Saya Dan AES

Aku terkejut jugak sebenarnya bila aku tengok AES ni jadi satu issue yang besar. Mungkin sebab aku pergi kerja jalan kampung so aku takdelah rasa sangat kereta aku nak kena ambik gambar bila bawak laju.

Sejujurnya aku tak kisah sangat pasal AES ni sebab dia bukannya ada di sepanjang jalan raya. Di sesetengah tempat dan dia dah bagitau awal-awal situ ada camera. So ada masa untuk bawak slow bila dah nak sampai pada camera tu. Mungkin kawasan itu memang berisiko untuk kemalangan tapi sebab dah semua bawak slow disebabkan adanya AES takdelah berlanggar lagi. Mungkin jugak aku tak kisah sebab aku tak bawak kereta laju. Hehe.

Anyway, aku punya concern satu je lah, janganlah suruh bawak kereta slow sangat. 90km sejam tu slow lah. Aku tak pasti ada tak yang limit kurang dari 90km/h. Kalau ada itu dah menyeksa jiwa raga pemandu lah kut dan aku fahamlah kalau orang nak mengamuk. Aku rasa kalau orang bawak kereta besar 100km/h pun belum tentu terasa lagi.

Maybe kalau orang bawak 130km/h baru kena saman. Ha macam tu cantik sikitlah kut. Hehe.

4 comments:

tiga minit said...

Setuju dilaksanakan terutama pemandu2 tegar laju x ingat..terutama keta2 besar , bas, lori...bahaya...cuma kurang setuju bila had laju sman 80-90 tu mngarut..slow bleh terlelap..lg bahaya...

Pizli Mat Wazip said...

Betul betul.

zamdee said...

kalau tgk sumber, isu bukan pada perlaksanaan AES tp pembekal AES dapat % dr saman yang dikeluarkan walaupun ada pembayaran jual beli dan juga kos pemasangan.

Pizli Mat Wazip said...

I see.