Penyebab

Anak jiran aku meninggal accident Isnin lepas. Accident dengan lori, dan dia naik motor. Apa yang sedihnya? Ayah dia baru hantar motor tu pada dia dan mak dia cakap "Buat apa belikan motor, kan dah jadi macam ni?" 

Biasalah tu kan, kalau dah ajal ada je penyebab-penyebabnya dan aku yakin mak dia cakap macam tu sebab sedih sangat dan aku yakin deep down mak dia tau yang ajal ni bila-bila boleh sampai.

Al-Fatihah.

4 comments:

zamdee said...

Al-fatihah.

begitu lah lumrah. Serupa juga kalau secara tiba-tiba meninggal dunia, penyebab dalam surat kematian akan ditulis 'serangan jantung'. Penyebab sudah jadik menda yang pasti selain 'dah sampai ajal'.

* bila agak nyer giliran kita? hurm *

Pizli Mat Wazip said...

:-)

tiga minit said...

Takziah pada keluarganya...ni yg msuk berita tu ke?..

Pizli Mat Wazip said...

Bukan kut. Yang masuk berita tu bawak superbike rasanya kan? Ni motor modenas.