Kecik Dah Hilang


Kitaorang takde kat rumah since Jumaat malam dan bila balik Kecik dah takde. Aku suspect samaada kena langgar sampai mati atau ada jiran buang sebab dia suka berak merata. Walaupun aku takdelah bela kucing ni properly, just bagi makan atas rasa kasihan tapi sedih jugak rasanya.

Biasa ada dua ekor anak kucing ni yang datang makan dan bila aku sampai rumah diaorang akan berlari-lari masuk nak makan. Sekarang tinggal seekor dan kucing yang sangat sombong ni dulu pun dah jadi manja sebab dia terasa kut yang Kecik tu takde. Masalahnya kucing ni kucing jiran sebelah. Aku malaslah nak lebih-lebih.


Yang Kecik ni dulu dia datang dengan sakit mata semua sampai dah besar sihat. Itu agaknya aku rasa sedih sikit.

2 comments:

Che Ta said...

merajuk dgn umar tak habis lagi ke?
kucing kami dulu penah merajuk sebab mak marah dia masuk rumah pegi cium adik saya yg masih dlm hari.. tp few days after that jumpa mati tgh sawah, saspek terkena racun rumpai..huhu..mak sedih sampai sekrang

Pizli Mat Wazip said...

Tak pastilah saya.