh orang tu mark up dan aku ambik duit, tapi tak lebih 50 la kut. Dekat resit bagi company harga lain, dekat resit tokey kedai harga lain.

Lepas tu dekat company lain ada mamat ni in charge beli peralatan studio dan aku dengar bila studio siap tukang supply barang tu hantar cek kat dia. Dan aku ada dengar je sorang mamat ni in charge beli komputer, banyaklah, untuk satu company dan lepas tu tukar kereta kut. Ini dah tahap-tahap rasuahlah kut kan?

H.A.R.A.M

Nasib baiklah aku tersedar dan Alhamdulillah aku tak pernah in charge beli barang lepas tu. Tak betul. Aku rasa benda ini memang hina betul. Semoga kita dapat rezeki yang halal-halal sahaja selepas ini. Amin.

Saya Dan Kereta Kedua


Ye, aku tau ramai kawan-kawan aku yang akan dissapointed bila tau aku beli kereta Korea. Dan aku rasa ramai yang akan cakap KIA banyak masalah etc etc. Sebenarnya KIA dah improve dan dari apa yang aku baca dan tengok dah ramai yang pakai so aku yakin untuk menggunakan kereta ini. Lebih² lagi ianya datang dengan 5 tahun unlimited mileage warranty. Dan aku sebenarnya expect akan ada soalan² daripada saudara mara, sahabat handai dan rakan sekerja: Kenapa beli KIA? Aku nak jawab: Itu je yang mampu. Itu je yang aku jatuh cinta dengan.

Oklah.. sejujurnya aku tak mampu nak pakai kereta harga 100K dan ke atas (aku minat Civic), dan aku nak pakai kereta yang "sedap" sikit before umur aku 40. Dan pada umur nak masuk 32 bolehlah cakap FORTE ni berjaya buat aku mencapai cita-cita aku buat masa ini. Aku tau dia under power since dia just 1.6 tapi aku tak perlukan power sangat, aku hanya perlukan kereta yang selesa dan banyak features serta finishing yang baik. Under power maksud minyak makan lebih sikit kut, tapi office aku just 18km from rumah, so InsyaAllah boleh cope.

Aku ada survey Preve jugak masa tu sebenarnya, tapi orang tu just reply:

Hi sir, Sorry for late reply. Ok, yes..can trade in sir. Let me check first the value for your car. I will reply you back soon.

Tapi sampai ke sudah tak reply². Yang orang KIA ni reply less than 8 jam dengan ayat dekat 100 line, siap bagitau segala offer yang dia nak bagi. So itu antara reason aku pilih FORTE ni jugak. Aku perlukan orang yang betul-betul nak berniaga, bukan nak cari side income. Anyway, kalau nak beli KIA aku boleh rekemen company yang jual ni, dekat Seri Kembangan. Hebat team dia, very well organised. Aku dapat kereta ni 2 minggu je lepas jumpa dia.


Kia Forte owners are mostly young, educated professionals and are people who have done their studies and research before deciding on the Forte. We are the non-conformists. We don't follow trend. We create new trends. - Itulah ayat dekat kelab Forte, boleh tahan. Haha.

Selain jatuh cinta masa orang promote dekat Jusco hari tu ada sebab² lain jugaklah kenapa nak tukar. Sebab apa akhir tahun? Sebab dia banyak offer. Siap dapat free leather seat dan discount sikit lagi. Dan kenapa nak tukar kereta sekarang? Sebab sekarang ni aku kena balik kampung every month dan aku perlukan kereta yang elok sikitlah kut. Dan kenapa kereta bukan MPV? Aku baru sedar yang aku tak perlukan extra seats, aku hanya perlukan extra space.

Doakan kami bahagia. Dan yang paling penting, tak payahlah aku nak bawak kereta manual lagi.

Saya Dan Kereta Pertama


Inilah kereta pertama aku. Lama jugak guna. Masa tu tak mahir lagi bawak kereta. First day dapat terus malam tu pergi Keramat haha. Kereta manual dan masa nak beli dulu memang berkenan sangat dengan Wira SE. Nak warna hitam tapi takde stok so ambik je lah warna merah.


Engine kereta ni memang mantap, maybe sebab dari Mitsubishi. Sebab apa aku nak tukar? Ok tak lama dulu kereta ni dibaiki dan kena bayar RM1600++. Lepas tu dalam bulan lapan hari tu aku repair stereng rack pulak dan beberapa benda lagi RM700++. Ada satu petang tu masa aku balik kerja, aku lost control stereng kereta aku dekat corner. Bayangkan perasaan aku masa tu. Tapi nasib baik time tu takde kereta lain dan takde lori so nasib baik aku dapat control balik dan mulai saat itu aku dah takut dan aku memang malas nak bawak bengkel lagi takut nanti kena lagi beberapa ribu. Engine ok, tapi benda² lain tak ok, kira macam itulah kesimpulannya.


Sebenarnya kitaorang plan nak tukar kereta tahun depan tapi masa dekat Jusco AU2 hari tu ada orang buat promotion dan aku sajalah tengok² dan masuk kereta yang dipromote tu. Sekali aku terus tersuka, jatuh cinta. Terus aku cari the best deal dekat internet. Kira spontaneous punya nak tukar.

Walaupun aku macam happy ada kereta baru tapi  rasa nak menangis jugak nak melepaskan kereta ni.

Perkhidmatan Di Zaman Internet


Aku rasa aku pernah cakap pasal zaman sekarang ni kalau peniaga buat masalah sikit dengan customer memang senang-senang je customer boleh cerita pasal keburukan kau dengan cepat. Facebook, Blog. Aku rasa sekarang tengah heboh pasal I-City.

Itu pasal aku dekat blog ni malas sangat nak tulis nama company atau peniaga yang buat hal dengan aku sebab nanti memang buruk padahnya. Kalau korang perasan aku punya popular post adalah pasal Burger Abang Burn dan Kedai Gambar dekat Bangi. Hari-hari berpuluh orang sampai dekat dua post tu sahaja. Nasib baik aku cerita pasal benda baik, kalau pasal benda buruk?? Berapa ramai customer hilang?

Tapi for the first time aku rasa akhirnya aku akan mention jugak satu nama company ni. Tapi depends lagilah, tengok dia buat apa dengan aku lepas ni. Company ni dah hantar aku 2 kali official quotation. Tetiba weekend ni nak datang lagi nak finalise. Ini kes nak make up rumah lah ni.

Kalau tetiba dia cakap kena bayar extra, cakap silap kira sebelum ni, taulah nasib diaorang.

Cara Nak Berhenti Merokok Dan Kesan

Memandangkan aku takde idea hari ni aku nak bagitau je lah macamana nak berhenti merokok. Sebenarnya korang tak perlukan segala benda macam elektronik cigarettes ke, nicotine patch ke. Benda-benda ni semua adalah kekuatan mental kau sahaja. Sorry kalau aku ada tulis sebelum ni tapi takde benda lain nak tulis hari ni hehe.

So cara-caranya:

1) Mental kena kuat, kena prepare mentally
2) Jangan keluar dengan orang yang hisap rokok. Ini yang paling penting. Pergilah makan sorang-sorang or keluar dengan budak perempuan.
3) Start buat aktiviti sukan untuk selarikan percubaan nak jadi sihat.
4) Cari alternatif lain kalau kita terlalu berharapkan pada rokok. Contoh dalam toilet nak kena hisap rokok, so tukar main game dekat handphone ke, tulis blog ke masa berak.
5) Bagitau semua orang kau nak berhenti so kalau kau hisap rokok rasa malu lah.
6) Berhenti bulan puasa lagi senang kut.

Kesan dalam jangka masa pendek buat kau tertanya diri sendiri "Aku nak mati ke ni??". Kebas satu badanlah, mimpi ngeri lah. Inilah phase paling mencabar. Nicotine withdrawal. Maybe berbulan jugak.

Tapi dalam masa itu jugak kau boleh perasan muka kau yang kusam jadi macam berseri sikit. Macam bercahaya sikit compare masa merokok. Dan long term pulak kau jadi sihatlah. Mana ada batuk dah. Cuma misteri aku satu je, dulu masa merokok jarang kena ulcer tapi sekarang macam kerap jugak. Aku tak taulah apa scientific explantionnya. Tapi aku rasa sihat je lah sekarang. Stamina pun bertambah. Walaupun tak jadi hebat macam Najib dan Arin tapi kira ok lah.

Dan yang penting kau tau kau dah cuba segala benda untuk jadi sihat. Kalau sakit ke apa ke lepas ni semuanya kehendak Allah S.W.T dan memang takdir. Bukan salah kita sendiri cari pasal buat benda tak sihat. Takdelah penyesalan, tapi harapnya biarlah kita semakin sihat, gembira dan handsome sikit.

Awas Tanah Runtuh


Dulu aku tengok jalan tepi sungai yang aku lalu ni macam dah rebak sikit. Terhakis. So makin lama, jalan jadi keciklah. Lepas tu orang letak signboard awas tanah runtuh tu. Tapi masih boleh jalan tanpa kena stop untuk bagi kereta depan jalan.

Tapi start minggu ni aku dah kena stop. Maknanya tanah tu dah hakis makin banyak. Tapi takde pun aku nampak orang nak repair! Just anjakkan je sign tu. Aku percaya akan sampai masa memang jalan tu besar kereta je nanti. Dan bila ada kereta terjerumus masuk dalam sungai, ada orang mati, baru diaorang nak repair betul-betul.


Maybe ini blessing in disguise jugak kut sebab jalan tu memang lori besar hari-hari lalu sebab nak save tol. Memang lori paling besar dalam sejarah pembinaan lori pun lalu padahal jalan kecik. Aku harap ada satu lori jatuh dan pengajaran pada:

1) Pemandu lori jangan lalu situ lagi.
2) Pihak bertanggungjawab supaya buat kerja sebelum kemalangan berlaku.

Doakan aku tak ditimpa malang masa lalu jalan ini ye.

Aktiviti Pagi Hujung Minggu

Kadang-kadang, biasanya hujung minggu time anak-anak aku tengah tidur bangun lambat aku akan peluk diaorang dan tidur sama-sama sekejap. Atau peluk sambil harap diaorang terjaga pun ada kadang-kadang. Tak taulah kenapa tapi aktiviti peluk diaorang tengah tidur lena ni lagi syok dari peluk diaorang tengah berjaga.

Process Penyediaan Makanan Yang Tak Berbaloi

Laksa Arin
Semalam aku tengok dekat Google+ Arin masak laksa. Nampak sedap, tapi penyediaan dia aku nampak remeh betul. Dengan nak kopek ikanlah, apalah. Kalau nak makan untuk satu family aku rasa berbaloilah kut nak masak laksa sendiri.

Tapi kalau untuk makan berdua macam aku dengan Liza aku rasa elok beli je lah kut. Lagi bagus dari masak sendiri. Atau mungkin lagi bagus kalau Arin bagi laksa dia sikit dekat kitaorang, alang-alang dah susah payah masak, baik bagi satu daerah merasa.

Menarik Dan Tertarik

Selama mana kau dah berkahwin pun kau mestilah nak bergaya dan mahu kelihatan cantik bagi perempuan dan kacak bagi lelaki. Mesti kau akan happy kalau ada lelaki atau perempuan pandang kau dua kali at least sebab macam, "Wow, ada market lagi aku ni".

Tapi sayangnya awek yang aku rasa pandang aku sekali suku sekarang hanyalah cleaner Indonesia dekat office aku ni. Itupun aku rasa sebab dia tengah cari peluang nak dapatkan kerakyatan Malaysia. :-(

Anda semua yang sudah berkahwin bagaimana? Masih ada saham lagikah?

Sebab Orang Lain Kita Tak Boleh Buat Apa Yang Kita Mahu 2

Kalau post pagi tadi pasal orang jahat sekarang post pasal orang tak bertanggungjawab. Katakan kau baru order kereta baru dan ada option untuk pasang bodykit. Katakan ada 3 option dan ada satu option kau paling suka sebab cantik gila dan sporty tapi sebab memikirkan jalan yang kau bakal lalu kau tau bodykit tu tak sesuai. Mesti akan bercalar balar. Dan kau tak boleh buat apa sebab bukan kuasa kau nak repair jalan. Orang yang bertanggungjawab tidur. Bila tanya dia balas "Oh kami tak boleh buat apa, since kami tak boleh nak buat apa, kami tengok porn dekat office dan pergi mampuslah sama korang semua. Peduli apa aku korang nak jadi apa sebab yang pasti nanti semua orang bodoh kawasan ni akan vote aku lagi. Kerja aku senang je, bulan puasa aku bagi kurma. Hujung minggu datang penyampaian hadiah sekolah dan ramai lah orang dekat forum puji² cakap aku buat kerja. Weekdays aku duduk office tidur, layan internet"

Lepas tu bodykit tu tadi ada option nombor 2 yang kau punya second choice, tapi tak praktikal jugak sebab office kau banyak speed bumps yang diconstruct guna kepala lutuk bapak contractor tu. Yang masa nak buat tu dia tengah mabuk minum todi sebab wife dia refuse nak have sex selama 3 bulan. So speed bumps dia macam celaka, tak bagi peluang langsung pada kereta-kereta sports nak lalu area tu.

Dan mungkin jugak orang yang plan nak buat projek tu dah tua bangka tahap nak beromen pun kena makan viagra sangat frust dengan sexual life dia so dia nak balas dendam pada orang, saje nak sakitkan hati orang. Dia cakap dekat orang yang nak kena buat speed bumps tu "Ok, korang buat jarak antara speed bump tu 15 meter je, buatlah dalam 3km buat 1000 dan jangan buat elok², biar staff company ni kena banyak kali brake sampai haus brake dia".

So kau terpaksala pilih bodykit yang paling tak cantik, yang paling buruk. Yang paling tak sporty sebab kau tak boleh nak ubah keadaaan sebab kau takde kuasa dan orang yang sepatutnya bertanggungjawab tak jalankan tanggungjawab dengan sempurna. Motherfucker.

Sebab Orang Lain Kita Tak Boleh Buat Apa Yang Kita Mahu 1

Dalam dunia ni ada manusia-manusia jahanam yang menyusahkan orang lain. Pencuri, perompak dan lain-lain lagi. Contoh senanglah. Kau ada smart tag, ikut logik dan kesenangan kau mestilah nak lekat je dekat cermin lepas tu dekat tol just lalu je. Tapi sebab ada pencuri-pencuri yang sanggup pecahkan tingkap kereta orang semata-mata nak mencuri smart tag kita, kita terpaksa simpan, sorok. Bila sampai tol, kena keluarkan guna tangan nak make surekan kena tag. Menyusahkan kita padahal benda tu sepatutnya memudahkan.

Sama jugak dengan rumah. Kalau rumah luaran dia cantik-cantik lagi senang jadi target perompak dari rumah yang luarnya nampak buruk. So sebab nak selamat terpaksa biarkan rumah buruk je dari luar. Arghhh menyampah aku nak tulis benda ni sebab manusia-manusia jahanam ni menyusahkan kira semua.

Maharaja Lawak Mega 2012




Hantar ML JAMBU ke 32888 atau

Hantar ML <3/5/10/20> JAMBU KE 32888 untuk (3/5/10/20) undian

Somehow kumpulan JAMBU ni mesti  akan buat aku ketawa, alang-alang korang ada credit lebih tu trylah vote sebab compare dengan group lain aku rasa diaorang ni better lah kut. Walaupun kadang-kadang aku menyampah dengan penonton sakai terpekik tak tentu hala masa diaorang buat persembahan.

Ini Cerita Sedih


Sebenarnya cerita ni dah lama aku simpan. Aku tak tulis dekat blog sebab pada masa tu adik aku yang bongsu tu nak ambik SPM. Taknak dia terbaca. Masa hari raya hari tu bapak aku sakit. Setelah abang aku pujuk dia pun setuju pergi hospital. Aku masa tu betul harap bapak aku takde sakit apa sebab aku tau bapak aku takde kena sakit kronik. By the way umur dia tahun ini 73. Dah tua dan aku expect sakit tua dia je lah.

Walaubagaimanapun bapak aku adalah seorang perokok. Dan bila merokok antara risikonya ialah kanser. Dan rupa-rupanya memang dia kena kanser stage 4. Doktor cakap umur dia dalam tiga ke enam bulan je lagi. Nak buat chemo pun tak boleh sebab nanti lagi seksa dia. Sebagai anak aku memang sedih masa tu. Tapi at this point aku dah redha. Latest aku dengar hari tu doktor cakap ada 3 minggu ke 3 bulan je lagi. Tapi bapak aku macam ingat-ingat lupalah dia sakit kanser ni. Somehow aku tak kisah sebab aku taknak dia stress. Dan pada umur macam tu aku rasa kanser tu hanya penyebab je lah.

Ok. Selama ni bapak aku nak sangat upahkan haji untuk parents dia tapi since prosedur tabung haji boleh register on the 1st Rejab je dia missed tahun ini. Aku tergerak hati pujuk dia upah syarikat swasta dan akhirnya dia setuju. Dan selesai dah pun. Dan kebetulan rupa-rupanya upah haji untuk mak dia pun tabung haji dapat buatkan. Satu hajat dia dah tercapai. Maknanya mak dia, dia buatkan dua kali terus tahun ni, benda dari tabung haji ni tau lambat.

Keduanya dia memang sayangkan betul adik bongsu aku yang ambik SPM tu tadi. Aku pun dia sayang, aku tau, tapi aku yakin adik aku tu lah pengarah jantung hati dia. Teman bergaduh dia masa adik aku ada kat rumah. Dan of courselah dia nak sangat tengok adik aku ni masuk university. Aku doa banyak kali dan cakap dengan bapak aku banyak kali jugak doakanlah adik aku dapat sponsor. Alhamdulillah adik aku dapat offer MARA untuk buat persediaan dekat Taylors dan pergi US setahun lepas tu walaupun result SPM belum keluar. Dua hajat besar dia tercapai. MARA ni bukan sponsor kut, maybe pinjaman boleh tukar.


Allah punya perancangan memang perfectkan. Alhamdulillah hajat-hajat dia (yang aku tau) dah tercapai. Doakan segalanya dipermudahkan untuk bapak aku ye kawan-kawan.

Durian Fresh


Durian Broga yang fresh. Ini je lah benda best kerja dekat sini.

Gangster Melayu

Aku tau dekat Malaysia ni ada satu kumpulan gangster Melayu yang konon-kononnya nak menjaga Melayu dan Islam tapi so far yang aku nampak diaorang belasah budak Melayu balik adalah. Sikit-sikit nak pukul, sikit-sikit nak pukul. Sesama Melayu pun nak pukul. Benda kecik pun nak pukul.

Hal dekat office pun sampai nak cari geng nak belasah. Islam amende? Tak nampak sabar pun.

Aku tak kisahlah korang nak jadi gangster ke apa ke tapi biarlah bermatlamat. Janganlah sebab benda kecik pun nak belasah membelasah. Tak puas hati kat tempat kerja pun nak belasah. Accident yang bermaksud KEMALANGAN pun nak belasah orang sampai pecah kepala separuh mati.

Sekian terima kasih, kang aku tulis panjang-panjang takut aku pun kena belasah. Haishh.

Big Bad Wolf 2012

Aku rasa semua orang pun tahu yang kalau beli buku nanti boleh claim tax kan? So memandangkan semalam cuti kitaorang pergilah situ kejap untuk beli buku anak-anak dan diri sendiri. Dia buat dekat Mines Convention Centre. Senang nak pergi. Memang murah-murah harga bukunya sampai aku pun tertanya² berapa kos buat buku sebenarnya?

Syabas untuk graphic designer diaorang, semua banner cantik². By the way ini plastik dia.

Diaorang bagi kotak tapi aku suggest korang bawak beg sendiri.

Banyak buku anak-anak. Aku tau sekarang aku dah takde masa nak baca buku, buku kawan aku hadiah birthday pun tak habis² so aku cari short stories je.

Liza beli banyak jugak. Happylah dia.

Ini Liza punya.

Ini anak-anak punya.

Ini aku punya. Nampak The Curry Bible tu? Ha tahun depan jemput datang rumah. Aku akan masak Indian food yang sedap². Aku ni nak harap ke Singapore or Indonesia pun tak pernah pergi inikan pulak nak pergi India semata-mata untuk makan.

Oh nak tau the best partnya apa? Semua yang banyak-banyak ni harga dia RM191.00 je. Sila pergi sekarang.

Susu Percuma

Beberapa bulan lepas Liza dapat sms tanya ada anak yang picky eater ke, kalau ada reply sms tu dan first 1000 replies akan dapat stok susu untuk dua bulan. So pendek cerita kitaorang dapat dan semalam pergi ambik.

Kenapa Federal ni busy walaupun dah pukul 10 ye? Orang masuk kerja lambat ke apa?

Kena pergi office Wyeth dekat Jaya Grocer PJ untuk ambik.

Ha dapatlah 12 cartons 400gram. 

Ha inilah rupanya. :-)
Umar memang picky eater so sesuailah nak buat experiment.

Kalau Nak Masuk Walk Lagi



Walk Sabtu hari tu mengajar aku beberapa perkara. Aku tersilap sebab under estimate walk tu dan over estimate keupayaan aku sambil tidak prepare benda yang patut. Yang aku prepare hanya peralatan nak tidur di mana aku takde masa pun nak tidur sebenarnya. Andai kata aku nak masuk lagi event macam ni aku kena:

1) Prepare cramps stop spray dan segala ubat panas. Nak harapkan medical team ada ramai lagi orang diaorang nak kena layan.
2) Jangan pakai boxer brief sebab peha atas aku (yang berlaga tu) melecet. Maybe aku pakai je running shorts dan tak payah pakai underwear terus. Kalau cramp pun senang nak spray or sapu ubat sebab kaki dah terdedah. Risiko nak melecet pun takde. Or cari tights ganti underwear sebab macam extreme pulak tak pakai underwear. Hahaha. Menyesal pulak aku mengutuk orang dalam hati yang pakai short tights yang gila-gila pendek. Padahal diaorang tu memang well prepared.
3) Buat latihan berjalan sebelum event sebab berjalan dan berlari adalah totally different event. Kalau berlari dia ambik stamina, berjalan ni ambik kekuatan kaki.
4) Aku rasa aku perlukan running pouch untuk simpan barang-barang ni supaya takde pergi dekat baggage area untuk ambik.

So dengan ini aku berhasrat nak masuk lagi tahun depan kalau diaorang buat dekat KL or Putrajaya lagi.

Hindarilah Kami Dari Malapetaka


Aku dapat gambar ni dari TheStar, ni orang Filipina dapat bantuan sebab kena typhoon. Kita di Malaysia ni Alhamdulillah lah takde bencana yang seteruk macam ini. Takde  bukan bermaksud selama-lamanya takkan ada. Kuasa Allah.

Dari gambar ni kita nampaklah yang diaorang desperate. Aku imagine diri aku lah, kalau anak-anak tengah lapar ke sakit ke mesti aku akan berebut macam ni nak dapatkan bantuan. Anak nak jumpa Ultraman pun aku sanggup inikan pulak bencana. Cuma aku harap takdelah kita kena benda-benda ni sampai bila-bila.

Biarlah kita semua bebas dari malapetaka. Amin.

Selangor Cuti


Hari ni Selangor cuti. Masalahnya sekolah anak-anak aku pun cuti so kenalah jaga diaorang since Liza kerja KL. Tapi anak-anak dah besar ni senanglah nak jaga sebenarnya. Aku bawak diaorang pergi Tesco lepas tu pergi makan nasi kandar. Kira balas balik weekend hari tu aku abaikan diaorang jugaklah ni hehehe.

Balik relax kejap lepas tu tidur. Senang dan mudah. Kalau baby dulu dengan nak buat susulah, pujuk jangan nangislah, nak tidurkanlah. Hehe.

Orang Yang Mencuri Kucing Patut DiHukum Bunuh!

Ok maybe extreme. Tapi apa ke hampehnya orang yang mencuri kucing orang lain. Dekat rumah mak mentua aku ada 3 ekor anak kucing yang aku macam nak bawak balik bela kat sini. Tapi bila tengok adik ipar dan mak mentua aku sayang aku macam taknaklah kacau. Dah besar dah kucing-kucing tu, gemuk, sihat, main 3 beradik. Cantiklah jugak kucingnya.

Sekali semalam 2 ekor dah kena curi. Tinggal seekor. Pencuri ni ingat kucing takde perasaan ke? Silap-silap boleh mati yang sekor ni takde kawan. Dan curi kucing orang?? Tak boleh hina lagi ke perangai tu? Bodoh! Dulu ada sekor, orang tu cakap dia jumpa kucing tu pengsan lepas tu terus bela, takde nak pulangkan. Mak mentua aku tak tau nak cakap apa.

Dahla mak kucing tu jenis sayang anak-anak dia ni. Kalau anak dia tidur sorang, dia pergi duduk sama-sama. Masa kucing tu baby lagi, aku angkat pun dia dah restless. Memang nampak sayang betul. Ni kalau mak dia pun sakit aku harap orang yang curi kucing tu nanti anak dia kena culik. Baru padan muka! Apa jenis manusia ntah.

Prestasi Bolasepak Malaysia Dan Kaitan Dengan Masyarakat Sekeliling Dari Sudut Yang Lain


Selain untuk menggembirakan rakyat, pasukan Malaysia juga perlu menang untuk beberapa pihak lain. Andaikata dalam satu tournament Malaysia menang dan dapat pergi ke peringkat tinggi sikit adalah dalam 5-7 games yang bakal dilalui.

Tahukah anda selain kita orang biasa, peniaga-peniaga lagilah berharap Malaysia menang sebab ini adalah masa untuk diaorang buat duit. Jersi contohnya, satu Malaysia nak beli, kalau ada banyak games, team kuat, semua orang nak ada satu walaupun jersi imitation. Dan segala macam merchandise, air horns, burger yang extra mahal, air sirap yang extra mahal, masa ada game je lah diaorang boleh buat duit. Memang extra mahal tapi kita terima je lah. Janji tak sakit perut sudah.

Kalau Malaysia kalah semua stop. Jersi dah tak boleh jual lagi, or kalau boleh jual pun dah tak rancak dah. Merchandise dah tak boleh jual. Bisnes burger untuk buat duit lebih pun terus tutup.

Berbalik kepada bolasepak Malaysia itu sendiri, sekarang Johor contohnya panggil semua player yang kuat main dengan diaorang. Bayar mahal. Kita tak boleh salahkan sesiapa. Kareer bolasepak tak lama, by umur 35 dah pencen dah kut. So masa inilah nak buat duit.

Impactnya mungkin kita tak nampak sangat tapi bila ada satu dua team yang boleh offer gaji tinggi ramai player akan up kan game masing-masing supaya dapat masuk team yang kaya ni. Bak kata Nassir, so nanti kualiti bolasepak pun meningkat sebab orang nak main bagus-bagus, nak pikat team kaya, nak dapat main dekat luar ke apa ke. Dan harapnya masa itu nanti team Malaysia jadi lebih bagus.

Dan mungkin juga semua team cari fund bebanyak dan only top players je dapat masuk sebab gaji mahal so jadi ramai player yang bagus-bagus satu Malaysia. Team semua kuat, stadium sentiasa penuh, semua orang ada bisnes, jersi pun laku.

Ok sekian terima kasih.

Sedih Dan Frustrated


Aku tak suka kena tipu. Aku tak suka kena tipu. Dan aku seorang peminat Manchester United. Macam aku cakap tadi aku sayang gila jersi yang aku baru beli tu. Sebab aku siap tempah letak BPL Patch, nama Scholes dan Nombor. Kualiti dia quite oklah walaupun ada kotor-kotor pewarna merah dan hitam sikit, aku maafkanlah walaupun dia advertise cakap:
Boutique Quality. Not Like Triple A Jersey compare to their Material, Patch, Printing, Colour , Barcode, Embroidery, Sewing  and Features same like Original jersey.  
Aku taknaklah sebut nama kedai tapi aku sangatlah frustrated bila nombor belakang dia koyak. Dan bila aku bagitau dia suruh aku iron balik. Masalahnya nombor tu dua lapis, dia salah buat kut yang first lepas tu buat sekali lagi dengan overwrite dengan yang betul. Dah koyak dah pun lapisan pertama. Rosak.

Faham tak perasaan frustrated aku, sedih. Memang aku kecewa sebab tahun ni baru aku nak bagi peluang pada jersi imitation. Selama ni aku sanggup beli past season punya jersi semata-mata nak dapat jersi original yang murah.


Boutique kualiti kepala hotak dialah. Aku dah putus asa dengan orang-orang macam ni. Minggu lepas (semalam) berakhir dengan cemerlang dan seronok, minggu ni (hari ni) dimulakan dengan benda hampeh macam ni. Takpelah, harapnya dengan customer lain lepas ni diaorang buatlah elok-elok. Kesian aku.

Malaysia (1) vs Thailand (1)

Sorrylah hari ini banyak entry bergambar. Saje nak cerita semalam aku pergi stadium dengan Nassir dan anak dia. Aku tak expect menang pun, seri pun dah kira nasib baik. Aku rasa player Thailand memang psychologically disturbedlah dengan penonton Malaysia. Terutamanya Ultras Malaya tu. Aku suka lagu Bangunlah diaorang. Sebab diaorang semangat dan bising someway somehow orang lain pun naik semangat jugak. Aku respek lah dengan diaorang sebab aku dengar diaorang fund diri sendiri, takde siapa bantu.

Anyway, bab pergi stadium ni yang bestnya bila team kita score. Menang ke kalah ke takpe, yang penting ada satu masa boleh celebrate macam orang gila, ramai-ramai.

Sebelum pergi stadium. Aku tumpang Nassir dan dia park kereta dekat TBS Bandar Tasik Selatan tu. Gila gempak TBS ni, dah macam KLIA. Aku first time datang. Ni kitaorang makan sebelum pergi naik LRT.

Jersi yang disponsor oleh Nassir haha.

Kebetulan ada bendera dekat TBS. Ye pakai selipar jepun pergi stadium untuk mudah buat segala benda.

Aku suka benda-benda ni bila sebelum pergi tu jumpa ramai-ramai orang yang nak pergi tempat sama untuk benda yang sama.

Kitaorang duduk atas.

Stadium penuh, tapi takdelah sampai maksimum.

Sebelum start.

Ha itu bendera yang dibuat oleh Ultras masa nyanyi lagu Negaraku. Meremang satu badan.

Ni diaorang baling toilet paper kut, macam dekat Argentina haha.
Seri 1-1. Biasa-biasa je lah game dia. Cuma seronok datang stadium je lah.
Ni masa beratur nak balik naik lrt. Semua orang behave lah jugak.

Pose akhir sebelum balik. Singgah makan roti canai dekat Bangi dan aku sempat tengok gol Van Persi menang lawan Man City. 
Kalau masuk final teringin jugak nak pergi lagi kut.

Putrajaya International 12 Hour Walk - Aku Torture Diri Sendiri

Berakhirlah sudah Putrajaya International 12 Hour Walk. Macam aku cakap, target aku nak dapatkan medal sahaja iaitu buat 34KM. Aku kat rumah cakap kat Liza, "Nanti habis 34KM saya tidur, pukul 5 diaorang start bagi medal saya ambik dan balik." Aku underestimate "walk" ini. Ini adalah penyeksaan. Dah masuk 15KM kaki aku sakit sangat. So bayangkan dalam 19KM terakhir aku jalan in pain. Kira medal yang dapat ni memang hard earned medallah. Hahaha. Aku akan simpan sampai bila-bila dan akan cerita dengan cucu cicit macamana Atuk jalan dalam kesakitan semata-mata nak dapat medal. Kalau takde medal aku rasa by 25KM aku dah balik dah. Hahah. Anyway aku habis dalam 4.45am, pukul 5am ambik medal dan balik. Adalah jugak rest in between, pergi toilet, solat semua, tapi rest pun bukan hilang sakit kaki. Lepas habis tu sempatlah baring sekejap.

Banner. Gambar dari camera Arin.

Muka semangat. Konon kuat sangat.

Nombor aku. A486

Ye, walaupun cetak rompak, aku sayang betul jersi aku tu.

Ini Wan Mohd Najib. Aku kenal dia online dengan nama Sero. Dia ni tiap-tiap minggu buat kerja gila macam ni. Ada satu lap tu dia jalan sebelah aku dan kitaorang sembang, masa tu je aku rasa lap tu cepat habis hahahaha. Yang lain aku suffer sorang-sorang.

By the way, ini Arin. Memandangkan Arin dan Najib ni bujang aku macam dapat idea nak matchkan diaorang, tapi aku pun tak pasti diaorang ada bf/gf ke belum. Hehe.

Ini semua orang dah sakit kaki. Kecuali 50-60 orang yang memang cari income dengan masuk walk atau run.

Dalam kepala aku masa ni cakap: "Bodoh menyeksa diri, takdelah aku nak buat lagi benda ni". Tapi tak tau lah kan? Maybe tahun depan aku nak masuk lagi. 

Ramai orang bawak khemah. Ajak family anak bini semua.

Semua orang tak larat.

Sempatlah baring kejap sebelum medal dibagi. Aku siap beli sleeping bag konon habis awal dan boleh tidur at least 2 jam sebelum pukul 5, tapi dah dekat pukul 5 aku baru nak habis. Eh, lupa nak cerita, ada ramai pakcik makcik yang aku rasa umur 60-an ke atas tapi ligat berlumba jalan. Memang hebat diaorang.

Inilah rupa medalnya. Walaupun biasa-biasa je tapi ini medal paling berharga dalam sejarah hidup aku. Lagi susah dari menang lumba lari peringkat daerah masa sekolah dulu. Anyway, berlari adalah lagi mudah dari berjalan. Hahaha.

Conclusion? Ini adalah event yang agak menyeronokkan sebab dibuat dari malam sampai pagi. Untuk mereka-mereka yang kuat memang boleh masuk. Dan untuk mereka yang tak kuat macam aku tapi nak cuba something untuk mencabar diri sendiri, ini adalah event yang sesuai jugak. To be honest, ini adalah satu-satunya event yang aku push diri aku sebab nak dapat medal tu. Tahun depan kalau ada silalah join. Boleh camping lagi tu.

Next 8KM, run. Aku rasa for now baik aku maintain distance 10KM ke bawah je lah. Stamina tu ada, tapi kaki ni tak boleh tahan.

Untuk more photos sila ke: https://plus.google.com/u/0/photos/105884236831353517485/albums/5820208611737333009