Kalau Nak Masuk Walk Lagi



Walk Sabtu hari tu mengajar aku beberapa perkara. Aku tersilap sebab under estimate walk tu dan over estimate keupayaan aku sambil tidak prepare benda yang patut. Yang aku prepare hanya peralatan nak tidur di mana aku takde masa pun nak tidur sebenarnya. Andai kata aku nak masuk lagi event macam ni aku kena:

1) Prepare cramps stop spray dan segala ubat panas. Nak harapkan medical team ada ramai lagi orang diaorang nak kena layan.
2) Jangan pakai boxer brief sebab peha atas aku (yang berlaga tu) melecet. Maybe aku pakai je running shorts dan tak payah pakai underwear terus. Kalau cramp pun senang nak spray or sapu ubat sebab kaki dah terdedah. Risiko nak melecet pun takde. Or cari tights ganti underwear sebab macam extreme pulak tak pakai underwear. Hahaha. Menyesal pulak aku mengutuk orang dalam hati yang pakai short tights yang gila-gila pendek. Padahal diaorang tu memang well prepared.
3) Buat latihan berjalan sebelum event sebab berjalan dan berlari adalah totally different event. Kalau berlari dia ambik stamina, berjalan ni ambik kekuatan kaki.
4) Aku rasa aku perlukan running pouch untuk simpan barang-barang ni supaya takde pergi dekat baggage area untuk ambik.

So dengan ini aku berhasrat nak masuk lagi tahun depan kalau diaorang buat dekat KL or Putrajaya lagi.

7 comments:

sero said...

Panjang umur... kite join forces la, potluck skali

Pizli Mat Wazip said...

Oh yeah...

sero said...

share camping site n ade org tolong tengok2 kan item kite.. proper sikit kali ni, aku ade member yg tak nak join, tapi nak volunteer jage camping site... ade 2-3 org baru nak "merase" torture.. aku join lagi..

jeles sehhh tengok org lain ade support crew..

Pizli Mat Wazip said...

Haah. Siap tolong spray kaki semua.

Arin said...

memula haritu mcm aku sorang je yg bersemangat and bersungguh-sungguh nak masuk lagi next year. tapi baguslah, ramai-ramai lagi best (boleh tolong ambikkan gambar hahah. tak habis-habis bergambar :P)

Pizli Mat Wazip said...

Hahaha. Tapi kalau dekat sini je lah Arin. Kalau jauh-jauh taknak aku pergi.

sero said...

kalau putrajaya or sekitar kl... ok kot, kalau melake mcm sblm ni, huhu hu