Perkhidmatan Di Zaman Internet


Aku rasa aku pernah cakap pasal zaman sekarang ni kalau peniaga buat masalah sikit dengan customer memang senang-senang je customer boleh cerita pasal keburukan kau dengan cepat. Facebook, Blog. Aku rasa sekarang tengah heboh pasal I-City.

Itu pasal aku dekat blog ni malas sangat nak tulis nama company atau peniaga yang buat hal dengan aku sebab nanti memang buruk padahnya. Kalau korang perasan aku punya popular post adalah pasal Burger Abang Burn dan Kedai Gambar dekat Bangi. Hari-hari berpuluh orang sampai dekat dua post tu sahaja. Nasib baik aku cerita pasal benda baik, kalau pasal benda buruk?? Berapa ramai customer hilang?

Tapi for the first time aku rasa akhirnya aku akan mention jugak satu nama company ni. Tapi depends lagilah, tengok dia buat apa dengan aku lepas ni. Company ni dah hantar aku 2 kali official quotation. Tetiba weekend ni nak datang lagi nak finalise. Ini kes nak make up rumah lah ni.

Kalau tetiba dia cakap kena bayar extra, cakap silap kira sebelum ni, taulah nasib diaorang.

No comments: