Takde Duit Kecik Dan Memanggil Saya Abang

Aku memang panas hati bila everytime beli barang, peniaga tanya. "Takde duit kecik ke bang? Takde duit kecik ke bang?" Kalau korang semua takde duit kecik aku nak pecah duit kat mana?? Lainlah kalau keluar duit dekat ATM keluar duit 5 ringgit ke, 10 ringgit ke. Memang nak kena maki betul!

Tukar tajuk.

Seumur hidup aku orang pandang rendah pada aku. At least bila aku dah kerja elok sikit ni, berpelajaran sikit aku harap benda tu berubahlah. Aku tak kisah kalau kau nak pandang rendah pada aku sebab aku dengan engkau dengan engkau dan dengan engkau takde urusan. Tapi bila aku sebagai customer pleaselah. Aku tak kisah kalau orang nak panggil aku abang kalau aku beli kuih dekat gerai tepi jalan. Tapi kalau aku buat urusan dekat bank ke contohnya, hospital ke kepala hotak bapak kau nak panggil aku abang. Sebab aku selekeh tak handsome panggil aku abang? Orang depan aku pakai shirt, kau panggil encik, cakap English? Double standard jadah apa? Ingat aku tak terasa ke?

Pleaselah, layanlah aku equally. Takkan sebab muka aku muka kampung kau ingat aku tak reti cakap English. Aku lagi hina daripada customer lain.

2 comments:

nurul said...

jawab je...ala dik nak buat macam mana. duit abg semua beso2. yg kecik2 dah masuk tabung masjid. duit syiling pulak dah masuk tabung ayam anak abg. nak sgt double standard kan. tinggi le standard ko ada note 50 dgn 100 je. tapi jgn le bagi note 100 dgn org jual goreng pisang. takut dia simbah minyak panas dlm kuali tu je =P

Pizli Mat Wazip said...

Hahaha takdelah sampai macam tu. Dekat tol yang collect duit pun mintak duit kecik mana saya tak bengang.