Saya Dan Menjadi Positif

Siapa yang baca blog aku dari awal mesti akan nampak perubahan dalam benda yang aku tulis. Mesti akan cakap hidup aku dah berubah. Mesti akan cakap aku dah senang.

Sebenarnya tak sangat. Semua ini lebih kepada aku ubah diri sendiri menjadi positif. Untuk permulaan aku stop tulis pasal benda negatif dan aku tak fikir sangat pasal masalah aku.

Aku masih ada masalah. Tapi aku dah stop cakap pasal masalah aku sebab ianya akan hanya buat aku jadi depress. Dan orang pun menyampah nak baca. Dan sebenarnya hidup aku takdelah teruk mana pun compare dengan sesetengah orang yang lagi kurang bernasib baik.

Tapi ada satu point hari tu aku dah sampai tak kisah, I mean takde perasaan jealous pada orang lain sampai aku biarkan je. Maksudnya di sini kita tak patut jugak terima je dan biarlah apa nak jadi. Kita perlu ada perasaan dengki ni jugak sikit-sikit supaya kita terasalah nak improvekan diri dan jadi macam orang lain.

Contohlah, aku tengok kawan aku pergi bercuti ke England. Aku tak bolehlah nak cakap "Dah nasib dia, dah rezeki dia" dan redha aku takkan pernah merasa pergi ke luar negara. Kena ada "dengki" sikit supaya nanti aku pun akan cubalah untuk berusaha dan cari jalan agar satu hari nanti aku dapat pergi ke England jugak ke. Sama jugaklah dengan benda lain. Jiran tukar sofa ke, adik beli kereta baru ke. Supaya kita ada satu rasa nak jadi baik macam orang yang lebih baik dari kita.

Masalah dan kesusahan akan sentiasa ada. Sebab manusia ni kalau sentiasa senang nanti mudah untuk lupa daratan. Hidup ni tak bolehlah semuanya indah kut, kenalah ada sikit-sikit dugaan.

Masalah besar aku sekarang aku ada 5kg lagi untuk hilang, hari tu dah hilang 5kg. Kalau total hilang 10kg confirm student Kazakhstan pandang aku dua kali. Andai kata aku dapat hilang 10kg pulak, aku mesti cari masalah lain macam keluar date dengan awek Kazakhstan tu tadi ke supaya terasa ada cabaran sikit.

Ok itu namanya cari pasal. Abaikan.

(untuk kawan² Liza yang baca, dua perenggan akhir tu adalah lawak murahan. aku dah tak tau dah siapa baca blog aku ni sekarang :D)

6 comments:

Che Ta said...

its just the matter of HOW we see things.. kdg2 kita takdelah stress or jaki sgt, lebih kepada nk motivasi diri sendiri, tapi org2 yg baca tu yg probelem tak reti 'baca' habis..belakang2 depa pulak buat assumption sendiri. abaikan juga org2 begitu.
tp bila org kata hidup kita dah okay, dah improve, dah senang lenang..aminkan saja. itu doa.

Lord Voldemort said...

Aku ada dilema tu jugak. But then again, ini blog ko. Yang ko akan review balik kadang tu dan baca tentang perkara-perkara diri yang dah berlaku pada ko. So, pegi mampus laa orang lain-lain tu.

Walaupun aku pun kadang censored jugak apa aku tulis kat blog sebab tanak orang ada opinion pasal aku. Haha

scabbers said...

Aku kawan Liza yg membaca blog ini. :D

Pizli Mat Wazip said...

Che Ta - Betul betul..

Lord Voldermort - :-)

scabbers - Kau lain sebab dah kenal aku. Ini kawan-kawan office dia ke. Hehe.

nurul said...

aku pernah tgk cite tamil. tapi ayat yg dia guna ni best:

"manusia mmg perlu ada kekurangan. baru dia ingat tuhan."

dulu mmg kdg2 aku dengki la jugak dgn adik-beradik ke kwn2 yg ada lebih drpd aku. mmg hidup aku jadi tension. asyik rasa tak puas hati asyik rasa mcm nak marah.

tapi seiring dgn peningkatan usia, aku mula sedar. kelemahan yg aku ada ni menghilangkan rasa ego sombong & riak dlm diri aku. syukur alhamdulillah.

as long as ada benda nak mkn ada rumah nak tinggal, blh tlg org tua sikit2, ada duit lepas pencen, TAKDE HUTANG. in shaa allah tenang sikit fikiran.

Pizli Mat Wazip said...

Betul betul.