Kereta Baru


Aku dalam perancangan nak beli kereta baru. Walaupun orang cakap rugi beli kereta akhir tahun tapi time akhir tahun ni lah banyak sangat offer yang rugi nak dilepaskan. So macam biasa aku bacalah internet tengok apa pendapat orang. Dan setelah tengok internet aku rasa semua kereta ada masalah, semua kereta takde apa yang baik. Hahaha, semua kereta kena kutuk. Aku ada lah beberapa option. Ada yang aku tak berkenan dari awal tapi bagus dan extra mahal. Ada yang aku berkenan sangat, harga ok tapi orang cakap tak bagus dan ada yang aku takde apa-apa perasaan.

In the end aku pilih kereta yang aku jatuh cinta kali pertama masuk dalamnya dan offer aku macam-macam.

Yang aku tau kereta itu bertuah sebab aku hanya akan guna dalam maximum 40km je sehari. Dan paling jauh balik Sungkai je. Dan maybe dua kali setahun jalan jauh sikit. Sebulan aku rasa dalam 1200KM. Dan harapnya aku tak stress dan rasa nak menangis lagi masa bawak kereta.

2 comments:

marie said...

tahniah..tahniah....paling best kereta baru ni adalah bau dia....kan..:)

Pizli Mat Wazip said...

Haha saya dah lupa bau kereta baru. Ini lebih kepada kami deserve kereta baru :-p