Sedih Dan Frustrated


Aku tak suka kena tipu. Aku tak suka kena tipu. Dan aku seorang peminat Manchester United. Macam aku cakap tadi aku sayang gila jersi yang aku baru beli tu. Sebab aku siap tempah letak BPL Patch, nama Scholes dan Nombor. Kualiti dia quite oklah walaupun ada kotor-kotor pewarna merah dan hitam sikit, aku maafkanlah walaupun dia advertise cakap:
Boutique Quality. Not Like Triple A Jersey compare to their Material, Patch, Printing, Colour , Barcode, Embroidery, Sewing  and Features same like Original jersey.  
Aku taknaklah sebut nama kedai tapi aku sangatlah frustrated bila nombor belakang dia koyak. Dan bila aku bagitau dia suruh aku iron balik. Masalahnya nombor tu dua lapis, dia salah buat kut yang first lepas tu buat sekali lagi dengan overwrite dengan yang betul. Dah koyak dah pun lapisan pertama. Rosak.

Faham tak perasaan frustrated aku, sedih. Memang aku kecewa sebab tahun ni baru aku nak bagi peluang pada jersi imitation. Selama ni aku sanggup beli past season punya jersi semata-mata nak dapat jersi original yang murah.


Boutique kualiti kepala hotak dialah. Aku dah putus asa dengan orang-orang macam ni. Minggu lepas (semalam) berakhir dengan cemerlang dan seronok, minggu ni (hari ni) dimulakan dengan benda hampeh macam ni. Takpelah, harapnya dengan customer lain lepas ni diaorang buatlah elok-elok. Kesian aku.

2 comments:

Voldemort said...

mesti bgtau nama kedai supaya orang lain tak tertipu.

tiga minit said...

Takpla byk sabar..takda rezeki..atleast merasa gak