Orang Yang Mencuri Kucing Patut DiHukum Bunuh!

Ok maybe extreme. Tapi apa ke hampehnya orang yang mencuri kucing orang lain. Dekat rumah mak mentua aku ada 3 ekor anak kucing yang aku macam nak bawak balik bela kat sini. Tapi bila tengok adik ipar dan mak mentua aku sayang aku macam taknaklah kacau. Dah besar dah kucing-kucing tu, gemuk, sihat, main 3 beradik. Cantiklah jugak kucingnya.

Sekali semalam 2 ekor dah kena curi. Tinggal seekor. Pencuri ni ingat kucing takde perasaan ke? Silap-silap boleh mati yang sekor ni takde kawan. Dan curi kucing orang?? Tak boleh hina lagi ke perangai tu? Bodoh! Dulu ada sekor, orang tu cakap dia jumpa kucing tu pengsan lepas tu terus bela, takde nak pulangkan. Mak mentua aku tak tau nak cakap apa.

Dahla mak kucing tu jenis sayang anak-anak dia ni. Kalau anak dia tidur sorang, dia pergi duduk sama-sama. Masa kucing tu baby lagi, aku angkat pun dia dah restless. Memang nampak sayang betul. Ni kalau mak dia pun sakit aku harap orang yang curi kucing tu nanti anak dia kena culik. Baru padan muka! Apa jenis manusia ntah.

4 comments:

tiga minit said...

Marah sgt ni

Pizli Mat Wazip said...

Pelik dengan perangai orang.

Che Ta said...

mak (mertua) saya dulu ada kucen ala2 ekor kembang tu, tetiba hilang, rupanya kantoi org belakang rumah yg amik! buleh?
obvious kot ada tag bagai sure org punya..takkan kucen liar takde tuann..

Pizli Mat Wazip said...

Itu lagi melampau!