Ini Cerita Sedih


Sebenarnya cerita ni dah lama aku simpan. Aku tak tulis dekat blog sebab pada masa tu adik aku yang bongsu tu nak ambik SPM. Taknak dia terbaca. Masa hari raya hari tu bapak aku sakit. Setelah abang aku pujuk dia pun setuju pergi hospital. Aku masa tu betul harap bapak aku takde sakit apa sebab aku tau bapak aku takde kena sakit kronik. By the way umur dia tahun ini 73. Dah tua dan aku expect sakit tua dia je lah.

Walaubagaimanapun bapak aku adalah seorang perokok. Dan bila merokok antara risikonya ialah kanser. Dan rupa-rupanya memang dia kena kanser stage 4. Doktor cakap umur dia dalam tiga ke enam bulan je lagi. Nak buat chemo pun tak boleh sebab nanti lagi seksa dia. Sebagai anak aku memang sedih masa tu. Tapi at this point aku dah redha. Latest aku dengar hari tu doktor cakap ada 3 minggu ke 3 bulan je lagi. Tapi bapak aku macam ingat-ingat lupalah dia sakit kanser ni. Somehow aku tak kisah sebab aku taknak dia stress. Dan pada umur macam tu aku rasa kanser tu hanya penyebab je lah.

Ok. Selama ni bapak aku nak sangat upahkan haji untuk parents dia tapi since prosedur tabung haji boleh register on the 1st Rejab je dia missed tahun ini. Aku tergerak hati pujuk dia upah syarikat swasta dan akhirnya dia setuju. Dan selesai dah pun. Dan kebetulan rupa-rupanya upah haji untuk mak dia pun tabung haji dapat buatkan. Satu hajat dia dah tercapai. Maknanya mak dia, dia buatkan dua kali terus tahun ni, benda dari tabung haji ni tau lambat.

Keduanya dia memang sayangkan betul adik bongsu aku yang ambik SPM tu tadi. Aku pun dia sayang, aku tau, tapi aku yakin adik aku tu lah pengarah jantung hati dia. Teman bergaduh dia masa adik aku ada kat rumah. Dan of courselah dia nak sangat tengok adik aku ni masuk university. Aku doa banyak kali dan cakap dengan bapak aku banyak kali jugak doakanlah adik aku dapat sponsor. Alhamdulillah adik aku dapat offer MARA untuk buat persediaan dekat Taylors dan pergi US setahun lepas tu walaupun result SPM belum keluar. Dua hajat besar dia tercapai. MARA ni bukan sponsor kut, maybe pinjaman boleh tukar.


Allah punya perancangan memang perfectkan. Alhamdulillah hajat-hajat dia (yang aku tau) dah tercapai. Doakan segalanya dipermudahkan untuk bapak aku ye kawan-kawan.

10 comments:

scabbers said...

Tahniah utk adik kau. Hebat2 betul adik2 kau ni ye. Sejuk hati mak bapak nye.
Akan aku doakan utk bapak kau, InsyaAllah.

Arin said...

InsyaAllah, aku jugak. akan doakan semuanya dipermudah untuk bapak kau... tahniah ye utk adik kau tu.

Pizli Mat Wazip said...

Terima kasih.

kucingorengemok said...

pakcik nampak sihat... semoga dimudahkan segalanya & semoga tabah apa juga ketentuan allah

Pizli Mat Wazip said...

Oh ini gambar lama. 2,3 tahun lepas.

Kesuma Angsana said...

Doakn yg terbaik untuk yr father ye . moga dipermudahkan semuanyer ye

Pizli Mat Wazip said...

Terima kasih KA.

Cik Kamoo said...

Semoga semua urusan bapak Pizli dipermudahkan. Semoga dia sentiasa sihat juga.


#terus rindu kt ayah sendiri...huuuuu

Che Ta said...

nak try homeopati tak? bos saya dr homeopati, sifu dia mmg specialist kes kanser. if yes, leave message kat komen box saya, nnt saya bg kontek no.

Pizli Mat Wazip said...

Cik Kamoo - Terima kasih. :-)

Che Ta - Dia dah taknak dah. Abang saya ajak pergi hospital pun dia dah taknak. Sambil-sambil tu saya harap doktor salah diagnose pun ye.