Awas Tanah Runtuh


Dulu aku tengok jalan tepi sungai yang aku lalu ni macam dah rebak sikit. Terhakis. So makin lama, jalan jadi keciklah. Lepas tu orang letak signboard awas tanah runtuh tu. Tapi masih boleh jalan tanpa kena stop untuk bagi kereta depan jalan.

Tapi start minggu ni aku dah kena stop. Maknanya tanah tu dah hakis makin banyak. Tapi takde pun aku nampak orang nak repair! Just anjakkan je sign tu. Aku percaya akan sampai masa memang jalan tu besar kereta je nanti. Dan bila ada kereta terjerumus masuk dalam sungai, ada orang mati, baru diaorang nak repair betul-betul.


Maybe ini blessing in disguise jugak kut sebab jalan tu memang lori besar hari-hari lalu sebab nak save tol. Memang lori paling besar dalam sejarah pembinaan lori pun lalu padahal jalan kecik. Aku harap ada satu lori jatuh dan pengajaran pada:

1) Pemandu lori jangan lalu situ lagi.
2) Pihak bertanggungjawab supaya buat kerja sebelum kemalangan berlaku.

Doakan aku tak ditimpa malang masa lalu jalan ini ye.

3 comments:

Kesuma Angsana said...

moga xde apa yg x baik lah ye

sero said...

mcm kat area bangi lame?...

Pizli Mat Wazip said...

Haah, memang jalan Bangi lama lah ni.