Benda Paling Hina Aku Pernah Buat

Dulu masa mula-mula kerja aku nampak mark up harga barang ni dah jadi macam satu benda yang normal. (Bukan company yang aku kerja sekarang ni). Siapa yang in charge beli barang akan suruh supplier mark up harga barang dekat quotation supaya tukang beli barang ni ambik duit lebih dari beli barang tu. To be honest masa tu aku tengok benda ni biasa, macam satu amalan di semua company kat Malaysia ni. Orang yang in charge siap belanja satu geng makan lepas beli something.

Aku ada buat sekali, aku beli DVD. Aku suruh orang tu mark up dan aku ambik duit, tapi tak lebih 50 la kut. Dekat resit bagi company harga lain, dekat resit tokey kedai harga lain.

Lepas tu dekat company lain ada mamat ni in charge beli peralatan studio dan aku dengar bila studio siap tukang supply barang tu hantar cek kat dia. Dan aku ada dengar je sorang mamat ni in charge beli komputer, banyaklah, untuk satu company dan lepas tu tukar kereta kut. Ini dah tahap-tahap rasuahlah kut kan?

H.A.R.A.M

Nasib baiklah aku tersedar dan Alhamdulillah aku tak pernah in charge beli barang lepas tu. Tak betul. Aku rasa benda ini memang hina betul. Semoga kita dapat rezeki yang halal-halal sahaja selepas ini. Amin.

4 comments:

Anonymous said...

this is the best outcome from u. makes me love u even more. :)

scabbers said...

Aku pun teringat masa aku kecik2 dulu Mak aku pun buat. Tapi zaman dulu tak mahal la, takat markup dlm singgit dua aje. Salah jugak tu namanya. Masa tu pun aku skolah rendah, bab hukum2 agama ni kurang arif.
Nasib baik jugak Mak aku dah pencen. Takyah handle beli barang utk skolah nye lagi..

nurul said...

aku keje bidang trading. tapi tak pernah lagi buat camtu. yes mmg ramai yg buat lagi kalo keje supply barang. entah la aku takut nak buat. aku just ambik gaji yg bos bagi je. tapi syukur sgt walau gaji kecik aku dapat bagi duit kat makpak tiap kali balik & takat ada hutang ptptn je. ketenangan hidup yg tak dapat dibeli dgn duit.

Pizli Mat Wazip said...

Ye, saya tau ramai masih buat, tapi itulah duit tak bersih.