Saya Dan Kereta Pertama


Inilah kereta pertama aku. Lama jugak guna. Masa tu tak mahir lagi bawak kereta. First day dapat terus malam tu pergi Keramat haha. Kereta manual dan masa nak beli dulu memang berkenan sangat dengan Wira SE. Nak warna hitam tapi takde stok so ambik je lah warna merah.


Engine kereta ni memang mantap, maybe sebab dari Mitsubishi. Sebab apa aku nak tukar? Ok tak lama dulu kereta ni dibaiki dan kena bayar RM1600++. Lepas tu dalam bulan lapan hari tu aku repair stereng rack pulak dan beberapa benda lagi RM700++. Ada satu petang tu masa aku balik kerja, aku lost control stereng kereta aku dekat corner. Bayangkan perasaan aku masa tu. Tapi nasib baik time tu takde kereta lain dan takde lori so nasib baik aku dapat control balik dan mulai saat itu aku dah takut dan aku memang malas nak bawak bengkel lagi takut nanti kena lagi beberapa ribu. Engine ok, tapi benda² lain tak ok, kira macam itulah kesimpulannya.


Sebenarnya kitaorang plan nak tukar kereta tahun depan tapi masa dekat Jusco AU2 hari tu ada orang buat promotion dan aku sajalah tengok² dan masuk kereta yang dipromote tu. Sekali aku terus tersuka, jatuh cinta. Terus aku cari the best deal dekat internet. Kira spontaneous punya nak tukar.

Walaupun aku macam happy ada kereta baru tapi  rasa nak menangis jugak nak melepaskan kereta ni.

2 comments:

Che Ta said...

trade in ke?
saya pun 50-50 nk trade in waja.. sebab nk menten 2 sekali mmg tak mampu..mampus kot..hahahha

Pizli Mat Wazip said...

Haah trade in lah. Tak dapat nak ada tiga kereta hehe.