Cara Nak Berhenti Merokok Dan Kesan

Memandangkan aku takde idea hari ni aku nak bagitau je lah macamana nak berhenti merokok. Sebenarnya korang tak perlukan segala benda macam elektronik cigarettes ke, nicotine patch ke. Benda-benda ni semua adalah kekuatan mental kau sahaja. Sorry kalau aku ada tulis sebelum ni tapi takde benda lain nak tulis hari ni hehe.

So cara-caranya:

1) Mental kena kuat, kena prepare mentally
2) Jangan keluar dengan orang yang hisap rokok. Ini yang paling penting. Pergilah makan sorang-sorang or keluar dengan budak perempuan.
3) Start buat aktiviti sukan untuk selarikan percubaan nak jadi sihat.
4) Cari alternatif lain kalau kita terlalu berharapkan pada rokok. Contoh dalam toilet nak kena hisap rokok, so tukar main game dekat handphone ke, tulis blog ke masa berak.
5) Bagitau semua orang kau nak berhenti so kalau kau hisap rokok rasa malu lah.
6) Berhenti bulan puasa lagi senang kut.

Kesan dalam jangka masa pendek buat kau tertanya diri sendiri "Aku nak mati ke ni??". Kebas satu badanlah, mimpi ngeri lah. Inilah phase paling mencabar. Nicotine withdrawal. Maybe berbulan jugak.

Tapi dalam masa itu jugak kau boleh perasan muka kau yang kusam jadi macam berseri sikit. Macam bercahaya sikit compare masa merokok. Dan long term pulak kau jadi sihatlah. Mana ada batuk dah. Cuma misteri aku satu je, dulu masa merokok jarang kena ulcer tapi sekarang macam kerap jugak. Aku tak taulah apa scientific explantionnya. Tapi aku rasa sihat je lah sekarang. Stamina pun bertambah. Walaupun tak jadi hebat macam Najib dan Arin tapi kira ok lah.

Dan yang penting kau tau kau dah cuba segala benda untuk jadi sihat. Kalau sakit ke apa ke lepas ni semuanya kehendak Allah S.W.T dan memang takdir. Bukan salah kita sendiri cari pasal buat benda tak sihat. Takdelah penyesalan, tapi harapnya biarlah kita semakin sihat, gembira dan handsome sikit.

7 comments:

sero said...

errrr aku pun semput gak dulu... tapi lepas 6 tahun stop rokok, alhamdulillah kurang le semput time bersukan

kucingorengemok said...

untuk yang bujang, makin cepat dapat gf sebab dah tak bau asap dan selalu keluar dengan budak ppuan (menurut nasihat diatas) keh keh

Pizli Mat Wazip said...

sero - Oh ye ke? Haha.

k.o.g - Hahahaha. Betul jugak tu.

tiga minit said...

Terbaik...teruskan usaha...betul la tu semua nya dimental shaja...dri zmn skolah smpaila keja ni kwn dgn bdak2 merokok tp alhamdulilah tak trjebak pun..

Pizli Mat Wazip said...

Wah bagusnya. Aku dari sekolah dah hisap rokok :P

sero said...

time aku hisap mase sekolah.. 2.40 utk 14 btg, 3.70 utk 20 btg, tapi aku tetap hisap 14 btg coz ade lebih "kick"

ape brg Salem, Marlboro, Peter Stuyvesant n Kent

Fatihatie said...

Betul tu. setuju sangat, bila kite ingat mati mmg kita boleh jadi takut dengan rokok. Tapi ramai yang tak cukup takut lagi. Dengan Vivix Shaklee mudah-mudahan boleh membantu smokers di luar sana untuk berhenti merokok apatah lag di bulan puasa yang penuh barakah ini ;)