Saya Dan Kereta Kedua


Ye, aku tau ramai kawan-kawan aku yang akan dissapointed bila tau aku beli kereta Korea. Dan aku rasa ramai yang akan cakap KIA banyak masalah etc etc. Sebenarnya KIA dah improve dan dari apa yang aku baca dan tengok dah ramai yang pakai so aku yakin untuk menggunakan kereta ini. Lebih² lagi ianya datang dengan 5 tahun unlimited mileage warranty. Dan aku sebenarnya expect akan ada soalan² daripada saudara mara, sahabat handai dan rakan sekerja: Kenapa beli KIA? Aku nak jawab: Itu je yang mampu. Itu je yang aku jatuh cinta dengan.

Oklah.. sejujurnya aku tak mampu nak pakai kereta harga 100K dan ke atas (aku minat Civic), dan aku nak pakai kereta yang "sedap" sikit before umur aku 40. Dan pada umur nak masuk 32 bolehlah cakap FORTE ni berjaya buat aku mencapai cita-cita aku buat masa ini. Aku tau dia under power since dia just 1.6 tapi aku tak perlukan power sangat, aku hanya perlukan kereta yang selesa dan banyak features serta finishing yang baik. Under power maksud minyak makan lebih sikit kut, tapi office aku just 18km from rumah, so InsyaAllah boleh cope.

Aku ada survey Preve jugak masa tu sebenarnya, tapi orang tu just reply:

Hi sir, Sorry for late reply. Ok, yes..can trade in sir. Let me check first the value for your car. I will reply you back soon.

Tapi sampai ke sudah tak reply². Yang orang KIA ni reply less than 8 jam dengan ayat dekat 100 line, siap bagitau segala offer yang dia nak bagi. So itu antara reason aku pilih FORTE ni jugak. Aku perlukan orang yang betul-betul nak berniaga, bukan nak cari side income. Anyway, kalau nak beli KIA aku boleh rekemen company yang jual ni, dekat Seri Kembangan. Hebat team dia, very well organised. Aku dapat kereta ni 2 minggu je lepas jumpa dia.


Kia Forte owners are mostly young, educated professionals and are people who have done their studies and research before deciding on the Forte. We are the non-conformists. We don't follow trend. We create new trends. - Itulah ayat dekat kelab Forte, boleh tahan. Haha.

Selain jatuh cinta masa orang promote dekat Jusco hari tu ada sebab² lain jugaklah kenapa nak tukar. Sebab apa akhir tahun? Sebab dia banyak offer. Siap dapat free leather seat dan discount sikit lagi. Dan kenapa nak tukar kereta sekarang? Sebab sekarang ni aku kena balik kampung every month dan aku perlukan kereta yang elok sikitlah kut. Dan kenapa kereta bukan MPV? Aku baru sedar yang aku tak perlukan extra seats, aku hanya perlukan extra space.

Doakan kami bahagia. Dan yang paling penting, tak payahlah aku nak bawak kereta manual lagi.

15 comments:

tiga minit said...

Tahniah bro..pakai apaun rasa ok..bukan org yg byr kita sendiri...selamat bergumbira dgn keta bru..hihihi

Malina Mat Wazip said...

nice!!!..nanti datang amik adik dekat rumah orang..sbb kete i dah lama, xboleh jalan jauh2..hahaha..and test drive la kereta anda laju2 ikut SKVE.. =p

Anonymous said...

Salam bro. Terjumpa blog u dlm dok google psl kia forte. I mmg ada intention utk beli kia forte next year insyaAllah. Just nk tau klau u blh share mcm mana overall feeling dgn kete ni so far. Thanks in advance bro :).

Pizli Mat Wazip said...

Salam Bro, saya baru dapat semalam so semuanya indahlah sekarang. Please google, cari forum based punya discussion. Dari yang saya baca ada common problem, tapi minor lah. Kalau yang major problem memang isolated caseslah. Tak banyak. So itu ikut nasiblah kut, mana-mana kereta pun macam tu rasanya. (kalau ingat ada orang dulu tampal sticker my honda tak guna, so maybe kes macam itulah)

Cari jugak MyForteClub. Situ nampak orang-orang happylah dengan kereta masing-masing. Kira bagi kita confident nak beli. Kalau nak beli dekat Seri Kembangan bagitaulah, saya takde dapat apa pun, just rekemen sebab bagus je lah.

Google-googlelah. Dia punya features memang rasa seronoklah, harga pun tak lebih 100K. Sebelum ni bawak wira memang saya rasa upgrade sesangatlah.

Common problem tu lepas first service boleh fix terus. Tapi kereta saya ni takde lah problem2 tu. Problem macam alignment tak betul, ada bunyi dekat dashboard. Tak semua la kut sebab so far saya ok.

Arin said...

fullamak! kereta baru!! tahniah Pizli :)

Pizli Mat Wazip said...

Tahniah mendenya? Bukan aku menang contest. Hahaha.

Che Ta said...

tahniah jugak hehe..rezeki tuh
kia okay apa..saya kalau boleh nk amik hyundai sonata yg rupa mcm mercedes tu..atau starex aje buleh angkut satu kampung hehhe

Pizli Mat Wazip said...

Hahaha Starex tu besar gila.

zamdee said...

Forte memang cantik!!!

kalau siap turun 5kg lagi, memang menjeling awek Kazakhstan :D ahahaha

paling xthn tgk kaler Maroon, haih..

Pizli Mat Wazip said...

Zamdee - Terima kasih kerana supportive pasal awek Kazakshtan wahahahaha.

scabbers said...

What..??!! Beli kereta baru tak bgtau aku?!! Takleh jadik ni. Kau kene dtg Ampang bawak aku jenjalan.
Seriously, datang tau. Aku pun minat gak kete tu, nak merasa. Heheh..

Pizli Mat Wazip said...

Seganlah aku nak bagitau kau. Bukan aku ada hint-hint ke dalam blog ni? Hehehe. Ceh macam BMW je nak merasa-rasa, tapi jom kita pergi jalan2 hahaha.

Anonymous said...

Pilihan yg tepat bro.. sy pun keta baru kuar 12.12.12.. hehe.. mmg terbaik lah bro ....

marie said...

masa mula2 kereta ni kuar dulu kan, saya memang terpesona dgn design dia..saya pompuan, tak reti nak komen pasal engine ke apa ke..tapi design dia dari belakang macam BMW kan...pastu terus saya usha kat member opis sebab dia nak cari kereta baru...and now, dia tengah tunggu forte putih dia kuar dlm masa terdekat...and saya akan pastikan dia bawak saya naik forte dia pi makan ayam penyet teteh kat bangi tu...he he he...:)

bobo tuanputra said...

Blh recommend sales person yg di seri kembangan tu. Sy mcm dah terminat hehe
ni email sy:
bobocoventryuk@gmail.com