Akhir Tahun

Akhir tahun ni bermaksud dah nak bermula awal tahun. Dan kalau ada anak-anak masa inilah kena bayar extra lebih-lebih lagi kalau tadika. Nawal yang tinggal nursery pun kena tambah extra RM250 masa nak masuk bulan 1. Tapi nasib baiklah hujung tahun ni biasanya ada bonuskan? Bolehlah membantu sesikit. Itu kalau ada bonusnya.

Aku ni baru anak dua orang. Kalau orang lain yang anak sampai lima enam orang tu mungkin lagi banyak belanja. Tapi dengar cerita bila masuk sekolah kebangsaan bayaran dia dah murah dah. Harapnya segalanya dipermudahkan untuk kami sekeluarga dan anak-anak aku dapat yang terbaik dalam segala hal.

4 comments:

pB said...

Cerita yang Pizli dengar tu salah ...

Semalam , beli buku tulis, buku kerja dan segala mak neka yang dikatakan WAJIB dibeli oleh pelajar tahun 4 pun dah habis RM140.

Itu tak masuk yuran lagi tu ...
Itu baru sekolah rendah. Sekolah agama belum lagi tuuuuuuu.

Pizli Mat Wazip said...

Hahahah ok ok. :-) Saya prepare mentally dari awal.

Che Ta said...

betul tu pB!!
saya pun dalam pilih2, cros kiri kanan (sbb ada mak budak drj 2 bisik kat saya ala tak pakai semua pun..hehe) dan tak semua buku ada di kedai.. habis 80 gak.. tu blom beli baju sukan lagi..tangkap gambaq lagi,, huhu
dan bonus saya paling awal pun bulan 3 nunnn..huwaaaaaa

Pizli Mat Wazip said...

Hehehe.