Sabtu

Hari tu Umar mintak aku buat Captain America punya shield tu. Aku rasa itu idea yang agak bagus jugak. Aku terbayanglah nak buat dengan cat semua. Tapi fikir-fikir balik aku ni bukannya pandai sangat buat kerja-kerja macam tu baik aku buat guna kertas je. Walaupun buruk dan takde manila card kaler merah tapi aku bangga jugaklah dapat buat anak sulung aku ni happy. Hahaha.


Cakap pasal Sabtu, malam ni aku ada Putrajaya 12 Hour Walk. Target aku setakat dapat medal dan lepas tu baliklah kut, takdelah nak habiskan 12 jam, 50km. Untuk medal kena buat 34km. So aku buat takat tu balik rumah berehat sebab malam esok nak pergi stadium tengok bola pulak hehe.

2 comments:

tiga minit said...

kira jadila tu...tak cantik kira okla sgt dah...suka gila dia bila ayah sendiri buatkan wlaupun x cntik..nice bro

Pizli Mat Wazip said...

Hahah jadilah kan..