Putrajaya International 12 Hour Walk - Aku Torture Diri Sendiri

Berakhirlah sudah Putrajaya International 12 Hour Walk. Macam aku cakap, target aku nak dapatkan medal sahaja iaitu buat 34KM. Aku kat rumah cakap kat Liza, "Nanti habis 34KM saya tidur, pukul 5 diaorang start bagi medal saya ambik dan balik." Aku underestimate "walk" ini. Ini adalah penyeksaan. Dah masuk 15KM kaki aku sakit sangat. So bayangkan dalam 19KM terakhir aku jalan in pain. Kira medal yang dapat ni memang hard earned medallah. Hahaha. Aku akan simpan sampai bila-bila dan akan cerita dengan cucu cicit macamana Atuk jalan dalam kesakitan semata-mata nak dapat medal. Kalau takde medal aku rasa by 25KM aku dah balik dah. Hahah. Anyway aku habis dalam 4.45am, pukul 5am ambik medal dan balik. Adalah jugak rest in between, pergi toilet, solat semua, tapi rest pun bukan hilang sakit kaki. Lepas habis tu sempatlah baring sekejap.

Banner. Gambar dari camera Arin.

Muka semangat. Konon kuat sangat.

Nombor aku. A486

Ye, walaupun cetak rompak, aku sayang betul jersi aku tu.

Ini Wan Mohd Najib. Aku kenal dia online dengan nama Sero. Dia ni tiap-tiap minggu buat kerja gila macam ni. Ada satu lap tu dia jalan sebelah aku dan kitaorang sembang, masa tu je aku rasa lap tu cepat habis hahahaha. Yang lain aku suffer sorang-sorang.

By the way, ini Arin. Memandangkan Arin dan Najib ni bujang aku macam dapat idea nak matchkan diaorang, tapi aku pun tak pasti diaorang ada bf/gf ke belum. Hehe.

Ini semua orang dah sakit kaki. Kecuali 50-60 orang yang memang cari income dengan masuk walk atau run.

Dalam kepala aku masa ni cakap: "Bodoh menyeksa diri, takdelah aku nak buat lagi benda ni". Tapi tak tau lah kan? Maybe tahun depan aku nak masuk lagi. 

Ramai orang bawak khemah. Ajak family anak bini semua.

Semua orang tak larat.

Sempatlah baring kejap sebelum medal dibagi. Aku siap beli sleeping bag konon habis awal dan boleh tidur at least 2 jam sebelum pukul 5, tapi dah dekat pukul 5 aku baru nak habis. Eh, lupa nak cerita, ada ramai pakcik makcik yang aku rasa umur 60-an ke atas tapi ligat berlumba jalan. Memang hebat diaorang.

Inilah rupa medalnya. Walaupun biasa-biasa je tapi ini medal paling berharga dalam sejarah hidup aku. Lagi susah dari menang lumba lari peringkat daerah masa sekolah dulu. Anyway, berlari adalah lagi mudah dari berjalan. Hahaha.

Conclusion? Ini adalah event yang agak menyeronokkan sebab dibuat dari malam sampai pagi. Untuk mereka-mereka yang kuat memang boleh masuk. Dan untuk mereka yang tak kuat macam aku tapi nak cuba something untuk mencabar diri sendiri, ini adalah event yang sesuai jugak. To be honest, ini adalah satu-satunya event yang aku push diri aku sebab nak dapat medal tu. Tahun depan kalau ada silalah join. Boleh camping lagi tu.

Next 8KM, run. Aku rasa for now baik aku maintain distance 10KM ke bawah je lah. Stamina tu ada, tapi kaki ni tak boleh tahan.

Untuk more photos sila ke: https://plus.google.com/u/0/photos/105884236831353517485/albums/5820208611737333009

11 comments:

Arin said...

hahah... gelak aku baca statement kau Pizli. Nasib baik kau ada, boleh tolong ambikkan gambar. Lepas kau balik tu aku mintak tolong sorang ah moi ambikkan gambar aku dgn medal. Next year aku nak masuk lagi :)

Pizli Mat Wazip said...

Pada masa sekarang aku berazam taknak masuk sampai bila2.. Tahun depan tak taula aku fikir macamana.

sero said...

tanye aku sekarang mmg dah serik nak join event ni (tahun depan tak tahulah), lagi2 dengar announcement diorg nak buat 24 hour walk...

salah satu event yg "manly tears" aku keluar lepas achieve target..
tapi huhu hu aku tetap tak dapat lucky draw (penguat semangat nak buat)

Pizli Mat Wazip said...

Kira kau stay sampai habisla ye Najib? Haha.

sero said...

yeayy lap ke50 aku pukul 745 something kot... lagi senang kayuh basikal n marathon gak la dari event ni...

jumpe lagi dlm event ni tahun depan!

Pizli Mat Wazip said...

Ooh baguslah, dapat jugak buat 50 lap.. Ada pakcik tu nama dia Wahid lahir tahun 1943 buat 73 lap!

http://sphotos-c.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-ash4/318391_10151163782277546_164265135_n.jpg

sero said...

pakcik wahid tu mmg inspirasi... die still jln on the final minit, respek tu!

scabbers said...

Korang memang hebat! Tahniah lagi skali. Nampak mcm fun jugak skali skala buat kerja gini.
Arin & Najib tu kalo diaorg keluar dating, pasti pegi tasik. Org lain jalan amik angin diaorg jalan marathon.
Anyway, tahun depan kalo korang masuk, aku nak dtg mlm/awal pagi nak amik gambo. Hehe

Pizli Mat Wazip said...

Ye sila-sila. Kami perlukan bantuan. Aku janji aku pakai seseksi mungkin untuk kau. Wahahahhaha.

Arin said...

kau nak pakai seseksi mungkin?! aku akan bawak 3 camera sekaligus masa tu hahahah

Pizli Mat Wazip said...

Hahahahah sila2.. Video cam bawak sekali.