Malaysia (1) vs Thailand (1)

Sorrylah hari ini banyak entry bergambar. Saje nak cerita semalam aku pergi stadium dengan Nassir dan anak dia. Aku tak expect menang pun, seri pun dah kira nasib baik. Aku rasa player Thailand memang psychologically disturbedlah dengan penonton Malaysia. Terutamanya Ultras Malaya tu. Aku suka lagu Bangunlah diaorang. Sebab diaorang semangat dan bising someway somehow orang lain pun naik semangat jugak. Aku respek lah dengan diaorang sebab aku dengar diaorang fund diri sendiri, takde siapa bantu.

Anyway, bab pergi stadium ni yang bestnya bila team kita score. Menang ke kalah ke takpe, yang penting ada satu masa boleh celebrate macam orang gila, ramai-ramai.

Sebelum pergi stadium. Aku tumpang Nassir dan dia park kereta dekat TBS Bandar Tasik Selatan tu. Gila gempak TBS ni, dah macam KLIA. Aku first time datang. Ni kitaorang makan sebelum pergi naik LRT.

Jersi yang disponsor oleh Nassir haha.

Kebetulan ada bendera dekat TBS. Ye pakai selipar jepun pergi stadium untuk mudah buat segala benda.

Aku suka benda-benda ni bila sebelum pergi tu jumpa ramai-ramai orang yang nak pergi tempat sama untuk benda yang sama.

Kitaorang duduk atas.

Stadium penuh, tapi takdelah sampai maksimum.

Sebelum start.

Ha itu bendera yang dibuat oleh Ultras masa nyanyi lagu Negaraku. Meremang satu badan.

Ni diaorang baling toilet paper kut, macam dekat Argentina haha.
Seri 1-1. Biasa-biasa je lah game dia. Cuma seronok datang stadium je lah.
Ni masa beratur nak balik naik lrt. Semua orang behave lah jugak.

Pose akhir sebelum balik. Singgah makan roti canai dekat Bangi dan aku sempat tengok gol Van Persi menang lawan Man City. 
Kalau masuk final teringin jugak nak pergi lagi kut.

4 comments:

tiga minit said...

seronoknya tengok semangat bila semua bersatu...harap teruskan kekala ketika jatuh jugak...semlm x dpt layan plak...kna g ambik parent kat airport..tau2 seri dah..xpa better luck next game...bagusla ada gak wat aktiviti

Pizli Mat Wazip said...

Haha sekali sekala bolehlah, tapi kalau masuk final nak pergi jugak rasanya.

Voldemort said...

OK, sapa nak organize trip pegi Bangkok untuk 2nd leg?

*aku takut tak pegi stadium je

Pizli Mat Wazip said...

Ada Fiz. AirAsia buat, tapi aku rasa harapan nak seri pun payahlah.